BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dean, kita nak buat apa dekat sini?"soal Fakhrul bersama kerutan di dahi. Dari tadi mereka masih lagi berada di dalam kereta. Entah apa yang diperhatikan oleh lelaki itu hanyalah sebuah rumah teres dua tingkat yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Macam rumah bujang.

Dean hanya senyap sahaja, dia hanya mahukan kebenaran. Betul ke isterinya ada lelaki lain. Kalau betul, dayusnya dia kerana membiarkan perkara itu berlaku. Dia masih memerhati rumah itu dengan tajam, bukannya dia tidak tahu yang kereta isterinya ada di perkarangan rumah itu. Terus sahaja dia melangkah keluar dari kereta.

"Eh, kau nak pergi mana ni wei!"terjerit Fakhrul sebelum dia mengikuti langkah Dean yang sudah ke hadapan itu.

Makin berkerut dahi Fakhrul sebaik sahaja dia melihat lelaki itu membuka pagar itu sebelum berjalan masuk ke dalam kawasan rumah itu. Fakhrul tanpa kata mengekor sahaja kemana Dean pergi, makin ketara kerutan di dahi Fakhrul apabila melihat kereta isteri kawannya ada di situ.

"Eh, Amani ada rumah lain eh?"soal Fakhrul.

"Cuba kau senyap sekejap Rul. Nanti aku bagitahu kau, sekarang ni aku nak kau jadi saksi aku,"kata Dean sebelum pintu rumah itu diketuk kuat.

"Siapa tu? Kejap!"terdengar suara seorang lelaki dari dalam rumah itu. Tidak sampai beberapa minit, pintu rumah tersebut dibuka dari dalam. Seorang lelaki yang hanya berboxer tanpa baju berdiri di hadapan Dean. Rambutnya kelihatan agak berserabai.

"Ya?"soal lelaki itu memandang Dean dan Fakhrul atas bawah. Dahinya berkerut memandang kedua lelaki di hadapannya itu.

"Mana isteri aku?"soal Dean tegas.

"Isteri apa pula ni bang. Kau datang rumah aku, ketuk pintu macam nak roboh. Lepastu kau tanya mana bini kau. Kau ingat aku babysitter bini kau ke?"meninggi suara lelaki tu.

"Kau jangan nak buat-buat bodohlah,"sejurus itu Dean terus sahaja menumbuk wajah lelaki itu. Selepas itu, terus sahaja Dean melangkah masuk ke dalam rumah diikuti dengan Fakhrul. Dean tanpa kata terus mencari kelibat isterinya. Puas di cari di ruang tamu, tandas dan juga dapur masih lagi tidak jumpa sebelum dia menuju ke tangga.

"Apasal kau ceroboh rumah aku hah? Kau nak aku report polis ke!"tengking lelaki itu sambil mengejar langkah Dean dan Fakhrul ke atas. Dean hanya mengabaikan lelaki itu sebelum dia terus mencari isterinya.

Sampai ke satu bilik tanpa kata dia terus menerjah ke dalam bilik tidur itu. Kelihatan isterinya itu tanpa seurat benang dan sedang lena tidur.

"Amani!"jerkah Dean sekuat hati.

Amani yang tertidur itu terus sahaja bangun akibat jerkahan itu. Mukanya terus sahaja pucat sebaik melihat wajah menyinga Dean di hadapan muka pintu. Selimut yang melorot jatuh itu terus sahaja di tarik bagi menutupi tubuhnya yang terdedah itu. Kantoi dah ke?

Luluh hati Dean ketika menangkap isterinya berkhalwat dengan lelaki lain. Apa kurangnya sehingga Amani sanggup membuatnya begini. Isterinya yang sedang terkial-kial menyarung baju dan seluar itu dipandang tajam.

"Amani, you kenal ke lelaki ni? Kenapa dia cakap you ni isteri dia?"soal lelaki itu.

"Malik, you senyap sekejap."pinta Amani sebelum wanita itu menuju ke arah Dean yang masih kaku di hadapan pintu bilik.

"Abang, I can explain."kata Amani tangan lelaki itu digapai lembut.

"Abang tak nak dengar apa-apa lagi Amani. Cukup apa yang abang nampak depan mata abang ni. Sampai hati awak, curang belakang saya!"terhingut bahu Amani apabila mendengar tengkingan Dean.

"Bro, relax lah."tegur Malik bengang.

"You better shut your shitty mouth, man."dingin suara Dean ketika ini.

"Ni semua salah awak lah Dean. Awak yang sibuk sangat dengan kerja awak tu sampai abaikan saya dengan Sofea dekat rumah. Awak ingat kami ni tunggul ke?"soal Amani, tangan Dean dilepas kasar. Bengang dia apabila dituduh curang.

"Saya kerja cari rezeki untuk kita satu keluarga. Saya tak nak awak dengan Sofea hidup susah, awak kata awak faham dengan kerja saya. Tapi ini yang awak balas dekat saya."kendur suara Dean.

"Dah lah Dean, tak payah nak bagi alasan yang awak tak nak kami hidup susah. Saya dah muak lah!"tengking Amani.

"Sibuk dengan kerja awak tu lebih baik awak mati je lah."jerkah Amani.

"Saya tak nak jadi dayus dan saya cukup kecewa dengan awak. Awak dengar baik-baik, Nur Amani Binti Yusman. Aku ceraikan kau dengan talak satu."kata Dean lalu beredar meninggalkan Amani dengan Malik di dalam bilik itu.

Amani tersenyap. Dia sudah diceraikan? Seperti tidak percaya sahaja.

"Dean."panggil Amani. Langkah Dean terhenti.

"Awak ambil hak jagaan Sofea. Saya tak nak."kata Amani.

Dean tanpa kata terus sahaja berjalan melangkah keluar dari rumah itu. Sepanjang perjalanan, Dean dan Fakhrul cuma senyap hanya bunyi dari radio sahaja.

..............................................

Enam bulan telah berlalu, kandungan Intan juga semakin besar. Nasibnya agak baik kerana dia tidak mengalami sebarang alahan. Anaknya ini sungguh baik. Dia sangat bersyukur. Kali terakhir dia berjumpa dengan suaminya itu kira-kira lima bulan lepas di mahkamah syariah, Hakim kelihatan agak kurang bermaya mungkin lelaki itu yang mengalami alahan mengandung.

Perut yang semakin besar itu diusap penuh kasih. Tak sabar dia untuk menunggu kelahiran anak sulungnya itu. Bunyi ombak yang menghentam persisiran pantai itu sangat menenangkan dengan deruan angin yang menyapa mukanya lembut sangat membuatkan Intan terasa nyaman. Hilang segala masalah yang memenuhi kepalanya. Terpejam mata Intan menerima angin bayu itu.

Pak

Terus sahaja Intan membuka matanya sebaik sahaja terasa sesuatu di kakinya. Sebiji bola getah yang bercorak kartun princess menyapa pandangan Irdina. Bola itu diambil sebelum matanya melilau mencari tuan bola ini.

"Excuse me, madam. Bola tu anak saya punya, boleh pulangkan?"soal seorang lelaki sambil memimpin tangan seorang budak perempuan dalam lingkungan tiga hingga lima tahun itu.

"Ah, nah bola awak. Saya pun mencari siapa punya bola lah ni."ujar Intan bersama senyuman. Bola itu dihulur pada budak perempuan tersebut.

"Thank you aunty."ucap budak itu.

"Welcome."tanpa pamitan lelaki itu terus sahaja menarik lengan anaknya itu sebaik mendengar perkataan 'welcome'.

Intan mencebik bibir. Sombong. Itulah perkataan yang paling sesuai untuk lelaki tersebut.

Malam itu, Intan turun ke kafe seperti biasa. Dia memerhati makanan yang terhidang itu, satu pun tidak kena dengan seleranya.

"Erm, tak best lah dinner ni. Baby teman ibu pergi makan dekat kedai eh."kata Intan sambil mengusap perutnya. Seakan faham, bayi di dalam kandungannya itu menendang kuat.

"Amboi, anak ibu ni."tergelak Intan lalu dia keluar dari kafe tersebut. Sebuah kedai makan seafood yang terletak di tepi pantai dihampiri. Kelihatan meja penuh tiada satu pun meja kosong.

Terbit senyuman di bibir pink Intan sebaik melihat sebuah keluarga kecil itu bangun dan beredar. Dengan pantas Irdina bergerak ke meja tersebut. Tanpa melihat keliling Intan terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Babah, Fea lapar lah."rengek Sofea sambil menggoyangkan lengan bapanya.

"Ya, kejaplah. Babah tengah cari meja kosong ni."ujar Dean lembut. Kepala anaknya diusap penuh kasih.

"Encik."panggil Intan sedikit kuat.

Sofea dan Dean terus sahaja memandang ke arah Intan. Tangan Irdina seakan menggamit mereka membuatkan Sofea terus sahaja berlari ke arah Intan. Dean mengejar langkah Sofea.

"Sofea, berapa kali babah nak pesan jangan lari."tegur Dean sedikit tegas.

Kesian Intan melihat wajah budak kecil itu. Tersebik-sebik bibirnya seakan mahu menangis.

"Meja penuh. Kesian anak encik, marilah duduk sini."ajak Intan seraya menarik kerusi untuk Sofea.

"Adik, mari sini duduk."ajak Intan.

Sofea tanpa kata terus sahaja duduk di kerusi tersebut. Dean yang telah melihat anaknya itu selamat duduk, barulah dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Intan. Takkan nak jual mahal, perut tengah lapar. Perut perlu diutamakan.

"You, dah order ke?"soal Dean sambil memandang ke arah Intan.

"Belum. I baru sampai."jawab Intan.

Dean hanya mengangguk sebelum matanya melilau mencari pelayan. Sebaik sahaja matanya tertancap pada pelayan, terus sahaja Dean menggamit pelayan tersebut.

"Dik!"panggil Dean sedikit kuat.

"Ya bang. Dah order ke?"soal pelayan tersebut.

"Belum."

"Nak makan, minum apa?"soal pelayan itu. Buku pesanan dipegang dan buku menu diletak di hadapan Dean dan Intan.

"Bagi saya milo ais, nescafe tarik panas. Lepastu ais kosong 2."

"Ais kosong tu tambah satu lagi dik lepastu teh o ais limau extra limau."sampuk Intan.

Pelayan itu terus sahaja mencatat.

"Makan?"

"Raw oyster ada ke?"soal Intan. Teringinnya dia mahu makan raw oyster.

"Ada. Nak 1 set ke?"

Belum sempat Intan mengangguk, Dean segera memotong.

"Nope. Bagi tiram bakar dengan mozarella cheese tu 2 set."

"Lagi?"

"Nasi putih 3, tomyam pok tek untuk 2 orang makan, kailan ikan masin, dengan ikan siakap stim limau."

"Babah, nak sotong."ujar Sofea yang sedari tadi diam.

"Sotong goreng tepung 1. Itu saja."pesan Dean.

Pelayan itu mengangguk sebelum beredar.

"Kenapa you ambil tiram bakar. I teringin nak makan raw oyster."lirih suara Intan. Ditahan agar air matanya tidak tumpah di hadapan Dean.

"You're pregnant. Orang pregnant tak boleh makan raw oyster."kata Dean.

"Tapi I teringin."

"Lepas you bersalin, you ajaklah husband you makan raw oyster."jawab Dean selamba. Dean menunduk melihat telefon bimbitnya.

Terdiam Intan dibuatnya. Suami? Dia tak ada suami.

"Aunty okey."tegur Sofea.

Dean segera mengangkat wajahnya. Kelihatan wajah wanita itu keruh.

"Okey."

"Takkanlah sebab tak dapat makan raw oyster tu you nak menangis macam ni."kata Dean.

"Tak lah."bangkang Intan laju.

Dean hanya mengangkat bahu.

"Eh, mana husband you? Takkan dia tak datang dinner sekali,"soal Dean lagi.

Intan hanya senyap. Tidak sampai setengah jam mereka tunggu makanan dan minuman yang dipesan mereka sampai.

Dean terus sahaja membaca doa makan sebelum mereka bertiga menjamu selera.







....sorry....

lambat update sebab saya dekat kampung. line tak bagi izin pulak :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro