09 Wad

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mana Khairul?" Kelam kelibut sang ayah menerpa ke dalam ruangan ICU. Matanya meliar ke sekeliling buat mencari mana-mana doktor. Perbuatan mahu menerjah ke suatu bilik segera dihalang oleh seorang petugas paramedik di hospital swasta berkenaan.

"Encik, sabar. Biarkan Khairul berehat," bilang seorang lelaki berkot putih dengan nada yang mendatar. Data seorang pesakit kanak-kanak bernama Khairul Iddin telah sampai kepada pihak hospital. Kemungkinan besar lelaki berkemeja yang baru sahaja sampai ini ialah bapa kepada Khairul, tebak sang doktor.

"Khairul baik-baik je, kan? Dia alah sikit je..." Nafas dalam ditarik Dato Muhsin. Langkahannya bakal disusuli Mak Teh dan Datin Farina yang masing-masing diperanjatkan dengan keadaan Khairul ketika azan isyak tadi.

"Paras oksigen dalam darah anak encik jatuh mendadak. Kami dah masukkan tiub ke dalam mulut dia untuk bantu paru-paru berfungsi. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sekarang ni. Mana-mana pelawat tak boleh jenguk Khairul. Insya Allah, kalau Khairul sedikit pulih kami akan khabarkan."

"Kenapa jadi macam ni? Dia cuma akan jadi ruam je kalau makan kekacang," sangkal Dato Muhsin tidak percaya. Sebelum ini pun Khairul hanya mengalami ruam dan boleh dirawat dengan pengambilan pil di rumah. Tidaklah sampai ditahan dalam unit rawatan rapi.

"Anak tuan sangat sensitif dengan kekacang. Berdasarkan rekod kesihatan, ini bukan kali pertama dia ditahan di hospital. Beberapa bulan ke belakang pun Khairul mengalami sesak nafas hingga memerlukan alat bantuan pernafasan," terang doktor yang sedang menghalang bapa Khairul daripada memasuki bilik rawatan.

"Boleh jadi teruk ke? Tak, kan?" Dato Muhsin masih tidak percaya. Dia tersenyum sumbing.

"Kami perlu buat diagnosis lanjut untuk periksa keadaan organ yang lain. Pernah sekali ada satu kes pesakit alergi mengalami kecacatan otak kekal akibat terputus bekalan oksigen ke organ penting seperti otak. Tapi kes Khairul ni, insya Allah tak akan sampai ke tahap itu. Mujurlah anak encik segera dibawa ke sini. Saya minta diri dahulu." Doktor itu meminta izin sebelum langsung ke bahagian lain buat merawat pesakit yang ada.

Tinggallah Dato Muhsin berseorangan di situ. Dia tidak berkelip, mindanya ligat memutarkan kotak memori.

"Bila masa anak aku sakit?" bisik lelaki berkenaan. Kesibukannya di tempat kerja seringkali mengabaikan sang anak. Khairul sakit pun langsung tidak diketahui selama ini. Yang asyik menguruskan soal kesihatan Khairul hanyalah Mak Teh seorang sahaja. Sikap berlepas tangan Dato Muhsin dan Datin Farina telah meletakkan jurang besar dalam hubungan kekeluargaan. Khairul hampir tidak menerima mereka berdua sebagai orang tua. Rohani anak itu kerap didera, bahkan kebelakangan ini fizikal pula menadah pukulan kedua-dua ibu bapa.

"Dato, Khai baru pulang dari hospital. Dia tersalah makan siang tadi," Mak Teh menyambut ketibaan tuan rumah dengan suatu khabaran berita buruk.

"Bayaran dah settle? Kalau belum nanti minta je dengan assistant saya. Saya ada hal ni nak kena urus," balas Dato Muhsin. Baru pulang ke rumah, namun kaki sudah hendak melangkah keluar.

"Bayaran dah settle. Tuan tak nak melawat Khairul? Dia ada dalam bilik."

"Nantilah... Kata pada Farina, saya akan pulang lewat. " Itu sahaja jawapan yang sering diberikan.

"Awak, mana Khai?" Datin Farina hairan melihat suaminya terkaku di laman hospital.

"Khai tak sedarkan diri." Pendek balasannya. Suara bagai tersekat di kerongkong.

"Dia okay?" tanya wanita muda itu.

"Tak tahu."

Sungguh manusia terlalu alpa. Berkali diingatkan pun tidak mahu berubah
Mereka tahu perbuatan dahulu salah tetapi ego lebih mendahului akal. Anak yang baru berusia tujuh tahun sanggup dipukul hingga berdarah. Apakah dia lupa bahawa Khairul cuma seorang anak kecil yang akan terbentuk dengan acuan ibu bapa?

Terduduklah Dato Muhsin di tepi koridor. Belakangnya dirapatkan ke dinding. Derapan tapak kaki Mak Teh datang merapati tubuhnya.

"Tak nak, papa. Sakit..." Percikan darah daripada hidung Khairul Iddin tidak diendahkan Dato Muhsin. Lelaki itu lebih melayan baran sendiri, api kemarahannya terhadap isteri menjulang tinggi. Hanya tunggu masa sahaja buat membelasah 'betina' itu.

"Kau cakap betul-betul, mama buat apa dalam bilik dengan lelaki lain?" Nada suara Dato Muhsin memecahkan gegendang telinga yang mendengar. Bahu kecil anaknya didaratkan satu penumbuk.

"Tak tahu..." Khairul menggeleng berkali-kali. Kepalanya terlangut ke atas. Habis segala lendiran darah bercampur dengan tangis.

"Tadi kau kata dia buat baby? Cakaplah betul-betul. Pandang muka aku ni..." bengang Dato Muhsin.

"Sakit..." adu Khairul Iddin. Kebas pada bahu terasa menyucuk.

"Cakap betul-betul..." Dicekik leher Khairul hingga anak itu tertolak bersandar pada pintu kereta.

"Papa..." Tangis Khairul tidak henti. Padah menahan baran ayah sendiri tidak mampu ditanggung.

Senyuman nipis terukir pada bibir. Tidak sangka diri boleh segila itu hanya kerana kemelut suami isteri. Dalam tidak sedar, Khairul menanggung derita. Cinta itu bersifat buta, dia gila gara-gara cinta sendiri berlaku curang di belakang. Yang dikejar tak dapat, yang digendong pula jatuh berciciran. Hati Datin Farina barangkali telah berubah arah, namun hati Khairul sentiasa menganggap dia sebagai seorang ayah.

Itu pun jika Khairul masih mahu memiliki seorang ayah baran.

"Mak Teh, betul ke Khairul bencikan saya?" Sepi tadi dipecahkan dengan satu soalan cepumas. Wajah pembantu rumah dipandang lama.

"Dia selalu cakap yang... Khai benci mama dan papa," jujur Mak Teh dalam keadaan menunduk.

"Budak-budak tak menipu, kan?" sambung Dato Muhsin yang menegakkan tulang kaki. Dia kembali berdiri dengan sisa kewarasan yang ada.

Datin Farina berdiam diri di tepi. Di tangannya terdapat telefon bimbit, sekadar menggenggam sahaja.

"Kalau Khairul mati atau cacat malam ni... semua salah saya. Saya tak layak pun untuk jadi ayah dia. Betul kata Mak teh, Khai cuma tujuh tahun. Saya patut layan dia macam seorang kanak-kanak tujuh tahun." Deringan daripada telefon sang isteri ditangkap hujung cuping telinga. Ayat yang hendak dilantunkan pun memghilang. Dato Muhsin tersenyum nipis.

Datin Farina cepat-cepat menekan punat merah dan mematikan panggilan.

" Kenapa tak angkat panggilan? Jantan tu, kan? Kalau nak angkat, pergilah angkat. Dengan syarat, jangan tuntut hak untuk jaga Khairul Iddin lepas ni." Jeda. Dada beralih menghadap Mak Teh, senyuman lemahnya tidak lekang. "Mak Teh, jomlah kita tunggu di kafe hospital hingga ada perkembangan."

Sungguh Datin Farina tidak mengerti. Di saat begini pun Dato Muhsin masih berdingin sakan. "Awak, kenapa layan saya macam ni? Khairul pun anak saya juga."

Lelaki itu tidak mahu berpaling. Dia memandang kosong pada pintu bilik yang hendak dimasuki tadi. "Ini masa untuk kita fikir baik-baik. Lagipun awak bukan isteri saya sekarang ni. Tempoh iddah akan berikan kita masa. Saya perlukan waktu untuk bersendiri."

"Maafkan sahajalah perbuatan saya," bilang Datin Farina. Hati tidak berpuas langsung. Pergaduhan petang tadi pun terbengkalai di tengah jalan tanpa jawapan bahawa dia masih memiliki harta Muhsin atau sebaliknya.

"Tak semudah itu. Fikirlah sendiri, Farina. Anak kita dalam keadaan kritikal. Saya malas nak berbahas apa-apa." Dosa seorang isteri yang meniduri lelaki selain suami itu teramatlah besar. Jika diikutkan hukum hudud selayaknya dibunuh sahaja. Dato Muhsin melangkah pergi bersama-sama Mak Teh.

Entah mengapa tamparan kali ini agak menyentakkan ego yang terbina. Wajah Mak teh di sebelah dipandang Dato Muhsin lama.

"Kenapa Khai lari rumah petang tadi?" Yakin sekali bahawa sang pembantu rumah lebih mengetahui sketsa semasa ketiadaan dia semalaman. Kaki lima diselusuri sekadar, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.

Mak teh juga hilang segala selera. Malam berlalu pilu. Sekurang-kurangnya mereka sudah menjumpai tuan muda kesayangan. "Maaf kalau apa yang saya cakap ni akan sakitkan hati dato."

"Tak apa. Cakaplah. Selama ni saya dibutakan dengan kemarahan. Kadang-kadang, kita perlu mendengar kebenaran daripada orang lain barulah tercelik hati dan minda." Dato Muhsin mula menerima kesalahan diri perlahan-lahan.

"Khairul tertekan sangat dengan layanan dato dan datin selama ni. Dia marah tapi dia tak tahu nak salurkan ke mana kemarahan dia. Kadang-kadang, Khairul datang pada saya dengan bibir berdarah-darah. Katanya, dia sedang tahan marah... selalu macam tu. Dia marah dengan dato dan datin, sudahnya bibir sendiri luka. Petang tadi pula Khairul memgamuk teruk. Dato tahu kan Khairul rapat dengan saya? Dia menangis dari semalam bila tahu datin nak pecat saya. Dia sedih, marah, sakit... Demamnya pun baru saja hendak kebah... Datin marah-marah petang tadi sampailah Khairul lari keluar rumah. Saya nampak muka dia tengah tahan macam-macam perasaan. "

" Farina pun pukul dia?" Penyataan itu agak mengejutkan. Lelaki itu menyangka bahawa sang isteri selama ini bertindak memujuk Khairul setelah dimarahi atau dipukul. Malang sekali keberadaan Datin Farina mengeruhkan keadaan mental dan fizikal Khairul Iddin.

"Ya. Pukul dan marah." Mak Teh mengangguk sekali.

Dato Muhsin menghela nafas berat. Dengan kedua-dua tangan ini, dia telah memukul putera sendiri. "Hidung dia yang berdarah dah baik?"

"Dah. Dia terus demam lepas pulang dari sekolah, mungkin badan dia tak mampu tanggung rasa sakit. Lebam-lebam lain masih ada." Sudah tiba masanya Khairul berehat seketika daripada pentas dunia. Pasti ada hikmah setelah apa yang terjadi. Khairul anak yang kuat, pasti esok lusa akan tercelik mata hitamnya. Moga-moga kesan alahan tidak mencarik nikmat lain.

Setiba berhampiran kaunter pertanyaan, langkah lelaki itu diberhentikan. "Mak Teh, apa yang Khairul selalu minta? Ada tak apa-apa yang saya boleh berikan pada dia?"

Bukan semua benda boleh dibeli dengan duit.

"Dia selalu minta untuk mak teh jangan tinggalkan dia walau apa pun berlaku. Mungkin dia rasa dikhianati bila mak teh kena halau dengan datin tadi," kata mak teh. Permintaan Khairul hanyalah menginginkan kasih sayang daripada insan sekeliling.

"Sayang betul ya dia pada mak teh?" Dato Muhsin tersenyum nipis.

Mak teh turut mematikan langkah berdekatan majikannya. "Itu sahaja yang dia nampak dari kecil hingga usia tujuh tahun ni. Dato dan datin terlalu sibuk di luar sana. Khairul perlukan perhatian dan kasih sayang, mak teh sahaja tempat untuk dia menagih semua itu selama ini."

Anak baru seorang, itu pun tidak pandai hendak corakkan. Di usia darjah satu, Khairul terlibat dengan kes cabul rakan sendiri. Pahit kebenaran harus ditelan sang ayah. Ini juga berlaku atas kekhilafan diri. "Saya akan cuba berubah."

"Masih belum terlambat. Hati Khairul lembut lagi. Semarah mana pun dia pada dato, dia tetap rindu bila dato lambat pulang ke rumah." Telatah keanak-anakan Khairul terlayar ke dalam kotak memori. Bibir Mak teh mengoyak senyuman.

"Mak teh, jangan pergi tinggalkan Khairul ya? Mak Teh kerjalah dekat rumah saya sampai bila-bila yang mak teh nak. Abaikan si Farina tu. Perihal hubungan saya dan Khairul pula... saya akan baiki kembali. Tengoklah esoknya macam mana," bilang Dato Muhsin. Belakang leher diusap, gayanya sedang asyik memikirkan sesuatu. "Sebenarnya saya nak ke kaunter untuk uruskan soal Khairul, bukannya nak ke kafe pun. Entahlah, serabut dengan Farina."

"Fikir masak-masak. Jangan buat keputusan bila marah. Kalau Farina masih mahu berubah, rujuk balik. Kalau Farina tetap dengan perangai lama, lebih baik ditinggalkan," pesan sang pembantu rumah. Sedari yang Datin Farina masih muda, masih seronok mengerja segala nikmat dunia. Perkahwinan dengan Dato Muhsin umpama bulan jatuh ke riba. Namun, entah mengapa hendak berlaku curang juga.

"Masa tempoh iddah ni lah saya nak tengok kalau ada apa-apa perubahan daripada Farina. Kalau tak ada... tak apalah. Lagipun Khairul boleh hidup tanpa mama sendiri asalkan mak teh ada di sisi dia. Kan?" Tahap kesabaran seorang suami sudah lama tercarik. Dia bukanlah seorang suami yang baik, Dato Muhsin sedar itu. Setidaknya benih cinta dahulu mahu dijaga sebaik mungkin. Khairul berhak memiliki kehidupan yang lebih baik.

***
votexkomen
***

double update semperna 1k reads! alhamdulillah. kalau ada siapa-siapa nak promote dekat MB pasal buku Tuan Khairul ni lagilah saya suka 😍❤️😜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro