003

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Lain kali cek betul-betul elektrik sebelum bagi pelancong menginap dekat sini. Kalau jadi apa-apa pada kami macam mana? Pihak kau nak bertanggungjawab?"

Jimin pandang sahaja Yoongi yang sedang bercakap di telefon itu. Dia menggeleng kecil. Habis pemilik homestay itu dimarahi oleh Yoongi.

Baguslah, sekurang-kurangnya boleh belajar dari kesilapan.

"Morning hyung's," sapa Jungkook dengan senyuman manis di bibir.

Seokjin yang sedang memasak itu membalas senyuman Jungkook. Begitu juga dengan yang lain.

"Kau sorang je, Jungkook?" soal Yoongi setelah baru menamatkan panggilan.

"Haah, Taehyung still tidur lagi. Asal? Nak aku panggil dia?"

"Eh, tak payah!" Seokjin pantas menjawab. Mata Jungkook beralih pada wajah Seokjin, hairan.

"Kenapa? Kalau kau rimas dengan dia, asal kau bawa dia ke sini?"

"Parents aku pergi overseas. Dia orang risau nak tinggalkan Taehyung sorang-sorang jadi aku kena bawa dia sekali. Kalau bukan sebab parents aku yang suruh, memang taklah aku nak bawa dia. Menyusahkan," terang Seokjin. Sempat dia memerli Taehyung tanpa rasa bersalah.

"Betul ke kau ni darah daging dia, hyung? Kenapa kau benci sangat dengan dia? Dia buat salah apa dekat kau?" Bertalu-talu Jungkook bertanya. Persoalan yang bermain di fikirannya terlepas jua.

"Kau tak perlu tahu," jawab Namjoon ingin membela abangnya.

"Aku tak perlu tahu?" Jungkook senyum sinis.

"Dia yang buat salah ke atau kau orang berdua yang bersepakat nak tutup aib sendiri?" Suara Jungkook sudah meninggi.

"Jungkook," tegas sahaja suara Hoseok menyebut namanya. Suasana di meja makan itu menjadi tegang, sangat tegang. Semua mata memandang mereka bertiga. Terlihat wajah mereka berkerut. Menahan amarah yang sudah membuak-buak.

Telinga Seokjin memanas. Api gas ditutup dan mula mendekati Jungkook. Matanya dipandang setajam-tajamnya. Namun Jungkook tidak mengalah. Wajah Seokjin yang sudah jelas menahan marah itu tidak langsung dapat menakutkannya.

"Jungkook, kau dengar sini baik-baik. Kau tu orang luar! Kau tak tahu apa-apa langsung pasal keluarga kami. Jadi jangan berlagak baik sangatlah!" Naik turun dada Seokjin melepaskan amarah. Giginya diketap geram. Mahu sahaja dia menumbuk wajah Jungkook yang bersih itu.

"Enough! Perlu ke kau orang bergaduh sebab dia? Please, cukuplah..." Jimin cuba meleraikan pergaduhan yang tidak dijangka. Namun Seokjin buat tak endah. Matanya merenung tajam pada kehadiran Taehyung di sebalik dinding. Api kemarahannya semakin membara.

Dan ya, Taehyung mendengar semuanya. Segala bait kata yang keluar dari mulut mereka tersimpan kemas di kepala. Perit, sangat perit telinga ini ingin mendengar kata-kata kesat dari mulut orang yang dia sayang.

"Kau nak tahu sangat kan kenapa aku benci sangat dengan dia?"

Tanpa menunggu jawapan, Seokjin melangkah laju mendekati lelaki itu. Taehyung setapak ke belakang, takut. Dia hanya menunduk, tidak mampu ingin bertemu dengan mata Seokjin yang tajam.

"Sebab dia! Aku dekat dalam rumah tu macam hamba. Sebab dia! Aku dipukul dan didera. Dan sebab dia juga! Aku dilayan macam sampah!" Jari Seokjin ditudingkan pada si lelaki malang.

Terus Seokjin melangkah pergi. Mereka semua terdiam. Suasana di situ terlalu tegang. Hanya bunyi angin sepoi-sepoi yang kedengaran.

Keluhan berat dilepaskan. Sungguh tidak dijangka yang situasi ini akan berlaku.

Taehyung mengetap bibir. Matanya tiba-tiba terasa panas. Baru dia tahu sebab sebenar abang-abangnya terlalu benci padanya. Namun... itu semua bukan kehendaknya. Dia hanya dahagakan kasih sayang, kasih sayang daripada abang-abangnya sendiri. Namun, sikap ibu bapanya yang pilih kasih membuatkan tiada langsung perasaan sayang di dalam diri.

Perlahan Namjoon mendekati Taehyung. Mulutnya didekatkan pada telinga lelaki itu.

"Ingat, kau punca semua ni terjadi," bisikan Namjoon kian halus menerpa ke gegendang telinga. Dia terus melepasi Taehyung tanpa menoleh. Tangannya sudah menggeletar. Nafas seakan tersekat saat cuba menahan dari mengalirkan air mata. Namun dia gagal. Air mata lelaki itu mengalir juga dengan deras.

Dia sudah mula benci dengan dirinya sendiri. Merasakan yang mati itu adalah jalan yang sewajarnya. Sangkaannya, kewujudan dirinya akan membuatkan orang sekelilingnya menderita.

Tiba-tiba Taehyung melangkah laju ke arah peralatan pemotong. Pisau diambil dan berniat ingin mengguris tangannya namun Jungkook sempat menghalang.

"Hyung! Apa kau buat ni?"

Badan Taehyung dipegang erat. Taehyung yang meronta-ronta ingin dilepaskan itu membuatkan Jungkook sukar untuk merampas pisau dari tangannya. Jungkook pandang tajam pada mereka yang masih duduk di meja makan.

"Hyung! Tolonglah!"

Kelam kabut Hoseok dan Jimin menyertai Jungkook dengan memegang erat kedua-dua belah lengan Taehyung. Dan akhirnya pisau itu berjaya dirampas lalu Jungkook mencampaknya jauh.

"Lepaskan aku! Biar aku mati!"

"Hyung! Kau tak boleh buat macam ni! Bunuh diri tak akan boleh menyelesaikan masalah kalau kau tak cari jalan penyelesaian!"

Taehyung terdiam. Kakinya terasa lemah sahaja mahu berdiri. Rambut diramas ke belakang, kasar. Esakan kecil kembali kedengaran dari bibirnya.

"Aku boleh tolong kau, hyung."

Kata-kata ikhlas yang keluar dari mulut Jungkook membuatkan esakan Taehyung semakin kuat. Bahu Jungkook menjadi tempatnya melepaskan segala keluhan dan tangisan. Betapa syukurnya Taehyung mendapat sahabat yang sangat baik seperti dia.

Yoongi yang tidak berganjak langsung dari meja makan itu menayang senyuman sinis.

"Taehyung... Taehyung, memang pembawa bala," bisiknya sendiri.

Ting! Tong!

Mereka semua menoleh ke arah pintu utama. Dahi Yoongi berkerut. Siapa pula yang datang ni?

Dia bangun lalu berjalan menuju ke arah pintu. Tombol pintu dibuka dan terlihat seorang pakcik yang berpakaian T-Shirt biasa sedang berdiri tegak di hadapannya. Pakcik itu dipandangnya atas bawah.

"Pakcik ni siapa?"

"Saya diarahkan oleh pemilik homestay ini untuk membaiki lampu yang rosak di dalam rumah ini." Keterangan pakcik itu membuatkan dahi Yoongi bertambah berkerut.

"Bukan ke lampu tiba-tiba terpadam semalam sebab tak bayar bil elektrik?"

"Pemilik homestay ni cakap bil elektrik rumah ini sudah dibayar dari awal bulan. Jadi, kemungkinan lampu tu terpadam sebab ada masalah pada mentol."

"Apa-apa jelah. Cepat masuk," kata Yoongi tanpa terselit sedikitpun perkataan hormat di dalam percakapannya. Bercakap dengan kasar memang sudah melekat pada dirinya.

Pakcik itu hanya mengangguk lalu senyum nipis. Kakinya melangkah mengikuti Yoongi dari belakang namun, langkahnya terhenti di hadapan dapur. Terlihat empat orang jejaka di situ.

Dua orang daripada mereka berempat sedang duduk di atas meja makan. Manakala seorang lagi sedang menenangkan dia yang sedang dalam kekusutan.

Mata pakcik itu dan Taehyung yang bertembung membuatkan senyuman pakcik itu mati. Taehyung hairan, hairan dengan pandangan pakcik itu padanya yang sangat menakutkan. Matanya seperti takut akan sesuatu.

"Pakcik, lampu yang rosak tu di ruang tamu, bukan di dapur." Teguran Yoongi membuatkan pakcik itu tersentak.

Dia mengangguk faham. Taehyung hanya pandang pakcik itu sehingga kelibatnya hilang. Dahinya berkerut seribu.

"Kenapa pakcik tu pandang aku macam tu? Apa yang dia sedang takutkan?" soal Taehyung sendiri. Dia merasakan seperti pakcik itu ingin memberitahu sesuatu padanya tapi ada sesuatu yang menghalang.

●●●

10 MALAM

Seokjin hanya pandang kosong pada Jungkook yang sedang sibuk menghidangkan air untuk setiap orang. Ya, dia masih marah dengan Jungkook yang selamba sahaja menuduhnya tanpa sebarang bukti demi membela Taehyung. Makin benci Seokjin dibuatnya pada lelaki yang digelar pelik itu.

"Angin apa yang datang dekat kau sampai buatkan air untuk kita orang ni, Jungkook?" soal Hoseok pada Jungkook yang baru sahaja meletakkan secawan kopi di hadapannya.

Jungkook tersenyum. "Sekejap lagi kita akan balik rumah masing-masing, dan kita tak akan berjumpa lagi. Kita cuma boleh bersembang dalam group chat kita aje. Jadi, at least kau orang rasalah juga minuman dari air tangan aku."

Hoseok tergelak kecil. "Kita boleh berjumpa lain kali, Jungkook."

"Erm, maybe?"

Dahi Hoseok berkerut. Maybe?

Hoseok hanya mengangkat bahu. Soalan yang bermain di fikirannya hanya dibiarkan tanpa dijawab. Cawan itu diambil lalu disisipnya sedikit.

Sedap!

Namun, tiba-tiba sahaja mindanya menggambarkan seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Hanya matanya sahaja yang kelihatan. Namun gambar itu tidak lama, lelaki itu hilang serta-merta membuatkan Hoseok kembali ke dunia realiti.

Hairan, macam mana lelaki itu boleh berada di dalam fikiran Hoseok?Kepala digeleng bekali-kali. Cuba menafikan yang lelaki itu hanya imaginasinya sahaja.

"Seokjin hyung. Namjoon hyung," panggil Jungkook namun mereka hanya buat tak endah. Mereka sibuk bermain dengan telefon pintar tanpa toleh sedikitpun memandang Jungkook.


Keluhan kecil dilepaskan. Dua cawan kopi dari tangan Jungkook diletakkan di hadapan mereka. Jungkook mengambil nafas dalam sebelum memulakan bicara.

"Hyung, I'm sorry."

Tiada jawapan.

"Hyung, please... Aku minta maaf. Janganlah merajuk lama sangat. Dekat chat nanti siapa yang nak bagi dad jokes dekat aku kalau bukan Seokjin hyung. Siapa yang nak ajar aku math kalau bukan Namjoon hyung." Wajah comel cuba ditayangkan. Cuba meminta simpati dari mereka yang dari tadi bermasam muka.

Mereka pandang Jungkook sekilas. Kecomelan Jungkook membuatkan mereka berdua tergelak kecil. Ada sahaja teknik Jungkook ingin memujuk mereka.

"Kami pun minta maaf. Siapa lagi yang boleh buat muka comel kalau bukan kau, Jungkook?" kata Namjoon. Mereka bertiga ketawa serentak.

"What did the pen say to the other pen?" soal Seokjin tiba-tiba. Terkedip-kedip mata Jungkook dan Namjoon memandangnya.

"You're incredible!" sambungnya lagi. Ruang tamu itu hanya dipenuhi dengan ketawa Seokjin. Namun yang lain hanya diam.

Seokjin berhenti ketawa apabila dia baru sedar yang dia seorang sahaja yang ketawa. Dia pura-pura bermain dengan telefon pintarnya untuk menutup malu.

"Hyung."

Taehyung tersentak dari lamunan. Wajah Jungkook dipandang lalu menayangkan senyuman nipis. Secawan kopi yang dihulurkan oleh Jungkook itu diambil.

"Thanks, Jungkook."

Jungkook mengangguk kecil.

"Mana Yoongi hyung dengan Jimin ni? Takkan packing baju pun lama sangat?" soal Hoseok apabila tersedar yang Yoongi dan Jimin tidak ada bersama mereka. Yang lain hanya mengangkat bahu.

"Guys! Kau orang ada nampak Jimin tak?"

Semua mata tertumpu pada Yoongi yang tiba-tiba sahaja datang secara mengejut. Peluh merenik-renik di dahi, cemas.

"Mana kita orang tahu. Bukan ke dia dengan kau?"

Soalan dibalas dengan soalan. Mereka juga tak nampak Jimin lalu-lalang di sini.

"Tak! Aku dah cari dia dekat setiap sudut dalam rumah ni tapi dia tak ada!"

Mata mereka membutang. Semua sudah bangun dari duduk. Susah ingin percaya dengan berita yang sangat mengejutkan ini. Keadaan menjadi kelam kabut seketika.

"Mungkin dia keluar sekejap?" teka Jungkook ingin menyedapkan hati.

"Takkanlah dia tak bagitau kita langsung yang dia nak keluar? Lagipun dia nak pergi mana dalam hutan tebal macam ni?" jawab Yoongi seperti sudah hilang arah.

"Kita try call Jimin," cadang Taehyung. Tanpa membuang masa, mereka mengambil telefon pintar ingin menelefon Jimin tapi...

"Asal tiba-tiba phone aku mati ni?" soal Namjoon. Pelik dengan telefon pintarnya yang tiba-tiba sahaja mati.

"Phone aku pun sama, mati," ucap Jungkook pula. Wajah mereka dipandang antara satu sama lain. Semua sudah berasa resah gelisah.

"Fck!" Yoongi meramas rambutnya kasar. Kusut dia dibuatnya dengan kehilangan Jimin yang tiba-tiba.

Hairan, sunggu hairan! Telefon pintar mereka semua tidak boleh hidup secara tiba-tiba. Kehilangan Jimin memang menjadi tanda tanya buat mereka.

Dalam keadaan yang huru hara itu, Seokjin terlihat sticky note ditampal pada meja kopi. Dahinya berkerut. Sejak bila pula ada sticky note di atas meja kopi ini?

Sticky note itu diambil lalu membacakan ayat yang tentera di kertas itu dengan kuat, tanpa dia sedar.

Aku sudah datang menerpa.
Kerana engkau yang menyeru.
Bila dah berjumpa,
Diri kau yang aku buru.

"Kau baca apa tu, hyung?" soal Jungkook. Semua mata memandang Seokjin, namun dia tidak menjawab. Entah kenapa dia merasakan seperti perkara buruk akan berlaku pada dirinya. Seperti... mati.

BBAM!

Automatik semua mata menghadap siling. Terlihat seseorang sedang menggantungkan diri, dan sudah mati. Mata mereka terbutang luas. Terkejut melihat jasad yang sudah mati di hadapan mereka sendiri.

Keadaan jadi huru-hara. Semua menjerit ketakutan. Mereka semua setapak ke belakang, menjauhkan diri dari mayat yang sedang tergantung itu. Namun Taehyung... masih tidak berganjak, sambil melihat mayat itu dengan mata langsung tidak berkedip.

"T... tu bukan ke p... pakcik yang repair lampu t... tadi?" soal Yoongi gagap.

Tiba-tiba Hoseok mencengkam kolar baju Yoongi kuat. Mata Yoongi dipandang setajam-tajamnya. Dia sudah agak! Benda ini akan terjadi.

"Aku dah kata dengan kau, hyung! Mainan Ouija yang kita semua main malam tadi bukan benda mengarut! Jimin hilang, pakcik tu pula tiba-tiba dah mati gantung diri. Dan sekarang papan Ouija tu dah tak ada!"

Yoongi terdiam. Wajah mereka semua dipandang satu persatu. Terlihat wajah mereka sedang dalam ketakutan. Baru mereka sedar yang mereka telah menyeru benda yang 'hidup'.

"Ini petunjuk untuk kita semua, hyung. Petunjuk yang kita semua akan mati bersama-sama dalam rumah ni!"

Daging kau adalah makanan aku.
Darah kau adalah minuman aku.
Penderitaan kau adalah kebahagiaan aku.

-TBC-

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Sorry sebab chap ni bosan. Tapi di next chap, aye akan buat anda semua seram sejuk hoho

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro