004

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam yang sungguh dingin dan sunyi. Hanya ditemani dengan cahaya bulan dan dikelilingi oleh hutan tebal.

Enam orang lelaki sedang bertungkus-lumus mengorek tanah sedalam-dalamnya. Mayat yang sudah dibalut dengan plastik dimasukkan ke dalam lubang itu lalu ditutup dengan segumpal tanah.

Cangkul diletak tepi. Peluh di dahi dilap dengan lengan baju. Wajah mereka dipandang antara satu sama lain. Berharap keputusan yang mereka buat ini adalah perkara betul.

"Sekarang ni kau orang semua ambil barang masing-masing then kita keluar dari sini."

"Kau gila, hyung? Macam mana dengan Jimin? Takkan nak tinggalkan tanpa cari dia?" Pantas sahaja Namjoon membantah. Cadangan Yoongi itu memang ditolak habis-habisan oleh mereka semua.

"Kita perlu cepat-cepat keluar dari sini sebelum ada benda jadi pula pada kita semua," balas Yoongi tidak mahu mengalah. Dimindanya kini hanya memikirkan keselamatan nyawanya sahaja.

"Hyung, kita datang sini sama-sama. Kita keluar dari sini pun sama-sama. Jangan sampai aku fikir yang kau ni selfish, hyung." Suara Jungkook mendatar. Tajam sahaja dia memandang mata Yoongi. Lelaki itu terdiam. Dia terpaksa juga bersetuju walaupun hatinya sudah meronta-ronta ingin keluar dari tempat itu.

"Kita perlu berpecah. Aku, Yoongi hyung, Hoseok hyung dan Taehyung hyung akan masuk dalam hutan untuk cari Jimin hyung. Seokjin hyung dan Namjoon hyung cari sekali lagi dalam homestay. Manalah tahu dia ada dalam rumah, okey?" cadang Jungkook sambil wajah mereka dipandang satu-persatu. Mereka semua mengangguk setuju.

"Dekat mana pejabat tuan homestay ni, hyung? Kita boleh pinjam telefon dari pejabat dia supaya boleh report  polis," soal Jungkook pada Yoongi. Namun Yoongi hanya diam. Bibirnya terketar-ketar ingin menjawab seperti perkara buruk yang ingin disampaikan.

"A... aku tak tahu."

Terus pandangan mereka semua tertumpu pada Yoongi. Berharap yang pengakuan Yoongi itu hanya gurauan.

"Takkan kau tak pernah datang pejabat dia masa booking homestay ni?" soal Seokjin.

Yoongi menggeleng. "Aku berbincang dengan dia melalui telefon je. Bayaran pula melalui online. Jadi kita orang tak pernah berjumpa dan aku tak pernah jejak pejabat dia."

Keluhan berat dilepaskan. Sayangnya, situasi yang sangat cemas ini tidak berpihak pada mereka. Mereka buntu, terlalu buntu. Mereka merasakan seperti mereka akan terperangkap di dalam hutan ini buat selamanya.

"Kau memang menyusahkan lah, hyung..." kata Hoseok yang selamba itu membuatkan telinga Yoongi memanas. Kolar Hoseok direntap sebelum mata tajam mereka bertembung.

"Kau nak cakap ini semua salah aku?"

Hoseok senyum sinis. "Yes! Kau yang hantar kita orang dekat sini. Kau yang ajak kita orang main benda bodoh tu. Kau yang terlalu acah berani tapi orang lain yang terpaksa ambil risiko. Semuanya salah kau!"

Tumbukan padu hinggap di wajah Hoseok. Hampir terjatuh dia dibuatnya namun sempat dia mengimbangkan badan. Hoseok memegang bibirnya yang pecah. Yoongi di hadapannya dipandang tajam. Baru sahaja Hoseok ingin membalas, yang lain sempat menahannya.

"Sudahlah! Sekarang ni bukan masa untuk bergaduh! Jimin hyung tengah hilang tahu tak? Sampai bila kita semua nak cari dia kalau kau orang bergaduh macam ni?"

Teguran Jungkook itu membuatkan mereka berdua terdiam. Akhirnya mereka mengalah. Hanya pandangan tajam sahaja yang mampu dibalas.

"Okey, macam ni. Aku dan Yoongi  hyung pergi belah kanan. Hoseok hyung dan Taehyung hyung pula pergi belah kiri. Kita cari pejabat tu sama-sama," cadang Jungkook dan mereka bertiga mengangguk faham.

"Seokjin hyung dan Namjoon hyung stay dalam homestay. Tunggu Jimin hyung kalau dia balik," ujarnya lagi. Mereka mengangguk kecil.

"Gerak sekarang," arah Jungkook lalu mereka semua berpecah.

"Taehyung."

Langkah Taehyung terhenti. Dia menoleh ke belakang. Terlihat Yoongi sedang memandangnya tajam.

"Aku akan terus perhatikan kau. Aku tahu, kau dalang semua ni."

●●●

Setiap sudut di dalam rumah itu dicari dengan teliti. Bahkan dicelah almari juga dilihat namun tetap tidak mendatangkan hasil.

"Jimin!"

Sudah banyak kali nama itu dipanggil namun tetap tidak disahut. Namjoon dan Seokjin berasa give up. Badan pun sudah berasa letih kerana berjam-jam mencari. Jam di tangan menunjukkan satu pagi. Keluhan berat dilepaskan.

Bilik Yoongi yang paling besar itu mereka masuk buat kali kelima. Teruskan mencari walaupun mata ini sudah ingin terlelap.

Sedang Seokjin sibuk menyelongkar almari, tiba-tiba dia ternampak seperti sebuah lukisan pada dinding almari tersebut. Perbuatannya terbantut. Lukisan itu dipandangnya dengan teliti. Sepertinya ada maksud di sebalik lukisan itu.

"Lukisan apa tu?" tegur Namjoon yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Lukisan ni macam... seorang budak lelaki sedang menangis sambil memeluk lutut. Tapi... kenapa lukisan ni ada dalam almari?"

Lukisan itu diambil oleh Namjoon. Nampaknya dia seperti tertarik dengan lukisan itu.

Tiba-tiba Seokjin ternampak butang punat di dalam almari tersebut. Tanpa berfikir, dia menekan punat itu. Tiba-tiba almari itu bergerak ke tepi secara automatik dan terlihat sebuah lif di belakang almari tersebut.

Mata mereka membutang. Kehadiran lif itu memang mengejutkan mereka.

"Tak sangka rumah ni ada lif," kata Namjoon yang masih terkejut.

Seokjin menekan punat lif sebelum masuk ke dalam namun sempat Namjoon menahan.

"Kau nak buat apa?"

"Aku rasa lif ni menuju ke tingkat bawah tanah. Boleh jadi kalau Jimin ada dekat sana."

Lama Namjoon berfikir. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengikut Seokjin masuk ke dalam lif.

Masuk sahaja, Seokjin menekan punat tutup dan secara automatik lif itu turun ke bawah.

Ting!

Pintu lif dibuka di tingkat bawah tanah. Perlahan-lahan mereka berdua keluar dari dalam lif. Mata mereka sibuk meneliti ruang bawah tanah yang sebesar bilik Yoongi. Bilik itu dipenuhi dengan barang lama yang sudah lama ditinggalkan. Lampu yang malap itu membuatkan mereka sukar untuk melihat.

Tiba-tiba Seokjin terlihat menerusi ekor matanya seakan-akan satu bayang hitam di bahagian kirinya. Darahnya tidak semena-mena berderau.

Seokjin pantas menoleh. Tiada siapa yang berada di belakangnya, namun terlihat sebuah novel yang berkulit hitam dan merah di atas lantai. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengambil novel itu lalu membuka isi di dalam.

Namjoon berasa tidak sedap hati. Matanya tak putus-putus melihat sekeliling bilik itu. Dia berasakan seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhati dirinya.

Seokjin yang sedang memegang sesuatu itu menjadi perhatian Namjoon. Dia datang mendekati Seokjin lalu tajuk berwarna merah yang berada di kulit buku itu dibaca.

TORTURE

Dahinya berkerut. Kulit buku itu dilihat dengan teliti. Tiada nama penulis yang tentera di buku novel mahupun sebarang tulisan kecuali satu perkataan yang berwarna merah menyala seperti darah.

Sekali lagi dia mengalihkan pandangan ke serata arah. Hanya kesunyian yang merantai suasana sehingga nafas desah Namjoon sendiri kedengaran.

"Jom kita keluar dari sini, hyung."

Aku terlalu penat merintih dan menangis,
Namun tak terhapus deritaku dengan dengan air mata yang menitis,
Bernanah sudah hatiku yang tersobek sadis,
Makin busuk menjadi kudis.

Bibir Seokjin terkumat-kamit menyebut setiap bait isi puisi itu. Matanya fokus melihat setiap ayat yang tertulis. Terlalu fokus sehingga bunyi sekeliling tidak dihiraukan.

"Hyung!"

Seokjin tersentak. Matanya beralih pula pada wajah Namjoon yang sedang ketakutan.

"Jomlah keluar dari sini. Aku rasa tak sedap hatilah duduk sini lama-lama."

Seokjin menurut tanpa sebarang perkataan. Mereka berdua masuk ke dalam lif lalu punat ditekan. Tangan Namjoon sudah menggeletar kerana perasaan takut telah menguasai diri. Namun mata Seokjin tidak lepas dari membaca isi di dalam novel itu.

Ting!

Pintu lif dibuka. Bergegas Namjoon keluar dari dalam lif. Dia terus berjalan ke depan namun dia merasakan seperti Seokjin tiada bersamanya. Dia toleh ke belakang dan terlihat Seokjin masih lagi di dalam lif sambil mata tak lepas dari membaca novel.

Namjoon berjalan mendekati lif sebelum nama abangnya dipanggil namun dia buat tak endah. Novel itu seolah-olah telah mengawal dirinya.

Di jantung malam temaram,
Aku ingin melunas dendam,
Akan ku jadikan detik-detik hitam,
Menguasaikan riwayatmu dengan kejam.

"Hyung!"

Sekali lagi Namjoon menjerit memanggil abangnya. Dia bernafas lega apabila Seokjin sudah melangkah keluar dari lif namun matanya masih tidak lepas dari melihat isi novel.

Tiba-tiba Seokjin berhenti di antara pintu lif. Dahi Namjoon berkerut. Pelik dengan Seokjin yang tiba-tiba sahaja berhenti melangkah.

Dengan mati.

Tidak semena-mena pintu lif meluru kasar dan tertutup keras. Novel itu tercampak dari tangan Seokjin ke badan Namjoon. Leher Seokjin tersepit di tengah-tengahnya. Keadaan menjadi gempar dan panik.

"Namjoon! Tolong aku!" jerit Seokjin panik.

Namjoon cemas. Dia cuba membuka pintu lif dengan kedua-dua belah tangan tapi gagal. Punat ditekan-tekan kelam kabut tetapi pintu lif masih tidak terbuka.

Keadaan menjadi semakin panik apabila lif perlahan-lahan bergerak ke bawah dengan kepala Seokjin yang masih tersepit di tengah-tengahnya.

"Namjoon! Cepat tolong aku!"

Seokjin bergelut cuba melepaskan diri namun gagal. Tubuhnya perlahan-lahan ke bawah hingga dia melutut.

Sekali lagi dia mencuba membuka pintu lif dengan kedua-dua belah tangan. Tenaga dikerah sehabis mungkin tetapi pintu masih tidak terbuka.

Seokjin menjerit histeria. Tangannya menampar-nampar pintu lif. Lehernya terasa terjerut. Nafas dihirup pendek. Lif semakin bergerak ke bawah. Semakin hampir dengan batas yang memisahkan tingkat.

"Namjoon... tolong aku..." rintih Seokjin dengan suara tersangkut di kerongkong.

Namjoon memegang kepala Seokjin. Cuba menariknya keluar dari lif tetapi masih gagal. Lif semakin bergerak ke bawah. Kepala Seokjin sudah mencecah lantai.

"Namjoon... kau sayang aku kan?"

"Mestilah aku sayang kau, hyung!"

"Mati dengan aku."

Namjoon terkedu. Setapak demi setapak dia ke belakang, menjauhkan diri dari Seokjin. Kepalanya digeleng berkali-kali.

"Aku tak boleh, hyung."

Lif semakin ke bawah namun pergerakan menjadi lambat sebaik leher Seokjin bertemu batas dinding. Dia bernafas tersendat-sendat. Dia terbatuk-batuk memuntahkan darah. Matanya terbeliak dan sudah berair.

"MATI DENGAN AKU!"

Lif berkeriut berbunyi. Darah merah terpancut-pancut keluar dari liang leher Seokjin. Serta-merta kepalanya terpenggal dari leher. Kepala Seokjin bergolek-golek sebelum wajahnya terhala ke arah Namjoon. Tubuhnya yang sudah terpisah dari kepala jatuh rebah di dalam lif dengan darah membuak-buak keluar dari batang leher.

Namjoon terduduk. Dia tergamam seketika. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Jiwanya merusuh melihat kepala Seokjin yang betul-betul berada di hadapannya. Lantas satu jeritan meletus dari kerongkongnya.

Seorang sudah mati,
Lagi enam, akan ku cari.

-TBC-

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Macam mana? Seram tak?

Very nice poem from AlillaSemerah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro