Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku ceritakan kesemuanya kepada Tony. Sama seperti hampir 10 tahun dahulu. Needless to say, aku rindukan segalanya itu.

"Syahid, kenapa hidup kejam sangat pada kita berdua?"

Aku yang sedang duduk bersandar di sofa apartmennya itu hanya mampu tersenyum sinis dan mengulum kemarahan yang berbuku. "Beats me. Kau ingat aku suka ke hidup aku jadi complicated macam ni?"

"Aku tahu maybe we should not blaming God but why hidup kita jadi sampai macam ni sekali eh? Kita tak pernah kacau sesiapa pun. Even back when we were together pun..." Suaranya serak di situ. "But I'm glad that we found each other again. Even mungkin sekarang kau..."

"Tony, I was mad. I was bitter towards apa yang jadi kat aku dulu. Kau fikir kalau aku tahu yang kau pun tengah suffer, aku takkan cari kau ke? Dan aku harap kau tak invalidate apa yang aku rasa dulu sebab yes, it was traumatising for me."

"Aku tak pernah invalidate pun apa kau rasa dulu. And even sekarang with what happened pada kau pun, aku sympathise. Kau baik. Tak deserve semua ni."

Aku pandang dia yang masih sedang berdiri memeluk tubuh dan kemudiannya berbaring di atas sofanya. Dia warawiri di ruang tamu rumahnya mengumat-ngamitkan sesuatu.

"So sekarang kau nak buat apa kat dia?" Dia bertanya perlahan.

"Tak tahu."

Dia mengangguk perlahan. "In the meantime, kau stay sajalah kat sini. Lagipun aku stay seorang je kat sini. Cuma kalau time weekend mungkin anak aku, ex wife aku akan hantar. Other than that period, aku seorang je biasanya."

Aku bangun duduk dan dia duduk di sebelah aku di atas sofa itu. Kemudian dia mengangkat mukanya memandang aku dan aku juga turut memandang dia jauh ke dalam matanya yang bercermin itu. Aku tersenyum nipis dan begitu juga dia membalasnya.

"Sayang lagi kau pada aku, Tony?"

"Nak buat baik, tak perlu ada rasa sayang. Kalau kau bukan someone yang aku cinta pun, if I know you are in that level of shit, aku akan tolong juga."

"You said that before when I was beaten, if kau ingatlah."

"Kau banyak kali kena pukul. Make it specific."

"Wah, like that ah now."

If happy pills exist, then I'm glad to have Tony as one. Seriously, aku tak pernah rasa genuinely content macam ni after us ended.

Aku raih tangannya dan ciumnya perlahan. Dia nampaknya kaget dengan tindakanku itu tapi tidak pula dia melawan.

"Aku happy dengan kau, Tony."

"Aku pun... Aku pun, Syah."

"Kenapa dunia kejam sangat untuk kita berdua eh?"

"Entahlah."

"Tony..."

Dia tunduk semula dan angkat semula kepalanya. "Yes?"

"I can only be strong with you by my side so if you agree, can we..."

"Aku ingat kau yang tak nak aku dah?"

"Aku tahu, tapi aku nak kita jadi something else."

"But we are friends right? Still friends, right?"

"Aku tahu. What I want is, can we go through this life together? Again? Just like we used to do before. We were young back then, kita semua buat silap. But now aku percaya we are both older and wiser. So, will you?"

"Aku tipu kalau aku cakap aku tak nak, Syah."

Aku terus menarik kepalanya ke dalam pelukanku. Satu kucupan penuh rasa sayang aku hadiahkan ke atas dahinya dan rambutnya kuelus lembut. Tangannya kemudian aku raih dan dia selesa dengan itu.

"Habis Kasyaf tu macam mana?"

"Why do I have to care about him now? I don't even know who he is at this point. You, at least I know you. You are a legit person and dia on the other hand..."

"Can I ask something?" Dia mengangkat kepalanya dan memandangku dengan riak judging. "Why did you think it was a good idea to date him at the first place? I mean, kalau betul kau barely kenal dia, then why kau repulsively date him?"

Aku menarik nafas panjang. "Just like your question, it was repulsive. Aku tak fikir panjang. I was bitter with my own life. Aku nak rasa apa yang orang lain rasa. Tapi aku tak dapat. So bila situation finally seems like to favour me, aku jadi buta. Hence, aku..." Hanya satu keluhan berat mampu aku keluarkan.

"Faham."

"Kenapa kau tak muncul time tu je?"

"Aku muncul. Kau yang reject aku. Lupalah tu."

Aku ketawa kecil. Lupa pula aku yang buang dia ketika itu.

Danny dan Jonathan hanya mampu singgah meninggalkan luka tapi tidak meninggalkan kesan sedalam mana yang Tony tinggalkan. Mungkin sebab dia cinta pertama dan cinta pertama memang akan sentiasa tinggal dalam hati kita.

"Takpelah, kita start fresh balik. Kau nak duduk sini dengan aku pun boleh, Syah. Just like hati aku, rumah kecik ni pun sentiasa terbuka untuk kau masuk dan isi."

"Betul ni?"

"Betullah."

"Nak tidur bilik kau boleh?"

"Boleh. Satu syarat."

"Apa dia?"

"You have to hug me to sleep and kiss me."

"That's an easy one."






Malam itu, terdapat sepasang pasangan kekasih memadu asmara di sebuah Airbnb yang dibayar oleh si lelaki. Oh ya, mereka straight.

Habis sahaja acara, mereka berborak tentang hubungan mereka walaupun petang tadi, memang dah nak runtuh kereta si perempuan itu dek kerana pertengkaran mereka.

"Bila kita nak kahwin, Syaf? I thought dulu you kata bagi you tempoh setahun. Now apa bendanya?"

"You ni balik-balik petik pasal kahwin. Abang I pun tak kahwin lagi now you nak mention pasal kita kahwin pulak."

"Next year I dah 26, Syaf. Parents I dah tanya dah pasal you nak masuk meminang. Usung I kesana-sini tapi never mention pasal nak kahwin pun."

"Lyssa, jangan nak start boleh tak? Eh jom jelah tidur. Kita datang sini nak fix things out kan? Ni yang you nak ignite the fire dah kenapa?"

"I tanya je. You tak payah marah pun, Kasyaf."

Suasana diam antara mereka berdua. Si perempuan cuba memujuk lelaki itu dengan mengurut lembut bahu dan dadanya. Memang submissive sebagai seorang kekasih.

"Kasyaf, may I ask something else?"

"What else?" Si lelaki yang sudah memejam mata menjawab malas.

"You kenal Syahid Zachariah ke?"

Terus terbeliak mata lelaki itu. Wajah kekasihnya dipandang tapi dia cuba menahan lagi coolnya itu.

"Why did you ask?"

"Why you seem triggered?" Gadis itu mulai curiga.

Fuck! Rancangan mulai serabut sekarang ni...
______________

Brace yourself coz real thunderstorms are about to arrive!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro