BAB 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dewan Besar Hotel Grand Season aku jejaki. Ini kali pertama aku jejak kan kaki ke dalam dewannya. Terpesona aku untuk seketika bila lihat persiapan majlis yang sudah hampir 90% siap sepenuhnya.

Tema persandingan yang dipilih oleh Fatihah ada lah warna jambu dan warna kelabu cair. Yurp, warnanya nampak begitu harmoni bila diadunkan sekali. Pandai rupanya adik kandungku itu menghias dan menata rias majlis sendiri.

Jika nak dibandingkan denganku, rasanya semasa majlis resepsi perkahwinannya dahulu.Aku langsung tak masuk campur. Segala nya diuruskan seratus peratus oleh mama. Hmm.. kerana waktu itu, aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang aku bakal dikahwinkan dengan lelaki yang langsung aku tak cinta.

Masih segar dalam ingatan aku sepanjang majlis resepsi aku itu berlangsung. Selesai saja, Zafriel melafazkan akadnya mengikat aku sebagai isterinya. Sedaya upaya, aku mengukir senyum bahagia. Kononnya, aku dijodohkan dengan lelaki pilihan.

Namun, belakang pentas persandingan itu tiada siapa tahu perang dingin yang membelengu aku dan Zafriel. Sepanjang hari itu, aku langsung tak bertegur sapa dengan dia. Aku buat muka, dia pun buat muka menyampah..

Kelibat Fatihah yang sedang berborak dengan beberapa orang perempuan itu aku dekati. Wajah Fatihah nampak begitu serius membincangkan sesuatu yang aku rasakan ada kena-mengena dengan majlis perkahwinannya ini.

"Kak Iesya!"seru Fatihah apabila melihat kelibatku menghampirinya.

Sebingkis senyuman aku berikan kepadanya. Pantas, Fatihah meminta diri untuk pergi daripada orang itu lalu mendekatiku. Kedua-dua belah tanganku digenggamnya.

"Fati ingat akak takkan datang. Yalah, sama macam sebelum-sebelum ni kan."sempat dia menyakat aku dengan janji-janji melayu aku yang lepas.

Adalah juga dua tiga kali, aku berjanji dengan dia untuk tolong apa yang patut untuk majlisnya nanti namun.. hehe, janji Qaliesya itu janganlah dipercayakan sangat. Konon aje janji nak membantu bagai tapi bila gear malas itu dah dibawa, aku lebih suka menuang tahi mata daripada buat kerja. Well, Qaliesya kan?

"Akak tak ada benda sangat nak buat. Itu yang turun nak tolong tu.." ujarku menjawab perliannya.

"So, what's my first job?"soalku sudahpun menggosok-gosok kedua belah tanganku. Aku sudah pun bersiap sedia untuk menerima arahan daripada Cik Fatihah nya itu.

Fatihah tergelak kecil melihat karenah ku. Jarang aku buat benda kelakar depan dia. Al-maklumlah, aku ni serious orangnya. Pfft..

"Akak boleh tolong Fati something tak?"pintanya dengan senyuman penuh tersirat.

Aku sudah angkat kening. Tudung bawal satin yang membelit kepalaku aku betulkan sejenak.

"Apa dia?"

"Boleh akak tolong Fati tanya fasal tempahan kek wedding Fati tak? Fati ingat Fati nak pergi tadi tapi ada benda tak siap lagi. Banyak lagi yang kena buat hari ni." jelasnya sudah buat muka seposen pada aku.

Haih, ni yang malas ni. Baru aje datang, dia suruh aku keluar pula tanya fasal kek weddingnya itu. Lenguhlah kaki kalau macam ni. Asyik bawa kereta aje. Terus jatuh mood rajin aku dibuatnya.

Aku sudah buat muka malas. "Alah, Am mana? Kenapa tak suruh dia yang settle kan fasal kek itu? Akak malas lah nak memandu sekarang ni."balasku dengan nada menggeliat semacam.

Fatihah masih tak putus asa buat muka bebek angsanya itu. Dia ingat comel ke buat macam itu. Pfft.. sudah mahu jadi bini orang pun, perangai manja itu still lagi nak bela. Hmm..

"Abang Am ada kerja sikit. Dia kata dia nak kena tolong kawan dia. Ermm.. please kak. Sekali ni aje. Please.."dia sudah merayu berkali-kali.

Pada mulanya, aku buat muka malas nak layan tapi lepas tengok dia punya semangat nak suruh aku pergi itu tinggi, tak sampai hati pula. Jadi, mahu tak mahu.. terpaksalah aku pergi juga.

"Fine. I will go. Where's the adress..?" soalku sudahpun menghulur tangan.

Terus melebar senyuman Fatihah sehingga terserlah lesung pipitnya di kedua belah pipinya. Tangannya pantas menyeluk poket seluar jeans lalu sekeping kertas kecil diberikan nya kepadaku.

"Sayang akak. Ini. Akak ikut aje alamat tu.."ujarnya sambil menuding ke arah kertas kecil yang sedang aku pegang.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Untuk seketika, kertas yang tercatit tulisan itu aku belek.

'Cafe Le' Amour..'

Dahiku sudah berkerut. Rasanya, aku pernah dengar nama cafe ni sebelum ni tapi.. erm.. hmm.. aku lupa pula di mana aku pernah dengar fasal cafenya itu. Aku alihkan pandanganku pada Fatihah yng sedari tadi asyik tersenyum memandangku.

"Cafe siapa ni, Fati?"soalku ingin tahu.

"Kenapa akak tanya?"soalan berbalas soalan. Sengihan Fatihah buatkan aku makin hairan.

"Rasa macam familiar."

Fatihah sudah berpeluk tubuh. Wajahku yang masih sangsi dipandangnya dengan rasa teruja. Suprise for you, kakak.

"Nanti akak akan tahulah siapa. Ermm.. okey, Fati pergi dulu eiyh. Assalamualaikum."ucapnya sebelum berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga sendiri.
...
Pintu cafe itu aku tolak lalu aku disambut dengan tetamu yang boleh tahan sesak di dalamnya. Design nya yang cukup cantik itu sedikit sebanyak mendapat pujian daripada ku. Boleh tahan juga.

Aku tak sangka selain pandai urus hal resepsi, Fatihah tersangatlah berkaliber dalam memilih kedai untuk membuat kek weddingnya. Phuuhh!! Adik aku tu bukan calang- calang orang rupanya.

"Yes miss, anything I can help?" tegur seorang lelaki dengan ramahnya.

Aku yang ketika itu masih lagi berdiri di muka pintu terus mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu. Riak wajah lelaki itu terus berubah. Seperti terkejut saja.

"Ci-cik Qaliesya?" tergagap dia menyebut nama aku.

Aku tersentak saat dia menyebut namaku. Rasanya ini adalah kali pertama aku bersua muka dengan lelaki itu. Tag namanya aku pandang sejenak. Tertera nama 'Pudin' pada tag tersebut. Pfft.. so old name, you know?

"Macam mana encik Pudin kenal nama saya? Kita pernah jumpa ke?" aku bertanya dengan nada sopan.

Lelaki itu diam untuk seketika lalu dia menggelengkan kepala. "Erm, tak. Kita tak pernah berjumpa. Hmm.. kenapa cik datang sini?" soalnya cuba untuk bertenang.

Aku leret senyum. "Saya kakak kepada Cik Nurul Fatihah binti Furhad Azmi. Dia ada kata yang dia ada buat tempahan kek perkahwinan nya kat sini. So, dia hantar saya sebagai wakil. Erm.. boleh saya berurusan dengan pemilik cafe ni?" jelasku tanpa secalit pun yang tertinggal.

"Pemilik cafe ini tengah ada urusan sekarang."beritahunya.

"Lama tak?"

"Tak lama pun. Dalam 15 minit, dia akan balik."

Aku menganggukkan kepala. "Kalau macam itu, saya akan tunggu. Di mana saya boleh tunggu?" soalku memandangnya.

"Cik yakin ke nak tunggu?"

Kelihatan dahinya sudah berkerut. Macam tak percaya saja pada apa yang aku katakan. Takkan nak tunggu pun pelik? Hah?! Salah ke kalau aku tunggu?

"Kenapa encik tanya macam itu? Saya tak boleh tunggu ke?" soalku kehairanan.

Terus dia gelengkan kepala. Matanya dialihkan ke arah pejabat. Untuk seketika dia diam sebelum matanya dialihkan kepadaku semula. Aku pula sudah angkat kening.

"Kalau cik nak tunggu, saya rasa lebih baik cik tunggu dalam pejabat. Kat luar ni rasanya bukan tempat yang sesuai nak berbincang. Mari, saya bawa cik ke pejabat." ujarnya.

Aku sekadar anggukkan kepala. Langkah kakinya aku turuti menuju ke bilik pejabat yang tidak jauh dari tempat kami berdiri.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro