Bab 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aaden melangkah masuk ke dalam bilik Avia yang berada di tingkat lima hospital swasta milik keluarga itu. Tangannya elok memegang sejambak bunga mawar yang baru dibelinya tadi.

"Hi," tegur Aaden mendatar. Avia yang berada di atas katil menoleh ke arah Aaden sebelum dia menunduk ke bawah. Matanya hanya memandang ke kakinya yang terbalut cantik.

"Untuk kau," kata Aaden sebelum dia menghulur sejambak bunga yang dibawanya.

"Letaklah kat situ," kata Avia sambil menunjuk ke arah meja tepi katil.

Aaden tidak membantah malah terus meletakkan bunga yang dibawanya itu ke atas meja di tepi katil.

"Aku...," Aaden mati kata selepas melihat Avia langsung tidak bersemangat itu. Gadis itu tidak pernah nampak sedih, tetapi kali ini jelas kesedihan di wajah suci gadis itu.

"I'm sorry for everything...," kata Aaden perlahan. Dia hanya berdiri di tepi katil sambil memandang ke arah Avia yang langsung tidak menoleh ke arahnya.

"Aku tahu kau terasa. Tapi aku...," kata-kata Aaden terhenti di situ.

"Takpa! Hihi. Saya faham," kata Avia sebelum tersenyum dengan lebar. Dia menoleh ke arah Aaden yang sedang merenungnya.

"Saya—faham," kata Avia perlahan sebelum matanya tiba-tiba mengeluarkan air mata. Benar mulut boleh kata faham. Tetapi hati mana yang tidak hancur bila lelaki yang kata sayangkan kita, boleh begitu mudah ketepikan kita tanpa ada usaha untuk utamakan kita. Efforts always matter.

"Avia...," kata Aaden perlahan.

"Boleh awak tunggu kat luar? Saya taknak diganggu," kata Avia sebelum dia terus baring membelakangi Aaden.

Aaden hanya menghela nafas panjang sebelum dia mengambil tempat di sofa tepi katil. Walau Avia sudah menghalaunya keluar, tetapi dia masih perlu sampaikan sesuatu yang terbuku di hatinya.

"Mungkin betul apa yang kau cakap. Kau belum bersedia untuk kahwin, dan mungkin aku pun belum bersedia untuk utamakan kau dalam hidup aku," kata Aaden mendatar.

Avia yang sedang baring membelakangi Aaden hanya mendengar tanpa kata. Air matanya masih mengalir jatuh ke bumi tanpa henti.

"Waktu aku pilih Lara berbanding kau, aku lupa yang kau akan jadi isteri aku. Aku bodoh sebab tak mampu utamakan bakal isteri aku sendiri. Aku bodoh sebab tak fikir hati dan perasaan kau," sambung Aaden lagi.

"Aku tersepit. Tapi aku masih bodoh sebab langsung tak berusaha untuk selamatkan dua-dua. Aku..."

"Aku minta maaf, Avia...," kata Aaden sambil menunduk.

"Aku minta maaf sebab tak mampu jadi lelaki yang macam kau inginkan. Aku terlalu naif dalam menjaga hati kau. Aku selalu takda saat kau perlukan aku," kata Aaden perlahan.

"Masa kau kena buli dekat sekolah dulu, Alpha yang tolong kau. Masa kau kena ganggu lepas balik kerja, Cayden yang tolong kau. Masa kau tinggal sorang dekat Malaysia, Hans yang jaga kau. Masa mak kau datang maki hamun kau, Cayden yang tolong kau. Semalam masa kau diculik, Cayden juga yang dipukul teruk. Aku... Aku tak pernah ada saat kau perlukan bantuan. Walau kau nak sangat aku tolong kau," kata Aaden panjang lebar.

"Aku bodoh, Avia... Aku bodoh sangat," sambungnya lagi.

"Aku hanya tahu ajak kau kahwin. Aku hanya tahu suruh kau buat apa yang aku nak, tanpa aku tanya apa sebenarnya yang kau nak... Maafkan aku"

"Aku tak nampak kau bahagia bila bersama aku. Aku taknak jadi selfish. Kali ni aku nak kau buat keputusan kau sendiri. Aku serahkan semuanya kepada kau," kata Aaden sebelum dia bangun dari duduknya.

"I'm sorry...," kata Aaden perlahan sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik Avia.

Avia menyeka air matanya menggunakan lengan baju yang dipakai. Apa yang lelaki itu katakan, sangat tepat. Dia tak nampak di mana lelaki tu saat dia sangat perlukan bantuan.

Tok... Tok...

Pintu dibuka dengan perlahan dari luar sebelum lelaki berambut putih melangkah masuk ke dalam bilik. Avia langsung tidak menoleh malah hanya kaku memandang ke luar tingkap.

"Avia?" tegur Arlo sepatah.

Mendengarkan suara itu, Avia terus menoleh ke arah Arlo yang sedang berdiri di sisi katil.

     "Eh? Arlo? Awak buat apa dekat sini?" tanya Avia sambil cuba menyembunyikan tangisannya mengguanakan selimut.

     "Melawat kau. Kau okay?" tanya Arlo sambil meletakkan plastik kertas di atas meja kopi.

     "Hm. Boleh saya tahu awak siapa sebenarnya? Macam mana awak boleh ada dekat situ? Dan kenapa awak nak bunuh Alpha?" tanya Avia perlahan.

     "Kau nak tahu sekarang ke?" tanya Arlo sebelum dia mengambil tempat di sofa sebelah katil.

     "Kalau awak tak bersedia nak cakap, takpalah. Lain kali pun takpa," kata Avia lembut. Bibirnya mengukir senyuman buat Arlo.

     "Kau kenal Ray?"

     "Uncle Ray? Kenal," jawab Avia ringkas.

     "Dia jaga aku sejak aku bayi lagi. Aku dijaga, dididik macam anak sendiri"

     "Oh... Boleh saya tahu kenapa rambut korang putih?" tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

     "Aku dilahirkan berbeza dari orang lain. Rambut aku memang dah perang sejak lahir. Light blonde, tahu?" kata Arlo mendatar.

     "Tahu! Oh! Sekarang saya faham! Jadi sebab itulah Alpha dengan sorang lagi perempuan tu pun rambut putih!" kata Avia teruja.

     "Hm. Ray taknak aku dibeza-bezakan. Sebabtu dia samakan rambut kami bertiga," kata Arlo sebelum dia meraup rambutnya sendiri. Itu bermaknya dia sahajalah yang mempunyai rambut asal sejak lahir.

     "I see," kata Avia sambil mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

     "Sky. Dia selalu dipuji. Ray sentiasa rasa dia paling bagus antara kami. Disebabkan itu aku sentiasa bersaing dengan dia. Dengan harapan suatu hari nanti aku akan kalahkan dia, dan jadi yang terbaik di mata Ray," kata Atlo mendatar.

     "Tapi saya tak nampak yang awak benci dia," kata Avia perlahan.

     "Mestilah tak. Aku terlalu mengagumi dia. Dia terlalu bagus sampai aku nak jadi macam dia. Aku nak jadi lebih dari dia," kata Arlo sebelum menunduk.

     "Kami dah diajar untuk jadi sempurna, terbaik antara yang terbaik. Bila ada dua orang lelaki di tempat yang sama, automatik kami akan bersaing," sambung Arlo lagi.

     "Tapi keluarga ni pun ada ramai lelaki. Kenapa diorang tak bersaing pun?" tanya Avia lembut.

     "Itulah beza kami. Aku, Sky dan Fellen dah dibesarkan untuk jadi yang sempurna. Semua benda kami perlu belajar. Sedangkan keluarga ni tidak,"

     "Macam mana awak tahu keluarga ni tak diajar untuk jadi sempurna?"

     "Dari cara korang semalam lagi aku dah nampak. Masing-masing ada posisi masing-masing. Itu bermakna diorang hanya belajar untuk posisi masing-masing sahaja. Sangat berbeza dengan cara aku dan Sky," kata Arlo sebelum dia menoleh ke arah tingkap bilik.

     "Arlo. It's okay to be imperfect. Nobody is perfect. There's beauty in imperfection. Sebabtu kita kena hidup bersama-sama untuk lengkapi antara satu sama lain. Jangan letak beban terlalu berat pada diri. Seronok ke hidup yang sentiasa bersaing? Mesti tak, kan? Kita muda lagi. Sepatutnya kita enjoy hidup kita sama macam orang yang sebaya dengan kita kat luar sana. Awak tak pernah teringin nak hidup normal macam orang lain ke?" kata Avia dengan senyuman ikhlas.

Arlo yang mendengar itu terus menoleh ke arah Avia. Gadis naif itu ditenung lama. Arlo memegang bahunya sendiri sebelum dia tiba-tiba teringat akan sesuatu.

     "Arlo?"

     "Aku kena pergi. Lagi lama aku dekat sini, lagi bahaya nyawa korang semua," kata Arlo sebelum dia terus bangun dari duduknya.

     "Ha? Kenapa ni? Arlo?" panggil Avia dengan dahi yang berkerut.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar dengan kasar sebelum muncul Cayden si rambut putih. Dahinya elok dibalut selepas dirawat di hospital yang sama.

Arlo menoleh ke arah Cayden yang sedang memandang ke arahnya sebelum dia terus melangkah ke arah lelaki itu.

     "Take care of her," kata Arlo sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu. Pintu bilik ditutup dengan rapat.

     "Untung jadi kau. Bodoh pun ramai sayang," kata Cayden sambil melangkah ke tepi katil.

     "Apalah Cay ni. Saya tak bodohlah," kata Avia dengan senyuman lebar.

     "Orang gila pun tak mengaku gila. Makan belum?" tanya Cayden mendatar.

     "Hm, dah!" jawab Avia dengan senyuman lebar. Matanya yang bulat terus menjadi sepet.

     "Nah untuk kau," kata Cayden sebelum dia menghulur batang bunga tahi ayam ke arah Avia.

Avia mengerutkan dahinya sebelum dia menyambut huluran Cayden.

     "Terima kasih! Tak sangka pula awak akan bawak bunga ni untuk saya. Awak beli dekat mana ni?" kata Avia sambil tersenyum.

     "Kutip tepi jalan," jawab Cayden jujur.

     "Wah! Terima kasih!"

Cayden hanya mengerutkan dahinya sebelum dia mengambil tempat di sofa sebelah katil. Dia hanya memerhati Avia yang sedang membelek bunga tahi ayam yang diberinya.

     "Avia," panggil Cayden mendatar.

     "Hm?" Avia menoleh ke arah Cayden yang sedang menongkat dagunya di tepi katil.

     "Kau boleh bezakan aku dengan Alpha?" tanya Cayden yang teringat kembali situasi semalam dimana Avia terus mengecam dirinya walau warna rambutnya sudah berubah.

     "Hm! Boleh! Masa zaman sekolah saya tak dapat nak bezakan korang. Tapi sekarang saya dah boleh bezakan korang. Senang sangat nak bezakan korang dua. Hihi," kata Avia dengan senyumannya yang seperti kerang busuk itu.

     "Macam mana?" tanya Cayden mendatar.

     "Ada dalam mata awak"

     "Maksud kau?"

     "Dalam mata awak ada keikhlasan dan kasih sayang. Tapi mata Alpha takda benda tu. Mata Alpha penuh dengan kekejaman. Dia macam takda empathy," terang Avia.

Cayden yang mendengar itu hanya mampu terdiam.

     "Walaupun awak selalu jahat dengan saya, tapi saya tahu hati awak baik. Saya tahu awak sebenarnya baik, Cay. Sebabtu saya suka awak sejak dulu lagi," kata Avia dengan senyuman lebar.

     "Suka aku?"

     "Eh bukan! Maksud saya, saya suka berkawan dengan awak!" kata Avia sambil melambai-lambaikan tangannya.

     "Oh..."

     "Awak macam seorang yang tak pandai nak luahkan perasaan awak. Atau awak takut untuk luah?" tanya Avia lembut.

     "Aku takda apa nak luah," kata Cayden dengan matanya yang dikecilkan.

     "Okay, Cay!" kata Avia sambil tersenyum lebar. Kepalanya disengetkan sedikit.

Cayden hanya memerhati tanpa kata. Anak mata coklat milik Avia ditenung lama.

     Bang!

Pintu dibuka dengan kasar dari luar.

     "Huarghhh!" Cayden terkejut sendiri sebelum dia terus melentokkan kepalanya di sisi katil.

     "Halooooo!" kata Silver kuat. Dia dan Javier melangkah masuk dengan tangan yang penuh dengan bunga dan plastik kertas.

     "Hi!" sapa Avia dengan senyuman lebar.

     "Tengoklah semua bunga yang kami beli ni!" kata Silver sambil meletakkan lima jambak bunga ke atas meja kopi di tengah-tengah bilik.

     "Wahhhh! Cantiknya!" kata Avia teruja.

     "Pahal kau beli banyak sangat? Kau ingat Avia nak buka kedai bunga ke?" kata Cayden dengan dahi yang dikerutkan.

     "Biarlah! Ada aku guna duit kau ke?" celah Javier pula.

     "Cuba you pilih, yang mana satu favorite you?!" kata Silver dengan senyuman lebar.

     "Yang ini!" kata Avia sambil mengangkat sebatang bunga tahi ayam ke udara.

Cayden, Silver dan Javier hanya memerhati tanpa kata. Mulutnya terbuka sedikit melihat Avia yang kelhatan sangat gembira itu.

Cayden terus tersenyum nipis sebelum dia menoleh ke arah beg kertas yang berada di atas meja tepi katil.

"Siapa bagi ni?" tanya Cayden sebelum dia terus membuka beg kertas itu. Anak patung beruang bewarna merah jambu dibawa keluar sebelum keningnya dikerutkan.

"Arlo. Wahhh! Comelnya!" kata Avia sebelum dia menghulurkan tangan ke arah Cayden.

"Hm. Comel," kata Cayden sebelum dia melangkah ke tingkap bilik. Tingkap bilik itu dibuka sebelum dia mencampak anak patung beruang itu keluar dari tingkap.

"Cay!" jerit Avia kuat.

"Kan nampak lagi comel tu bila dia terbang!" kata Cayden dengan muka yang tidak bersalah.

"Kau kenapa mat?" tanya Javier dengan tangan yang menggaru belakang kepalanya.

"Ah! Mamat tu dah belasah aku macam nak gila. Aku takkan maafkan dia. See you in hell, Arlo," kata Cayden mendatar.

"Emosi semacam kau ni," kata Silver pula.

"Emosi kepala hotak kau! Sakit tau tak dia pukul aku guna kayu besbol tu! Sial punya anak haram. Kau tunggulah nanti. Aku lumat kau jadi sambal," kata Cayden sebelum dia melangkah ke arah sofa yang diduduknya tadi.

"Cay hebat sangat...," kata Avia tiba-tiba. Cayden, Silver dan Javier terus menoleh ke arah Avia.

"Ha?" Cayden mengerutkan dahinya.

"Cay hebat! Saya nampak Cay lawan dia masa lampu terbuka tu!" kata Avia dengan senyuman lebar.

"Macam mana kau boleh nampak? Kepala kau tertutup, kan?" kata Cayden sebelum dia terus duduk di sisi katil.

"Guni tu ada lubang. Saya boleh nampak dari celah-celah guni tu," terang Avia lembut.

"Oh...," kata Cayden sebelum dia menundukkan kepalanya.

"Hebatnya Cay kita. I pun crush on you tau," kata Javier dengan tangan yang diletakkan ke pipi.

"Diamlah," kata Cayden sambil menutup matanya.

"I pun suka tengok Cay macam ni! Hot sangat! Lurve teruk!" kata Silver pula.

"Aku kata diam," kata Cayden dingin.

"It's my turn now. Let's start my game," kata Silver dengan suara yang diajuk seperti Cayden.

"Diamlah bodoh! Aku bunuh kau!" kata Cayden sebelum dia terus meluru ke arah Silver dan Javier.

"Huarghhhhh Alpha 2.0 dah naik hantu!" kata Javier kuat.

"Hahahahahahahahahaha," Avia melepaskan tawanya terbahak-bahak.

Cayden, Silver dan Javier terus menoleh ke arah Avia yang sedang ketawa dengan mata yang tertutup.

"Ha sudah. Aku rasa dia kena masuk wad orang gila ni. Otak dia macam dah putus saraf je?" bisik Javier perlahan.

"Aku pun syak benda yang sama," kata Silver pula.

"Hahahahahahaaha," Avia masih lagi melepaskan tawanya terbahak-bahak.

"Jangan suka sangat. Kau tu sakit," kata Cayden mendatar.

"Aloooooo... Caycay soooo caring!!!" kata Silver dan Javier serentak.

Bukkkk! Bukkkk!

Silver dan Javier memegang kepalanya yang baru dipukul Cayden. Sakit juga.

"Adehhh... Cay ni tak boleh bergurau langsung," kata Silver mendatar.

"Dahlah. Aku nak balik," kata Cayden sebelum dia melangkah ke arah pintu.

"Caycay baliklah dulu ya? Kami nak lepak kat sini dulu!" kata Silver dengan senyuman lebar.

Cayden yang mendengar itu terus melangkah ke arah Silver dan Javier semula. Telinga dua jejaka kacak itu ditarik dengan kuat.

"Aduhhh! Sakitlah!" kata Javier kuat.

"Balik," kata Cayden sepatah. Dia menarik Silver dan Javier ke arah pintu sebelum pintu dibuka dengan kasar. Silver dan Javier ditolak dengan kuat sehingga dua jejaka itu terkeluar dari bilik Avia.

Cayden kemudian menoleh ke arah Avia.

"Nanti aku datang lagi," kata Cayden mendatar.

"Okay!" kata Avia lembut.

"Cay!" panggil Avia. Cayden yang sudah menoleh itu terus menoleh ke arah Avia semula. Hm?

"Terima kasih! Terima kasih sebab dah selamatkan saya," kata Avia dengan senyuman lebar.

Cayden hanya tersenyum nipis sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Pintu ditutup dengan rapat dari luar.

Alpha melangkah keluar dari bilik sebelum dia menoleh ke arah Fellen yang baru keluar dari bilik air tingkat itu. Tangan gadis itu seperti sedang memegang sesuatu.

"Alpha...," panggil Fellen perlahan. Alpha tidak berkata apa malah terus melangkah ke arah Fellen.

Pregnancy test itu dirampas sebelum dibaca keputusannya. 'Pregnant.'

Alpha terus mencampak alat pengesan kehamilan itu ke dinding sebelum dia menoleh ke arah Fellen. Sah itu anak Rayden.

"Help me...," kata Fellen perlahan. Dia terduduk di atas lantai sebelum air matanya mengalir dengan deras.

"What's the matter?" tanya Arlo yang baru sahaja pulang dari melawat Avia. Dia melangkah ke tingkat atas selepas mendengar seperti barang dihempas ke lantai.

"Find your dad, I swear I'm gonna kill him," kata Alpha dingin.

Arlo tidak menjawab malah terus melangkah ke arah dinding. Alat pengesan kehamilan itu dikutip sebelum dibaca keputusan yang tertulis di situ. Perlahan-lahan dia menghela nafas panjang.

"Is it okay if your family find out about this?" tanya Arlo mendatar. Dia melangkah ke arah Fellen yang masih terduduk di atas lantai.

"No! Don't tell them anything!" kata Fellen kuat.

"Then how you gonna hide this from them?" tanya Arlo sebelum dia duduk mencangkung di sebelah Fellen.

"Alpha...," panggil Fellen perlahan.

Alpha tidak menoleh malah hanya mendiamkan diri.

"Marry me... Please...," kata Fellen perlahan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro