Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Intan kelihatan anggun mengenakan blaus berwarna nude bersama seluar palazzo berwarna hitam dan dipadankan dengan shawl berwarna hitam. Hari ini dia mempunyai janji temu dengan doktor untuk kandungannya. Setelah memastikan dirinya telah siap, dia terus sahaja mencapai beg tangan serta buku pink miliknya.

"Nak kemana?"soal Puan Mazni yang elok duduk di ruang tamu.

"Hari ni Intan ada check up. Intan dah lambat ni, Intan pergi dulu ya. Assalamualaikum."segera dia menyalami tangan Puan Mazni sebelum dia melangkah keluar dari rumah. Kereta myvi miliknya didekati sebelum pintu kereta itu dibuka sebelum dia menerobos masuk ke dalam perut kereta. Dengan lafaz basmallah, pedal minyak ditekan sebelum kereta myvi itu meluncur perlahan meninggalkan perkarangan rumah Encik Sarifudin.

Sampai sahaja di klinik, Intan terus mencari parking sebelum dia mermarkirkan kenderaannya. Sebaik sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam klinik, pergelangan tangannya disambar seseorang. Terkejut Intan dibuatnya apabila melihat bekas suaminya berada di hadapannya sekarang ini.

"Abang nak apa lagi?"soal Intan terus. Malas dia ingin membuang masa melayan bekas suaminya itu.

"Saja. Abang rindu Intan."

Terbit satu senyuman yang penuh dengan rasa. Intan merentap kasar tangannya yang ada di dalam genggaman bekas suaminya itu.

"Rindu? Rindu tu dah lama mati."ujar Intan penuh sebak. Ya, dia hanya insan yang lemah yang masih rindu dengan lelaki yang bergelar suami. Salah bekas suami.

Hakim memandang Intan dari atas bawa ke bawah. Jika dilihat dengan mata kasarnya ini, isterinya makin cantik dan bertambah cantik. Dia menyesal kerana melepaskan isterinya ini.

"Intan, abang minta maaf. Abang tahu salah abang."tutur Hakim penuh rasa. Matanya masih lagi memandang tepat ke arah badan isterinya.

"Maaf tu mudah tapi nak melupakan tu susah bang. Susah sangat."usai sahaja berkata, Intan berpaling dari memandang suaminya. Dia terus sahaja menapak meninggalkan Hakim.

Hakim yang berang itu terus sahaja menyambar lengan bekas isterinya sebelum dia mengheret bekas isterinya itu. Intan yang terkejut itu terus sahaja meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Bro, baik kau lepaskan dia sekarang."ujar seseorang dengan nada yang sedikit tegas dan dingin.

Hakim tersenyum sinis. Makin erat dia menggenggam lengan bekas isterinya itu.

"Ni bini aku suka hati aku lah? Kau sibuk asal?"soal Hakim dengan berlagak.

"Ish, lepaslah. Sakit tahu tak!"bentak Intan. Dia cuba untuk melepaskan dirinya. Hakim merentap lengan Intan hingga membuatkan wanita itu meringis kesakitan.

Dean segera menepis tangan Hakim lalu di menarik Intan ke arah belakangnya. Hakim tergelak besar. Dia menepuk tangannya seakan terhibur dengan aksi itu.

"Wah, kau hebat eh. Mesti layanan dia bagus kan sebab tu kau sanggup pertahankan dia ni. Tak nak share dengan aku ke?"soal Hakim sinis.

Dean yang berang terus sahaja melayangkan penumbuknya tepat di muka Hakim.

Buk!

Intan yang terkejut itu terus sahaja melarang Dean agar jangan bergaduh di situ.

"Stop it! You dah gila ke?"soal Intan kasar.

"Lagi sekali aku nampak, mati kau!"jerkah Dean lantas menarik lengan Intan meninggalkan kawasan parking itu.

Dia terus sahaja menemani Intan yang sedang melakukan pemeriksaan kandungan sehingga selesai. Usai itu, dia membawa Intan pulang ke rumah keluarga wanita itu.

..........

"Arghhh!"jerit Hakim seraya melempar kasar barang -barang yang ada di atas meja solek itu. Rambutnya diraup kasar.

"You dah kenapa ni Hakim? Yang you lempar tu make up I!"jerkah Helena. Perut yang memboyot itu diusap perlahan. Dia sedang menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak.

Sejak di makin sarat mengandung ini, Hakim sudah jarang melayan dia. Lelaki itu banyak mengasingkan dirinya sahaja. Dia juga sudah tidak dibenarkan bekerja.

"You diam lah Helena! Kalau bukan sebab you, I dengan Intan dah bahagia dengan kehadiran anak kami!"kata Hakim dengan kasar.

Helena tersentak. Mukanya memerah menahan marah.

"You jangan nak salahkan I lah Hakim. You tu yang tak sedar diri, dah ada bini tapi terhegeh-hegeh nakkan I."bentak Helena.

Hakim hanya diam.

"Apa yang hebat sangat perempuan kolot tu nak dibandingkan dengan I ni? Perempuan macam tu tak layak lah jadi bini you! Kampung! Low class!"jerit Helena lagi.

Pang!

"Kau jangan nak hina dia Helena."kata Hakim sambil mengacip giginya.

Terteleng kepala Helena apabila dia ditampar oleh Hakim.

"What? How dare you? Berani you tampar I!"jerit Helena kuat seraya menggosok pipinya yang terasa pijar itu.

"You mesti dah kena guna-guna kan dengan perempuan tu sebab tu you berani naik tangan dekat I!"berang Helena dia memukul-mukul dada Hakim dengan kuat.

Hakim yang berang terus sahaja menolak Helena dengan kuat.

"Argh!" Helena terjatuh, dia mengerang sakit sambil memegang perutnya.

Hakim seakan tersedar. Segera dia berlari mendapatkan Helena yang sudah pucat itu. Kelihatan darah mengalir keluar dari celahan kaki Helena.

"Sayang! I... I'm sorry."kata Hakim lantas mendukung tubuh Helena yang lemah itu untuk dibawa ke hospital.

"Sa...kit!"rintih Helena.

"Ye, I tahu sayang. Kejap."kata Hakim lantas menekan pedal minyak. Keretanya meluncur laju membelah jalan raya.

........

"Baba. Kita nak pergi mana ni?"soal Sofea di sebelah. Dean hanya tenang memandu sambil melayan lagu yang keluar dari corong radio.

"Nak cari barang sikit,"ujar Dean tenang matanya tepat memandang ke arah jalan raya.

Sofea setelah mendengar kenyataan ayahnya itu, dia terus duduk senyap sambil bermain dengan Ipad.

Masuk sahaja ke dalam mall, mereka terus sahaja menuju ke kedai yang menjual barang keperluan bayi. Beberapa jenis baju, set topi beserta sarung tangan dan juga sarung kaki turut di ambil, set tilam bayi, mandian bayi, barut, minyak angin dan semua barang yang melibatkan bayi baru lahir terus sahaja diambil.

Sofea hanya memandang bapanya yang sedang menolak troli itu. Dia masih keliru dengan apa yang dilihatnya. Untuk apa Dean beli barang - barang bayi ini.

"Baba, beli ni untuk siapa?"

"Untuk anak aunty Intan."jawab Dean ringkas.

Sofea hanya mengangguk bersama senyuman lebar. Tak sabar nak jumpa Intan.

"Baba. Kalau aunty Intan jadi mama baru Sofea boleh?"soalan itu membuatkan langkah Dean terhenti.

"Eh, jom bayar. Nanti lambat pula kita sampai rumah aunty Intan."kata Dean seakan mahu menukar topik.

"Okey baba."

Habis sahaja membayar, Dean dan Sofea terus sahaja bergerak ke rumah keluarga Intan.

"Assalamualaikum, aunty Intan."ucap Sofea sebaik sahaja sampai di hadapan rumah wanita itu.

"Waalaikumussalam. Eh, Sofea. Buat apa kat sini?"soal Intan pelik. Perutnya yang memboyot itu membuatkan dia sukar untuk melangkah.

"Nah it's okey. Biar I yang buka sendiri."kata Dean apabila dia melihat wanita itu sukar untuk berjalan.

Dean membukar pagar dan menyurh Sofea masuk terlebih dahulu. Di tangan kecil itu kelihatan beberapa paperbag yang terisi dengan pakaian bayi.

"Apa semua ni Dean?"soal Intan sebaik sahaja mereka duduk di kerusi di laman rumah.

"Ni semua untuk anak you. I tak tahu gender baby, so I beli je lah."jawab Dean.

"Susah - susah je lah. I boleh beli dengan parents I nanti. Lagipun awal lagi ni,"kata Intan serba salah.

"I tak kisah pun. By the way, nanti I kena pergi kursus. Boleh you tolong jagakan Sofea? I bayar nanti, you jangan risau."kata Dean.

"Boleh je. Tak payah bayar lah I ikhlas jaga dia."ujar Intan lembut.

"No, I tetap akan bayar. I tak sempat nak cari babysitter untuk dia. Tapi nanti you tolong hantar dia pergi tadika ya."

Intan hanya mengangguk.

"Bila you pergi?"soal Intan setelah lama berdiam diri.

Kadang - kadang terdengar hilai tawa Sofea yang sedang bermain bersama kedua ibu bapa Intan di dalam rumah.

"Lagi dua minggu."

Dan lagi suasana senyap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro