part 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Delysha?"

Delysha tersenyum lantas mengangguk kecil mendengar suara tua yang cukup dia kenal itu.

"Mak Nab!" Terus tubuh yang sudah berusia itu didakap dan dipeluk erat. Rindunya!

Walaupun baru pertama kali mereka berjumpa dulu dan hari ini merupakan kali kedua, dia tetap ingat wanita di hadapannya ini. Sudah dua tahun masa berlalu. Wanita ini masih lagi bekerja dan berbakti di rumah agam Tengku Malik. Kagum sekejap dia dengan kesetian Mak Nab sebagai pekerja.

"Ya Allah, jadi betul ya ini Delysha? Jumpa pun kamu semula. Ingatkan dah tak sudi dah datang sini. Rupanya muncul juga kamu ya? Tak sangka dapat jumpa kamu lagi."

Mak Nab berkata dengan sebak setelah pelukan dileraikan. Delysha mengangguk sedikit. Dia pun tidak menyangka bahawa dia akan muncul semula di sini, di rumah ini.

"Mana ada tak sudi lah Mak Nab. Lysha tak berkesempatan je nak datang. Ni Lysha dah datang balik, happy tak?" Mendapat anggukan dari wanita itu, ketawa kecil terhambur dari bibir Delysha. Comel sahaja Nak Nab ini!

"Hmm Mak Nab ni. Iyan yang dah dua tahun tak balik rumah ni, Mak Nab tak peduli pun. Delysha juga yang Mak Nab ingat. Mak Nab macam tak nampak je kewujudan Iyan dekat sini. Sedihlah macam ni."

Darren yang senyap dari tadi akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati. Lebih kepada ingin bergurau sahaja dengan wanita tua yang sudah dianggap sebagai ibu sendiri.

Mak Nab mencebik. "Konon je tak balik dua tahun, habis tiap-tiap hari raya tu siapa yang balik? Kalau ada masalah atau perlukan tanda tangan papa pun Iyan akan balik ke sini juga kan? Jangan nak mengada dengan Mak Nab ya," jawab Mak Nab menjelaskan perkara yang sebenar seraya itu Darren dan Mak Nab sama-sama ketawa.

Delysha pula masih lagi terpinga-pinga. Apa Mak Nab cakap tadi? Iyan selalu pulang ke Malaysia? Kenapa hal yang satu ini dia tidak pernah tahu langsung?

Dan kenapa lelaki ini tidak pernah mencarinya selama ini? Terbit rasa geram di lubuk hatinya.

Darren perasan perubahan muka gadis itu apabila Mak Nab memberitahu hal yang sebenar. Dia hanya tersenyum kecil. Nak marahlah tu!

"Eh, tercegat apa lagi dekat luar ni? Mari masuk," pelawa Mak Nab. Baru teringat ingin menjemput mereka kerana terasa sudah lama bersembang di depan pintu.

"Mama dengan papa ada?" soal Darren hairan apabila melihat keadaan dalam rumah hanya senyap dan sunyi sahaja.

"Papa ada dalam bilik bacaan tu hah, mama kamu pula awal-awal lagi dah ke butik. Nanti baliklah tu rasanya. Tambah pula anak kesayangan dia ni dah balik. Rykal dan Mira ada je dalam bilik mereka tu, berperap je memanjang. Delysha, masuklah. Macam tak biasa pula."

Delysha tersenyum nipis. Dia macam tak biasa? Memang tak biasa pun! Desisnya.

Sebaik sahaja Mak Nab masuk ke dalam rumah, wajah Darren di padang lama. Bukan sebab hal tadi, tapi kerana dia risau. Bukan kali pertama dia menghadapi situasi begini, kali ni sudah masuk kali yang kedua.

"Kenapa pandang aku macam tu? Marahlah ni sebab aku tak bagitahu kau yang aku selalu juga balik Malaysia huh? Ala, sorry. Aku bukan balik saja-saja. Aku ada hal kalau balik sini," terang Darren tanpa dipinta. Dari pandangan wajah Delysha pun dia sudah tahu gadis itu ingin menyoalnya tentang perkara tadi.

Delysha mencebik. Ada hal pun tetap tak nak cari dia. Merajuk macam baby tualah dia ni.
"Itu satu hal, satu lagi hal... saya takutlah awak. Mama awak pun tak ada dekat rumah, jadi kita balik jelah nak?"

Darren mengeluh kecil. Dah keluar dah perangai yang satu gadis ini. Suka buruk sangka! Paranoid saja memanjang.

"Mama, papa, keluarga aku akan okaylah. Berapa kali nak pesan, jangan risau. Kalau diorang tanya apa-apa, jawab je macam biasa. Lagi pun aku ada selalu dengan kau. Kita kan dah janji nak tempuhi segalanya sama-sama. Jangan risau tau? Dah jom, masuk."

Sebelum masuk, sempat lagi Delysha melepaskan keluhan. Haih, senanglah Darren cakap. Dia yang kena tanggung semuanya nanti. Hati ini berat saja mahu masuk dalam. Kenapa ya agaknya?

Lambat-lambat akhirnya dia masuk juga ke dalam rumah. Matanya memandang sekeliling di dalam rumah agam ini. Masih sama sewaktu pertama kali dia datang ke sini. Warna, perabot, dan sususan di dalam rumah ini ternyata masih sama. Tiada yang berbeza sangat.

"Iyan! Kenapa balik tak beritahu papa?"

Suara seseorang itu membuatkan Delysha berhenti dari terus meneroka kawasan di dalam rumah tersebut. Dia tersenyum manis ke arah Tengku Malik apabila lelaki itu memandang ke arahnya.

"Iyan balik sini teruslah papa. Tapi Iyan balik sini ada hajat lain sebenarnya," jawab Darren lalu tangan orang tua yang itu disalam hormat. Tengku Malik tersenyum penuh makna melihat anak lelakinya itu.

"Tak perlu beritahu hajat tu pun papa dah tahu dah apa yang Iyan nak cakap. Iyan nak kahwin kan?" soal Tengku Malik senang hati.

Tersentak kedua-dua manusia itu mendengar soalan dari Tengku Malik. Perlahan-lahan senyuman di bibir Darren semakin lebar.

"That's right. Pandai papa teka!" Darren dan Tengku Malik sama-sama ketawa. Delysha hanya tersenyum kekok. Bunyi macam Tengku Malik restu sahaja kan hubungan mereka? Harap-harap begitulah.

"Delysha? Kenapa macam malu-malu je dengan papa? Nanti Delysha akan jadi sebahagian dalam keluarga ni juga. Jadi, tak perlu nak malu-malu."

Delysha hanya mengangguk perlahan apabila ditegur oleh Tengku Malik lalu dia menghadiahkan senyuman. Malu? Semestinya dia malu. Dia masih lagi tidak biasa dengan situasi begini.

"Hah papa. Papa dah tahu yang kami ni nak kahwin kan, jadi apa keputusan papa? Papa restu tak?"

Lama berdiam diri, akhirnya Darren menyoal juga apa yang ingin ditanyakan tadi. Tengku Malik memandang wajah Delysha dan anak lelakinya silih berganti, sebelum satu anggukan diberi tanda dia setuju. Selepas itu dia tersenyum. Anak nak bina masjid kan? Tak akanlah tak setuju pula. Umur pun sudah masuk 29 tahun. Dah nak masuk 30an. Tak kahwin-kahwin juga anaknya yang satu ini. Rupa-rupanya tunggu 'si jantung hati' selama ini ya? Patutlah dia nampak kesungguhan Delysha nak tahu di mana keberadaan Darren dahulu. Rupanya kerana ini, cinta.

Kalau dah jodoh tak ke mana juga kan?

Darren sudah tersenyum lega. Dia sudah agak yang papanya akan setuju dengan keputusannya kali ini. Misal kalau kedua orang tuanya tidak setuju, memang dia akan membujang sampai ke tua. Hanya Delysha sahaja yang layak menjadi ibu kepada anak-anaknya. Tiada yang lain. Dia tak akan terima orang lain.

Delysha juga turut mengukir senyuman gembira melihat anggukan Tengku Malik itu. Sudah dapat satu restu... satu lagi restu bagaimana pula?

"Akak!"

Jeritan dari arah tangga itu mengundang mata-mata yang memandang. Elmira berlari ke arah Delysha yang sudah mengukir senyuman. Pelukan Elmira dibalas olehnya.

"Akak, rindunya! Dah lama kan tak jumpa? Finally! Akak akan jadi kakak ipar Mira juga. Dua tahun tau Mira tunggu nak dapat kakak ipar. Finally, along jadi anak jantan juga bawa calon isteri."

Luahan dari Elmira itu hanya dibalas dengan senyuman kecil. Dia juga rindukan Elmira. Dia sudah anggap macam adik kandungnya sendiri. Dah lama dah dia teringin nak ada adik. Adik kandungnya... hm entah hilang ke mana menghilang. Sungguh dia rindu!

"Eleh, kau ni adik. Sibuk je! Kau pula yang beria tunggu dua tahun selama ni? Heh!" Darren mula menyampuk perbualan kami berdua. Dahlah adiknya itu siap kutuk dia lagi. Elmira sudah mencebik.

"Yelah, Mira tahulah along tu yang tunggu bagai nak rak kan? Tapi ego along tu menguasai segala-galanya. Konon ke Amsterdam uruskan business papa, padahal bawa hati yang terluka lara sebab akak tak suka along dah kan masa tu? Eleh, ingat orang tak tahu ke? Masa along balik sini sekali-sekala, mesti along banyak termenung dalam bilik. Buat apa lagi kalau bukan teringat dekat Kak Sha. Hahaha."

Usikan dari Elmira itu mengundang tawa kami semua. Kecuali Darren yang sudah membuat muka protes apabila rahsianya sudah diberitahu semua orang. Tak guna punya adik!

"Haah, betul tu Kak Sha. Along dah macam kucing hilang anak dah masa akak tak ada. Dia macam gila bayang, mimpi teringatkan kakak, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Orang tua kata, itu angau tahap gaban dah tau. Orang bercintalah katakan. Kan Mira?" Rykal yang baru muncul itu membuatkan kami semua kembali mentertawakan Darren. Elmira mengangguk setuju.

Delysha sudah tersenyum-senyum. Tak sangka sampai macam tu sekali penangan dia terhadap lelaki itu. Serba salah? Semestinya ya. Tapi Darren nampak comel.

Dia berhenti ketawa apabila panahan anak mata lelaki itu menikam ke arahnya. Terus mati senyumannya tadi. Erk... mamat ni.

"Hah gelaklah, gelakkan along lagi. Best la kan kenakan orang? Siap korang, nanti along pula yang akan kenakan korang semula!"

Elmira dan Rykal hanya buat-buat tak tahu. Lagi diorang ketawa adalah. Eleh, fikir ugutan along itu buat diorang takutlah? Langsung tak! Lagi terasa kelakar adalah. Kerana mereka tahu abangnya seorang abang yang baik.

Saat itu, Delysha dapat rasakan yang Darren sebenarnya seorang abang yang penyayang. Sanggup layan perangai gila-gila adik-beradiknya. Walaupun lelaki itu bukanlah abang kandung mereka berdua, mereka rapat sama seperti adik beradik yang sebenar.

Ini kalau orang lain tak tahu yang Darren anak angkat, pasti mereka tak akan menyangka bahawa Darren anak kandung dalam keluarga ini juga. Delysha tersenyum sendiri. Sikap Darren yang penyayang kepada adik-adik juga menguatkan lagi rasa cintanya terhadap lelaki itu.

"Ini kenapa bising sangat ni Mira, Rykal? Dari luar lagi boleh dengar tahu tak?"

Teguran dari seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam rumah itu terus membuatkan semua diam dan tertumpu ke arah suara itu.

Delysha sudah teguk liur. Tengku Shelia dah pulang! Apa yang dia harus lakukan sekarang?

"Mama, tengok anak-anak kesayangan mama ni. Kalau tak mengusik orang memang tak boleh ke? Samalah korang berdua. Sengal! Memang sebulu sangat! Along debik sekor sekor baru tau." Sengaja Darren mengadu kepada Tengku Sheila tentang perangai mereka berdua. Elmira dan Rykal sudah membuat muka menyampah. Suka mengadu betul!

Tengku Sheila hanya menggeleng kepalanya. Macam-macamlah anak-anaknya ini. Penat sudah hendak melayan. Padahal semua sudah besar panjang tetapi perangai macam budak-budak.

"Hah, Iyan... baru sampai ya? Kenapalah kalau balik suka tak bagitahu mama dulu? Nasib mama balik awal hari ni tau." Darren hanya tersenyum sahaja bila mendengar mamanya mula membebel. Mamanya banyak berubah sekarang. Wanita itu lebih ikhlas mengambil berat tentangnya berbanding dahulu.

"Sajalah ma. Nak buat suprise!"

Darren meluru ke arah mamanya dan dipeluk sekejap wanita itu. Tengku Sheila menggeleng sahaja. Suprise apanya kalau macam ni?

Delysha hanya melihat sahaja dua beranak itu bersoal jawab. Nampak gayanya macam Tengku Sheila tidak nampak dia berada di sini. Tidak perasankah wanita itu?

"Iyan balik mengejut ni mesti ada something kan?Tell me, what is it?" Tengku Sheila berkata dengan serius. Sudah diagak perangai anaknya yang satu ini. Dia tidak akan balik kalau tiada apa-apa urusan penting.

"Iyan memang balik teruslah ma. Tapi pandai mama teka. Iyan balik ni dengan bakal menantu mama," jawab Darren senang hati.

Pap!

Tengku Sheila terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya. Sekali lagi dia terkejut. Sejak bila gadis itu berada di situ? Macam mana dia boleh tidak perasan tadi? Ini barulah betul namanya suprise! Sekarang baru dia terkejut. Wow... just wow!

"Be... betul ke?" Tengku Sheila terkejut. Wajah gadis yang dia kenal itu dipandang lama.

"Apa awak ni. Betul la tu. Anak kita ni dah bersedia nak jaga anak orang sampai akhir hayat. Dah tak sabar nak bina masjid dah si Iyan ni," usik Tengku Malik pada mereka semua. Darren tersengih kecil.

Manakala Delysha sudah kecut perut. Hah sudah!
Kenapa Tengku Sheila tengok dia lama sangat sekarang ni? Beberapa kali air liur ditelan. Dia hanya menundukkan wajahnya sambil bermain dengan jari sendiri. Resah dan takut pula yang dirasakan saat matanya bertentang dengan wanita itu.

Pelbagai perkara yang difikirkan sekarang ini. Antara salah satunya, adakah Tengku Sheila akan menerimanya atau akan menghinanya sama seperti dulu?

Atau mungkin pipinya yang putih bersih ini akan ditampar?

****

Press ⭐and leave your comments!

Oh ya. Boleh tak korang vote sampai 300+? Ala, boleh la, boleh la. Please my babyboo. My heart, my lovely readers, please.😳❤️

Sorry guys part ni memang agak hambar ke daun ya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro