001

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Monyet In Your Area🙉
Jimin, Jungkook, Hoseok, Seokjin....

Yoongi:
Weh, kau orang dah sampai ke?

Hoseok:
Aku tengah on the way.

Jimin:
Aku pun tengah on the way, hyung. Tapi tempat apa yang kau pilih sampai masuk dalam hutan ni? Dahlah jalannya berpusing-pusing, pening kepala aku tahu tak?

Yoongi:
Kau jangan banyak merungut, pendek. Bila kau dah tengok homestay tu, kau akan ucap thanks pada aku tak terhingga.

Jimin:
Eh hyung, sedar diri tu sikit. Kau pun sama je dengan aku, pendek!

Yoongi:
😒
Jin hyung, kau pun tengah on the way ke? Jungkook?

Seokjin hyung:
Haah, tapi aku bawa dua orang adik lelaki aku boleh tak?

Jungkook:
Aku okey je kalau tambah ahli. Tapi janji adik-adik kau tu sporting lah, hyung.

Seokjin hyung:
Adik aku yang sorang ni sporting, tapi yang lagi sorang ni pelik sikit.

Hoseok:
Pelik? Pelik macam mana tu, hyung?

Yoongi:
Aku tak kesahlah adik kau tu pelik ke tak tapi janji dia orang bayar sendiri. Aku belanja untuk kita berlima je. Yang kau Jungkook?

Seokjin hyung:
Yelah, aku tahu.

Jungkook:
Aku datang lambat sikit tau sebab sekarang ni aku dekat bengkel, tengah repair motor aku ni. Ada masalah sikit.

Yoongi:
Okeylah. Kau orang datang cepat sikit tau. Aku dah sampai depan homestay ni.

Hoseok:
Okey okey.

Seokjin hyung:
Iye aku tahu.

Jungkook:
Beres, hyung.

Jimin:
Baik pendek.

Telefon pintar disimpan kembali ke dalam poket seluar. Homestay yang berdiri tegak di hadapan Min Yoongi itu dipandang lama. Senyuman manisnya terukir.

"Very nice."

Namun, matanya tertancap pada buaian yang sudah lusuh. Bergerak secara tiba-tiba. Dia pandang sekeliling untuk mencari jikalau ada orang namun... tiada sesiapa. Hanya dia sahaja manusia di hutan itu.

"Angin kut," desis hatinya. Cuba untuk menyedapkan hati.

Namun... tanggapan itu tak lama. Kedengaran seperti seseorang sedang ketawa dengan bunyi yang sangat menakutkan. Seperti... bukan manusia.

Yoongi cuba memberanikan diri. Perlahan-perlahan kepalanya ditoleh ke belakang.

Namun...

"Oi, hyung!"

Terjahan gerangan itu membuatkan Yoongi terkejut beruk! Mahu saja dia ingin menamatkan riwayat lelaki itu.

"Jimin, kau pernah rasa tendangan maut tak?" kata Yoongi sambil mata Jimin dipandangnya tajam. Park Jimin tersengeh tak bersalah.

"Sekali lagi kau gelak macam hantu tadi, aku pendekkan lagi ketinggian kau."

Kata-kata Yoongi membuatkan dahi Jimin berkerut. Gelak? Siapa? Aku ke? Sejak bila aku gelak? Hatinya menyoal.

"Hyung, bila masa aku..."

"Hey, bro!"

Kedatangan empat orang lelaki itu membuatkan percakapan Jimin terbantut. Yoongi terus mendekati mereka lalu saling berpelukan. Jimin yang dari tadi bingung dengan soalan Yoongi itu hanya mengangkat bahu. Dia turut menyambut kedatangan mereka dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

"Sorry, kita orang lambat. Bukan apa, tadi aku terserempak dengan Seokjin hyung dan aku terpaksalah dengar dad jokes dia," terang Jung Hoseok dengan wajah selambanya. Kim Seokjin sudah pandangnya tajam.

"Ah kau! Nak salahkan aku pula," balas Seokjin tidak mahu mengalah.

Mereka berlima sudah bergelak tawa bersama. Kecuali dia... yang tak pernah berminat untuk senyum, lagikan ketawa.

"Oh, aku lupa nak kenalkan. Ini adik-adik lelaki aku, Kim Namjoon," kata Seokjin.

"Selamat berkenalan, bro," kata Namjoon dengan lesung pipit di pipinya.

"Wow! Your dimples can make me melt!"

Terus Yoongi memukul lengan Jimin yang seperti tidak betul itu. Jimin sudah mencebik.

"Kau ni straight ke tak?"

Jimin hanya menjelir lidah padanya. Menyampah betul dia dengan lelaki itu. Mesti ada sahaja yang salah di mata sepet dia.

"Dan ini... Kim Taehyung," sambung Seokjin seperti nak tak nak. Semua mata tertumpu pada Taehyung yang tiada senyuman langsung terukir di bibirnya.

Pelik, itu yang mereka fikir tentang lelaki yang bernama Kim Taehyung itu. Mata Taehyung hanya tertumpu pada tanah tanpa sebarang bunyi.

"Oh, ini ke adik kau yang kau cakap pelik tu?" soal Hoseok tanpa berlapis. Jimin terus memukul lengan lelaki itu. Hoseok menutup mulutnya apabila baru sedar yang dia sudah terlepas cakap. Bimbang jika Taehyung dan Seokjin yang sebagai abangnya akan terasa.

"It's okay. Dia memang pelik pun," kata Seokjin tanpa rasa bersalah. Kenapa mahu berasa bersalah kalau dia sendiri pun tak suka dengan adiknya yang pelik itu?

"Memang pelik dari dulu," sambung Namjoon pula.

Yoongi pandang Taehyung atas bawah. Dia senyum sinis.

"Dasar budak pelik," desisnya sendiri.

Suasana menjadi tegang seketika. Semua masih terkejut dengan pengakuan Seokjin dan Namjoon yang bersahaja itu. Sangkaan mereka, Seokjin dan Namjoon akan membela Taehyung namun sebaliknya.

"Heyyo, guys!"

Kedatangan Jungkook membuatkan mereka menghembuskan nafas lega. Akhirnya berakhir juga suasana tegang itu tadi. Jungkook yang sedang berjalan mendekati mereka dihadiahkan dengan senyuman manis.

"Maknae kita dah sampai!" ucap Hoseok teruja. Senyuman kembali terukir di bibir mereka kecuali... Taehyung.

"Sorry lambat."

Mereka saling berpelukan. Kedatangan Jungkook sangat dialu-alukan oleh mereka kerana tanpa Jungkook, tidak menariklah percutian mereka.

"Hai, aku Namjoon." Sekali lagi senyuman manis terukir di bibirnya. Lesung pipit di pipinya membuatkan Jungkook terpanar.

"Your dimples are very interesting, bro."

"Kan..." selit Jimin tanda menyokong Jungkook. Yoongi yang sedang memandang tajam pada Jimin itu membuatkan Jimin kecut perut. Terus dia diam tak berkutik.

"Kau pun hensem, bro," puji Jungkook pada Taehyung pula. Suasana kembali tegang. Semua mata tertumpu pada Taehyung dan Jungkook namun Taehyung hanya diam, tanpa sebarang bunyi. Dahi Jungkook sudah berkerut.

"Memang tak suka dipuji ke?" soal Jungkook sendiri. Pelik dengan tingkah laku Taehyung yang dari tadi tunduk ke bawah.

"Okay, guys! Setelah lima tahun kita berkawan di laman sosial dan akhirnya, kita berjumpa dan bercuti buat pertama kali!" ucap Yoongi semangat ingin memecahkan suasana tegang itu.

Mereka sudah bersorak serta bertepuk tangan kecuali Taehyung.

"So, this is a gift from me for you all. Welcome to our beautiful homestay!" sambungnya lagi sambil pintu rumah itu dibuka seluas-luasnya.

Mereka semua terpanar. Dipandangnya setiap sudut rumah itu dengan mata yang bersinar. Perhiasan kaca yang berbentuk kristal, dinding bercorak yang bertemakan kedamaian menampakkan rumah itu seperti syurga bagi mereka.

Dan buat pertama kalinya, Taehyung mendongak. Memang tidak boleh ditafsirkan, rumah itu sangat cantik dan indah. Tipulah jika tidak ada yang kagum dengan keindahan rumah itu.

Cuma satu yang dia hairan. Hanya mereka bertujuh sahaja penghuni di dalam homestay ini. Mengapa tiada penghuni lain?

"Ada swimming pool!" jerit Seokjin teruja dan sekaligus mereka semua melompat ke dalam kolam renang. Mereka semua berseronok sambil saling menyimbah air antara satu sama lain.

Namun tidak Taehyung. Dia hanya berdiri tegak tidak jauh dari mereka. Wajah mereka dipandang satu persatu dengan pandangan menakutkan.

Jungkook yang sedang seronok bermain air itu terhenti apabila perasan akan kehadiran Taehyung yang sedang berdiri tegak tidak jauh dari mereka. Jungkook keluar dari kolam renang sebelum mendekati Taehyung dengan senyuman.

"Hyung, jomlah join kita orang mandi sekali."

Tidak ada jawapan daripada Taehyung malah, wajah bersih Jungkook dipandangnya lama... menakutkan. Kening Jungkook terangkat.

"Hyung?"

Taehyung hanya berlalu pergi meninggalkan Jungkook yang masih terpinga-pinga. Mata Jungkook tak lepas dari memandang Taehyung yang sudah menghilang. Dadanya dipegang. Memang sakit dipalau.

"Mungkin dia ada masalah," desis hati kecilnya.

Mengapakah dunia ini kejam?

-TBC-

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Patutkah aye sambung?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro