Bab 53

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

     Bukkkk!

Arlo ditumbuk dengan kuat sebelum lelaki itu jatuh tersungkur di atas lantai.

Callisto terus menarik kolar baju Arlo sebelum dia menarik lelaki itu dengan kuat.

"Easy bro... Easy...," kata Aaden sebelum dia menarik Callisto supaya melepaskan Arlo.

"Aku tak percayakan kau. Kata-kata kau semua sampah. Berani kau muncul depan muka aku untuk beritahu kakak aku pregnant anak bangsat tu?" kata Callisto dingin. Matanya menikam anak mata Arlo dengan tajam. Telinganya berapi menahan marah.

"It's up to you korang nak percaya atau tidak. Fellen tak beri aku beritahu keluarga dia. Tapi cukup sekali aku buat silap. Kalini aku dah taknak buat silap lagi," kata Arlo dengan senyuman nipis.

"Kau siapa sebenarnya? Kau kata kau anak didik Ray, tapi kenapa kau takda GPS tracker dalam badan kau?" kata Callisto sebelum dia melepaskan pegangannya.

"Siapa kata aku takda?" kata Arlo sebelum dia membetulkan kolar bajunya. Dia bangun dari duduknya sebelum dia menyelak lengannya sehingga ke paras bahu.

"Cuma ada tiga GPS tracker dalam rumah tu," celah Aaden yang teringat kembali saat mereka menggodam GPS tracker di rumah Rayden itu.

"Sebab aku tak tinggal dekat rumah tu. Aku ada rumah aku sendiri dekat kondo ni. Dan aku duduk sini. Aku cuma balik rumah sana bila aku rasa nak balik sahaja," kata Arlo sebelum dia menunjuk bahunya ke arah Aaden dan Callisto.

"Maknanya ada empatlah?" tanya Aaden pula. Matanya memandang ke arah bahu Arlo yang berparut kecil itu.

"Iya," kata Arlo sebelum dia menutup kembali lengan bajunya.

"Mana Ray? Dia tak balik rumah ke?" tanya Aaden sebelum dia mengambil tempat di sofa ruang tamu.

"Tak. Sejak dia culik Avia, aku dah tak nampak batang hidung dia. Call pun tak dapat," jawab Arlo mendatar.

"Levi?" tanya Callisto pula.

"Sama. Dua-dua dah hilangkan diri. Tinggal kami bertiga je kat rumah tu sekarang. Fancy pun dah hilang," kata Arlo sebelum dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.

"Apa jawapan Alpha?" tanya Callisto dingin. Dia turut mengambil tempat di sofa ruang tamu rumah itu.

"Hm. Sky tak beri apa-apa jawapan," jawab Arlo sebelum dia melangkah ke pintu rumah.

"Apa-apa pun, tugas aku dah selesai," sambung Arlo sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah itu.

Aaden dan Callisto hanya menghela nafas panjang sebelum mereka bersandar pada sofa.

     "Aku tak boleh nak fikir buat masa sekarang. Banyak sangat benda yang berlaku serentak," kata Aaden sambil meraup wajahnya.

     "What if Alpha taknak kahwin dengan Fellen?" tanya Callisto tiba-tiba.

     "Aku tak rasa dia akan nak," kata Aaden mendatar.

     "Sakitnya otak aku ni fikir," kata Aaden sebelum dia menutup matanya dengan rapat.

     "Budak-budak ni tak balik dari hospital lagi?" tanya Callisto sebelum dia bangun dari duduknya.

     "Tak. Biasalah. Diorang melepak kat sana lahtu," jawab Aaden mendatar.

     "Kau," kata Callisto tiba-tiba. Matanya menoleh ke arah Aaden.

Aaden mencelikkan matanya sebelum dia menoleh ke arah Callisto.

     "Kau memang nak give up macam tu jeke?" tanya Callisto mendatar. Wajahnya langsung tiada reaksi.

     "Hm. Aku tak rasa aku boleh bahagiakan Avia. Biarlah dia pilih orang yang mampu beri dia bahagia," kata Aaden sebelum dia menutup matanya kembali.

     "Habistu? Perkahwinan korang?" tanya Callisto mendatar.

     "Jangan risaulah. Aku dah lama uruskan yang itu. Aku yakin dia akan bahagia," kata Aaden mendatar. Sangat pasrah dengan apa yang akan berlaku.

     "Kalau aku jadi kau, aku pun akan pilih Lara," kata Callisto sebelum dia melangkah ke tangga.

Aaden yang mendengar itu terus menoleh ke arah Callisto.

     "Tapi silap kau jugak buat keputusan tanpa usaha untuk selamatkan dua-dua," sambungnya lagi.

     "Kalau aku jadi Avia, aku sendiri akan pilih Cay," kata Callisto sebelum terus naik ke tingkat atas.

     "Actions speak louder than words," sambung Callisto perlahan.

Aaden hanya menghela nafas panjang sebelum dia bangun dari duduknya. Kaki diatur melangkah keluar dari rumah. Dia sendiri tidak tahu samada dia betul cintakan Avia atau hanya sekadar suka?

     "Maaf! Maaf! Saya janji tak buat lagi! Maafkan saya!" kata satu suara dari tengah-tengah lobi.

Aaden menoleh ke arah seorang gadis yang elok bertudung sedang menunduk di depan seorang wanita. Mak Avia?

     "Kau tahu tak beg aku ni mahal?! Kau langgar aku macam takda mata! Buta ke?!" kata Puan Lina kuat.

     "Maaf, maaf! Saya tak perasan tadi! Saya baru pindah ke sini. Saya tak kenal lagi tempat ni. Maafkn saya!" kata Fify sambil menunduk.

     "Berambus!" kata Puan Lina kuat.

     "Baik! Baik!" kata Fify sebelum dia terus melangkah pergi dari situ tanpa mengangkat kepalanya.

     Bukkkk!

Fify terjatuh ke lantai selepas dia terlanggar badan seseorang yang tinggi.

     "Maaf! Maaf!" kata Fify sambil menutup wajahnya.

     "Aku kenal kau ke?" tanya Aaden mendatar. Fify yang mendengar suara itu terus membuka wajahnya. Dia cepat-cepat bangun dari duduknya sebelum dia membetulkan tudungnya.

     "Ferdy?" tanya Fify perlahan.

     "Kau nampak lain," kata Aaden yang sudah mengecam gadis itu. Gadis itu merupakan rakan sekelasnya dari zaman sekolah lima tahun yang lepas. Walau bagaimanapun, gadis itu nampak sangat matang berbanding dirinya lima tahun yang lepas.

     "Aaaaaa! Ferdy! Allahu... Dah lama kita tak jumpa," kata Fify sambil menunduk.

     "Kau buat apa dekat sini?" tanya Aaden mendatar.

     "Saya baru je pindah ke sini. Rumah saya dekat tingkat 11. Awak buat apa dekat sini? Sekarang dah kerja ke?" tany Fify lembut. Dia masih lagi menunduk.

     "Hm. Rumah aku dekat sini. Dah kerja," jawab Aaden ringkas.

     "Oh! Baiklah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum," kata Fify sebelum dia terus menoleh untuk meninggalkan Aaden sendirian di situ.

     "Fify?" panggil Aaden perlahan.

     "Iya?" sahut Fify tanpa menoleh. Aaden mengukir senyum nipis.

Fellen melangkah masuk ke dalam bilik Avia sebelum matanya menoleh ke arah Cayden, Silver, Javier dan Alara yang sudah berada di dalam bilik itu.

     "Fellen?" tanya Silver sepatah. Suasana di dalam bilik itu yang tadi riuh rendah terus sunyi sepi.

     "Kau buat apa dekat sini?" tanya Alara kasar. Dahinya berkerut sambil memandang ke arah Fellen.

     "Aku datang cuma nak bagitahu yang aku akan berkahwin dengan Alpha," kata Fellen tanpa segan silu.

     "HAAHHHHH???!!!!!!" Cayden, Alara, Silver dan Javier terus membungkamkan mata mereka. Khabar apa ini?!!!!

     "Takda angin takda ribut, datang-datang tiba-tiba cakap nak kahwin dengan Alpha. Gila ke kak?" tanya Cayden mendatar.

     "Kami dah lama bercinta. Dah bertahun-tahun kami bercinta. Rasanya dah tiba masa untuk masuk ke dalam perkahwinan," jawab Fellen dengan yakin.

     "Sejak bila Alpha suka kau? Setahu aku dia tak pernah suka sesiapa," kata Alara mendatar.

     "Sebab dia tak suka kau. Dia tak pernah terima kau sebab dia dah ada aku. Tiap malam kami tidur bersama," kata Fellen sambil tersenyum sinis.

     "Cibai lu tidur sama. Sikit pun aku tak percaya," kata Alara sambil menjelingkan matanya.

     "Up to you nak percaya atau tidak. Cukup korang tahu kami akan berkahwin," kata Fellen sebelum dia menoleh ke arah pintu.

     "Dan takda siapa akan dapat halang perkara tu daripada berlaku," sambung Fellen dengan senyuman sinis.

     "Congrats!" kata Avia dengan senyuman lebar. Mereka semua terus menoleh ke arah Avia.

     "Hm. Congrats too," kata Fellen mendatar.

     "Untuk apa?" tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

     "Next week kau akan berkahwin, kan? Congrats," kata Fellen sebelum dia terus melangkah keluar dari situ.

     "Via masih jadi kahwin dengan abang ke?" tanya Alara perlahan.

Avia tidak menjawab malah hanya tersenyum nipis. Kepalanya ditunduk sebelum tiba-tiba air matanya mengalir dengan deras.

     "HUAAAAA!!! Janganlah nangis! Lara cuma tanya je!" kata Alara sambil menggoyangkan tangannya ke kanan dan kiri.

     "Jomlah kita pergi makan. Aku laparlah," kata Silver sebelum dia menarik lengan Alara dan Javier supaya mengekornya.

     "Korang nak pergi mana?!" tanya Cayden kuat.

     "Babye!" kata Silver sebelum dia menutup pintu dengan rapat dari luar.

Cayden menoleh ke arah Avia yang sedang menunduk. Erk? Apa aku nak buat ni?

     "Cay...," panggil Avia perlahan.

     "Hm?"

     "Cay kata Cay takda apa nak luah, kan?" kata Avia sambil mengangkat wajahnya.

     "Tapi kalau saya nak luah sesuatu boleh?" tanya Avia lembut. Senyuman manis diukir buat si jejaka berambut putih.

Cayden yang mendengar itu terus mengambil tempat di sisi katil.

     "Saya jahat ke?"

     "Apa kau merepek ni?" tanya Cayden mendatar.

     "Saya jahat ke kalau saya kata saya tak cintakan Ferdy? Saya jahat ke kalau saya nak batalkan perkahwinan kami? Jahat ke saya? Selfish ke saya?" tanya Avia sebelum air matanya mengalir lagi.

     "Tak," jawab Cayden sepatah.

Avia yang mendengar itu terus menoleh ke arah Cayden yang sedang merenung ke arahnya. Jejaka itu nampak berkali ganda lebih hensem dengan rambut yang diwarnakan putih itu.

     "It's okay to choose yourself. You matter too. It's not selfish to put yourself first. It's necessary. Don't be everything to others and nothing to yourself," kata Cayden sebelum dia menoleh ke tingkap.

     "Awak tak kisah?"

     "Kenapa aku nak kena kisah? Bukannya majlis perkahwinan aku pun. Lagipun aku faham je. It's okay to be selfish sometimes hanya untuk bahagiakan diri sendiri," kata Cayden mendatar.

     "Terima kasih, Cay!" kata Avia dengan senyuman lebarnya.

Cayden menoleh ke arah Avia sebelum dia menghela nafas panjang.

     "Boleh aku tanya kau something?" tanya Cayden mendatar.

     "Boleh!"

     "Kau cintakan Ferdy?" tanya Cayden dengan riak wajah yang serius.

     "Saya... Saya tak dapat nak bezakan antara cinta, sayang dan suka," jawab Avia jujur.

     "Apa yang kau nak sebenarnya dalam hidup kau?" tanya Cayden sebelum dia menoleh ke tingkap semula.

     "Kalau saya kata sebenarnya saya cintakan Cay?" kata Avia perlahan.

Cayden yang mendengar itu terus menoleh ke arah Avia. Mata coklat gadis itu ditenung lama.

     "Jangan nak merepek," kata Cayden sebelum dia terus bangun dari duduknya. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

     "Cay..."

     "Saya tahu hati saya tak pernah menipu. Dari zaman sekolah saya dah terjatuh hati pada Cay. Walau Cay selalu jahat dengan saya," kata Avia jujur.

     "Stop it, Avia," kata Cayden sebelum dia melangkah ke pintu.

     "Saya cintakan awak, Cayden!" kata Avia kuat.

Cayden menoleh ke arah Avia sebelum dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kaki diatur melangkah keluar dari bilik meninggalkan Avia sendirian di situ.

     "Saya cintakan awak, Cayden... Awak cinta pertama saya... Sampai sekarang saya masih cintakan awak... Saya keliru dengan hati saya sendiri... Tapi sekarang saya dah nampak semuanya... Saya cintakan awak...," bisik Avia perlahan. Air matanya gugur jatuh ke bumi lagi. Apa maksudnya ni? Kena reject ke?

Cayden melangkah masuk ke dalam BMW miliknya sebelum dia menutup pintu kereta dengan kuat.

     "Arghhhhhhhh!" Cayden menumbuk stereng keretanya dengan kuat sebelum dia menundukkan kepalanya.

     "Jangan cintakan aku... Jangan cintakan akulah bodoh!" jerit Cayden kuat. Otaknya sakit memikirkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Apa agaknya yang Aaden akan kata kalau tahu rakannya sendiri sudah merampas kekasih hatinya?

Cayden menekan pedal minyak dengan kuat sebelum BMW hitam miliknya meluncur laju di atas jalan raya.

     Ting!

Pintu rumah dibuka dengan kasar dari luar sebelum Cayden melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya terus tertumpu pada Aaden, Callisto dan seorang lagi gadis bertudung di ruang tamu rumah itu.

     "Kau siapa?" tanya Cayden mendatar.

     "Classmate aku lima tahun lepas. Kenalkan, Fify," kata Aaden mendatar.

     "Bullshit betul perangai kau ni Din. Kekasih hati tengah terlantar dekat hospital, kau boleh bawak betina lain datang rumah?" kata Cayden mendatar.

     "Apa kau ni? Balik-balik nak emo? Cuba rileks sikit. Bukannya aku buat apa-apa pun dengan dia," kata Aaden mendatar.

Callisto hanya mendiamkan diri di tempatnya. Cuba untuk tidak masuk campur hal mereka berdua.

     "Harini ada tak kau jenguk minah tu kat hospital?! Ada kau tanya dia dah makan ke belum? Dah sihat ke belum? Ada kau kisah ke? Memang siot betul perangai kau. Macam ni kata nak jadi suami?" tembak Cayden laju.

     "So apa kata kau je jadi suami dia?" kata Aaden mendatar. Mata langsung tidak menoleh ke arah Cayden.

Nafas Cayden sudah turun naik dengan laju. Dia kemudian terus melangkah ke arah Aaden sebelum dia menarik kolar baju lelaki itu sehingga Aaden terdiri di depannya.

     "Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?! Bodoh!" kata Cayden kuat.

     "Kau pergilah balik dulu. Lain kali jelah kau melawat Avia," kata Callisto kepada Fify.

     "Baik, baik. Maaf mengganggu," kata Fify sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah itu.

     "Habistu? Kau nampak macam caring sangat dengan Avia kan? Apa salahnya kalau kau yang jadi suami dia?" kata Aaden dengan wajah tanpa reaksi.

     Bukkkk!

Aaden terjatuh ke atas sofa selepas menerima satu das tumbukan yang padu dari jejaka berambut putih itu.

     "Hahaha. Tak sangka sebesar ni cinta kau pada dia," kata Aaden mendatar.

     "Sampai sanggup tumbuk kawan kau sendiri. Hanya sebab seorang wanita?" kata Aaden sinis.

     "Aku cintakan dia atau tidak, itu bukan urusan kau. Sekarang ni aku tanya kau, kau cintakan dia atau tak?" tanya Cayden dingin. Dia menarik kolar baju Aaden dengan kuat sekali lagi.

     "Tak," jawab Aaden sepatah. Nafas Cayden suruh turun naik dengan pantas. Dia mengetap giginya menahan marah.

     "Kau tak cintakan dia, tapi kau ajak dia kahwin? Sekarang bila dia nak batalkan semua, dia akan jadi serba salah atas keputusan yang kau dah buat untuk dia? Kau ni memang sial," kata Cayden dingin.

     "Kau jangan risau. Aku akan tetap berkahwin dengan dia. Walau hakikatnya kami tak cintakan antara satu sama lain. Perkahwinan akan tetap berlangsung," kata Aaden mendatar.

     Bukkkk!

Satu tunbukan mengena tepat di pipi putih Aaden.

     "Enough, Cay," kata Callisto sambil menarik Cayden jauh dari Aaden.

     "Kalau kau nak kahwin dengan dia hanya untuk menyeksa dia, baik kau bunuh je dia," kata Cayden dingin. Dia menyentak tangan Callisto sebelum dia terus melangkah naik ke tingkat atas.

     "Kau okay?" tanya Callisto mendatar.

     "Hm. Aku tak pernah nampak Cay semarah tu. Tak sangka dia sayangkan Avia sampai tahap tu," kata Aaden sebelum membetulkan kemeja yang dipakainya.

     "Kau masih akan teruskan perkahwinan ni?" tanya Callisto yang mendengar kata-kata Aaden sebentar tadi.

     "Hm," jawab Aaden ringkas.

Alpha melangkah masuk ke dalam restoran mewah milik kelurga itu sebelum dia terus mengambil tempat di depan Alara.

     "Congrats," kata Alara sejurus sahaja lelaki itu duduk di hadapannya.

     "First sekali, Lara tak sangka abang Al dah lama bercinta dengan Fellen. Kenapa abang tak pernah beritahu selamani?" tanya Alara perlahan.

Alpha hanya mengerutkan dahinya tanpa kata.

     "Takpalah. Abang takkan cerita semuanya pada Lara pun. Lara happy untuk abang. Lepasni Lara dah tak boleh nak bermanja dengan abang lah. Sebab abang akan jadi suami orang. Untung Fellen dapat suami macam abang," kata Alara sambil tersenyum lebar.

     "Kau tak kisah aku kahwin dengan Fellen?" akhirnya Alpha bersuara selepas mendiamkan diri sedari tadi.

     "Kalau itu pilihan abang, apa Lara boleh buat? Lepasni Lara kena cari boyfriend sendirilah nampaknya! Haih," kata Alara sambil menongkat dagunya.

     "Lara," panggil Alpha sepatah.

     "Hm? Kenapa?"

     "Kau betul-betul tak kisah?" tanya Alpha dingin.

     "Kahwin jelah kalau abang nak kahwin. Lara still ada Cayden, Kalis, Silver, Javier untuk jaga Lara," jawab Alara ikhlas.

     "Okay," kata Alpha sepatah sebelum dia terus bangun dari duduknya. Kaki melangkah keluar dari restoran mewah itu.

Alara hanya memerhati tanpa kata. Aik? Dia blah macam tu je?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro