TERPINGA-PINGA/LANTAS/ FIGURA/ MENANGIS

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Perkataan yang sesuai bagi menggambarkan situasi seseorang itu resah ingin menjawab sesuatu pertanyaan/ apabila dipandang orang sekeliling/ suasana yang kekok boleh gunakan:

-TERPINGA-PINGA
-TERKULAT-KULAT

"..." TERPINGA-PINGA dia memandang ke seluruh ruang restoran saat terasa ada mata-mata memerhatikan kearah meja mereka.

"..." TERKULAT-KULAT dia ingin menjawab pertanyaan dari rakan baiknya itu.

Bagaimana mahu buat ayat yang dia terus lakukan sesuatu perkara? Anda boleh gunakan:

-LANTAS. (CONTOH AYAT: "..." Dia Lantas bangun menuju ke arah almari.)

-KEMUDIAN. (CONTOH AYAT: "..." Kemudian dia pun berlalu pergi sebaik sahaja meminta diri.)

-SERAYA. (CONTOH AYAT: "..." Seraya dia berlari ke arah pintu ketika mendengar laungan salam dari luar rumah.

-LEKAS. (CONTOH AYAT: "..." Lekas dia bangun saat figura itu ingin berlalu pergi.)

-TERUS/ LALU: (CONTOH AYAT: "..." Terus aku berlari mengejar susuk tubuh yang semakin menghilang dari pandangan mata.

-MALAH: (CONTOH AYAT: "..." MALAH aku turut berasa simpati dengan apa yang terjadi kepada dirinya.

PANTAS: (CONTOH AYAT: "..." PANTAS aku melompat ke tepi saat kereta yang dipandu laju itu hampir sahaja mengenaku.

MENGGAMBARKAN SUSUK TUBUH/FIGURA SESEORANG:

Lelaki: (kebiasaannya dalam novel watak hero/heroin perfect. Jarang nak jumpa watak hero/heroin keding. So saya cadang yang kebiasaan orang buat ajelah ya.)

-TUBUH TEGAP
-DADA BIDANG
-BADAN BERKETAK-KETAK
-KENING LEBAT YANG TERUKIR KEMAS/ kENING LEBAT
-ALIS MATA YANG LENTIK CANTIK
-HIDUNG MANCUNG/ TINGGI
-SEPASANG MATA GERUDA YANG NAMPAK GARANG NAMUN SEBALIKNYA INDAH
-KULIT SAWO MATANG/HITAM/PUTIH
-RAMBUT YANG BEROMBAK
-RAMBUT PANJANG PARAS LEHER
-ADA JAMBANG HALUS DIDAGU

Wanita
-BIBIR MUNGIL
-TUBUH YANG SOLIK
-TUBUH YANG TIDAK TERLALU KURUS DAN TIDAK JUGA TERLALU BERISI.
-ALIS MATA YANG LENTIK
-LESUNG PIPIT DIPIPI KIRI DAN KANAN
-SEPASANG MATA HAZEL/COKLAT/HITAM







Jenis MENANGIS/ GAMBARAN:

-TERESAK-ESAK (menangis teruk)
-TERSEDU-SEDAN (menangis sampai tersedu-sedu)
-MERINTIH (menangis dengan perlahan)
-MERAUNG (menangis bagai nak gila)
-SEBAK (satu perasaan yang buatkan dia rasa sedih/simpati)

GAMBARAN

-AIR MATA yang sedaya upaya ditahan/bertakung dalam kelopak mata akhirnya bocor juga. Sesungguhnya hatiku rasa bagai ditusuk belati yang tajam. Sangat menyakitkan apabila mengetahui perkara yang sebenar.

-semakin laju air mataku mengalir saat teringatkan kejadian tempoh hari. Hatiku masih lagi tidak mampu memaafkan kesalahan diri sendiri. Bahkan, aku rasa mahu menghukum diriku sendiri atas kecuaian yang aku lakukan. Aku bodoh!

-Setitis demi setitis air mata yang sedaya upaya ditahan itu mengalir ke pipi.

-Berair mataku ketika menonton K-drama yang bermain dikaca televisyen itu.

-Cecair jernih/ kolam mata yang bertakung di bawah kelopak mata akhirnya menitis ke pipi ketika melihat sang suami yang berlaku curang dihadapan mata.

-Aku hanya mampu tersenyum kelat/pahit. Air mata sudah tak mampu untuk turun lagi/kering. Aku sudah muak dengan semua ini.












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro