Bab 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nur melangkah keluar dari biliknya sebelum dia terus terpandang suaminya yang berada di tangga rumah.

"Abang! Abang pergi mana? Dah tiga hari abang tak balik rumah. Abang pergi mana?" tanya Nur sambil melangkah ke arah Qey Aris.

"Aku pergi mana, aku buat apa, dengan siapa aku jumpa, semua tu dah takda kaitan dengan kau. Kau jangan pernah sibuk hal aku lagi lepasni," kata Qey Aris mendatar. Kakinya melangkah masuk ke biliknya sebelum dia terus mengemas pakaiannya masuk ke dalam sebuah bagasi yang besar.

"Kenapa abang jadi macam ni? Besar sangat ke salah Nur, bang?" tanya Nur sambil mengekor langkah suaminya.

"Kau diam. Aku dah cukup sabar selama hidup dengan kau. Aku tahu ada benda yang tak kena dengan kau, tapi aku bodoh sebab masih simpan kau sebagai seorang isteri," kata Qey Aris sambil sibuk memasukkan barang-barang keperluannya ke dalam bagasi.

"Abang nak tinggalkan Nur ke? Abang nak tinggalkan Nur ke, abang?" tanya Nur sambil memegang lengan suaminya.

"Jangan sentuh aku! Aku jijik dengan kau!" kata Qey Aris kuat sambil menyentap tangan Nur.

"Abang! Sampai hati abang buat Nur macam ni!" kata Nur yang sudah mengalirkan air matanya.

"Habistu?! Kau buat adik aku macam tu, sampai pulak hati kau?! Berbelas tahun bukan sekejap tau Nur. Adik aku dibuang keluarga berbelas tahun! Kau tikam anak buah aku sendiri! Kau tuduh Alpha! Budak yang tak berdosa! Kau fikir kau siapa Nur? Kau ni binatang ke manusia?!" kata Qey Aris kuat.

"Abang... Nur tahu Nur salah... Nur dah menyesal... Nur dah menyesal, bang...," kata Nur sebelum dia terus melutut di hadapan lelaki itu.

"Kau ni bernasib baik tau. Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku nak humban kau masuk penjara. Tapi disebabkan Alpha sendiri mintak untuk lepaskan kau, jadi aku lepaskan kau. Kalau tidak, dah lama kau tu duduk dalam penjara!" kata Qey Aris sebelum dia menolak lampu tidur yang berada di tepi katil dengan kuat sehingga lampu itu jatuh dan pecah di atas lantai.

Nur yang mendengar itu terus membungkamkan matanya. Alpha yang lepaskannya? Itu bukan benda baik... Tapi itu bererti mungkin lelaki itu akan datang untuk membalas dendam.

"Abang... Tolong selamatkan Nur bang... Tolong selamatkan Nur, bang... Diorang jahat. Diorang jahat! Diorang yang buat Nur kena gigit anjing lima tahun lepas! Semua salah diorang!" kata Nur kuat.

"Itu bukan urusan aku. Kau kena gigit biawak ke, gozila ke, babun ke, lantak kaulah. Lepasni kau bukan lagi urusan aku," kata Qey Aris sambil mencapai bagasinya.

"Aku dah tukar nama pemilik syarikat kepada nama anak aku. Satu sen pun kau takkan dapat harta aku. Rumah ni kau nak, kau boleh ambik. Tapi anak aku, aku akan bawak hidup dengan aku," kata Qey Aris mendatar.

"Abang nak bawak Affan pergi mana?! Tu anak Nur! Jangan nak pisahkan Affan dari Nur!" kata Nur kuat.

"Aku takkan biarkan anak aku hidup dengan orang munafik macam kau. Aku akan upah lawyer untuk settle semua ni. Aku akan pastikan aku dapat hak penjagaan ke atas Affan," kata Qey Aris sambil menarik bagasinya ke pintu bilik.

"Abang! Abang!" jerit Nur kuat.

"Nur Safiyah binti Umar Kamal," kata Qey Aris sambil menoleh ke arah Nur.

"Jangan bang... Jangan abang! Tolonglah, saya merayu bang!" jerit Nur kuat.

"Aku ceraikan kau dengan talak tiga," kata Qey Aris sebelum dia terus melangkah keluar dari situ.

"Abang!" Nur menangis dengan teresak-esak di atas lantai sambil menepuk-nepuk dadanya sendiri.

Avia menyiang ikan kerisi yang sudah dibeli semalam sebelum dia mencuci tangannya di sinki dapur.

"La la la la la ~" Avia menyanyi riang sebelum dia menoleh ke belakang untuk mengambil serbuk kunyit yang berada di dalam laci.

"Huarghhhhh!" Avia menjerit dek kerana terlalu terkejut.

"Kau pahal?" tanya Cayden yang berada di hadapan Avia.

"Astaghfirullahaladzim... Terkejut saya. Kenapa awak tiba-tiba muncul macam tu? Macam hantu!" kata Avia sambil mengurut dadanya.

"Aik? Aku pulak kena? Kau tu yang seronok sangat mandikan ikan tu sampai tak perasan aku dekat sini. Siap menyanyi-nyanyi lagi," kata Cayden sambil memandang ke arah ikan kerisi yang berada di dalam mangkuk.

"Mandikan ikan? Oh, maksud awak siang ikan ke?" tanya Avia sambil tersenyum lebar.

"Siang ikan apa pulak? Habistu kalau kau tengah siang ikan, bila nak malam ikan pulak?" tanya Cayden sambil mengerutkan dahinya.

"Hahahahaha. Awak ni kelakarlah, Cay," Avia melepaskan tawanya terbahak-bahak tetapi Cayden hanya memerhati tanpa kata.

"Dah habis gelak dah?" tanya Cayden sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar kerja.

"Dah. By the way, awak ada nampak Ferdy tak? Dari tadi saya tak nampak batang hidung dia," kata Avia lembut.

"Harini hari apa?" tanya Cayden dengan kening yang diangkat sedikit.

"Isnin," jawab Avia sepatah.

"Isnin hari bekerja ke hari cuti?" tanya Cayden lagi.

"Bekerja"

"So dia ada kat office lah. Apahal bengap sangat kau ni?" kata Cayden sebelum dia melangkah mahu keluar dari dapur.

"Saya lupalah. Habistu kenapa awak ada dekat rumah?" tanya Avia sambil mengerutkan dahinya.

"Tertinggal plan holder," jawab Cayden ringkas sebelum dia terus melangkah keluar dari dapur.

     "Cayden!" panggil Avia kuat. Aik? Dia tertinggal plan holder tapi dia duduk kat dapur tadi? Dia buat apa kat dapur?

     "Apa?" sahut Cayden dari ruang tamu.

     "Ikan tak cukuplah. Ada empat ekor je ni. Boleh tolong beli ikan tak?" tanya Avia sambil melangkah keluar dari dapur.

     "Kau ingat aku bibik kau ke?" jawab Cayden yang sudah mengambil tempat di sofa ruang tamu. Dia terus berbaring sambil meletakkan tangan kanannya di atas dahi. Mata ditutup dengan rapat.

     "Apa awak buat ni?" tanya Avia yang sudah berada di tepi sofa.

     "Main congkak, tak nampak?" jawab Cayden dengan mata yang tertutup dengan rapat.

     "Erk? Tadi awak kata tertinggal plan holder, habistu sekarang awak buat apa terbaring kat sini?" tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

     "Bisinglah kau ni. Ke kau nak join baring dengan aku?" tanya Cayden sebelum dia mencelikkan matanya dan memandang ke arah Avia.

     "Ha?!! Apa awak merepek ni?! Tak eloklah kita duduk berduaan kat rumah macam ni," kata Avia dengan wajah yang cuak.

     "Kenapa? Kau takut aku apa-apakan kau ke?" tanya Cayden yang masih merenung ke arah Avia.

     "Haa?!! Sudahlah! Saya nak keluar pergi beli ikan," kata Avia sebelum dia menoleh untuk melangkah pergi dari situ. Tiba-tiba tangannya ditarik sebelum dia terpusing dan terus terjatuh ke atas Cayden yang terbaring di atas sofa.  Avia mendatar betul-betul di atas badan Cayden sebelum dia mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Cayden yang sedang memandang ke arahnya.

     "Kau nak pergi mana?" tanya Cayden mendatar.

     "Cayden! Apa—Apa awak buat ni?!" jerit Avia kuat. Dia terus bangun dan menjarakkan dirinya dari Cayden. Dia dapat rasa jantung Cayden berdegup dengan kencang saat dia terjatuh di atas badan lelaki itu tadi.

     "Din tak izinkan kau keluar rumah sorang. Jadi jangan mimpi untuk keluar sorang," kata Cayden sebelum dia bangun dari duduknya. Tali lehernya dibetulkan sedikit.

     "Habistu?! Awak bukannya nak tolong belikan ikan untuk saya pun! Saya tahulah awak benci dekat saya. Dari zaman sekolah lagi awak memang bencikan saya. Saya pun tak tahu kat mana salah saya"

     "Apa yang kau melalut sampai throwback ke zaman sekolah ni?" kata Cayden sambil mengerutkan dahinya.

     "Tapi memang betul pun awak bencikan saya. Semua benda saya buat, ada je yang tak kena di mata awak," kata Avia sambil melipat tangannya ke dada.

     "Habistu kau nak aku layan kau macam mana?" tanya Cayden sebelum dia melangkah mendekati Avia.

     "Ha?! Errr..."

     "Aku boleh je nak layan kau lebih dari apa yang kau bayangkan. Tapi jangan menyesal kalau kau jatuh hati pada aku dan bukan Ferdy," bisik Cayden di telinga Avia sebelum dia terus mencapai plan holder dan melangkah ke arah pintu utama rumah.

Avia terus terdiam selepas Cayden berbisik sebegitu di telinganya. Jantung berdegup dengan kencang.

     "Cepatlah!" kata Cayden kuat.

     "Ha?! Cepat apa?" tanya Avia yang masih kaku di tepi sofa.

     "Pergi beli ikanlah! Takkan aku nak pergi beli sorang! Kau ingat aku pandai ke?!" kata Cayden sebelum dia terus membuka pintu rumah.

     "Baik! Kejap! Saya nak ambil dompet dekat atas!"

     "Tak payah! Guna duit aku! Cepatlah jangan buang masa aku!" jerit Cayden lagi.

     "Okay, okay! Sabarlah!" kata Avia sebelum dia terus berlari ke arah Cayden.

     "Tak habis-habis menyusahkan aku. Beli ikanlah, itulah, inilah. Karang aku belikan ikan paus baru reti bahasa," kata Cayden sendiri. Mereka berdua berjalan beriringan turun ke tingkat bawah sebelum masing-masing melangkah masuk ke dalam Porsche milik Aaden.

     "Kenapa bawak kereta Ferdy?" tanya Avia yang berada di sebelah.

     "Kau diam boleh tak? Aku menyampah dengar suara kau," kata Cayden sambil menekan pedal minyak.

     "Awak ni tak habis-habis nak marah saya. Untung jadi Lara," kata Avia perlahan.

Cayden yang dapat mendengar kata-kata Avia tadi terus menekan brake. Kepalanya ditoleh ke arah Avia.

     "Err... Kenapa berhenti pulak ni? Tadi kata jangan buang masa," kata Avia lembut.

     "Boleh kau stop jadi comel?" kata Cayden mendatar.

     "Haa? Apa maksud awak?" tanya Avia sambil mengangkat keningnya. Matanya elok bertentang mata dengan mata biru helang milik Cayden. Bagi Avia, Cayden adalah antara lelaki paling kacak di dalam keluarga itu termasuk Aaden dan Alpha.

     "Kalau tidak, aku takkan teragak-agak untuk rebut kau dari Din," kata Cayden sebelum dia menoleh ke hadapan semula. Pedal minyak ditekan dengan kuat.

Avia terus menoleh ke tingkap. Pandangan dibuang ke luar tingkap. Cayden mempunyai auranya yang tersendiri. Mulutnya jahat, tetapi hatinya cukup baik. Tak pelik kalau Alara sukakannya.

     "Dah sampai," kata Cayden mendatar.

     "Aik? Kita kat mana ni? Tadi kata nak beli ikan?" kata Avia sambil memandang ke arah bangunan mewah yang berada di depan matanya.

     "Ha'ah. Kat sini banyak anak ikan. Boleh pilih mana satu yang kau nak. Jom naik," kata Cayden sebelum dia membuka pintu kereta belah Avia.

     "Awak ni jangan main-mainlah, Cayden. Saya ni nak masak kat rumah tau!" kata Avia sambil melangkah turun dari kereta.

     "Aku ni ada meeting tau Avia. Boleh kau sabar sikit tak? Kejap lagi habis meeting aku bawaklah kau pergi beli ikan!" kata Cayden sambil melangkah meninggalkan Avia di belakang.

     "Tunggu saya!"

Pintu dibuka dengan kasar dari luar sebelum Aaden, Callisto, Javier, Silver dan Alara memandang ke arah Cayden dan Avia yang baru masuk ke dalam bilik pejabat milik Aaden.

     "Apa kau buat ni? Aku suruh pergi ambil plan holder kat rumah. Yang kau bawak Avia sekali ni kenapa?" tanya Aaden dengan dahi yang berkerut.

     "Lebih baik kau tanya minah ni sendiri kenapa dia ada dekat sini," kata Cayden sebelum dia meletakkan plan holder di atas meja kerja Aaden.

     "Ikan! Ikan!" kata Avia dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia penat mengejar Cayden yang meninggalkannya di luar lif sebelum gadis itu berlari naik menggunakan tangga.

     "Kau baru lepas marathon ke apa? Pahal nampak penat semacam ni?" tanya Javier pula. Callisto hanya memerhati tanpa kata. Kena tinggal depan lif lah tu.

     "Dia sibuk nak pergi pusing satu bangunan. Katanya nak melawat jiran tetangga. Aku dah larang tapi dia nak jugak," jawab Cayden sebelum lelaki itu mengambil tempat di sofa bilik itu.

     "Kalau iya pun nak melawat kitorang, janganlah pakai apron tu. Dah macam bibik je," kata Silver sambil menunjuk ke arah apron merah jambu yang dipakai oleh Avia.

     "Haa?!!" jerit Avia sebelum dia terus menanggalkan apron yang dipakainya.

     "Bengap betullah kau ni, Avia," kata Javier dengan senyuman lebar.

Avia hanya tersengih sebelum dia menoleh ke arah seorang demi seorang ahli keluarga itu. Mereka nampak sangat berbeza apabila berada di dalam baju kerja masing-masing. Nampak sangat kacak dan matang!

     "Via, kau ni kelakarlah. Patutlah abang suka sangat dekat kau," kata Alara yang sedang duduk di penjuru meja Aaden. Gadis itu nampak matang dengan pakaian kerjanya yang kemas.

     "Korang pergilah masuk meeting dulu. Kejap lagi aku datang," kata Aaden mendatar.

     "Roger," kata Javier sebelum mereka semua terus melangkah keluar dari bilik pejabat milik Aaden kecuali Cayden yang masih berada di sofa.

     "Kau tunggu apa lagi dekat sini?" tanya Aaden kepada Cayden yang sedang terbaring dengan mata yang tertutup rapat.

     "Aku pening kepala. Boleh tak aku tak masuk meeting harini?" kata Cayden mendatar.

     "Ikut suka hati kaulah. Bukannya baru sekali kau tak masuk meeting. Aku dah lali dengan alasan kau," kata Aaden sebelum dia bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke arah Avia.

     "Aku ada meeting. Kau boleh tunggu aku dekat sini? Dalam sejam aku datang balik," kata Aaden kepada Avia.

     "Okay!" jawab Avia sepatah. Aaden hanya tersenyum nipis sebelum dia melangkah keluar dengan tangan yang memegang plan holder yang dibawa oleh Cayden sebentar tadi.

Avia menoleh ke arah Cayden yang sedang terbaring di atas sofa. Pening kepala? Dia pening kepala betul-betul ke olok-olok?

     "Seronok ke tenung aku macam tu?" tanya Cayden dengan mata yang tertutup rapat.

     "Haaa?!! Awak ni kenapa?! Ish!" kata Avia sebelum dia melangkah ke arah sofa bertentangan dengan Cayden. Dia mengambil tempat di sofa sebelum dia mencapai majalah yang berada di atas meja kopi. Majalah itu dibuka sebelum dia menutup wajahnya menggunakan majalah.

     Tiga minit berlalu...

     "Apa kau buat?" tegur Cayden.

     "Hah?!! Baca buku!" jawab Avia yang terkejut dengan teguran lelaki kacak itu tadi.

     "Kalau iya pun, janganlah baca terbalik," kata Cayden sambil memandang ke arah majalah yang dipegang oleh Avia secara terbalik.

     "Hah?!!" Avia terus mencampak majalah itu ke atas meja sebelum dia memandang ke arah Cayden. Lelaki kacak itu juga sedang merenung ke arahnya.

     "Awak—Awak dah tak pening ke?" tanya Avia tersekat-sekat.

     "Jomlah," kata Cayden sebelum dia bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke arah meja kerja Aaden. Dompet Aaden yang berada di dalam laci dicapai.

     "Pergi mana?"

     "Pergi beli ikan kaulah. Tadi beria sangat nak ikan. Macam hilang nafas je kalau tak dapat ikan," kata Cayden sambil melangkah ke arah pintu.

     "Eh! Tapi...," kata-kata Avia terhenti di situ.

     "Aku kira sampai tiga je. Satu... Dua...," Cayden memandang ke arah Avia.

     "Okay, okay!" Avia mengalah sebelum dia terus melangkah ke arah Cayden. Maknanya dia tipu Ferdy kata pening tu? Hanya sebab nak pergi beli ikan ke?

Avia hanya memerhati Cayden yang memandu di sebelah. Lelaki itu sekejap nampak dingin, sekejap nampak bodoh, sekejap nampak seperti kanak-kanak riang.

     "Aku hensem sangat ke sampai kau tenung aku macam tu?" tanya Cayden yang sedang memandu.

     "Ha?!!" Avia terus menoleh ke luar tingkap. Cayden adalah satu-satunya lelaki yang selalu buat dia terdiam tak terkata. Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu seperti peluru.

     "Errr... Saya nak tanya sikit boleh?" tanya Avia perlahan.

     "Tak payah. Aku taknak kau bercakap. Diam je," kata Cayden mendatar.

     "Awak suka dekat Alara ke?" tanya Avia mendatar.

     "Aku suruh kau diam, kan?" jawab Cayden mendatar.

     "Yalah, yalah. Sorry," kata Avia sebelum dia terus mendiamkan diri.

     "Suka, tapi sebagai adik. Aku tak pernah anggap dia lebih dari seorang adik," jawab Cayden jujur.

     "Maksudnya awak takda rasa sayang lebih dari seorang adik? Atau cinta?" tanya Avia sebelum dia menoleh ke arah Cayden.

     "Tak," jawab Cayden sepatah.

     "Habistu selamani yang awak jeles dia dengan Alpha tu?"

     "Bila masa? Aku saja je tu. Takkan aku nak cintakan orang yang aku anggap dah macam adik kandung aku sendiri?" kata Cayden sebelum dia menoleh ke arah Avia.

     "Saya ingatkan awak sukakan dia," kata Avia perlahan.

     "Lagipun dia memang sukakan Alpha. So biarlah dia dengan Alpha," kata Cayden mendatar. Dia menoleh semula ke hadapan. Avia kemudian hanya mendiamkan diri.

     "Dah sampai," kata Cayden sebelum dia melangkah keluar dari kereta. Avia tidak berkata apa malah turut melangkah keluar dari kereta. Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke pasaraya.

     "Aku beri kau lima minit untuk pilih ikan. Kau lebih masa, aku tinggal kau kat sini," kata Cayden mendatar.

     "Hah?! Baik!" kata Avia sebelum dia terus berlari untuk mencari ikan.

Cayden hanya memerhati tanpa kata sebelum dia menoleh ke arah seorang wanita yang sedang memandang ke arah Avia. Wanita itu memegang sebilah pisau yang disorok di dalam beg tangannya.

     "Ikan apa ni?" tanya Cayden sambil menunjuk ke arah ikan pari yang berada di hadapannya.

     "Ikan pari. Awak pernah makan ikan pari?" tanya Avia dengan senyuman lebar.

     "Tak," jawab Cayden sepatah. Matanya menoleh ke arah wanita itu sebelum wanita itu melangkah pergi dari situ.

     "Nak rasa? Saya boleh masakkan kalau awak nak rasa," kata Avia lembut.

     "Tak payahlah. Kau masak tak sedap," kata Cayden mendatar.

     "Hah?! Tak sedap ke?" tanya Avia dengan wajah yang serius.

     "Tak. Kau pilihlah ikan dulu. Aku nak pergi tengok ayam," kata Cayden sebelum terus melangkah pergi dari situ.

Avia hanya mengerutkan dahinya sebelum dia menoleh ke arah Cayden yang melangkah jauh darinya sedangkan ayam hanya berada di sebelahnya. Pelik-peliklah dia ni.

Nur memasukkan sos cili ke dalam troli sebelum dia menolak trolinya dengan perlahan. Tib-tiba ada seorang jejaka kacak sedang berdiri di hadapan troli miliknya.

     "Hi munafik," tegur Cayden dengan senyuman sinis.

     "Tepilah!" kata Nur kuat.

     "Buat apa ni? Beli barang dapur ke? Nak masak untuk siapa? Rasanya kau dah jadi janda sejak kes longkang kau pecah haritu. Kan?" kata Cayden sinis.

     "Kau jangan sibuk hal aku," kata Nur dengan mata yang dibulatkan.

     "Hal kau? Aku belum habis lagi dengan kau," kata Cayden sebelum dia melangkah ke belakang Nur. Wanita itu pula hanya berdiri tegak di tempatnya.

     "Lepas kau fitnah abang aku, kau jangan ingat kau terlepas," bisik Cayden di belakang Nur.

Dengan pantas Nur mengeluarkan pisaunya dari dalam beg tangan sebelum dia berpusing ke belakang. Matanya terbungkam dengan luas.

Cayden elok berdiri dengan tangan yang sudah mengacukan pistol dari dalam kot kerja yang dipakainya. Senyuman sinis diukir.

     "Kau memang gila," kata Nur mendatar. Dia menyimpan semula pisaunya ke dalam beg.

     "I am. You got the person to play with," kata Cayden sebelum dia menyimpan senjatanya semula.

     "See ya," kata Cayden sebelum dia terus melangkah meninggalkan Nur di situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro