Bab 63

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aaden melangkah masuk ke warung tepi jalan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman ringan. Semua pengunjung di warung itu memandang ke arah Aaden. Mungkin ianya nampak terlalu janggal melihat mat saleh bawa Lamborghini singgah di warung tepi jalan. Aaden terus terpandang ke arah Airis yang sedang menunggunya di meja paling hujung.

"Hi," tegur Aaden mendatar. Dia mengambil tempat di hadapan Airis sebelum dia terus memandang ke arah air bewarna merah jambu yang berada di atas meja.

"Hi. Saya ingatkan awak sesat tadi," kata Airis dengan senyuman nipis.

"Taklah. Cuma tak sangka kau nak jumpa aku dekat sini," kata Aaden mendatar.

"Kenapa? Awak tak biasa pergi warung tepi jalan ke?" tanya Airis sambil menggigit keropok lekor.

"Tak," jawab Aaden sepatah. Matanya hanya memandang ke arah tangan Airis yang memegang keropok lekor.

"Tak syok lah hidup awak kalau asyik makan dekat restoran mewah je. Cubalah rasa ni. Sedap tau," kata Airis sambil menghulur pinggan yang berisi keropok lekor ke arah Aaden.

Aaden tidak berkata apa malah terus mencapai keropok lekor itu dan disuap ke mulut.

"Cicahlah dengan sos ni," kata Airis sambil menghulur sos merah cair ke arah Aaden.

Aaden hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia mengunyah keropok di dalam mulutnya dengan perlahan. Mata memandang ke arah mangkuk kecil yang berisi ais bewarna merah jambu.

"Tahu tak ni apa?" tanya Airis sambil menunjuk ke arah air batu campur miliknya.

Dengan perlahan-lahan Aaden menggelengkan kepalanya.

"Ni namanya ABC," kata Airis dengan senyumannya yang manis.

"ABC?" Aaden mengerutkan dahinya.

"Ha'ah. Nama panjangnya air batu campur. Awak kena rasa tau. Sedap!" kata Airis lembut.

Aaden terus mencapai sudu sebelum dia menghirup air itu menggunakan sudu.

"Tu air saya. Tapi takpalah, minum jelah," kata Airis sambil menggaru belakang kepalanya.

"Tadi kau yang suruh rasa," kata Aaden mendatar.

"Iyalah. Takpalah, minum jelah. Saya tak kisah pun," kata Airis lembut.

"Nah, ambik balik," kata Aaden sebelum dia menolak mangkuk kecil itu ke arah Airis.

"Awak nak share ke?" tanya Airis dengan dahi yang berkerut.

"Boleh je. Aku tak kisah pun," kata Aaden mendatar. Dia melipat tangannya sebelum diletakkan di atas meja makan. Dia hanya merenung ke arah Airis yang sedang menikmati keropoknya.

"Hm? Makanlah keropok tu. Janganlah tenung saya makan, malulah saya," kata Airis lembut.

"Taknak. Aku dah kenyang"

"Iyalah. Awak berkawan lagi ke dengan kawan awak yang sorang tu. Siapa nama dia? Avia eh?" tanya Airis lembut.

Aaden terus mengerutkan dahinya selepas mendengar soalan yang diajukan oleh gadis itu.

"Avia?" tanya Aaden mendatar.

"Iya. Bukan ke dia girlfriend awak? Ke saya tersalah tengok?" tanya Airis dengan wajah tanpa reaksi.

"Bukan. Kalau dia girlfriend aku, aku takkan keluar dengan kau," kata Aaden mendatar.

"Maknanya dulu awak takda apa-apa dengan dia ke?" tanya Airis lembut.

"Dulu?" tanya Aaden sepatah.

Airis tidak menjawab malah hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Dah berapa lama kau kenal aku?" tanya Aaden dengan kening yang diangkat sebelah.

"Ha? Err..." Airis menundukkan wajahnya sebelum dia terus meletakkan keropok lekor yang dipegang itu ke atas pinggan.

"Airis," panggil Aaden dalam nada tegas.

"Iya?" sahut Airis lembut.

"Kau dah lama kenal siapa aku?" tanya Aaden mendatar.

"Saya rasa saya kena gerak ni. Abang saya dah tunggu saya untuk lunch sekali. Saya gerak dulu ya?" kata Airis sebelum dia terus bangun dari duduknya. Kaki terus melangkah meninggalkan Aaden di situ. Topi keledar dipakai dengan kemas sebelum dia terus menghidupkan enjin motor. Minyak dipulas sebelum dia cuba untuk pergi dari situ tetapi motornya tidak bergerak walau seinci.

"Aik? Pahal motor ni? Rantai putus ke?" tanya Airis sendiri. Dia cuba memulas lagi tetapi hanya bunyi yang kedengaran tanpa sebarang pergerakan.

"Kau nak pergi mana?" tanya Aaden yang berada di belakang motornya. Lelaki itu elok memegang besi motor yang berada di tempat duduk belakang.

"Ya Allah... Bila masa awak ada dekat sini? Macam hantu dah! Terkejut saya tau! Patutlah motor saya taknak jalan. Adoi awak ni," kata Airis sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia menukar semula gear motor ke natural.

Aaden melangkah ke tepi motor sebelum dia menarik kunci motor Honda EX5 milik Airis sebelum enjin motor itu terus mati dengan sendiri. Aaden terus melangkah dan meninggalkan Airis ternganga di atas motornya.

"Hey! Kunci motor saya!" kata Airis sebelum dia terus turun dari motor dan melangkah ke arah Aaden yang sudah berdiri di sebelah Lamborghini putih miliknya.

"Hm? Kau nak apa?" tanya Aaden mendatar.

"Kunci motor sayalah!" kata Airis dengan nafas tercungap-cungap.

"Ni ke? Oh," kata Aaden sambil mengangkat kunci motor Airis hingga ke paras bahu.

"Iya," jawab Airis mendatar.

"Ambiklah," kata Aaden sebelum dia mencampak kunci motor itu ke dalam keretanya.

"Ferdy!"

"Apa? Kalau nak, ambiklah. Ada kat dalam," kata Aaden sebelum dia terus melangkah masuk ke tempat pemandu. Enjin keretanya dihidupkan.

Airis menghela nafas panjang sebelum dia terus melangkah ke kiri kereta. Pintu kereta sebelah penumpang dibuka dengan kasar sebelum dia mencari-cari kunci motornya yang sudah tiada di atas kerusi.

"Masuk," kata Aaden sepatah.

"Ha? Awak nak bawak saya pergi mana?" tanya Airis dengan dahi yang berkerut.

"Masuk jelah," kata Aaden mendatar.

"Awak nak belanja saya makan lobster ke?" tanya Airis lembut.

"Masuk," kata Aaden sambil menoleh ke arah Airis.

"Habistu macam mana dengan motor saya?"

"Kejap lagi aku hantar kau semula dekat sini," kata Aaden mendatar.

"Okay. Kalini saya dengar cakap awak. Lepasni awak tak boleh mengarah saya macam ni dah tau!" kata Airis sebelum dia terus melangkah masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

Aaden tidak menjawab malah hanya memerhati Airis yang sedang memakai tali pinggang keledar.

"Kau ada lesen kereta?" tanya Aaden mendatar.

"Ada. Kenapa tanya saya macm tu?" tanya Airis dengan kening yang diangkat sedikit.

"Okay," jawab Aaden sebelum dia terus memulakan pemanduannya.

"Kita nak pergi mana?" tanya Airis lembut.

"Aku tak bawak kereta laju," kata Aaden tiba-tiba.

"Haa? Tak bawak kereta laju? Lepastu?" tanya Airis yang tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"So rasanya kau dah boleh cabut helmet tu," kata Aaden yang sedang memandu. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Airis yang mendengar itu terus menanggalkan topi keledarnya sebelum diletakkan di atas riba. Merah mukanya menahan malu.

"Saya memang macam ni. Saya suka double safety," kata Airis yang cuba menahan rasa malu.

"Aku nak singgah office sekejap. Ada fail nak kena hantar," kata Aaden mendatar.

"Fail apa? Fail kerja ke?"

"Iya. Kejap lagi Kal nak pergi meeting dengan company besar. Dia perlukan fail tu," jawab Aaden yang sedang memandu.

"Company besar? Company apa?" tanya Airis ingin tahu.

"Kalau aku cakap pun, kau kenal ke?" tanya Aaden pula.

"Manalah tahu kan," jawab Airis ringkas.

"Underground Empire," jawab Aaden mendatar.

"Okay"

Lamborghini Urus putih milik Aaden menyusur masuk ke dalam pagar bangunan yang tinggi dan mewah sebelum ia berhenti betul-betul di hadapan bangunan itu.

"Tunggu sekejap," kata Aaden sebelum tangan kirinya dihulur ke tempat duduk belakang untuk mengambil fail kerjanya.

Airis terus menoleh ke arah lengan Aaden yang dekat dengan dirinya sebelum dia terus menoleh ke hadapan. Malu.

Aaden menarik tangannya semula sebelum dia terus membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari kereta. Callisto yang berada di tangga hadapan bangunan hanya berdiri tegak dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam poket seluar kerjanya.

"Dating?" tanya Callisto sepatah.

"Tak," jawab Aaden sepatah. Tangannya menghulur

"Hm," Callisto menyambut huluran rakannya sebelum fail hitam itu bertukar tangan.

"Jumpa kat rumah," kata Aaden sebelum dia menoleh untuk melangkah ke keretanya semula.

Callisto hanya memerhati tanpa kata.

"Bagus betul persahabatan korang kan? Berkawan dari kecik sampai besar," kata Airis selepas Aaden masuk ke dalam kereta semula.

Aaden menoleh ke arah Airis sebelum keningnya dinaikkan sedikit.

"Kau takda kawan ke?" tanya Aaden sebelum dia memulakan pemanduannya. Dari kecil sampai besar? Maknanya kau dah kenal aku lama.

"Tak. Saya hidup dengan abang saya je. Ayah saya tak beri saya berkawan dengan orang sesuka hati," jawab Airis perlahan.

"Kenapa?" tanya Aaden sepatah.

"Papa kata kat luar sana terlalu ramai orang baik dan terlalu ramai orang yang jahat. Kalau saya berkawan dengan jahat, takut ianya makan diri saya. Kalau saya berkawan dengan orang baik, takut ianya akan makan diri diorang. Sebab kita bukannya baik sangat," kata Airis mendatar.

Aaden yang mendengar itu terus tersenyum nipis.

"Habistu kau berkawan dengan aku?" tanya Aaden mendatar.

"Ayah saya tak tahu pun yang saya berkawan dengan awak"

"Beritahu jelah. Kalau bapak kau tak beri, then we should stop," kata Aaden mendatar.

"Kenapa pula? Saya nak berkawan dengan awak," kata Airis lembut.

"Kalau aku kata aku orang jahat, kau masih nak berkawan dengan aku?" tanya Aaden sebelum dia menoleh ke arah Airis sekilas.

"Tak. Saya tahu awak bukan orang jahat," kata Airis mendatar.

"Kalau berkawan dengan aku akan bahayakan nyawa kau, macam mana?" tanya Aaden lagi.

"Kenapa akan bahayakan nyawa saya? Awak singa ke?"

"Maybe worse than a lion," jawab Aaden tenang.

"Jangan mengarutlah. Saya tahu awak orang baik," kata Airis yakin.

"Kenapa yakin sangat?" tanya Aaden mendatar.

"Naluri perempuan tak pernah salah. Kalau kalini naluri saya salah, then I'll put all the blame on me," kata Airis dengan senyuman nipis.

Airis mengerutkan dahinya selepas Aaden memarkir keretanya di hadapan kedai yang tertulis BMW.

"Buat apa dekat sini?" tanya Airis mendatar.

"Jom," kata Aaden sebelum dia terus melangkah keluar dari kereta.

Airis hanya akur melangkah keluar dari kereta sebelum dia melangkah ke arah Aaden yang berada di hadapan kereta.

"Awak nak tambah kereta ke?" tanya Airis mendatar.

"Hm. Kereta adik aku dah rosak masuk gaung," kata Aaden sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam kedai.

"Seronok betul jadi adik awak. Untung dia kan?" kata Airis sambil mengekor langkah Aaden.

"Tu je adik yang aku ada. Dia amanah aku," kata Aaden mendatar.

"Abang saya takdalah jahat sangat, tapi takdalah baik sangat. Dia cuma belikan saya motor je haha," kata Airis dengan tawa kecil di hujung ayat.

"Sir. Your cars are ready to pick up," kata seorang lelaki yang bekerja di situ.

"We'll take one. Another one I'll pickup tomorrow," kata Aaden mendatar.

"Sure, sir. Please come with me," kata lelaki itu sebelum dia melangkah ke tepi kedai.

"Fuh lawanya," kata Airis teruja.

"This is your key," kata pekerja itu sambil menghulur kunci kereta ke arah Aaden.

"Give it to her," kata Aaden mendatar.

Pekerja itu tidak membantah malah terus menghulur kunci kereta itu ke arah Airis.

"Hm?" tanya Airis dengan kening yang diangkat.

"That's yours," kata Aaden mendatar. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Eh?! Tapi kenapa awak belikan untuk saya? Saya tak pernah minta pun," kata Airis dengan wajah yang cuak.

"Ambik jelah. Lepasni jangan bawa motor, bahaya," kata Aaden sebelum dia terus berjalan mengelilingi kereta.

"Seriuslah awak?!" Airis terus menyambut huluran kunci kereta itu sebelum ia bertukar tangan. Kereta BMW putih dengan nombor plat ARS 11 di hadapannya ditenung lama. Ya Allah serba salahnya aku.

"Kereta ni still atas nama aku. Nanti aku tukar nama pemilik kepada nama kau, okay?" kata Aaden mendatar.

"Saya tak boleh terima wak. Mahal sangat awak. Saya takut abang saya marah," kata Airis sebelum menunduk.

"Suruh abang kau jumpa aku," kata Aaden dalam nada tegas.

"Awak... Kenapa awak belikan saya kereta?" tanya Airis dengan wajah serba salah.

"Aku taknak kau naik motor. Bahaya. Haritu kau dah accident langgar kereta Kal," kata Aaden sebelum dia terus melangkah ke pintu kedai.

"Tapi!" kata-kata Airis terhenti selepas melihat Aaden memberi isyarat tangan ke arahnya.

"Bawak keluar kereta tu," kata Aaden sebelum dia terus melangkah keluar dan menuju ke keretanya.

"Allahu... Apa aku nak buat ni?" bisik Airis sendiri.

"Untung cik dapat boyfriend baik macam dia. Dia beli dua buah kereta sama macam ni. Katanya satu untuk adik dia dan satu lagi untuk girlfriend. Baik betul dia," kata pekerja itu selepas Aaden sudah tiada di situ.

"Errr...," Airis hanya menunduk sebelum dia memandang ke arah Lamborghini putih Aaden yang sudah bergerak dengan perlahan. Dia tinggal je aku?!

BMW putih milik Airis meluncur masuk ke  perkarangan rumah sebelum dia melangkah keluar dari kereta.

"Kereta baru?" tanya Ardy yang sedang mengelap Ducati hitamnya menggunakan sehelai kain.

"Fuhlamak. Pandai pulak kau beli kereta? Selalunya suruh abang kau je tolong semua benda," kata Ezra yang turut berada di situ.

"Ferdy beri," jawab Airis mendatar sebelum dia menghela nafas panjang.

"Aku dah kata jangan bawak motor cabuk tu. Kan dia dah fikir kau tu miskin. Bodoh," kata Ardy sebelum dia mencampak kain yang dipegangnya ke arah Airis.

"Manalah aku tahu dia nak bagi kereta! Tak tahu pulak dia baik sampai macam tu sekali!" kata Airis kuat.

"Dia memang baik. Yang jahat tu kau," kata Ezra selamba.

"Kau yang jahat, aku pulak kena?" kata Airis sebelum dia mencampak kain tadi ke arah Ezra pula.

"Apa-apa jelah. Aku cau dulu. Jumpa esok bro," kata Ezra sebelum dia terus melangkah ke Ducati miliknya. Enjin dihidupkan sebelum dia terus berlalu pergi dari situ.

"Habistu kau nak buat apa dengan kereta banyak-banyak ni? Kereta kau tu, siapa nak pakai?" tanya Ardy sambil menunjuk ke arah Porsche dan Mercedes milik adiknya.

"Takpalah. Nanti bila semuanya dah selesai, aku sendiri akan pulangkan semula kereta ni pada dia," kata Airis mendatar.

"Hm," kata Ardy sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Bang, kau tak pernah cakap pun yang kau ada kontrak dengan company Ferdy. Apa cerita?" tanya Airis sambil mengekor langkah abangnya.

"Tulah kau. Asyik merayap je dengan motor cabuk kau tu, memanglah kau tak tahu apa-apa," kata Ardy sebelum dia mengambil tempat di sofa ruang tamu.

"Habistu kalau aku merayap sekalipun, bagitahu jelah kalau kau ada kontrak dengan company tu bang," kata Airis sebelum dia mengambil tempat di sebelah abangnya.

"Kenapa kalau ada kontrak sekalipun? Kau nak gantikan tempat aku jumpa dengan boss company tu ke?" tanya Ardy dengan kening yang dinaikkan sedikit.

"Taknak. Nanti kantoilah aku ni kaya," kata Airis sambil melipat tangannya ke dada.

Pukkk!

Ardy mengetuk kepala adiknya dengan kuat. Mata biru miliknya menikam anak mata hazel milik adiknya.

"Maknanya kau memang saja nak berlakon miskin depan mamat tulah? Bodoh," kata Ardy mendatar.

"Sakitlah! Eh abang, kalau Ferdy tahu yang kita dah lama kenal dia, mesti dia taknak berkawan dengan aku. Yalah, kita ni macam stalker dia je," kata Airis mendatar.

Ardy yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Bukan setakat lima tahun lepas, malah sejak mereka kecil lagi mereka sudah mengenali keluarga US Mafia itu. Tetapi keluarga itu langsung tidak mengetahui tentang kewujudan mereka.

Alpha melangkah masuk ke dalam rumah Arlo sebelum dia terus mencari-cari lelaki berambut putih itu.

"Sky?" tegur Arlo yang baru keluar dari dapur. Sejak Rayden menghilangkan diri, Arlo terus hidup bersendirian di rumahnya yang berada di kondominium mewah milik keluarga jutawan itu. Walaupun sudah dipelawa untuk tinggal sekali dengan Aaden dan kawan-kawannya, tetapi Arlo lebih memilih untuk hidup bersendirian.

"Honda Civic, VKG 313," kata Alpha dingin.

"What is it?" tanya Arlo sambil memegang segelas air.

"Arash Erfan Mohamad Adam," kata Alpha dengan wajah tanpa reaksi.

"You want me to finish him for you, so that your hands won't get dirty, isn't it?" kata Arlo mendatar. Dia mengambil tempat di sofa ruang tamu sebelum meletakkan gelas yang dipegangnya ke atas meja kopi.

"Maybe he's someone special to Lara," kata Alpha dingin.

"Uh... I see...," kata Arlo mendatar. Dia tersenyum nipis sebelum duduk bersandar pada sofa.

"Don't kill him," kata Alpha sebelum dia melangkah ke pintu rumah.

"Chill, Sky. As you wish, I'm just gonna warn him," kata Arlo mendatar. Bibirnya mengukir senyum nipis.

"You got meeting today dont't you? Why are you here?" tanya Alpha sebelum dia menoleh semula ke arah Arlo.

"Same goes to you. Why are you here?" soalan dijawab dengan soalan.

"I'm the boss. What do you expect?" kata Alpha sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah Arlo.

Arlo hanya menjelingkan matanya sebelum dia meraup rambut putihnya dengan kasar. Berlagak betul mamat ni. Geram je aku nak sepak muka hensem dia tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro