Bab 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gila? Yurp..

Untuk pertama kalinya, Que Sarah Qaliesya menjejakkan kaki ke dapur. Pelik? Ha, aku pun pelik dengan apa yang aku buat sekarang ni. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja petang itu aku sudah pegang sudip.

Maka, disebabkan ini kali pertama aku pegang sudip jadi.. aku cuba nak masak benda ringkas saja. Hmm.. omelet ala-ala Sarah Qaliesya gitu. Tak susah manapun. Telur dan juga sayur. Nak potong sayur tu nipis, ke tebal ke.. Tak kisah. Ikut cita rasa anda.

Selesai menggaul semua sayur dalam telur, aku terus tuangkannya ke dalam minyak yang sudah aku panaskan. Pfft.n senang sangat. Terus melebar senyuman aku bila telur itu sudah menunjukkan tanda-tanda yang dia akan masak.

Yah! Akhirnya, aku berjaya juga jadi pre-mother. Bersih rumah aku dah boleh, memasak pun aku dah boleh dan sekarang.. cuci baju aje. Hahah!! Well, sentuh mesin basuh pun aku tak pernah.

Sedang leka aku menterbalikkan omelet, telefon pintarku dalam kocek apron berdering. Menandakan ada panggilan masuk. Segera aku angkat apabila panggilan itu daripada Farah.

"Qal! Terangkan pada aku sekarang. Kenapa kau cakap kau duduk rumah aku pada ibu kau? Kenapa kau tipu mak kau sendiri?" salam pun tidak, terus gelojoh Farah bertanya.

Terkejut juga aku bila dapat soalan itu daripada Farah. "Kau tahu dari mana ni? Kau call mak aku ke?"

"Tadi, aku pergi rumah kau. Aku nak ajak kau teman aku beli barang rumah tapi bila aku tanya ibu kau.. dia kata kau tinggal rumah aku. Huh.. apa sebenarnya yang jadi ni Qal? Kau kat mana sebenarnya sekarang ni?" bertubi-tubi soalan dihamburkan dari mulut Farah.

Aku ketap bibir. Perasaanku berdebar tak menentu. Cemas dan gugup silih berganti. Mana taknya, kalau aku beritahu di mana lokasi aku.. pasti Farah dapat hidu sesuatu.

"Ak-aku.."gagapku aku cuba kawal namun gagal. Kalau nak menipu Farah, memang aku akan gagal.

"Kau nak cuba tipu aku ke, Qal?" dugaan Farah tepat. Aku ketap bibir.

Aku cuba fikir alasan lain. Yurp, alasan yang boleh aku guna pakai untuk tipu Farah seumur hidup. Gila?! Takkan mungkin aku nak beritahu Farah yang aku masih sah jadi isteri Zafriel?

Buat masa sekarang ni, aku nak sembunyikan semuanya dulu. Sesiapapun tak boleh tahu tentang perkahwinan aku buat kali kedua ni. Mama, papa, Fatihah...Farah, semuanya tak boleh hidu langsung perkara ni.

"Ada aje ni. Aku tinggal rumah kawan aku yang sekolah kat London dulu."ujarku cuba berlagak tenang.

"Kawan kau yang mana satu?" makin cipumas soalan yang menutur keluar dari mulut Farah.

"Elena."ringkas.

"Bukan Elena masih kat London ke? Baru semalam,aku call dia tanya khabar. Kau cuba tipu aku ke, Qal?! Baik kau jujur dengan aku, kau kat mana sekarang ni?!"aku telan liur bila Zulaikha sudah dapat hidu sesuatu.

"Qaliesya!"suara garau itu menyapa halwa telingaku.

Terus mataku terpaku pada sosok Zafriel yang sudah berlari-lari anak ke dapur gas lalu menutup api. Baru aku sedar, omelet yang aku masak tadi. Watdehek?!

Bau tengik menusuk batang hidung aku. Wajah Zafriel yang sudah cemas aku pandang. aarghh!! Bodohnya kau, Qaliesya!

"Qal, tadi tu..."belum sempat Farah menghabiskan ayatnya. Aku terus mencelah. Aku tak fikir apa dah bila tengok omelet yang aku masak sudah hitam dalam kuali. Dah tak rupa makanan bila tengok dari dekat.

"Beb, kita cakap nanti eiyh. Aku ada hal. Bye. Assalamualaikum." ucapku lalu mematikan talian.

Aku terus merapati omelet aku. Zafriel di sisi sudah bercekak pinggang melihat gelagat aku yang sudah cuak semacam.

"Hmm.. baru rasa nak jadi chef tadi. Macam mana boleh hangus?" keluh ku sedih. Sudip yang aku pegang, aku cucuk pada omelet itu. Keras dan rapuh.

"Lain kali dalam dapur jangan pegang telefon. Kan dah hangus. Nasib baik, aku perasan.. kalau tak, dengan kau sekali terbakar."perli Zafriel.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang sebal. Huh! Bukan salah aku pun. Farah itu tiba-tiba tergedik nak call aku. Aku pun layanlah.

"Fine. Saya salah."aku mengaku kalah.

Omelet dalam frypan itu, aku pandang sebak. Sedih betul. Punya
lah semangat aku nak memasak, boleh pula dia hangus. Dasar omelet tak sedar diri!

Frypan itu aku bawa ke singki. Baru sahaja aku mahu buang, tiba-tiba tangan Zafriel menyentuh tanganku. Gelagatnya itu sekaligus mematikan tindakan ku untuk membuang omelet itu.

"Sayanglah buang. Kau dah penat-penat masakkan?"soalnya tiba-tiba berubah lembut.

Dahiku berkerut. "Dah hangus. Mana boleh makan."ujarku.

Zafriel melirik senyum. Tak semena-mena frypan itu dirampasnya lalu omelet hangus itu dipindahkan ke dalam pinggan. Dahiku berkerut bila tengok tindakannya itu. Aku masih tak dapat baca dengan apa yang dia cuba nak buat sekarang ni.

"Awak nak buat apa itu, Zaf?"

"Makanlah. Apalagi? Lagipun, aku tengah lapar sekarang ni."ujar Zafriel sambil menyandarkan punggungnya pada sisi singki.

Tergamam aku dibuatnya. Gila? Omelet hangus itu dia nak makan? Sewel ke apa mamat ni?

Dengan selambanya, Zafriel menyuapkan omelet itu ke dalam mulutnya. Makin terpaku aku dibuatnya. Gila?!

"Zaf, apa awak buat ni? Buang omelet itu sekarang!"arahku tegas.

Zafriel sekadar menggelengkan kepala. Dia masih berdegil mahu menikmati 'racun' yang aku buat itu. "Nope. Aku nak jadi orang pertama yang rasa masakan kau ni. Bukan selalu, kau memasakkan?"

Sungguh, kata-kata Zafriel buatkan lidahku kelu. Terharu. Yurp! Aku terharu bila dia kata begitu. Menghargai dan aku rasa dihargai. Rasa bersalahku tak semena-mena timbul.

"Tapi, janganlah sampai makan benda hangus itu. Tolong, buang benda itu. Nanti perut awak sakit." ujarku.

Zafriel gelengkan kepala. Dia masih berdegil untuk makan apa yang aku masakkan itu. "Nope."

Tak semena-mena, aku terus merampas pinggan itu dari tangannya. Dua kali aku gagal untuk mengambil pinggan itu sebelum akhirnya cubaan kali ketiga aku berjaya. Dapat sahaja pinggan itu, aku terus buangkan omelet itu ke dalam tong sampah.

"Please, jangan makan benda itu. Awak nak sakit perut ke, hah?!" gertakku geram.

Zafriel tersengih nipis. Pandangan nya redup memandang aku. "Kalau sakit fasal kau, aku tak pernah kisah."ujarnya.

Tergamam aku dibuatnya. Huh?! Apakah? Kenapa tiba-tiba aku rasa berbunga pula sekarang ni?
...
Chattime ketika itu sedikit sesak dengan pelanggan yang berkerumun namun ia langsung tak mengganggu perhatian Pudin. Fikirannya masih menerawang jauh memikirkan kata-kata Zafriel tempoh hari.

Siapa sahaja yang tak terkejut bila dapat tahu kawan baiknya yang sudah bercerai kembali semula dengan bekas isterinya? Itu memang tak masuk akal dan tak logik.

"Bro. Kau..  memang ada masalah besar sekarang ni." ujarnya dalam nada risau.

"Walau apapun yang jadi, aku akan cuba pertahankan perkahwinan aku buat kali kedua dengan Qaliesya. Aku masih sayangkan dia dan aku rasa dialah satu-satunya perempuan yang aku cinta sekarang ni."luah Zafriel. Memendam perasaan lama-lama bukannya cara Zafriel namun.. dia takut jika perasaannya akan ditolak oleh Qaliesya.

Pudin mengerut dahi. "Habis itu, Tini macam mana? Kau nak biar dia macam itu? Kau masih nak terus permainkan perasaan dia? Macam itu ke, bro?"

Zafriel angkat bahu. Masalah itu juga menghimpit fikirannya. Entah bagaimanalah cara untuk dia mengelak dari berkahwin dengan Zulaikha. Kalau dia taknak, nenda pasti akan marah. Yurp, walau apapun.. nenda adalah orang yang telah membesarkannya sejak kecil lagi. Takkan mungkin dia mahu lukakan hati wanita itu?

"Entah. Aku pun tak tahu."

"Zaf?! Kau tolong jangan selfish macam ni. Jangan jadikan Tini tu orang ketiga dalam perhubungan kau dengan Qaliesya. Dia tak bersalah. Kau yang bersalah sekarang ni sebab kau permainkan hati dua orang perempuan dalam satu masa."makin lebar teguran Pudin.

Pudin mengeluh perlahan. Hirupan yang terakhir dihabiskannya sebelum perlahan-lahan langkahnya meninggalkan Chattime. Sekurang-kurangnya, perasaannya sedikit terubat bila menikmati minuman manis itu.

Sedang Pudin melintasi kedai Channel, bahunya tak semena-mena berselisih kasar dengan bahu seseorang. Dia dengar erangan seorang perempuan kesakitan bila bahunya dilanggar.

"Sa-saya min-minta maaf, cik."ucap Pudin cuak.

Gadis itu sedikit menunduk sambil tangannya memegang bahu. Samar-samar wajahnya pada pandangan Pudin kerana rambut panjang yang menutupi sisi wajah gadis itu.

"Lain kali, jalan itu pandang depan encik! Huh!!!"gerutu gadis itu geram sebelum pandangannya dialihkan pada Pudin.

Lidah Pudin kelu tatkala matanya memandang gadis itu. Gadis itu juga turut sama terpaku. Namun, segera gadis itu alihkan pandangannya daripada Pudin.

"Ti-Tini?"nama gadis itu diserunya bila Kartini mengelakkan anak matanya daripada Pudin.

Kartini langsung tak menyahut. Dia berpeluk tubuh sambil buat muka menyampah. Tak berkenan.

Pudin ketap bibir. Dia membelek tubuh Kartini dari atas sampai bawah. Sungguh, dia sangat terkejut bila lihat imej bertudung Kartini sudah hilang. Dengan rambutnya yang terdedah, skirt pendeknya sampai lutut dan juga T-shirt ketat pendek dan singkatnya yang mendedahkan pusat.. huh! Pudin masih tak percaya pada imej Kartini itu.

"Bukan ke Tini.."belum sempat Pudin menghabiskan ayatnya, serta merta Kartini mencelah.

"Bertudung? Jadi, apa lepas ni? Abang nak report pada Zafriel tentang hal ni? Macam itu ke?" seloroh Kartini membuat tebakan. Langsung tiada riak wajah bersalah ditunjukkan oleh gadis itu.

"Kenapa Tini buat macam ni? Kenapa tunggang agama semata-mata nak dapatkan cinta Zafriel?" bertubi soalan Pudin hamburkan.

Kartini tersengih senget. Mukanya berubah bangga sambil tangannya berpeluk tubuh. "Niat menghalalkan cara. Kalau nak survive dalam dunia ni, otak mesti geliga. Betul kan?"

"Abang tak sangka perangai Tini macam ni? Abang ingat Tini dah berubah tapi.."tak sanggup untuk Pudin teruskan ayatnya.

Perasaannya sudah kecewa. Melihat kan gadis yang dicintainya begitu, buatkan hati Pudin terluka. Yurp, siapa tak kecewa bila tengok orang yang dicintainya menunggang agama demi menagih sebuah cinta daripada lelaki lain?

"Haih, abang Pudin.. abang perlu ingat yang abang bukan sesiapa dalam hidup Tini. So, please jangan nak masuk campur." jerkah Kartini dalam nada mengugut.

Pudin menarik sengih senget. Nampak kelat tapu sangat mengejek.

"Teruskan buat apa yang Tini rasa betul. Tapi, tolong jangan nampak murah di mata Tuhan. Murah di mata Tuhan, hina di mata manusia. Ingat itu. Abang pergi dulu. Assalamualaikum." perlahan-lahan Pudin meninggalkan Kartini.

Terpinga-pinga Kartini mendengar ayat deep yang ditutur Pudin. Kena. Namun, bila syaitan sudah menduduki hati, perlian itu hanya mencoret sedikit luka yang tak begitu dalam dalam jiwanya.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro