part 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Delysha menguap kecil. Penatnya!

13 jam perjalanan dari Amsterdam ke Malaysia membuatkan gadis itu berasa sungguh letih. Mengantuk pun ada. Yelah, semasa perjalanan pun bukannya dia boleh tidur sangat. Tak selesa sungguh walaupun mereka naik kapal terbang yang first class. Mungkin kerana dia tidak biasa perjalanan jauh di dalam kapal terbang.

Darren memandang gadis di sebelahnya itu sekilas.

"Pening lagi ke?" soal Darren risau sambil matanya memandang Delysha yang nampak tidak bermaya. Nampak penat sangat wajah cantiknya itu. Tak biasa jalan jauhlah ni. Lagi pun, dia baru tahu yang Delysha tidak boleh duduk lama-lama dalam kapal terbang. 

Nanti ada sahaja masalah yang berlaku. Antaranya ialah pening, mual, terasa nak termuntah dan sebagainya. Dia pula yang terlebih risau dekat Delysha.

Kalau dia tahu yang gadis itu akan begini kalau lama-lama dalam kapal terbang, sudah pasti dia tidak akan memilih untuk naik kapal terbang dengan Delysha. Lebih baik dia tempah khas helicopter atau jet ski sahaja lebih senang.    Selesa sikit Delysha nanti. Dia bukan apa, dia kesiankan Delysha. Dan sangat risaukan gadis itu.

Delysha menggeleng perlahan. Pening masih lagi bersisa di kepalanya ini. Haih, masa mula-mula datang ke sini dulu tak adalah teruk sangat dia mabuk kenderaan. Tapi bila mahu pulang ke Malaysia, lain pula yang jadi. Mabuk kenderaanyang dialami semakin teruk. Buat malu saja dekat Darren. Kasihan lelaki itu terpaksa menjaganya sepanjang perjalanan.

Ke dia semakin teruk ini sebab nak bermanja dengan Darren? Atau sebab Darren ada dengannya? Heh, mimpi sahajalah. Tak akan! Dia tak akan buat begitu kerana dia tidak mahu susahkan Darren. Dia tahu Darren sangat risaukannya, kerana itulah dia masih cuba untuk kuatkan diri.

"Kita makan dulu la kalau macam tu. Sebab kau pun tak makan sangat dekat airport tadi. Semasa perjalanan pun kau tak usik makanan sangat. Minum je banyak," Darren sudah mula mengatur langkahnya ke arah cafe yang berhampiran dengan KLIA itu.

Dia memaksa Delysha duduk dan Delysha hanya akur tanpa bantahan. Pening lain macam pula kali ini. Lagi-lagi bila Darren ada. Lain macam sungguh!

Jangan-jangan pening kepala ni nak bermanja dengan Darren? Hah, merepek. Pening boleh bermanja ke? Ish.

"Kau nak makan apa?"

Delysha hanya membalas dengan gelengan kecil sahaja. Kepalanya yang masih lagi pening diurut perlahan. Masih lagi sama, pening tak hilang-hilang. Malah pening semakin mencengkam otak. Huwaa sakit!

Kenapa sekarang dia nak pening pula? Dia malu sebenarnya dengan Darren, tapi dalam masa yang sama, dia rasa selamat. Sekurang-kurangnya ada Darren untuk mengawasinya saat-saat begini. Kalau dia keseorangan, entah bagaimana nasibnya.

Darren mengeluh. Sudah muncul sikap degil Delysha. Tarik hidung tu nanti baru tau!

"Kau jangan degil boleh tak?" soal Darren perlahan. Dia tengah menahan diri dari memarahi Delysha. Tidak mahu meninggikan suara atau tertengking gadis itu pula. Tak pasal-pasal merajuk buah hati kesayangan dia itu nanti.

Delysha mengangkat wajahnya sedikit. Bibirnya mencebik sedih. Dia cakap aku degil? Eeeii orang bukan saja-saja macam inilah!

"Saya cakap tak nak tu tak naklah!"

Dapat dengar dengan jelas Darren mengeluh selepas itu. Sikap degil sudah sebati agaknya dalam diri Delysha.

"Suka ke buat aku risau?" Lembut sahaja Darren menyoal. Dan itu menyebabkan Delysha menggelengkan kepalanya serta-merta. Tak, dia tak suka tengok Darren risaukan dia. Kasihan lelaki itu.

"Dah tu kenapa tak nak makan hmm?"

Ton suara Darren masih lagi sama seperti tadi. Dia cuba berlembut dengan gadis ini. Kalau api lawan api, siapa yang akan menang? Jadi lebih baik dia menjadi air. Mungkin bila dia cakap baik-baik, gadis itu akan mengikut katanya.

"Saya peninglah, sebab tu hilang selera makan," luah Delysha berterus-terang. Semakin lama dia di luar ini, semakin pening kepalanya.

Yang ada dalam fikiran sekarang ini adalah katil dan bantal kesayangannya sahaja. Kalau sekali baring, terus tertidur sampai termimpi. Inilah padahnya bila tak biasa jalan jauh.

Lainlah Darren. Lelaki itu seorang bekas pilot, dan Darren juga sering keluar masuk ke luar negara atas urusan kerja. Sudah semestinya lelaki itu sudah terbiasa dalam setiap keadaan. Tidak sepertinya, yang tiba-tiba mengalami mabuk kenderaan.

Darren mengeluh untuk kesekian kalinya. "Okaylah kalau kau cakap macam tu, aku tak paksa kau. Teman aku makan boleh?" Sengaja dia umpan Delysha. Kalau dia terus balik, sudah tentu gadis itu tidak akan sentuh langsung makanan langsung. Macamlah dia tak tahu.

Delysha mengangguk kecil tanda setuju. Teman sekejap saja, tak apa rasanya. Dia masih boleh bertahan.

Darren tersenyum kecil. Setelah berapa minit menunggu makanan tiba, akhirnya sampai juga. Dahi Delysha sedikit berkerut.

"Kenapa awak order dua pinggan nasi ayam ni? Banyaknya awak makan."

Dahinya berkerut seribu. Aik, jarang lelaki ini makan banyak. Nasi pula tu yang menjadi pilihannya. Nak kata nasi tak ada di Amsterdam, bohong pula. Ada sahaja. Mungkin nasi ayam sebijik seperti di Malaysia macam ini tak ada kot.  Atau pun Darren rindu masakan melayu? Sangkalnya.

"Saja. Satu lagi aku beli untuk kau."

"Kan saya kata saya tak nak makan?"

Tak faham bahasa ke apa dia ini? Bikin dia panas hati sahaja!

"Aku tahu nanti kau nak makan punya. Aku tak nak kau lapar sayang. Nanti dah sampai rumah sewa kau, belum tentu kau akan makan. Aku kenal kau sayang," jawab Darren dengan yakin. Delysha hanya mendiamkan diri. Malas dah nak berbalah panjang lebar. Buat sakit kepalanya bertambah sahaja.

"Esok kau teman aku, kita jumpa mama dan papa."

Setelah agak lama masing-masing berdiam diri dan sibuk dengan hal sendiri, Darren memulakan katanya. Sudah diagak riaksi Delysha. Terkejutlah apa lagi?

"Huh? Kenapa awak tak cakap awal-awal?" soal Delysha dengan wajah yang gelabah dan agak marah.

Apa ni?

Esok nak pergi hari ini baru nak beritahu. Wajah tak bersalah Darren dipadang dengan tidak puas hati.

"Saja. Kita kena jumpa parents aku awal sebab banyak lagi urusan pasal kahwin kita nak kena selesaikan lepas ni," kata Darren santai. Dia dengan selamba mengunyah nasi ayam itu dengan wajah tanpa riak.

Delysha berdecit halus. Tadi dia rasa sangat pening kepala dan tidak bermaya, tapi lepas dengar apa yang Darren baru sampaikan ini, dengan serta-merta rasa pening dan mengantuknya hilang. Gelabah dan gementar menjadi keutamaan kini. Hatinya berasa sangat berdebar.

"Tapi saya..."

"Kau tak payah takutlah. Aku kan ada. Kali ni kita mintak restu baik-baik. Aku yakin yang mama aku boleh terima kau kali ni. Dah dua tahun dah pun Delysha. Tak akanlah mama aku masih lagi tak sukakan kau? Dia dah banyak berubah tau. Jangan fikir sangat. Esok siap cantik-cantik, aku ambil kau nanti," pujuk Darren cuba untuk menenangkan dan meyakinkan gadis itu. Dari matanya dia sudah tahu bahawa Delysha sedang risaukan perkara itu. Dia sendiri pun risau, sebab macam-macam perkara boleh terjadi. Tapi disedapkan juga hatinya.

Semua akan okay. Everything will be fine. Just trust yourself. Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Mereka pasti akan disatukan juga nanti, walaupun belum direstui sepenuhnya.

Delysha mengeluh seraya mengangguk lemah. Dia percayakan Darren. Nak tak nak dia perlu juga hadap semua ini. Sampai bila dia nak mengelak? Tak lama lagi dia akan berkahwin dengan lelaki ini. Tak akanlah dia nak bermusuh pula dengan ibu mertua sendiri. Minta dijauhkan.

Delysha memandang Darren yang sedang khusyuk menjamu selera. Dia yang menongkat kepala beralaskan lengannya di atas meja, mula mengigit bibir apabila perutnya berbunyi perlahan minta diisi. Bau semerbak nasi ayam itu mula masuk ke rongga hidungnya lalu berjalan ke perutnya. Serta-merta dia terasa lapar bila melihat betapa berseleranya Darren makan. Nasi ayam itu pun nampak menyelerakan.

Perlahan-lahan pinggan satu lagi di hadapan mata yang memang untuknya itu di ambil dan disuap sedikit nasi itu ke dalam mulutnya. Nyamm... sedap!

Dipedulikan pandangan mata Darren yang semestinya tertumpu ke arahnya sekarang.  Disuap lagi baki nasi itu ke dalam mulut. Lagi dan lagi sampai dia kenyang.

"Tadi beria cakap tak nak, sekarang dia pula yang lapar macam tak pernah makan setahun." Perlian dari lelaki itu tidak diendahkan. Orang tengah lapar ni ish. Siku nanti!

Time-time macam inilah dia nak mengungkit pun! Nak one by one, nanti ya. Dia lapar sekarang ni. Jangan kacau!

"Diamlah! Saya nak makan ni." Kunyahan di dalam mulutnya semakin laju.

"Makan elok-elok sikit sayang. Nanti tercekik susah," pesan Darren lembut. Delysha tersengih-sengih.

"Sorry. Saya lapar sangat ni."

Darren menggeleng kepalanya. Tisu di tangannya digunakan. Tepi mulut Delysha yang agak comot itu dilap dengan tisu. Tindakan Darren itu sangat lembut dan sangat gentleman. 

Dan akibat terkejut, menyebabkan sudu di pegangan tangan Delysha terjatuh ke atas lantai.  Delysha tergamam. Dia menggigit bibir. Sudah, memalukan betul. Tengok orang dah pandang!

"Sayang, kenapa cuai sangat ni? Tunggu sini. Aku pergi ambil sudu baru untuk kau."

Terus Darren berdiri. Sudu yang terjatuh tadi di angkat dan diletakkan di atas meja lalu dia mula menapak ke arah tempat sudu yang baru dengan segera. Tindakan pantas Darren menyebabkan Delysha terpegun.

Delysha terkebil-kebil. Dia mula tersenyum kecil melihat kelakuan caring Darren itu.

Waduh, macam manalah hati dia tak cair macam ni? Sikap caring Darren seperti inilah yang membuatkan dia setiap hari semakin bertambah-tambah mencintai lelaki itu.

"Saya memang tak akan pernah berhenti jatuh cinta dengan awak, Darren." 

Loving you is something I will do until the end of time.

***

Delysha memejamkan matanya. Menenangkan dirinya sendiri. Sumpah dia nervous gila sekarang ni. Mereka sekarang berada betul-betul di hadapan perkarangan rumah agam milik Tengku Malik.

Entah macam mana nak kata, tapi perasaan Delysha sekarang terasa lain. Sama seperti masa mula-mula dia mahu berjumpa dengan family Darren dahulu, tetapi kali ini lain sedikit.  Bertambah nervous pula kali ini untuk berjumpa dengan mereka buat kali kedua.

"Awak, betul ke keputusan kita ni? Kita baliklah jelah awak. Lain kali kita datang."

Ajakan Delysha mengundang tawa lelaki itu. Dah agak dah! Delysha mesti akan berkelakuan seperti ini. Dan dia hanya tenang sahaja. Padahal dalam hati Darren pun turut rasa benda yang sama. Tetapi dia perlu yakin semuanya akan baik. Dia kenal mama dan papanya itu.

"Kau takut lagi ke? Halah, relax jelah. Semuanya akan okay. Kau jangan risau, aku ada. Aku kan hero kau?" Darren berjenaka. Delysha tersenyum kecil. Sedikit sebanyak kata-kata itu dapat menyedapkan hatinya.

Yes, you're my hero Tengku Iyan Shah Darren.

Delysha mengeluh perlahan. Banglo besar di hadapannya itu dipandang lama. Haih, untuk kali kedua dia ke sini. Kali ini bagaimana pula layanan keluarga Darren terhadapnya? Bagaimana kalau perkara yang sama berulang kembali?

Ada perubahan atau masih lagi sama? Kalau masih sama, apa yang harus dia lakukan? Jauhkan diri dari Darren lagi? Yang itu... sumpah dia tak sanggup. Dia tak akan tinggalkan Darren buat kali kedua. Eh, ketiga.

Dan tiba-tiba dia teringat akan apa yang Tengku Sheila pernah katakan kepadanya pada dua tahun yang lepas. Dia masih ingat lagi yang dia bukanlah menantu idaman seperti Tengku Sheila mahukan.

Arissa. Gadis itu yang disukai oleh Tengku Sheila. Teringat kembali kata-kata hinaan Tengku Sheila bila dia jejakkan kaki di dalam rumah ini buat pertama kalinya.

"Kau jangan buat-buat tak faham apa maksud aku. Kau dah semestinya tak layak dalam rumah ni. Apatah lagi jadi menantu aku. Aku tak suka kau. Sebab kau, anak aku Iyan tak pandang Arissa. Arissa Aisyah adalah satu-satunya menantu aku dalam rumah ni. Dia je yang layak untuk Iyan. BUKAN KAU!"

Pedih.

Dia bukanlah menantu pilihan. Mungkin dia bukan dari golongan orang berada. Dia hanya seorang gadis yang tidak mempunyai kekayaan dan kemewahan. Macam manalah orang kerabat diraja seperti Tengku Darren ini sudi menerimanya sebagai isteri? Dia tiada apa-apa yang istimewa.

Kata-kata Darren apabila dia terfikirkan perkara yang sama seperti apa yang dia fikirkan dulu, layakkah dia? Jawapan dari Darren buat dia rasa mungkin Darren bukan orang yang seperti dia fikirkan.

"Tak ada istilah tak layak atau tak setaraf kalau diri dah sama-sama suka. Aku tak pandang perempuan kaya, perempuan yang setaraf, berharta macam aku. Aku tak pandang perempuan yang sama darjat dengan aku. Apa yang aku pandang adalah perempuan macam kau. Perempuan yang pandai jaga diri, maruah dia, akhlak dia, kelakuan dia, aku suka perempuan macam tu. Dan kalau aku tak, maksudnya family aku pun tak pandang macam tu juga. Be positive dear. Aku kenal family aku macam mana. No worries. I always here for you."

Itulah apa yang dia fikirkan sekarang. Jawapan Darren, dia tidak memandang perempuan yang berdarjat, tetapi perempuan yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia suka ayat Darren itu.

Terasa diri ini dihargai.

"Termenung apa pula tu? Jomlah masuk sayang. Percayakan aku, aku ada dengan kau." Mereka bertentang mata seketika. Apabila mendapat anggukan kecil dari Delysha, Darren tersenyum dan berjalan ke arah pintu utama rumahnya.

"Assalamualaikum!" jerit Darren sedikit kuat. Delysha berdebar-debar.

Beberapa minit menunggu, barulah salam dijawab.

"Waalaikumsalam."

Pintu dibuka dan orang yang membuka pintu tersebut memandang Delysha dan Darren silih berganti. Sebuah senyuman dihadiahkan buat mereka berdua.

"Delysha?"




Stay tuned! Tak habis lagi lah. Banyak lagi dugaan lepas kahwin. Haha sep!

Sorry bab ni pendek dan merapu. Pastu kejap guna POV kejap tak. So sis cadang dh taknak guna POV pasni ahaks.
#20 vote. 🤪

Okay duka citanya sis nak bagitahu yang ni mungkin bab last sis update. Sis lepas ni busy sangat dengan online class semua tu. So yeah. Sorry again. Kalau sis dapat 20 vote tu, sis update lagi. HAHHAHHAHA tu saja. Bye bye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro