Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Arghh, bosannya!!

Satu persatu rancangan televisyen aku tukar namun semuanya langsung tak kena dengan selera. Drama pun tak best, filem pun tak menarik, berita pun erm tawar dan hambar. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk menutup televisyen. Remote control yang berada dalam tanganku aku lempar ke sofa sebelah.

Setelah itu, aku capai telefon pintar ku yang berada di meja kopi. Untuk seketika, aku membelek. Selepas buka whatsapp, aku buka pula twitter dan akhirnya laman Instagram. Arghh!! Tak ada mood nak melayan komen orang, perbualan kawan dan tak ada mood nak baca status merapu. Huh!!!

Aku menghela nafas berat. Telefon pintarku yang berjenama iPhone, aku lempar ke sofa juga. Tubuhku yang kelelahan aku baringkan di atas sofa. Siling kosong aku renung dengan pandangan kosong.

Entah kenapa, aku rasa teringin nak berjalan ke luar pula hari ini. Ermm.. selalunya aku ni memang orang yang tak rajin nak keluar waktu petang macam ni. Kalau malam, yurp.. itu memang waktu kegemaran aku.

Kalau keluar malam, pemandangan di bandar kelihatan sangat cantik. Lampu berkelipan, dan waktu itu lah kau akan nampak ramai kutu jalan akan melepak di sekitar bandar. Ehmm.. itulah yang aku akan buat bila dah jumpa dengan kutu jalan. Melepak.

Namun, semenjak aku berkahwin dan jadi isteri kepada Engku Zafriel.. aku rasa aku tak seliar dulu kot. Agaknya lah. Kalau sebelum kahwin, aku melepak sampai ke 6 pagi tapi lepas kahwin, belum pun jarum panjang tuding angka 1 pagi.. si Zafriel itu akan call suruh aku balik awal.

Tanpa aku sedar, bibir aku tersenyum bila bayangkan perkara itu.

"Kau kat mana sekarang ni?"urghh!! Mamat ni, tak habis-habis nak mengganggu hidup aku.

Rakan-rakanku yang lain sudah pandang aku hairan. Terpaksa. Aku minta diri untuk menjauh dari mereka semua untuk seketika. Takkanlah aku nak jatuhkan maruah aku sebagai seorang Qaliesya depan mereka kan? Malu kot kalau kena sound dengan lelaki bergelar 'suami' ni.

"Kat luarlah. Kenapa?"soalan berbalas soalan. Aku sudah buat muka malas nak layan.

"Ada kau minta izin aku keluar tadi, hah, Que Sarah Qaliesya?" lelaki itu mulai bersuara dengan nada tenang.

Bibirku aku ketap kejap. Menyampah . Tak habis-habis dengan peraturan minta izinnya itu. Suka hati akulah nak keluar pun, hak aku kan?

"Perlu ke? Lagipun, tadi awak tak ada kat rumah pun kan? Saya bosan tahu tak duduk dalam rumah awak itu. Hmm.. daripada membuang masa duduk rumah, lebih baik saya keluar. Lepaskan stress." balasku cuba membela diri.

Aku dengar lelaki itu mengeluh kecil. "Sepatutnya kau tunggu aku balik. Sebagai seorang isteri, kau tak boleh keluar sesuka hati kau. Faham tak? Kau tak takut dosa ke?"

Aku sudah mendengus geram bila teguran lelaki itu menyapa halwa telingaku. Huh!! Aku tak sukalah jadi macam ni.. sikit-sikit, dosa. sikit-sikit isteri.. memang apa yang isteri selalu buat itu selalu dosa ke? Geram betullah!

"Kalau awak nak call saya sebab nak bincang benda ni, saya akan off sekarang. Jangan buang masa saya semata-mata nak cari fasal dengan saya."tegasku seperti menggertak.

"Kau pun jangan buang masa aku untuk call kau semata-mata nak panggil kau balik rumah. Kalau kau tak keluar, tak adalah aku buang top up nak call kau." balas Zafriel di hujung talian.

Tergamam aku bila dengar jawapan lelaki itu. Isy!

"Saya tak minta pun awak call kan? Saya tak nak balik. Awak tak ada hak nak suruh saya balik, faham tak?"aku sudah berkeras.

"Then, kau nak aku guna cara lama ke? Baru kau nak balik?" soal Zafriel.

"Cara apa?"

Di hujung talian, Zafriel meleret senyum panjang. "Aku akan datang jemput kau sekarang. Nak aku tarik paksa kau depan kawan-kawan kau?"

Terpaku aku bila dengar kata-kata lelaki itu. Gigiku sudah berlaga menahan geram. "Awak tak tahu saya kat mana sekarang ni? So, awak takkan boleh buat saya macam itu."

"Kau dengan Farah kan sekarang? Dia yang beritahu aku, kau kat mana sekarang. Kau kena tahu Farah itu aku dah upah jadi spy aku, faham tak Puan Qaliesya?" kata-katanya itu buatkan aku mahu beli bazuka dan tembak dia bertubi-tubi.

Terus mataku menjengil ke arah Farah yang sedang bergelak sakan dengan kawan-kawanku yang lain. Ergh!! Fine. Aku kacip gigi. Tak apa. Hari ini kau boleh menang Engku Zafriel tapi jangan harap lepas ni aku akan bagi medal kemenangan pada kau.

Jadi, nak dipendekkan ceritanya.. memang aku akan keluar malam tapi tak boleh nya nak lebih sampai 1 pagi. Sakitlah juga hati. Kerana itu, aku makin menyampah dengan perangai Zafriel. Bagiku, dia adalah seseorang yang suka sibuk tepi kain aku. Hmm..

"Aih, sejak aku pergi kerja sampai aku balik kerja.. memang kat situ aje kau dari tadi? Baring membongkang atas sofa?" perli Farah apabila melihat jasadku sedang terbaring dan termenung di sofa.

Tak semena-mena, ekor mataku melirik ke arah Farah. Dia yang baru saja pulang dari bekerja terus menghempaskan tubuhnya di atas sofa berhadapanku. Keluhan penat dilepaskannya.

"Tak tahu nak buat apa. Daripada tidur lebih baik aku baringkan?"loya ku sengaja menyakatnya.

Jelingan tajam Farah berikan kepadaku.

"Kau ni memang tak habis dengan menjawab. Aku tanya satu, ada aje jawapan yang kau akan bagi. Hmm.. ni. Kemas rumah kan bagus dari terbongkang macam itu? Nampaklah sikit kebergunaan kau itu pada aku." masih dalam nada memerli. Kata-kata Farah aku balas dengan sengihan innocent.

Tak terasa pun. Sebenarnya, aku memang dah lali dengan teguran sinis Farah itu. Al-maklumlah, since umurnya tua dua tahun daripada aku jadi.. dia macam hakak-hakak sikit.

"Alah, dah kemas kan ni? Nak kemas macam mana lagi?"tebikku.

Sekilas, ekor mata Farah membelek setiap sudut ruang tamu. Pelipis matanya diurut perlahan. Kemas apanya macam ni? Bantal bersepah atas lantai, pinggan yang diguna untuk sarapan pagi tadi pun tak kemas lagi dan plastik twisties bersepah atas meja kopi.. urghh!! Aku tinggal dengan anak dara ke, anak teruna sebenarnya ni?, getus hati Farah.

"Kalau macam nilah maksud kemas kau itu, aku rasa kau patut pakai kaca mata. Huh!! Tak faham betullah aku dengan perempuan macam kau ni, Qal. Pemalasnya yang amat." leter Farah geram.

Aku tersengih sumbing. Sempat mataku melirik ke arah sekitar ruang tamu. Ermm.. memang nampak bersepah sikit tapi tak sesepah bilik aku pun kan? So, still dalam istilah kemas lagi tu.

Dari baring, aku ubah ke kedudukan duduk bersila atas sofa. Wajah Farah yang geram itu aku pandang dengan senyuman. Aku sudah memainkan riak wajah comel. Nak memujuk.

"Farah, jom keluar." ajakku tanpa rasa bersalah.

"What?! Aku penatlah."Farah sudah merengek. Kepalanya disandarkan pada bahu sofa.

Aku ketap bibir. Terus aku bangun lalu berdiri di hadapannya. Tubuhnya aku goyangkan beberapa kali. Farah sudah melenting.

"Jomlah.. teman aku jalan-jalan. Aku bosan."rengekku dengan suara manja.

"Nope. No way!"putus Farah.

"Alah, jomlah. Teman.."aku masih menggesa. Bahunya aku goyangkan beberapa kali.

Farah sudah mencebik. Tangannya sudah bersilang di dada. Tanda yang menunjukkan dia sudah muktamad dengan keputusannya itu. Beberapa kali aku cuba untuk memujuk sehinggalah..

"Fine. Aku pergi tapi bagi aku bersihkan diri dulu."akhirnya kata putusnya berubah.

Aku sudah meloncat gembira. Yes! Itu yang Sarah Qaliesya nak dengar!
...
"Ibu, Fati nak keluar dulu ya. Assalamualaikum." ucap Fatihah lalu mencium tangan Puan Ainun.

Terukir sebingkis senyuman di bibir wanita itu bila meliht kelibat anak bongsunya itu berlari-lari anak ke arah keretanya. Comel.

Sebelum meninggalkan perkarangan rumah, sebuah lambaian Fatihah hadiahkan kepada Puan Ainun sebelum akhirnya keretanya hilang daripada pandangan. Puan Ainun melirik senyum nipis.

Jika nak dibandingkan Fatihah dengan Qaliesya memang bezanya ibarat langit dengan laut. Fatihah anak yang baik, budi bahasanya bagus, sopan dan juga pandai jaga adab namun Qaliesya jauh bezanya. Anak sulungnya itu memang tak dengar kata, kasar, selalu menjawab dan degil. Teringatkan Qaliesya, wanita itu mengeluh perlahan.

Walaupun tak dinafikan Qaliesya lebih cantik jika nak dibandingkan dengan Fatihah namun Fatihah senang untuk dibentuk. Apa sahaja yang Puan Ainun akan arahkan, Fatihah akan laksanakan. Tak macam Qaliesya. A Puan Ainun surub buat, jangan haraplah A yang dia akan buat.

Bukan setakat itu sahaja, Fatihah rajin orangnya. Selalu juga gadis itu membantunya di dapur. Kadang kalau ada kelapangan, Fatihah akan kemas rumah takpun bersihkan kebun mininya di belakang rumah. Qaliesya pula? Jangan harap nak nampak batang hidung anaknya itu bila di dapur, nak nampak melekat dalam rumah pun susah. Kadang biliknya itu pun, orang gaji yang disuruhnya kemas. Mati akal juga Puan Ainun dibuatnya bila melayan karenah Qaliesya yang bermacam itu.

Mungkin kerana perangai Fatihah yang baik itu, dia dipinang Adam. Qaliesya? Erm.. sebelum gadis itu berkahwin dengan Zafriel, anak sulungnya itu memiliki seorang teman lelaki bernama Thaqif namun langsung tiada perkembangan hubungannya itu walaupun sudah tiga tahun bercinta.

Terkenangkan itu, Puan Ainun mengeluh kecil. Dia urut kepalanya. Daripada dia termenung memikirkan anak-anaknya yang sudah memiliki kehidupan sendiri, lebih baik dia buat kerja di dapur.

Buat apa yang patut...
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro