BAB 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Drama bersiri 'Heroku Mr. Police' yang bertayang di kaca tv langsung tak menarik minatku. Harap sahaja mataku menadah ke tv namun fikiran ku terbang ke tempat lain.

Sejak kebelakangan ni, aku lebih banyak termenung daripada bercakap. Mood nak main aplikasi sosial pun sudah berkurangan. Hmm.. betullah. Bila kita mengandung ni, mood kita mesti akan selalu turun dan naik.

Bila aku gembira, senyumku akan melebar sampai ke telinga. Benda yang tak kelakar pun aku akan gelak tapi.. Bila mood tak baik aku itu dqtang, jangan haraplah boleh nampak aku senyum. Benda kecil pun confirm aku akan marah. Pelik kan?

Fikiranku tak semena-mena terimbau kan kejadian petang tadi. Kejadian di mana aku tanpa sengaja terdengar perbualan Zafriel melalui telefon. Aku duga itu adalah perbualannya dengan Engku Ziemah, nendanya.

"Huh, Zaf penatlah nenda. Nanti-nanti lah Zaf fikir untuk semua benda itu." terdengar nada keberatan berbaur dalam patah bicaranya.

Aku yang ketika itu sedang bersembunyi di dapur hanya mendiam kan diri. Telingaku aku pasang kedua nya. Mahu mendengar apa yang anak beranak itu bicarakan.

Untuk seketika Zafriel diam. Mungkin mahu memberi laluan kepada nenda nya itu pula untuk membalas bicara. Di sebalik dinding, aku lihat kerut-kerut malasnya itu.

"Nenda janganlah macam ni. Zaf dah ikutkan apa yang nenda nak? Biarlah, lepas kahwin nanti Zaf fikirkan cara macam mana nak rapat dengan Tini.. Nenda jangan risau."

Kerana bicara Zafriel itu, buatkan aku betul-betul tak senang duduk diam. Berkali-kali kata-katanya itu menghentam fikiranku. Huh, kenapa aku boleh terlupa tentang hal itu?

Hanya tinggal 25 hari saja lagi, Zafriel akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kartini. Yurp, masa yang singkat. Pejam celik pejam celik, lelaki itu akan menjadi suami sah kepada Kartini gedik itu.

Tanpa aku sedar, air mataku jatuh membasahi pipi. Terus aku seka. Apakah? Kenapa kau perlu menangis , Qaliesya? Bukan ke itu bagus?

Kau bukannya akan berstatus isteri kepada Zafriel dalam jangka masa panjang pun kan? Kau hanya bergelar isteri kepada Zafriel dalam hanya tempoh 4 bulan saja dan lepas itu, semuanya akan selesai. Kau kena ingat itu!

Perutku aku belai lembut. Sebak dadaku bila mengenangkan nasib bakal anak aku ni. Kasihan. Terpaksa hilang belaian seorang bapa kerana keegoan aku. Kalaulah malam itu, aku tak berdegil. Kalaulah malam itu, aku tak menguji kesabaran Zafriel.. Mungkin anak aku masih ada ayah?

Huh! Nampaknya ego aku bukan setakat susahkan diri aku sendiri malah ia juga membunuh kebahagiaan bakal anak aku nanti. Hmm.. menyesalnya aku.

Sedang leka aku termenung, gegendang telingaku menangkap bunyi pintu bilik yang ditutup. Laju sahaja kepalaku menoleh ke arah Zafriel yang baru keluar dari bilik tidur kami.

Atas bawahnya aku belek. Zafriel nampak segak mengenakan kardigan hitam dengan T-shirt kelabunya. Nampak manly dan terserlah ketampanannya. Zafriel berjalan ke hadapan. Langsung wajahku tak dipandangnya.

Aku ketap bibir. Pandanglah aku, Zafriel! Pandang aku!! Hatiku meronta. Yurp, itu apa yang aku mahukan ketika ini.

"Zafriel!"akhirnya namanya aku seru.

Langkah Zafriel terus mati. Namun, dia masih tak menoleh memandang aku. Kepalanya ditundukkan ke lantai. Gelagatnya seakan mahu mengelak daripada bertentang mata dengan aku.

Aku berlari anak mendapatkan Zafriel. Sebingkis senyuman kelat aku hadiahkan pada lelaki itu. Di hadapannya, aku berdiri. Dari hujung rambut sampai hujung kakinya aku belek..

Zafriel.. jangan pergi.

"Ke tepi."mendatar Zafriel menghalauku yang menghalang laluannya.

Aku sekadar menggelengkan kepala. Walaupun, aku sedikit terguris hati dengan kata-katanya itu namun senyumanku masih aku sematkan. Walaupun, ianya nampak sangat kelat.

Satu langkah aku aturkan ke hadapan. Jarak kami berdua makin rapat. Zafriel masih mengelakkan anak matanya daripada memandang ku.

Tak semena-mena, kedua-dua tanganku meraba dada sasanya. Zafriel seakan tergamam. Kali ini, perilakuku berjaya menarik pandangannya pada aku. Wajahku dipandangnya.

Kardigan yang membaluti tubuhnya aku betulkan. Lalu, aku dongakkan pandanganku memandangnya. Bibirku melebarkan lagi senyum.

"Kalau nak jumpa bakal isteri itu, mestilah kena kemas. Takkanlah itu pun saya nak kena ajar awak?" soalku dalam nada marah acah.

Sakit. Kenapa kau sakit hati, Qaliesya?

Zafriel tergamam bila mendengar bicaraku. Terus dia alihkan matanya daripada memandang aku. Tanganku yang masih memegang dadanya ditepis lembut. Aku ketap bibir.

"Aku mungkin tak balik dalam tempoh sebulan ni. Aku harap kau pandailah jaga diri kau sendiri." ujar Zafriel dalam nada mendatar.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Benda itu memang aku dah tahu awal-awal. Jadi, ia tak mengejut kan aku sangat tapi.. aku masih tak prepare untuk kehilangan Zafriel di sisi aku buat sementara waktu.

"Saya yakin yang pilihan nenda adalah yang terbaik untuk awak. Mungkin, awak dapat bimbing Kartini jadi lebih baik." sengaja aku semat kan kata-kata semangat yang acah itu. Aku masih tersenyum. Kelat?

Tak semena-mena, aku dapat sebuah jelingan daripada Zafriel. Kelu lidah aku bila aku dapat itu daripadanya. Bahuku Zafriel langgar lembut lalu dia melangkah meninggalkan aku terpinga-pinga di situ.

Bunyi enjin kereta Zafriel perlahan-lahan makin hilang dari pendengaran ku. Suasana mulai sunyi.

Akhirnya, aku jatuh terduduk. Air mataku berbirai turun. Wajahku aku tutup dengan kedua-dua belah tanganku.

'Zafriel.. aku tak sanggup untuk kehilangan kau. Aku.. aku dah mula sayangkan kau.'
...
"Abang!"

Thaqif menjeling tajam ke arah Zulaikha yang berjalan ke arahnya. Fikirnya petang itu, dia mahu meluangkan masa sendiri di taman. Jauh daripada beban dan stress. Yurp! Zulaikha adalah bebannya sekarang.

Zulaikha melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Thaqif. Cekodok pisang yang baru dimasak nya dihidangkan di atas meja. Bibirnya menguntum senyum lebar sambil sesekali matanya mengerling ke arah Thaqif yang buat muka tak berkenan.

Terasa? Perempuan mana yang tak terasa bila tengok suami buat muka tak berkenan? Namun, Zulaikha tabahkan juga hati. Senyuman masih dia sematkan di bibir. Selagi dia mampu untuk senyum, dia akan senyum.

Dia juga akan cuba untuk kembali kan suasana harmoni antara dia dan Thaqif. Jujur, Zulaikha bahagia jadi isteri Thaqif walaupun pada awalnya dia terpaksa untuk terima kehadiran lelaki itu.

"Apa benda yang kau masak ni?" spontan soalan itu terpacul dari mulut Thaqif. Dahinya berkerut marah. Geram.

"Cekodok pisang. Abang kan suka bila makan cekodok ni? Dulu, abang selalu minta Zu masak bila abang balik kerja, kan?" kenangan beberapa bulan lepas cuba diimbaunya. Bila teringatkan perkara itu, Zulaikha mulai diterpa rasa rindu.

Ketika itu, Thaqif masih sayangkan dia. Masih mencuba untuk cintakan dia. Manis bila terkenangkan detik itu.

"Aku tak ingatlah." sengaja Thaqif buat-buat lupa.

Zulaikha ketap bibir. Tak ingat? Dia yakin Thaqif tak lupakan semua itu? Huh!! Walaupun sebak dada namun Zulaikha masih kekalkan senyuman nya.

"Hmm.. tak apalah kalau abang lupa pun. Mungkin, dah lama sangat kot. Erm.. makanlah bang." pinta Zulaikha dalam nada mengharap.

Thaqif menjeling wajah Zulaikha. Majalah kereta yang ada dalam tangannya dipandang semula. "Tak nak."

"Erm.. tak apa. Zu tahu yang abang nak Zu tolong suapkan, betul tak? Macam dulu-dulu itu kan?" Zulaikha masih mencuba.

Thaqif berdiam diri. Langsung kata-kata Zulaikha dipandang acuh tak acuh.

Sebiji cekodok diambilnya lalu Zulaikha berura-ura mahu menyua kan cekodok itu ke mulut Thaqif. Belum sempat sampai, Thaqif menepis kasar tangan Zulaikha sehingga cekodoh yang Zulaikha pegang tadi jatuh ke tanah.

Thaqif berdiri. Wajahnya nampak berang. Majalah kereta yang dipegangnya tadi di hempas ke meja kasar.

"Kau ni buat semaklah, perempuan! Sehari tak kacau hidup aku tak sah!" gertak Thaqif sebelum meninggal kan Zulaikha terkebil-kebil.

Zulaikha kelu lidah. Automatik, air matanya mengalir. Sedu-sedannya kedengaran.

Ya Allah, kenapa aku diduga begini? Apa silap aku? Apa salah aku? Huh?!! Makin berjurai air matanya turun.

Perut yang masih kempis dipegang nya.

'Sayang, papa gurau aje itu. Jangan takut, eiyh..' pujuk Zulaikha dalam hati.

Tanpa Thaqif tahu, Zulaikha kini mengandungkan anak nya. Anak pertama mereka.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro