Bab 62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

    "Airis?" tanya Spencer yang cuba buat gadis itu menyebut nama panjangnya.

     "Airis binti Arken," kata Airis lembut.

     "Nice name. I like your eyes," kata Spencer sebelum mengukir senyuman lebar. Mata hazel gadis itu ditenung lama.

Aaden kembali ke dunia nyata sebelum dia menoleh ke arah Callisto yang berada di sebelahnya.

     "Hm?" tanya Callisto tanpa reaksi muka. Lelaki itu seperti sedang mengelamun selepas ditanya siapa nama panjang gadis yang ditemuinya semalam.

     "Airis binti Arken. Rasanya tu yang dia sebut semalam," kata Aaden mendatar.

     "Okay. Nanti aku cari maklumat dia," kata Callisto mendatar. Alpha yang turut berada di sofa ruang tamu itu hanya memerhati tanpa kata.

    "Airis Arken? Tak pernah dengar pula nama bapa dia tu. Orang biasa je kut," kata Aryan mendatar.

     "Tapi aku rasa muka dia macam familiar. Macam ada rupa kau pun ada. Anak kau yang terbuang ke?" kata Spencer kepada Aryan.

     "Ah takda, takda. Cukuplah tiga orang anak. Itu pun sorang dah hilang ikut jantan. Entah apa yang dah jadi dengan dia pun aku tak tahu. Cukup aku tahu dia selamat sudah. Nak lahirkan anak Ray tu lahirkan jelah. Aku ni dah cukup redha dah," kata Aryan panjang lebar.

     "Saya turut bersimpati terhadap kamu," kata Spencer sebelum dia mengusap kepala Aryan dengan kasar.

"Ada apa-apa info berkaitan Fellen?" tanya Aryan kepada Hayden.

"Takda. Sampai harini aku tak dapat nak jejak dia," jawab Hayden mendatar.

Aryan hanya menghela nafas panjang sebelum dia meraup wajahnya. Sudah berbulan anak gadisnya itu hilang dan tidak dapat dikesan, tetapi dia masih yakin anaknya itu selamat walau berada bersama Rayden.

     "Atau itu bukan nama sebenar dia," celah Hayden tiba-tiba.

Mereka semua terus menoleh ke arah Hayden yang sedang menekan-nekan papan kekunci komputer riba miliknya.

     "Maksud kau?" tanya Aryan mendatar.

     "Mungkin nama sebenar dia Airis Arken Naruto Bento Nobita Taro Konichiwa Mashi Mashi Pashipaka," celah Ariq pula.

     "Apa dia cakap tu Raju?" kata Jayden pula.

     "Kau cakap dengan aku jelah Hay," kata Aryan sebelum dia mengambil tempat di sebelah Hayden.

     "Kau mesti akan terkejut. Sebab aku pun terkejut ni," kata Hayden sambil membaca nama panjang gadis itu di dalam hati.

     "Agak-agaknya apa nama yang Fellen akan letak kat anak dia eh? Fallen? Fall? Fell? Feel? Falling? Feeling? Falling from the sky?" kata Spencer kepada Ariq dan Jayden.

     "Ray bapak budak tu. Tengoklah macam budak rambut putih si Arlo tu. Apa nama dia? Cash? Haa kalau yang itu Cash, mesti anak Fellen ni namanya Hutang," kata Ariq pula.

     "Kalau tak hutang, mesti pinjam dulu 100," kata Jayden pula.

     "Hahahahahahahaha," mereka bertiga melepaskan tawa terbahak-bahak.

Aryan dan Hayden pula hanya memerhati tanpa kata. Kepala digelengkan beberapa kali. Dah tua pun tak reti-reti nak taubat.

Alara melangkah masuk ke dalam rumah sebelum dia terus melangkah ke ruang tamu. Aaden, Callisto dan Alpha elok sedang duduk di sofa sambil merenung ke arahnya.

     "Kau pergi mana?" tanya Aaden mendatar.

     "Pergi mana apa? Pergi kerjalah," jawab Alara sebelum dia menoleh untuk tidak bertentang mata dengan abangnya.

     "Principal kata kau takda datang melawat sekolah pun harini. Kau pergi kerja mana? Setahu aku, kerja kau settle hal sekolah je. Kerja selebihnya semua kitorang yang handle," kata Aaden dalam nada tegas.

     "Abang ni kenapa? Lara ni bukan budak 9 tahun tau. Takkan Lara nak jumpa kawan pun tak boleh?" kata Alara dengan dahi yang berkerut.

     "Sebelumni kau selalu bawak hantu ni ikut kau keluar. Tapi kenapa sekarang suka keluar sorang?" celah Cayden yang baru turun dari tangga.

Alara menoleh ke arah Cayden sebelum dia menoleh ke arah Alpha yang hanya memandangnya tanpa sebarang reaksi.

     "Lara pun nakkan privacy. Lara ni dah 19 kut, takkan hari-hari nak bawak Alpha sekali?" kata Alara bengis.

     "Kau kenapa Lara? Boleh tak jangan sorok apa-apa dari kitorang?" tanya Aaden tegas. Dia bangun dari duduknya sebelum terus melangkah ke arah Alara.

     "Abang tu yang kenapa? Takkan abang keluar sorang boleh, tapi Lara keluar sorang tak boleh?!" kata Alara kuat.

     "Aku lelaki, kau tu perempuan Lara," jawab Aaden masih dalam nada yang sama.

     "Apa bezanya lelaki dengan perempuan?! Boleh tak jangan membanding-bandingkan jantina?! Apa bezanya lelaki dengan perempuan?! Cakaplah!" jerit Alara kuat.

Avia melangkah keluar dari bilik selepas mendengar pertengkaran yang berlaku di tingkat bawah sebelum dia mengintai dari tangga.

     "Alara Fairy Louise!" Aaden menaikkan suaranya kepada dua oktaf.

     "Apa?!" jerit Alara masih kuat.

Callisto hanya memilih untuk menjadi pemerhati. Huhu. Dimanjakan dari kecil kan? Takda apa yang pelik pun hihi.

     "Jaga mulut kau Lara. Kau nak aku hantar kau balik dekat mama papa ke? Kau nak hidup dengan mama papa atau kau nak hidup dengan aku?" tanya Aaden dingin.

Cayden hanya memerhati dua beradik itu di tangga.

Alara terdiam sebelum dia mengetap giginya dengan kuat. Dia tahu hidupnya akan lagi dikawal jika hidup bersama ibu bapanya.

     "Lara nak hidup sorang!" kata Alara kuat sebelum dia terus berlari naik ke tingkat atas.

     "Lara!" Aaden melangkah untuk mengejar adiknya tetapi pantas tangannya dipegang oleh Alpha. Alpha bangun dari duduknya sebelum anak mata helangnya menikam anak mata biru milik Aaden.

Aaden menghela nafas panjang sebelum dia terus duduk di sebelah Callisto. Cayden hanya memerhati Alpha yang melangkah naik ke tingkat atas.

     "Biarkanlah dia. Bendera merah kut," kata Cayden sebelum dia mengambil tempat di sofa ruang tamu.

     "Kenapa ni? Ada drama baru ke?" bisik Silver di telinga Avia.

     "Huarghhhh!" Avia menjerit dek kerana terlalu terkejut dengan kehadiran Silver yang entah datang dari mana itu.

     "Kau kenapa? Nak beranak ke?" tanya Javier yang berada di sebelah Silver.

     "Apa korang berdua ni?! Terkejutlah saya! Allahuakbar... Nak luruh jantung ni!" kata Avia sambil mengurut dadanya.

     "Oi dua ekor langau. Korang buat apa dekat bini aku?" tanya Cayden yang berada di ruang tamu.

     "Alah cepat koyak betul shuben you ni. Tak chill langsung," kata Silver sebelum dia dan Javier melangkah turun ke tingkat bawah.

     "Cay, awak nampak Leo tak? Dari pagi tadi saya cari dia tak jumpa," kata Avia sambil mengatur langkah turun ke ruang tamu.

     "Leo? Siapa pulak dah?" tanya Cayden dengan dahi berkerut.

     "Kucing kau beri dia tu bodoh," kata Javier mendatar.

     "Ohhh. Lupa pulak rumah anak mafia ni dah ada anak berbulu sekarang. Kau letak dia dekat mana?" tanya Cayden mendatar.

     "Kalau dia letak Leo tu dekat lantai sekalipun, bukannya binatang tu takda kaki nak jalan. Soalan kau pun, agak-agaklah. Bernaslah sikit," kata Javier lagi.

     "Leo? Maksud you Karipap ke?" celah Silver dengan senyuman lebar.

     "Karipap?" tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

     "Iya! I beri nama dia Karipap! Dia ada dekat dalam bilik I. Tengah tidur rasanya," kata Silver teruja.

Aaden, Avia, Callisto dan Javier hanya memandang ke arah Silver tidak berkelip.

     "Berani kau tukar nama anak berbulu aku?! Kau nak mati ke?! Kau fikir aesthetic ke letak nama karipap kat dia?!" kata Cayden sambil mencekik leher Silver dengan kuat.

     "Arghhhh! Sakit! Tapi memang warna dia macam karipap! Kenapa salahkan aku?! Salahkanlah warna dia!" kata Silver kuat.

Aaden menggelengkan kepalanya beberapa kali. Rumah yang sudah berbulan sunyi ini sudah kembali riuh seperti sediakala.

     Bang! Buk!

     "Alpha!"

Kedengaran jeritan Alara dari tingkat atas sebelum mereka semua terus menoleh ke arah tangga. Aaden terus bangun dari duduknya sebelum Callisto sempat memegang tangan rakannya itu.

     "Biarkan," kata Callisto sepatah.

     "Kalau kau tak boleh nak ajar dia, biar orang lain yang ajar," sambung Callisto mendatar.

Aaden hanya menghela nafas panjang sebelum dia terus duduk semula di sebelah Callisto.

    Tok... Tok... Tok...

     "Siapa?" tanya Alara dari dalam. Tetapi tiada sahutan dari luar pintu biliknya.

Alara membuka pintu bilik dengan perlahan sebelum tiba-tiba pintu itu ditolak dengan kuat sebelum Alpha terus meluru masuk ke dalam. Pintu bilik ditutup dengan kuat dari dalam.

     "Alpha!" jerit Alara yang terkejut dengan tindakan lelaki berambut putih itu.

Alpha menarik lengan Alara sebelum dia memusingkan Alara dan terus dikunci di dalam.

     "Abang Al! Apa abang buat ni?!" tanya Alara kuat.

     "Kau tanya?" bisik Alpha dingin di telinga gadis itu.

     "Alpha ni kenapa?! Gila ke?!" tanya Alara kuat.

Alpha tidak mengendahkan kata-kata gadis itu sebelum dia terus memusingkan Alara dan ditolak ke pintu. Kedua belah tangan Alara dikunci di atas.

     Bukk!

     "Sakitlah!" kata Alara kuat. Dia cuba melawan tetapi gagal. Kekuatan lelaki itu berkali ganda lebih kuat berbanding dirinya. Nafas Alara turun naik dengan pantas sebelum dia cuba untuk mengangkat kakinya untuk menyepak lelaki itu tetapi Alpha lebih pantas menggunakan kakinya untuk mengunci kedua belah kaki Alara.

     "Lepaslah! Sakitlah! Abang ni kenapa?!" jerit Alara kuat.

     "Kau tanya apa beza lelaki dengan perempuan? Ini jawapannya," kata Alpha dingin. Anak mata helangnya menikam tajam anak mata milik Alara.

Alara yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Nafasnya tercungap-cungap sebelum dia memejamkan kedua belah matanya.

Alpha melepaskan Alara sebelum gadis itu terus terduduk di atas lantai. Alara memeluk kakinya sendiri sebelum air matanya mengalir jatuh ke bumi.

Alpha yang melihat itu terus duduk mencangkung di hadapan gadis itu sebelum dia menghulurkan tangannya untuk menyeka air mata gadis itu. Jangan nangis depan aku. Jangan pernah nangis depan aku, Lara.

Belum sempat dia menyentuh pipi gadis itu, dia terus menghentikan niatnya sebelum dia menurunkan tangannya semula.

     "Sorry," kata Alpha sepatah.

     "Kenapa abang kena sakitkan Lara macam ni?" kata Alara dalam tangisan yang ditahan.

Alpha yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Aku nak kau sedar yang abang kau cuma risaukan kau. Aku pun risaukan kau.

     "Sorry," kata Alpha lagi.

    Pakkk!

Alara melempang pipi putih Alpha dengan kuat. Alpha tertoleh ke kanan sebelum dia menoleh ke arah Alara semula.

     "Apa sorry-sorry?! Sorry naik lori lah! Dah sakitkan orang, pujuklah balik!" kata Alara kuat.

Alpha mengangkat keningnya sedikit. Tak sakit dah?

     "Tak payah buat muka hensem macam tu. Lara malas kawan abang. Abang dah sakitkan Lara. Menci! Menci!" kata Alara sebelum dia bangun dari duduknya.

     "Siapa?" tanya Alpha sepatah. Dia turut berdiri tegak di hadapan Alara.

     "Siapa apa?" tanya Alara dengan dahi yang berkerut.

     "Siapa Menci?" tanya Alpha dengan wajah tanpa reaksi.

     "Eeeee menyampahnya cakap dengan abang ni! Dahlah! Jangan kacau Lara!" kata Alara sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik.

Aaden, Cayden, Avia, Callisto, Silver dan Javier hanya memerhati Alara yang melangkah turun dari tingkat atas.

     "Alpha buat apa dekat kau?" tanya Aaden mendatar.

Alara langsung tidak mengendahkan soalan dari abangnya sebelum dia terus meluru ke pintu keluar.

Alpha melangkah turun ke tingkat bawah sebelum dia terus melangkah ke pintu rumah.

     "Pujuk awek ke tuw?" perli Silver dengan kening yang diangkat.

     "Kenapa dengan Lara?" tanya Avia perlahan.

     "Biasalah. Umur macam tu memang suka memberontak," jawab Javier mendatar.

Aaden hanya menghela nafas panjang sebelum dia bersandar pada sofa.

Alara melangkah masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu Honda Civic hitam yang memarkir betul-betul di hadapan kondominium mewah milik keluarganya.

Alpha hanya memerhati Alara yang sudah hilang ke dalam Honda hitam sebelum kereta itu terus memecut dan hilang dari pandangan. Who the f*ck is that?

     "Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba awak suruh saya jemput awak kat rumah?" tanya Arash sambil memandu di sebelah.

     "Saya gaduh dengan abang saya," jawab Alara mendatar.

     "Gaduh? Gaduh sebab apa?" tanya Arash sambil menoleh ke arah Alara sebelum dia menoleh ke hadapan semula.

     "Takda apalah. Biasalah adik-beradik," jawab Alara sebelum dia membuang pandangan ke luar tingkap.

     "Awak nak makan? Kita pergi makan dulu nak?" tanya Arash lembut.

     "Boleh juga. Awak bayar," kata Alara sebelum mengukir senyum lebar.

     "Takda masalah pun. Nak makan dekat mana?"

     "Tak tahu. Awak yang bayar, jadi awak decide lah," kata Alara mendatar.

     "Makan steamboat nak tak?"

     "Taknak," jawab Alara sepatah.

     "Habistu awak nak makan apa?" tanya Arash dengan dahi yang berkerut.

Alara memandang ke arah cermin sisi kereta sebelum dia menyedari sebuah motosikal berkuasa tinggi sedang mengekori mereka.

     "Cuba bawak laju sikit!" kata Alara kuat.

     "Ha? Kenapa tiba-tiba saya nak kena bawak laju pula ni?"

     "Ya Allah! Tekan jelah minyak tu! Ada orang tengah kejar kita!" jerit Alara kuat.

Arash terus menoleh ke cermin pandang belakang sebelum dia menoleh ke arah Alara.

     "Maksud awak, motor hitam tu ke?" tanya Arash mendatar.

     "Iya! Cepatlah bawak laju sikit!"

     "Awak ni banyak tengok drama lah. Motor tu cuma nak lalu jalan yang sama. Lagipun buat apa dia nak kejar kita?" kata Arash masih dengan tenang.

     "Let me drive!" jerit Alara sambil menoleh ke belakang.

     "Haa?! Saya tengah drive ni awak. Jangan nak main-main boleh tak? Kalau accident nanti macam mana?" kata Arash masih dengan kelembutannya.

     "LET ME DRIVE!" kata Alara kuat sebelum dia terus memegang stereng kereta.

     "Jangan buat gila, Lara!" Arash menaikkan suaranya sebelum dia terus menolak Alara dengan kuat.

     "Arash Erfan!"

     "Kalau awak buat macam ni, saya berhenti terus dekat tepi jalan!" kata Arash tegas.

     "Kenapa awak ni degil sangat?! Awak ingat saya ni main-main ke?!"

     "Awak tu overthinking sangat. Ni bukannya jalan bapak kita sampai orang lain tak boleh nak guna jalan yang sama. Awak ingat ni cerita mafia ke nak kejar-berkejaran atas jalan raya?" kata Arash sebelum dia terus memperlahankan pemanduannya.

     "Janganlah bawak perlahan! Awak nak mati ke?!" kata Alara kuat. Dia menoleh ke arah Ducati hitam yang sudah berada betul-betul di sebelah kereta mereka.

Arash turut menoleh ke arah motosikal berkuasa tinggi itu sebelum Ducati hitam itu terus bergerak ke hadapan kereta mereka.

     "Siapa ni? Dia nak apa ni?" tanya Arash yang menyedari motor berkuasa tinggi itu sedang menghalang laluannya.

Tiba-tiba Ducati itu berpusing sebelum berhenti betul-betul di hadapan Honda Civic milik Arash.

     "Saya dah cakap, awak taknak percaya. Baguslah. Sekarang biar kita dua-dua mati dekat sini," kata Alara sebelum dia bersandar pada kerusi.

     "Sudahlah, jangan nak over sangat. Ni bukannya macam dalam TV," kata Arash sebelum terus menekan pedal brake dengan kuat.

Alara hanya menghela nafas panjang. Sudahlah dia tidak membawa sebarang senjata, sekarang ditahan pula oleh motor yang tidak tahu jahat atau baik.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi itu melangkah turun dari motornya sebelum dia mengeluarkan sebatang besi dari beg yang digalas.

     "Apa ni? Apa dia nak buat ni?" tanya Arash sebelum dia terus melangkah keluar dari kereta.

     "Hey sis. Ada apa-apa masalah ke?" tanya Arash yang sudah berada di tepi keretanya.

Gadis Ducati itu tidak menjawab malah terus melompat ke atas kereta sebelum dia memukul cermin hadapan kereta dengan kuat.

     Pakkk! Pakkk! Pakkk! Pakkk! Pakkk!

     "Woi! Apa kau buat ni?!" jerit Arash kuat.

     "Arash, Arash. Kenapalah aku suka dekat mamat bodoh macam ni," kata Alara yang masih berada di dalam kereta.

Cermin hadapan kereta milik Arash sudah retak seribu hanya menunggu untuk pecah berderai.

     "Aku taknak pukul perempuan! Kau turun sekarang!" jerit Arash dari tepi kereta.

     Vroom!

Arash dan Alara terus menoleh ke arah sebuah lagi Ducati hitam yang baru tiba sebelum penunggang motosikal berkuasa tinggi itu melompat turun dari motornya. Ducati hitam yang ditunggangnya sebentar tadi terus bergerak ke hadapan sebelum jatuh ke atas tar.

Gadis yang berada di atas kereta Arash terus menoleh ke arah seorang lagi gadis berpakaian hitam dengan memakai helmet yang menutup wajahnya. Gadis Ducati yang baru tiba itu melangkah ke arah kereta Arash dengan tangan yang mengeluarkan sebilah pedang panjang dari pinggangnya.

     "Nohhh... Siapa pulak dah dua ekor ni?" kata Alara yang berada di dalam kereta.

Arash terbungkam selepas melihat gadis yang baru tiba itu memegang sebilah pedang.

Gadis yang berada di atas kereta terus melompat turun sebelum dia mengangkat batang besi yang dipegangnya ke udara.

Shring!

Bunyi bilah pedang bertemu dengan besi panjang.

"Who are you?" tanya gadis yang memegang besi itu sebelum dia berpusing dan menghayunkan besinya ke arah seorang lagi gadis Ducati.

"Your biggest mistake," jawab gadis Ducati itu sebelum dia menghalang besi yang dipegang oleh gadis itu mengena wajahnya dengan menggunakan pedangnya yang tajam.

Besi dan pedang bersabung untuk beberapa saat sebelum Alara terus melompat ke tempat duduk pemandu. Tingkap kereta dibuka dengan luas.

"Masuk!" jerit Alara kuat.

Arash yang berada di luar terus melangkah masuk ke dalam kereta sebelum Alara terus menekan pedal minyak dengan kuat.

Gadis yang memegang besi itu terus menoleh ke arah Honda yang dipandu oleh Alara sebelum dia terus menunduk dari serangan si pedang dan terus berlari ke arah motornya. Dia memulas minyak sebelum terus mengejar kereta Alara yang semakin menjauh.

Gadis yang memegang pedang itu hanya memerhati sebelum dia memasukkan pedangnya ke dalam sarung pedang yang berada di pinggang. Kaki melangkah ke arah Ducati yang terbaring di atas tar.

"Who the hell diorang ni?!" kata Alara sambil memandu. Dia tidak kenal siapa dua orang gadis itu. Tetapi cukup dia tahu seorang merupakan orang jahat dan seorang lagi merupakan orang yang baik.

"Saya rasa diorang ni gangster jalanan! Mungkin diorang sengaja nak buli orang atas jalan raya. Kita kena buat report polis," kata Arash sebelum dia mencapai telefon bimbitnya.

Alara terus merampas telefon bimbit Arash sebelum dia mencampak telefon itu ke tempat duduk belakang.

"Apa yang awak buat ni?" tanya Arash dengan dahi yang berkerut.

"Jangan. Saya taknak hal ni dibesarkan," kata Alara mendatar.

Gadis Ducati besi itu tiba-tiba mengurangkan kelajuannya sebelum dia terus masuk ke jalan yang berlainan.

Alara menoleh ke cermin sisi sebelum dia menghela nafas panjang. Fuhh!

Hi anak-anak. Nak dapatkan merchandise The Taste Of Revenge? Haa jangan lepaskan peluang untuk dapatkan merchandise TTOR 2023. LIMITED EDITION! SEKALI SEUMUR HIDUP!

Semua update tentang merch akan diumum di ig story. Boleh tengok pada highlights instagram saya untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Jangan lepaskan peluang anda.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro