Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ketika aku terjaga, jam sudah menunjukkan pukul tujuh malam dan badannya sudah berselimut. Di sisiku, Tony ada sedang membelek something dalam iPadnya.

"Eh, kau dah bangun? Nak makan tak?"

"Hmm, kau nak masak ke?"

"If you want, boleh je."

"Nak masak apa?" Aku meraih tangannya dan cium sikit. Dia blushed a bit.

"Kau nak makan apa?"

"Mee goreng, please."

"Tak habis-habis mee goreng kau tu. Haa yalah. Nasib baik ada lagi bahan. Kau tunggu kejap. Aku dah defrost ayam. Tinggal nak terjun kuali je."

"Hmm sedapnya."

Dia senyum kecil. "Nak aku hantar kau balik what time?"

"Who said I'm going back to my house?"

"Oh, okay that's fine. But esok pagi time aku pergi office kau duduk rumah seorang jelah. If kau boleh then boleh je."

"Well, apa salahnya? I can cook and clean for you."

"Eleh, step rajin je nak tolong aku."

"Walao! Dah pandai berbual macam Singaporean eh?"

"Aku pernah duduk serumah dengan Singaporean dulu sekejap. Orang Jurong West. Dekat ke dengan kau?"

"Dengan rumah aku jauhlah. Tapi aku ada makcik duduk Clementi so dekatlah dengan situ. Kalau nak ikutkan dengan aku, jauh jugaklah. Naik MRT pun still jauh."

"Oh..." Sembilan tahun berlalu dan dia masih begitu. "Nanti bawalah aku jalan-jalan sana. Nak juga kau bawa sana. Kau pernah janji kan?"

Janji. Satu benda yang paling aku takutkan sekarang ni.

"Ya, nanti aku bawak eh?"

"Kau pernah masuk Singapore?" Aku bertanya dia yang baru menutup buku subjek Geografi.

"Singapore? Pernah. Ada wedding kawan mak aku."

"Kat mana?"

"Geylang. Situ kawasan orang Melayu ramai. Kau duduk situ jugak ke?"

"Ha'ah. Geylang ramai Melayu. Aku duduk Orchard. Tengah city sikit. Jauhlah dengan Geylang tu a bit."

Dia angguk sahaja.

"Nanti aku bawak kau jalan-jalan Singapore okey?"

Dia senyum sedikit. "Janji?"

"Ya, aku janji."

Aku mandi dan ketika selesai aku mandi, aku nampak ada sepersalinan pakaian diletakkan di atas katil. Baju t-shirt tanpa kolar dan seluar batik. Baju itu sejujurnya agak ketat untuk aku pakai tapi mampu jugalah untuk aku bernafas.

Selepas aku menyarungnya, aku keluar dari bilik itu dan pergi menjengah Tony yang sedang ralit memasak di dapur. Kuat betul bau mee gorengnya itu.

Aku pergi ke belakangnya dan mula memeluknya yang sedang mengacau mee goreng itu dan mencium lehernya a bit.

"Kau ni... ada hangus mee tu kang."

"Alah, GrabFood jelah. Bukan aku suruh kau masak pun."

"Banyaklah! By the way tadi aku dah chargekan your phone. Mandy ada call and aku cakap yang kau tengah tidur kat sini and dia kata dia akan kacau kau esok. Mak kau pun ada call tapi aku tak sempat angkat tadi."

"Okey, thank you."

"By the way, siapa Lyssa?"

"Amboi, jealous ke?"

Dia mencemirkan matanya di balik cermin mat itu. "To be honest, yes. Sampai dua kali call. Then mesej kau nak ajak jumpa bagai. Kenapa eh?"

"Kau ni. Dia tu safe sex advocate and dia ada selalu datang Les Mecs untuk buat outreach. Nothing beyondlah."

"Can I trust you?"

"Antonio, if anything it should be me who's supposed to not trust you, okay."

"Babi!" Dia menumbuk manja bahuku sebelum berpaling memandang meenya semula.

Aku cubit pipinya. Dia kemudian menutup api dapur dan menutup mee goreng tadi dan menatap mukaku.

"Nak makan dah ke?"

"Kejap lagi also can."

Dia eyeroll sebelum aku memeluk pinggangnya dan satu kucupan diberikan ke bahunya.

"I asked my classmate if they know where is Samson. None of them knows."

"At all?"

Dia menggeleng. "Which is pelik sebab even yeah, Hasbi is the one closest to him, dia ada je kawan lain tapi sorang pun tak tahu."

Aku anggukkan sahaja.

"Worried?"

"He's still my brother, after all. I don't know. If after few days still takde apa-apa, I might check with immigration and embassy kut."

"Faham." Dia kemudian berjalan ke ruang tamu dan check handphonenya for awhile. "Nak aku check with anyone else lagi ke?"

"Entahlah. I believe that all these happening now got something darker."

"Which means?"

Aku baru hendak menjawab sebelum handphoneku berdering dan aku pantas berlari mendapatkannya. Oh shit, it's Lyssa. Apa pula dia nak?

"Hello..." Aku menyapa mesra.

"Hai, Syah! Well, I nak tanya, you ada kat Les Mecs ke sekarang?"

"Eh, takde pulak."

"Oh really? That's weird."

"What's weird?"

"Actually, I ingat nak datang jumpa you but then when I datang, Mandy kata you tak ada but bila I nak keluar, I saw you masuk. Cuma peliklah sebab you were wearing glasses."

"Samson..." Perlahan aku menyebutnya.

"Who?"

"Lyssa, are you still there?"

"Yeah. I kat luar Les Mecs je ni."

"Stay put. I... I know who's that."

"Siapa tu?"

"My twin."

"You... have a twin?"







"Dan apa buat kau fikir it's a good idea untuk libatkan kembar dia sekali?"

"I don't know. Old flame of hatred, maybe."

"Kau tahu sekarang ni dia dah tak contact aku. Semua calls and chats dia ignore."

"Seriuslah?"

"Yalah, babi!"

Si abang smirk a little. Dia tahu apa yang sedang berlaku. "It has to be him."

"Who? Budak nerd bodoh tu?"

"Siapa lagi? Dia ingat dia boleh selamat. Ini baru kita. Dia tak hadap lagi bapak kita punya setan."

Si adik eye roll sahaja.

"Kau bukan cakap aku yang kau punya girlfriend kena sailang dengan dia ke?"

"We broke up."

"Wah?! That fast huh?"

"You know what? Fuck this guy! I want him dead!"

"Touché!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro