PERKATAAN YANG KERAP DIGUNAKAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

               MENGATAKAN SESUATU

UJAR *boleh digunakan ketika sedang mengatakan sesuatu.

Contoh: "Aku baru balik dari pasar tadi." *UJAR MUZAIN*

-KATA (turut boleh digunakan dengan maksud yang sama. Jika anda telah menggunakan perkataan *ujar* , anda boleh gunakan pula perkataan *kata*. Selang-seli.

*PAMIT* boleh digunakan ketika hendak beredar pergi.

Contohnya: "Aku nak ke tandas sekejap ya?" PAMIT Zakri sebelum bangun dari tempat duduknya.

*BEBEL* boleh digunakan ketika seseorang sedang menasihati rakan baiknya atau Sedang bercakap panjang-lebar. Contoh:

"Kau ni memang tak pernah serikkan? Muka dia tu tak adalah handsome mana. Itupun kau masih suka lagi." Bebel Zubaidah yang jelas kelihatan tidak puas hati.

Bagaimana pula dengan ingin menyoal sesuatu?
Anda boleh gunakan
soal atau tanya selepas "(ayat)"

TEGUR/SAPA juga boleh digunakan ketika seseorang sedang menegur.

CONTOH.
"Kau ke mana sekejap tadi?" *Soal* / *tanya/ Tegur/Sapa lelaki si muka bengis itu dengan nada  sedikit meninggi.

Jika seseorang itu ingin mengata dengan suara memujuk. Anda boleh gunakan perkataan *bisik* atau *pujuk* setelah "...".

BISIK, Ia seolah-olah seseorang sedang berkata dalam keadaan suara yang perlahan dan lembut. Boleh juga ketika dia sedang berbisik akan sesuatu.

Contohnya: (bisik hendak memujuk)
"Sudahlah tu, Mira..." *Bisik/pujuk* Sara menarik tubuh rakannya ke belakang. Menjauhi pintu ambulans itu.

(Bisik di telinga)
"Aku rasa mamat sebelah kau tu pakai saka" bisik Nara dekat dengan telingaku.


Perasaan takut boleh digambarkan dengan ayat:

-PANIK/CEMAS(Boleh digunakan ketika kehilangan sesuatu atau diserang sesuatu ancaman)

                          "Mana barang aku?" Dia semakin panik/cemas tatkala barang kesayangan yang diletakkan di atas katil sebentar tadi tadi sudah hilang.

                           Atau
Suraya semakin panik/cemas saat menangkap derap langkah lelaki itu dari ruang tamu. Dia tidak boleh duduk diam.

Ada juga perkataan yang sama erti iaitu

-TAKUT
-BERDEBAR
-CUAK

Perasaan tertanya-tanya/ hairan/ nak tahu tentang sesuatu perkara boleh gunakan:

-Curiga
-Was-was
-Tertanya-tanya
-Ingin tahu

Kata yang sesuai ketika marah:

Bentak/ membentak ("apa lagi yang kau tak puas hati?!" Bentak Syarifah dengan dada berombak turun dan naik menahan amarah di dada.

Herdik/ mengherdik (kerja simple macam ini pun, kau tak boleh buat ke?!" Herdik Puan Ketty dengan nada suara meninggi.

Lantang. ("Selain kau pernah tumbuk aku, kau juga pernah tendang akulah tak guna!" Lantas suara wanita itu membongkarkan segala rahsia yang dipandam selama ini.

Tempik/ Jerit
Gigi/bibir terketap-ketap (sedang menahan geram dengan mulut diketap kuat)
Geram (marah)
Keras (suara yang kasar)
Nada suara (meninggi/naik satu oktaf)

Pandangan mata
Anak mata menjegil tajam
Anak mata mengecil
Anak mata merenung dengan tajam
Anak mata helang
Pandangan singa yang sedang kelaparan

Muka
Muka merah padam
Muka tegang
Muka tak beriak senyum

Situasi tangan menahan amarah

-Kedua-dua belah tangan mengepal kuat.
-Kedua-dua belah tangannya menggeletar
-Muncul urat timbul dibelakang tangannya
-perlahan-lahan tangannya mengepal membentuk buku lima
-tangan terasa semakin ringan untuk menampar wajah (seseorang)


Terdiam saat sedang berkata-kata boleh gunakan

"..." Dia terdiam (diam saat dijerkah/ diam saat disoal perkara yang mengejutkan.)

"..." Dia terkedu (boleh digunakan ketika dia dituduh. Contohnya. "..." Dia terkedu dengan tuduhan dari mulut sang suami.

"..." Dia terpempan (terkejut besar)

"..." Lidahnya kelu (nak cakap tapi tak terkeluar suara)

"..." Lidahnya terasa keras (tak mampu berkata apa-apa)

"..." Dia kematian kata (tak mampu berkata apa-apa/ tak punya jawapan)

Perkataan untuk minta bantuan/pertolongan/ arah sesuatu:

PINTA
ARAH

Perkataan memaksa seseorang berkata benar:

DESAK
PAKSA

Perkataan untuk beri amaran:
-AMARAN contoh "lagi sekali kau kacau isteri aku, aku belasah kau sampai lumat!" Dia memberi amaran keras.

-UGUT contoh "ikut aku atau aku bunuh lelaki tu!" Ugut si lelaki gila talak itu.

Perkataan menggambarkan sedang ketawa.

-GELAK TAWA
-TAWA
-KETAWA
-GELAK/ KETAWA KECIL
Menghambur/melepaskan tawa

Menggambarkan seseorang sedang senyum.

Senyum manis (terpaling manis)
Senyum lebar (senyum yang panjang)
Senyum senget/sinis (senyum mengejek)
Senyum bahagia (bahagia)
Senyum senang (terasa tenang atau lega)
Tersengih
Senyum bangga (bangga pada seseorang atau diri sendiri)

Perkataan terkejut

-Tersentak
-Terkejut
-bahu terhinjut

perkataan untuk mulut ternganga

Melopong
Ternganga
Rahangnya jatuh ke bawah






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro