002

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana rumah itu menjadi riuh-rendah. Gelak tawa jejaka-jejaka itu telah memenuhi ruangan di setiap pelusuk rumah. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Berkaraoke, menari, bersorak dan dan macam-macam lagi mengikut kehendak mereka sendiri. Dan ya, mereka seperti di dalam dunia mereka sendiri. Melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Namun tidak bagi Taehyung. Dia seperti tidak senang duduk. Ke hulur-hilir tak tentu arah. Cuba mencari tempat yang sunyi namun gagal. Rumah itu sangat bising dengan suara mereka yang lantang.

Setelah beberapa jam mencari, akhirnya dia mengalah. Dia mengambil keputusan untuk sertai mereka berseronok. Tak akan ada tempat sunyi di dalam rumah itu jika suara mereka yang terlalu kuat.

Kecuali masuk ke dalam hutan. Tapi... siapa sahaja sanggup masuk ke dalam hutan seorang diri? Semata-mata untuk mencari ketenangan?

Laju sahaja kaki Taehyung melangkah namun tiba-tiba langkahnya terhenti. Melihat mereka semua yang sedang berseronok dari jauh itu membuatkan dia berfikir sejenak.

"Aku... bukan macam mereka. Aku tak layak bersama dengan mereka."

Hoseok yang sedang rancak menyanyi itu terdiam. Kepalanya ditoleh ke kiri dan matanya tertancap pada seseorang.  Melihat Hoseok yang berhenti menyanyi, mereka juga menoleh ke kiri dan terlihat Taehyung sedang berjalan mendekati mereka lalu melabuhkan punggung di sofa.

Suasana tiba-tiba menjadi tegang, senyap. Semua mata tertumpu pada Taehyung. Hairan mereka dibuatnya dengan Taehyung yang muncul secara tiba-tiba tanpa mengeluarkan suara, mahupun sebarang bunyi.

Tidak ingin melengahkan masa, mereka hanya sambung bernyanyi dan menari dengan teruja. Tanpa menghiraukan perasaan Taehyung. Bagi mereka, Taehyung seperti patung di situ. Wujud, tapi dianggap seperti tidak hidup.

Apakan daya, dia bukan seperti orang lain. Mempunyai ramai kawan dan senang dibuat kawan namun dia? Manusia yang sudah dianggap keluarganya sendiri pun tidak suka padanya, apatah lagi mempunyai seseorang yang bergelar sahabat.

Dia sendiri tertanya-tanya, mengapakah dunia ini tidak adil?

Kedua-dua belah tapak tangannya dipandang. Ditiliknya di setiap sudut.

Hidupnya terlalu kosong. Seolah-olah tangan ini telah melakukan perbuatan yang sangat teruk. Mungkin akan membuatkan dirinya menyesal seumur hidup.

Namun...

Apakah perbuatannya itu? Mengapakah dia tak ingat apa-apa langsung?

●●●

"Di dalam bekas ni ada nama kau orang semua. Ambil satu kertas lipatan dalam bekas ni, kemudian nama yang tertulis dekat kertas kau yang dapat itulah, yang akan sama bilik dengan kau. Dan salah satu daripada kita yang bertuah akan dapat bilik sendiri yang paling besar," terang Yoongi sambil bekas tersebut diletakkan di tengah-tengah bulatan.

"Yes! Bilik tu akan jadi milik aku!" kata Jimin dengan yakinnya.

"No! Aku yang akan rampas bilik tu daripada kau, Jimin-shi," balas Jungkook tidak mahu mengalah.

"Apa dia? Jimin-shi? Aku ni dua tahun lagi tua dari kau tahu tak, budak?"

"Siapa budak? Aku dah dewasa, okey!"

"Dewasa? Are you sure? Siapa yang suruh aku belanja dia anak patung barbie then hantar dekat alamat dia haritu? Nak kata bagi adik perempuan, kau tu anak tunggal Jeon Jungkook." Jimin senyum kemenangan. Puas hati dia mengenakan Jungkook yang tak habis melawan dirinya.

Tajam sahaja mata Jungkook memandang Jimin namun Jimin hanya mengendahkan. Rahsia terbesarnya yang tersimpan kemas itu akhirnya terbongkar juga. Habis telinganya merah menahan malu.

"Dah habis?" soal Seokjin sambil wajah Jimin dan Jungkook dipandang silih ganti. Mereka berdua ini kalau tak gaduh memang tak sah. Bagai anjing dengan kucing! Dua-dua tak mahu mengalah.

"Aku doakan kau orang berdua bukan satu bilik," selit Namjoon pula. Dia sendiri sudah pening.

"Baiklah sekarang, semua pilih kertas dekat dalam bekas tu," arah Yoongi. Kelam kabut mereka mengambil lipatan kertas di dalam bekas itu. Berharap yang mereka akan dapat bilik sendiri yang mereka inginkan. Dan Taehyung... mengambil lipatan kertas yang terakhir.

"Sedia?"

Mereka semua mengangguk laju. Kertas itu dipegang kemas, bersiap sedia untuk dibuka.

"Buka!"

"Yeay! Aku dapat bilik sendiri!" ucap Jungkook teruja. Sehingga terlompat-lompat dibuatnya kerana perasaan gembira yang tak terhingga.

Mana tak gembira kalau bilik itu diidamkan oleh semua orang? Bilik yang luas dan katil yang besar, hanya dia seorang sahaja yang merasakan. Tersangatlah nikmat!

"Aku dah kata dekat kau Jimin hyung. Semua perkataan yang keluar dari mulut aku akan jadi kenyataan!" Perkataan 'kenyataan' sengaja ditekankan.

Jimin hanya menjeling. Malas mahu bertikam lidah dengan si budak. Buang masa sahaja.

"Aku lagi suka sebilik dengan Hoseok hyung. Kan, hyung?" kata Jimin selepas melihat nama yang tentera pada kertasnya.

Hoseok tersenyum. "Of course, my mochi."

"Uwu... kau orang berdua memang ada udang di sebalik hidung, kan?" teka Jungkook. Sengaja ingin mengusik Jimin. Hoseok tergelak kecil. Sudah faham dengan perangai Jungkook yang suka mengusik lelaki yang lebih tua daripadanya.

Pandangan maut dihadiahkan pada Jungkook.

"Tolonglah. Aku straight lagi."

"Yes! Aku sebilik dengan Namjoon! Kaulah adik kesayangan aku di dunia dan di akhirat," kata Seokjin pula. Mereka berdua berpelukan. Menangis tanpa mengeluarkan air mata. Bahagia benar nampaknya tanpa langsung memikirkan perasaan 'dia'.

"Fck!"

"Kau asal, hyung? Marah sangat sampai mencarut bagai," soal Namjoon pada Yoongi yang tiba-tiba sahaja mengeluarkan kata-kata kesat.

"Aku sebilik dengan dia ni? Budak pelik ni? Urgh! I hate it!" Jari ditudingkan pada seorang lelaki yang duduk bersila di sebelahnya. Taehyung menunduk. Ya, dia sangat malu dengan dirinya yang sering dibenci oleh orang sekelilingnya. Hina sangatkah diri ini?

Jungkook memandang Taehyung yang sedang menunduk itu, lama. Kasihan, itu yang dia rasakan saat melihat lelaki itu. Terus dipandang hina oleh orang sekeliling. Termasuklah darah dagingnya sendiri.

"Erm... Yoongi hyung. Kita tukar bilik nak?"

Soalan Jungkook membuatkan semua mata tertumpu padanya. Yoongi memandang Jungkook seakan tidak percaya.

"Kenapa? Bukan ke kau yang gembira sangat dapat bilik sendiri tadi?" soal Jimin. Jungkook menggaru kepala yang tidak gatal. Semua masih menunggu jawapan daripada Jungkook.

"Aku lebih suka share bilik. Bukan apa, sebab ini first time aku tidur di sini jadi aku jadi takut pula nak tidur sorang-sorang."

"You're still a little boy, you know?" Namjoon tergelak kecil. Jungkook hanya tersengeh. Mengiyakan sahaja tanggapan kawan-kawannya tapi dalam diam dia ada sebab tertentu.

Taehyung hanya menunduk. Di dalam hatinya sudah melonjak gembira kerana ada juga orang sanggup menerimanya. Walaupun dia tahu... Jungkook buat begini kerana belas kasihan.

"Dah, aku nak tidur," kata Seokjin yang sudah berura-ura ingin bangun namun ditahan oleh Yoongi.

"Rileklah, hyung. Baru pukul 12 pagi. Jomlah kita main sesuatu."

"Nak main apa?"

Yoongi senyum kecil. Dia mengambil sesuatu dari belakangnya lalu diletakkan di tengah-tengah bulatan mereka. Mata mereka tertumpu pada tulisan merah yang terukir diatas papan itu.

Ouija.

"Kau gila? Benda yang berkenaan dengan syaitan kau tak boleh buat main-main." Wajah Hoseok sudah cemas. Lihat sahaja perkataan di atas papan itu sudah membuatkan dia kecut perut.

"Orang gila jelah percaya benda mengarut tu semua. Orang dah mati, mustahil untuk hidup semula." Yoongi cuba meyakinkan Hoseok yang sedang menggeletar itu. Takut benar nampaknya.

"Mana kau dapat benda ni, hyung? soal Jungkook serius. Dia memandang tepat ke arah mata Yoongi.

"Aku terjumpa dekat belakang rumah. Entah siapa yang buang merata-rata."

Taehyung ingin bangun, keluar dari bulatan itu. Perasaan tidak sedap hati menyebulungi dirinya.

"Kenapa? Kau takut?"

Langkah Taehyung terhenti. Soalan Jimin itu telah bermain dengan egonya. Dia tidak mahu digelar penakut, lemah. Cukuplah orang lain sudah menggelarkan dia 'budak pelik'.

Taehyung kembali duduk bersila.

Yoongi mengarahkan mereka semua untuk meletakkan dua jari di atas papan kecil yang berbentuk segi tiga itu. Mereka hanya akur. Mereka sama-sama memusingkan papan kecil itu secara bulatan sambil membacakan mantera.

Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pangkal kelapa;
Takut dan gundah diletak tepi,
Si alam lain, datanglah menerpa.

Papan kecil diberhentikan di tengah-tengah bulatan. Wajah mereka dipandang antara satu sama lain. Seokjin mengangguk kecil. Cuba memberanikan dirinya untuk bertanya soalan.

"Wahai dikau yang berada di alam lain. Adakah kau berada di sini bersama kami?" soal Seokjin. Nafas Hoseok tidak menentu. Bulu romanya sudah naik menegak. Dia menarik dan menghembus nafas berkali-kali untuk menenangkan diri.

Mata mereka semua tertumpu pada papan itu. Menunggu jika ia bergerak ke arah tulisan 'YES' or 'NO'.

Beberapa minit menunggu, namun tiada perubahan.

"Tunjukkanlah diri kau! Kenapa? Takut?"

"Hyung!"

Kata-kata Yoongi yang selamba itu membuatkan mereka tak senang duduk. Kalau 'benda' tu datang betul-betul macam mana? Mahu tak mati kejung mereka di situ?

Yoongi senyum sinis apabila matanya tepat memandang Taehyung.

"Taehyung, cuba kau pula yang tanya. Manalah tahu jadi. Yelah, kau kan spesies dengan benda ha..."

"Apa ni, hyung." Mendatar suara Jungkook memotong. Tidak tahan dengan perangai Yoongi yang terus menerus merendahkan Taehyung.

Taehyung menarik nafas dalam lalu dihembus. Cuba mengumpulkan kekuatan yang ada. Walaupun hakikatnya jantungnya sudah berdegup kencang kerana takut.

"Wa... wahai dikau yang berada di alam lain. A... adakah kau berada di sini bersama kami?"

"Boleh pun cakap. Ingatkan dah bisu," kata Yoongi perlahan namun masih dapat didengari oleh mereka. Dalam diam, Jungkook merenung tajam pada wajah belagaknya.

Mata mereka kembali melihat papan itu. Beberapa minit menunggu namun... tetap tiada perubahan.

Yoongi gelak sinis. Dia dahulu yang mengangkat jarinya dari papan kecil yang berbentuk segi tiga itu.

"Hoseok, see? Aku dah kata benda ni mengarut. Mainan ni cuba nak memperbodohkan kita aje."

Nafas lega dilepaskan. Perlahan-lahan mereka mengangkat jari mereka dari papan kecil itu. Senyuman lega ditayangkan oleh mereka namun... Taehyung masih merenung papan itu dengan mata tak berkedip.

"Aku tak faham betul dengan orang yang cipta permainan ni. Bukan menjadi pun," ujar Namjoon sambil jari tangan diregangkan. Buang masa sahaja bermain dengan benda mengarut.

Tiba-tiba Taehyung kebelakang secara mengejut. Wajahnya cemas, pucat dan takut. Matanya terbeliak memandang papan itu. Seperti baru sahaja melihat sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam hidupnya.

"Kau kenapa, hyung?" soal Jungkook risau. Semua mata memandang Taehyung yang sedang dalam ketakutan.

"T... tadi aku nampak p... papan tu b... bergerak sendiri."

Semua mata beralih pula pada papan itu. Dahi mereka berkerut. Tiada apa-apa perubahan langsung yang berlaku.

"Kau buta ke? Kau tak nampak ke papan segi tiga tu elok je dekat tengah-tengah?" soal Seokjin sedikit meninggi.

Taehyung diam tak berkutik. Bergegas dia bangun dari duduk sebelum laju sahaja langkahnya menuju ke bilik. Pantas Jungkook mengejar Taehyung dari belakang.

"Pelik betul dia tu," kata Jimin sambil menggeleng kecil.

Tiba-tiba... lampu terpadam. Cepat-cepat mereka mengambil telefon pintar dari poket lalu flashlight dinyalakan. Cahaya dari telefon pintar milik Yoongi disuluhkan pada wajah mereka satu persatu.

"Ini kes tak bayar bil elektrik ke apa ni?" soal Namjoon.

"Tuan homestay ni tak peka langsung!" Geram Jimin dibuatnya dengan pemilik homestay ini yang tidak cekap bekerja.

"Tak apa, esok pagi aku call dia," kata Yoongi pula ingin menyedapkan hati mereka.

Jimin, Seokjin dan Namjoon sudah menuju ke bilik. Baru sahaja Yoongi ingin melangkah, seseorang sempat menahan lengannya. Dia pandang wajah Hoseok yang takut.

"Hyung..."

"Apa?"

"Takkanlah papan Ouija tu nak biarkan macam tu je? Aku ada tengok filem yang dia akan baca mentera supaya 'benda' tu kembali ke alam lain dengan tenang."

"That's very absurd."

"Tapi Taehyung..."

"Dia tu pelik, Hoseok. Betul ke dia nampak? Entah-entah dia mereka cerita. Nak attention lah katakan."

Akhirnya Hoseok mengalah. Terpaksa juga dia mempercayai Yoongi untuk menyedapkan hati.

Hoseok berjalan ke biliknya. Begitu juga dengan Yoongi. Tombol pintu ingin ditolak namun, tiba-tiba sehelai sticky note ditampal pada pintu bilik. Kertas itu diambil lalu cahaya lampu disuluhkan pada tulisan yang tentera padanya.

Nampak malap jalan ke paya,
Mata disengkang di dalam jaga,
Malam yang gelap tiada cahaya,
Rupanya di belakang, ada lembaga.

Terus Yoongi menoleh ke belakang. Lampu disuluh ke kanan, kiri, atas dan bawah. Namun tetap tidak nampak kelibat sesiapa. Tiba-tiba dia merasakan seperti bahunya disentuh. Dia menjadi patung. Terkejut dengan sentuhan yang entah datang dari mana.

Dia mengumpulkan segala kudrat yang ada di dalam diri. Perlahan-perlahan kepalanya ditoleh dan...

"Hyung?"

Bahu Yoongi ternaik sedikit. Nafas dihembus panjang, lega.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Oh, tadi aku dari dapur, minum air. Yang muka kau pucat semacam ni dah kenapa?" soal Jimin hairan.

"T... tak ada apa," nafinya. Cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Oh ya, aku lupa. Muka kau kan memang pucat. Okey hyung, aku masuk tidur dulu." Jimin masuk ke dalam biliknya yang terletak di bersebelahan bilik Yoongi.

Sticky note dari tangannya dironyokkan sebelum buang ke dalam tong sampah. Dia senyum mengejek.

"Such a nonsense."

●●●

Jungkook bersandar sambil sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Taehyung yang sedang baring membelakanginya itu dipandang sekilas.

"Hyung? Kau dah tidur?"

Tiada jawapan dari Taehyung namun Jungkook tahu yang dia masih belum tidur.

"Kau nak air? Aku boleh ambilkan."

Kedengaran seperti Taehyung mengeluh berat. Dia duduk dari perbaringan lalu menghadap wajah lelaki itu. Jungkook hanya mengangkat kening.

"Untuk apa kau buat semua ni?" Soalan Taehyung membuatkan dahinya berkerut seribu.

"Buat apa?"

"Kenapa kau pilih untuk sebilik dengan aku? Bukan sebab kau takut, kan? Hidup aku ni sangat kesian ke di mata kau?"

Jungkook tersenyum. "Salah ke aku nak berkawan dengan kau? Kau pun manusia, berhak untuk ada kawan. And one more thing, aku nak berkawan dengan kau bukan sebab belas kasihan tapi... sebab keikhlasan hati aku."

Hatinya tersentuh. Dia menunduk.

"Tapi aku tak pandai menghargai seseorang yang bergelar kawan."

"Come on, hyung. Kita boleh main game sama-sama. Aku tahu kau ialah gamer tersohor dalam dunia ni."

Dan buat pertama kalinya, Taehyung tersenyum. Tersenyum manis. Sudah lama dia tidak mengukirkan senyuman itu.

Jungkook turut tersenyum. Laci di sebelahnya dibuka ingin meletakkan telefon pintarnya di situ, namun niatnya terbantut saat melihat sebuah buku novel yang berkulit hitam dan merah di dalam laci itu. Novel itu diambil lalu dibeleknya. Sempat dia meniup novel itu kerana berhabuk.

Dahi Taehyung berkerut. Novel yang sedang dipegang Jungkook itu dipandang lama. Matanya tertumpu pada tajuk yang tentera di novel tersebut.

TORTURE

Tulisan yang berwarna merah itu membuatkan bulu romanya naik menegak. Entah kenapa dia merasakan tidak sedap hati apabila melihat novel itu.

"M... mana kau dapat n... novel tu, Jungkook?"

"Aku terjumpa dekat dalam laci ni. Kenapa?" Wajah Taehyung yang sedang takut itu dipandang.

"Kau tak patut ambil benda yang bukan hak milik kau,"

Jungkook tergelak kecil. "This is just a novel, hyung."

Taehyung tidak menjawab. Terus dia baring membelakangi Jungkook sambil berselubung di bawah selimut. Jungkook memandang Taehyung lama sambil menggeleng.

"Kau memang pelik, hyung," bisik hatinya.

Kau yang menyeru, dan aku akan datang menerpa.

-TBC-

VOTE
TRIMAS

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro