Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ketukan pada pintu yang bertalu buatkan tidurku yang nyenyak jadi terganggu. Sambil menguis mata yang masih mengantuk, aku pejam celikkan mataku ke arah pintu bilik. Arghh!! Tak sukalah macam ni.

Kenapalah si Farah ni? Awal pagi lagi dah mengganggu tidur aku. Dia fikir bagus sangat ke mengejutkan aku awal pagi macam ni? Hatiku mengutuk sepuas hati. Marah sangat bila ada manusia yang suka mengganggu waktu emas kita ni.

"Kejaplah! Aku nak buka lah ni." keluhku geram.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku turunkan kaki dari katil. Dengan langkah penuh berat, aku melangkah menuju ke arah pintu. Dalam mamai itu, aku memusing tombol pintu.

Baru buka saja pintu bilik, badanku terus jatuh dalam pelukan seseorang. Tergamam aku dibuatnya. Mataku yang tadi mahu tutup terus celik bila ada sesosok tubuh memeluk ku erat.

"Akak!!! Fati datang ni.." teruja suara gadis itu masih erat mendakapku.

Aku berkerut dahi. Dengan kekuatan yang ada, aku melonggarkan pelukannya lalu wajah gadis bertudung itu aku pandang. Terus bibirku menguntum senyum. Tubuhnya aku peluk kembali.

"Ya Allah, bila Fati balik ni? Kenapa balik tak inform akak pun?" soalku bertubi.

Mana tak gembiranya bila kau jumpa adik kandung kau semula. Selepas hampir empat bulan tak berjumpa, baru hari ini aku dapat dakap Fatihah, adik kesayangan aku a.k.a adik bongsu aku. Dialah adik beradik yang aku miliki.

Makin membesar ni, makin jauh lah kami. Selesai sahaja menamatkan SPM, ibu hantar Fatihah belajar ke Australia dalam bidang kejuruteraan. Jadi, nak bergelut macam zaman budak-budak itu memang payah. Dua-dua tak ada masa.

Fatihah melonggarkan pelukannya. Tangan kananku digenggamnya lalu dibawa aku menuju ke birai katil. Aku pula sekadar menuruti langkah gadis itu.

"Fati saja tak nak inform akak. Tak suprise lah kalau Fati beritahu kan?" soalnya dengan nada manja.

Aku meleret sengih. Seperti selalu, tudung bawal yang disarungnya aku betulkan. Yurp, aku dan Fatihah memang adik beradik tapi kami lain. Aku dan dia sangat-sangat berbeza. Dari segi pemakaian, Fatihah lebih kepada menutup aurat. Dia bertudung dan tingkah lakunya agak sopan jika nak dibandingkan dengan aku.

Aku? Huh, aku masih tak bersedia lagi untuj bertudung. Nanti-nantilah aku fikirkan niat nak bertudung itu. Bagi aku, hidup hanya sekali jadi.. erm, tak salah kan kalau aku nak buat apa yang aku suka?

"Hmm.. yelah, surprise lah sangat. Ni, beritahu Adam tak yang Fati balik ni? Tak fasal-fasal merajuk tunang Fati itu kalau tak diberitahu." ujarku memandang anak mata coklatnya.

Gadis itu mengangguk kecil. Sukalah itu, kalau aku bicara fasal tunangnya itu. Hmm... untunglah ada tunang yang sayang, kan?

Untuk seketika, Fatihah mendiamkan diri. Seperti ada sesuatu saja yang mahu dia katakan tapi, dia seperti mahu tak mahu saja bualkan dengan aku.

Akhirnya, satu keluhan kecil Fatihah lepaskan. Anak mataku dipandang nya dengan rasa serba-serbi.

"Akak, ibu ada cerita fasal abang Zafriel dengan Fati. Erm.. betul ke yang abang Zafriel buat jahat dengan akak?" soal Fatihah seperti takut-takut.

Aku terdiam sejenak. Bibirku kemudiannya menguntum senyum kelat. "Adik boleh nilai sendiri. Kalau tak, dia takkan ceraikan akak dan biar akak jadi macam ni kan?" soalan berbalas soalan.

"Tapi.. Fati tengok abang Zafriel itu baik, kak. Selama Fati kenal abang Zafriel itu, dia lembut, sopan.. erm, memang tip top lah dia."sempat satu pujian Fatihah berikan kepada lelaki itu.

Kali ini, bibir aku ketap rapat. Huh, semalam aku dengar Farah puji Zafriel dan hari ni.. Fatihah pula yang nak memuji kebaikan Zafriel? Haih, apa yang bagus sangat mamat tu sampai semua orang nampak baik mamat itu aje?

"Jadi, Fati nak tuduh aku ni menipu lah? Macam itu ke? Fati lebih percayakan abang Zaf itu daripada akak? Macam itu ke?" dugaku sudah mengangkat kening. Terselit nada tak puas hati dalam soalanku itu.

Serta-merta Fatihah menggelengkan kepala. Tanganku digenggamnya erat.

"Adik tak bermaksud nak tuduh akak cuma, adik nak dengar aje. Erm.. adik cuma nak tahu betul ke tak, itu aje." ujar Fatihah serba serbi.

Aku ketap bibir. "Kalau akak cakap betul, adik percaya ke?" soalku ingin tahu.

Dengan paksanya, Fatihah menganggukkan kepala. Wajahku dipandang dengan senyuman kelat. Bahuku diurutnya perlahan.

"Mestilah Fati percaya. Walau apapun, akak kan kakak Fati." ujarnya perlahan.

Bibirku menguntum senyum. Yurp, Fatihah patut percaya kan akak sebab bagi akak, akak adalah mangsa keadaan.
...
Engku Ziemah merapati kelibat cucu yang dikasihinya. Zafriel merupakan satu-satunya cucu yang dia miliki. Jadi, setelah kematian ibubapanya, Engku Ziemah mengambil alih tugas menjaga dan membesarkan cucunya yang satu ini.

Kerana itulah, setiap apa keputusan yang berkaitan dengan Zafriel, Engku Ziemah pasti mahukan yang terbaik. Dia mahu Zafriel hidup dengan sempurna tanpa secalit pun kesusahan atau tak kesempurnaan di situ.

"Awal-awal pagi lagi, nenda tengok kamu sudah sibuk dengan kerja. Erm, kamu buat apa itu, Zaf? Boleh nenda tahu?" soal Engku Ziemah. Kerusi kosong dihadapan Zafriel didudukinya.

Zafriel yang ketika itu sedang membelek majalah Rasa terus mengalihkan ekor matanya pada wanita itu. Satu senyuman nipis dia berikan pada Engku Ziemah sebelum dia kembali ralit membelek majalah itu semula.

"Zaf nak cuba cari resepi yang terkini, nenda. Kebanyakan pelanggan Zaf itu dah meminta Zaf keluarkan resepi yang lagi terkini. Itu, Zaf pening kepala itu.." sempat dia mengadu pada Engku Ziemah.

Wanita itu tersenyum mendengarkan aduan Zafriel. "Biasalah, orang business memang macam itu. Apa-apapun customer dulu. Kalau tak diikutkan permintaan pelanggan, tak majulah kita punya perniagaan. Betul kan, Zaf?" soal Engku Ziemah.

Sebuah anggukan Zafriel berikan. Kata-kata Engku Ziemah itu memang dia akan selalu jadikan pedoman. Al-Maklumlah, nendanya itu memang orang kuat dalam bidang perniagaan ini. Syarikat yang dibangunkan sejak usia muda itu pun, memang sudah diisytiharkan sebagai salah satu syarikat yang berpengaruh di Malaysia. Jadi, mahu tak mahu, Zafriel tetap hormat nendanya itu.

Sejak kecil lagi, dia membesar di bawah jagaan wanita itu. Kerana itulah, Zafriel serba sedikit kenal perangai luar dalam nendanya. Orang luar yang mengenali Engku Ziemah sebagai CEO Hernia Holdings akan menganggap wanita itu tegas, kejam dan juga suka bersaing untuk mengukuhkan kedudukannya namun bagi Zafriel, wanita itu ibarat seorang ibu dan seorang bapa yang prihatin, penyayang dan penuh dengan rasa cinta dalam membesarkannya.

Apa yang wanita itu inginkan adalah untuk kebaikannya. Zafriel cuba pegang itu.

Suasana hening membelengu mereka berdua. Bunyi burung berkicauan yang menyinggah sedikit sebanyak mengurangkan keheningan diantara mereka berdua.

"Kamu.. tak terfikir ke untuk ambil Tini jadi isteri kamu?" soal Engku Ziemah setelah diam untuk seketika.

Zafriel yang mendengar soalan wanita itu tergamam. Dahinya berkerut memandang wajah bersih Engku Ziemah.

"Kenapa nenda tanya macam tu?"

"Entahlah, nenda cuma terfikir saja. Kamu pun sekarang dah bujang semula, nenda cuba cadangkan kamu untuk pilih Tini itu jadi isteri kamu. Itu aje."jelas Engku Ziemah buat muka tenang.

Zafriel ketap bibir. Satu keluhan dilepaskannya. "Nanti-nantilah Zaf fikirkan fasal itu. Lagipun, Zaf baru aje bercerai dengan Qaliesya.. buat masa sekarang, bagi Zaf tenangkan fikiran dulu." ujar Zafriel lancar.

"Hmm.. kadang, nenda fikir bagus juga kamu ceraikan Qaliesya itu. Budak macam dia itu dari awal lagi nenda tak berkenan. Nenda sendiri pun tak faham kenapa arwah papa kamu itu beria sangat nakkan dia jadi isteri kamu." sempat dia memerli Qaliesya.

Yurp, sejak dari awal lagi dia memang tak berkenan dengan Qaliesya. Bukannya dia tak tahu siapa Que Sarah Qaliesya itu sebenarnya. Banyak cerita buruk fasal gadis itu dia dengar. Cara berpakaian Qaliesya itu pun makin burukkan lagi tanggapannya tentang gadis itu.

Anak dara Encik Furhad selalu berpakaian sendat dan ketat. Jarang pun tak payah cakaplah. Selalu. Itu yang makin dia tak berkenan itu. Cuba beritahu, siapa aje yang suka kalau cucunya dikahwinkan dengan gadis perangai yang tak kenal halal haram macam itu?

Zafriel tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tapi, baginya apa yang dikatakan nendanya itu, Zafriel tak dapat terima bulat-bulat. Namun, untuk kali ini.. dia diamkan saja.

"Ada sebab papa minta Zaf kahwin dengan Qaliesya." hanya satu ayat saja dia mampu balas.

Engku Ziemah tersengih sinis. Kakinya disilangkan sambil matanya melirik ke arah langit yang kian mencorak gelap.

"Sebab nak tengok kamu bahagia? Macam itu ke?"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro