BAB 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tanpa sebarang ketukan yang diberikan, Adam terus menerobos masuk ke dalam bilik pejabat Zafriel. Wajahnya sangat menunjukkan riak bengang. Zafriel yang ketika itu sedang sibuk mengerjakan kerjanya, langsung tidak berkutik.

Dia masih meneruskan kerjanya menyiapkan proposal untuk resepi terbarunya. Lagipun, bukan Zafriel tak kenal siapa Adam. Kawannya itu memng panas baran kalau kehendak nya tak dituruti.

"Aku nak cakap dengan kau." mendatar Adam menyusun kata-katanya. Wajahnya masih berkerut tak puas hati.

Zafriel mengerling wajah Adam tanpa rasa gentar. Dia menutup komputer ribanya. Dengan tenang, Zafriel bangun lalu berjalan ke hadapan Adam.

"What?" sepatah saja soalan yang dia tanya.

"Kenapa dengan kau sebenarnya ni? Fati cuba tolong kau tapi kau buat dia macam itu pula? Kau tahu tak betapa sedihnya dia semalam? Aku.. tak boleh tengok air mata dia jatuh gara-gara kau even kau kawan baik aku."gertak Adam dalam nada geram.

Zafriel mengacip gigi. "Sekarang kau nak salahkan aku? Apa yang korang berdua nakkan daripada aku sebenarnya?"

"Kau tanya kitorang apa yang kitorang nak? Soalan itu kau patut tanya pada diri kau, apa yang kau nak sebenarnya daripada diri kau itu? Fati dah niat baik dah nak tolong kau tapi.. kau buat don't know aje. Tolonglah, kalau taknak pun sekurang-kurangnya hargailah." hambur Adam dalam nada sedikit merayu namun dalam tegas.

"Habis itu, kau nak aku ikut apa yang Fati itu minta? Cukuplah, aku ikut telunjuk nenda.. aku taknak ikut telunjuk Fati pula." tegas Zafriel dalam nada berkeras.

"Niat Fati itu nak tolong kau! Bukan nak arahkan kaulah, bodoh!" panas hati Adam apabila Zafriel katakan begitu.

Tak semena-mena sebuah tumbukan dihadiahkan ke pipi kanan Zafriel membuatkan Zafriel terus jatuh menyembam lantai. Tergamam Zafriel dibuatnya. Terus mata Zafriel menikam tajam ke arah Adam yang masih menyinga di hadapannya.

"Ada aku minta pertolongan korang? Ada ke, hah!!"gertak Zafriel sudah berura-ura mahu bangun.

Pudin terus memasuki pejabat Zafriel apabila dengar bunyi bising dari bilik itu. Hampir terkejut dia apabila lihat Zafriel sudahpun terbaring di atas lantai dengan pipi bengkak. Serta-merta dia dapatkan Zafriel lalu membantu lelaki itu untuk bangun.

"Apa ni, Adam? Kenapa kau pukul, Zaf?!"soal Pudin dalam nada pelik. Dia memimpin bahu Zafriel untuk berdiri namun pantas Zafriel menepis.

"Kau tanyalah kawan kau itu? Kau tanya dia kenapa dia bodohkan perasaan sendiri?"sinis sahaja soalan yang Adam hamburkan. Lelaki itu sudah berpeluk tubuh.

Pudin berkerut dahi. Wajah Zafriel pula ditatapnya. "Perasaan kau? Apa maksud Adam itu, bro?"soal Pudin masih blur dengan situasi yang terjadi.

"A-aku.."

"Kau kecut. Kau takut dan kau taknak lari dari telunjuk nenda kau. That's it."spontan Adam mencelah. Tenang sahaja wajahnya.

Zafriel sudah mengacip gigi. Tercabar jiwa lelakinya bila dikatakan begitu. Kata-kata Adam itu sedikit sebanyak membuka kelemahannya yang langsung dia tidak sedari.

"Woi, b*doh! Habis itu, kau nak aku buat apa? Kau nak aku merayu pada Qaliesya?! Kau tak rasa apa yang aku rasa. Dia.. tak cintakan aku jadi buat apa aku terkejar-kejarkan orang yang taknak aku?"jelas Zafriel dalam nada mendatar. Di hujung ayat, nadanya kedengaran sangat pasrah.

"Qaliesya? Adam, kau nak Zafriel getback dengan Qaliesya semula ke? Habis itu, Tini? Kau tak fikirkan dia?!" celah Pudin apabila dia sudah dapat mencerna apa yang terjadi antara Zafriel dengan Adam.

Adam menarik nafas dalam. Dia pandang wajah Adam lama sebelum dia alihkan matanya pada Zafriel pula.

"Sekarang, aku nak Zaf ambil peduli fasal hati dia. Aku taknak dia buat pilihan yang salah. Zaf.. aku tahu yang kau masih sayangkan Qaliesya. Aku kenal kau, bro. Jangan menafikan perasaan sendiri. Sakit bro!" nada suara Adam sudah berubah untuk memujuk.

Zafriel mengeluh perlahan. Wajah Adam dipandangnya dengan dahi berkerut.

"Huh.. tolong biarkan aku sendiri. Aku perlukan masa."keluh Zafriel lemah. Dengan langkah perlahan, dia kembali ke tempat duduknya semula.

Adam sudah mengeluh perlahan. Susah betul nak dapatkan semangat Zafriel semula. Adam tahu Zafriel bukannya lemah begini tapi.. kalau soal hati, dia tahu Zafriel akan lemah. Kerana dia tahu ini pertama kali Zafriel jatuh cinta.

Bahu Pudin ditarik untuk menuruti nya keluar dari pejabat. Pada mula nya, Pudin enggan namun tak lama lepas itu.. Pudin mengalah.

Keluar sahaja dari pejabat, Pudin terus menepis kasar tangan Adam dari memegang bahunya. Dahinya sudah berkerut marah.

"Apsal kau suruh Zafriel getback dengan Qaliesya semula? Kalau Zaf itu termakan dengan kata-kata kau macam mana?"bertubi-tubi soalan dihamburkan Pudin pada Adam. Dia betul-betul tak puas hati sekarang ni.

"Baguslah." balas Adam.

"Bagus? Hah?! Kau gila ke? Habis, kau tak fikir fasal Tini ke? Dia mangsa tahu tak?!"makin banyak pula soalan yang Pudin tanya. Soalannya itu ibarat mahu membela nasib Kartini.

Adam sekadar menyungging sengih. Bahu kanan Pudin digenggamnya "Kau.. biarkan lah Zafriel itu. Bukan senang kita nak tengok Zafriel jatuh cinta kan?"tenang sahaja dia memujuk Pudin.

Pudin diam untuk sejenak. Betul juga apa yang dikatakan Adam itu. Yurp, jarang nampak Zafriel jaruh cinta.

Akhirnya dia mengalah.
...
"Hadiah lagi? So, hadiah valentime dari siapa pula kali ni?"soal Adam yang tadinya menonton tv. Dia terus mengalihkan pandangannya pada Zafriel yang sudah bawa bermacam-macam beg kertas.

Kepulangan Zafriel memang tak pernah mengecewakan. Ada sahaja makanan atau hadiah yang akan dibawa lelaki itu. Al-maklumlah, Zafriel memang terkenal dalam kalangan pelajar perempuan. Jadi, tak hairanlah kalau dapat hadiah valentime yang bertimbun.

"Hmm.. entahlah, aku malas nak ambil tahu." keluh Zafriel kepenatan.

Beg kertas yang pelbagai corak dan bentuk itu terus dia letakkan ke atas meja. Laju tangannya mengurut bahu yang sudah sengal. Mana taknya, bukan main berat beg kertas yang dibawanya itu. Entah apa isinya pun tak tahulah.

Pudin terus keluar dari bilik apabila terdengar suara Zafriel. Nampaknya ada makanan pengisi perut untuk petang ni. Berlari-lari anak Pudin ke ruang tamu. Laju tangannya mencapai salah sebuah beg kertas lalu dia meloncat ke atas sofa.

Zafriel sekadar gelengkan kepala. Haih!! Bahana punya member. Aku balik bukan nak buat air, terus rembat coklat aku. Mangkuk!

"Wou, cadbury. "teruja Pudin bila cadbury dikeluarkan dari beg kertas itu.

Adam kembali menonton rancangan televisyennya semula. Dia tak berapa nak minat sangat coklat-coklat ni sebab nak jaga makan.

Dia bukan seperti Zafriel. Muka kacak, badan tinggi tegap. Ramai peminat pula itu. Dia hanya lelaki biasa yang perlu berusaha nampak kacak untuk menarik perhatian perempuan di luar sana.

"Sat, sat.. aku nak baca apa perempuan ni tulis." ujar Pudin dalam nada perli. Sambil dia menikmati cadbury, Pudin membuka kad kecil yang terselit sekali dalam beg kertas itu.

"Zafriel, sayang. I harap you suka dengan hadiah yang I bagi ni. I harap you akan gunakan coklat ini dalam resepi you yang seterusnya. Always loving you, babe. Tengku Qaisara." ajuk Pudin membaca isi surat itu.

Terbeliak biji mata Adam bila nama Tengku Qaisara disebut. Phuhh.. bukan calang-calang orang yang minat Zafriel ni. Tengku, beb?!

"Phuhh.. Tengku Qaisara. Cantik dowh minah tu. Ada kacukan Jepun-Melayu. Kau taknak try ke?"soal Adam sudah mulai tertarik untuk mengusik Zafriel.

Seperti biasa, Zafriel buat muka malas nak layan. Dia menyilangkan tangannya di belakang kepala sambil pandangan kosongnya didongak memandang siling.

"Aku tak berkenanlah. Dia bukan taste aku."ujar Zafriel spontan.

"Kau ni.. semua perempuan kau tak nak. Ha?! Entah-entah kau ni G.A..." belum sempat Pudin menghabiskan ayatnya.

Serta-merta kusyen mini dilempar Zafriel mengena tepat wajahnya. Hilang terus ketampanan sementara nya itu.

"Mulut kau baik sikit. Aku masih strict lagi eiyh. Alhamdullilah, setakat ni.. pandang kau aku masih tak terliur lagi." jawapan Zafriel mengundang sengih Pudin.

Adam hanya tersengih melihat gelagat Zafriel dan Pudin. Dia memeluk bantal mini. Wajah Zafriel dipandangnya.

"Habis, perempuan macam mana yang kau nakkan?"

"Perempuan yang buat aku hilang arah bila dia tak ada kat sisi aku. Simple. Dari situlah, aku tahu dia jodoh aku." spontan Zafriel menghamburkan kata-katanya.

"Pfft.. angan-angan mat jeninlah, bro."

"Suka hati akulah."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro