26 Alya

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Lapan tahun kemudian...

Gadis yang dahulu naif dan polos di matanya telah bertukar menjadi seorang wanita dewasa. Dikhabarkan gadis itu juga sedang bunting sulung, anak bersama suami tercinta. Betapa baiknya Fatihah dalam jagaan seorang lelaki bernama Mahfuz.

Dahulu syaitan bernama Khairul ini mengurung Fatihah dalam tahanan sebagai kekasih gelap, peneman seks dan pelepas geram. Kini Fatihah bebas membina kehidupan baharu, membentuk diri sebagai seorang isteri kepada ustaz Mahfuz.

Tinggallah Khairul seorang diri, terumbang-ambing di penghujung suratan takdir. Berusia 28 tahun, hampir menamatkan zaman 20-an. Yang dikecapi Khairul itu kebinasaan, bukanlah kebahagiaan.

Langkah lemahnya berakhir di penjuru sel besi. Dia terduduk di situ. Ringisan kesakitan sekadar di hati, tidak terbit pada bibir.

Perit menempa bala. Khairul di reman seminggu lamanya atas pertuduhan merogol dua orang gadis dalam bulan yang sama. Kerja gila ini tidak akan tertutup melainkan azab Allah menanti, tidak di dunia kelak di akhirat sana.

Sebotol air paip keperangan dicapai Khairul. Rasa dahaga menyucuk tekak. Barangkali inilah yang pernah dihadapi Mahfuz ketika ditahan reman.

Air minuman yang terasa seperti campuran besi karat itu ditelan Khairul tanpa banyak bicara. Berbagai ragam manusia ada di sini. Percampuran dengan ahli jenayah lain tidak disenangi Khairul.

Mungkin lelaki ini terlupa bahawa dia juga seorang penjenayah yang telah merogol dua orang gadis tidak berdosa.

Khairul memandang pintu geriji besi sepi. Terdapat bebarapa botol bekas air mineral yang digunakan untuk menadah kencing penghuni sel yang terkurung dan sebahagian botol lagi berisi dengan air paip untuk di minum oleh penghuni sel. Tidak ada perbezaan pada botol-botol tersebut hanya kandungannya sahaja yang berbeza, satu berwarna kuning pekat dan satu air paip keperangan.

"Kau nak lari mana? Aku belum puas lagi." Seoktaf suara Khairul naik menengking.

"Lepaskan aku..." rayu Fatihah berkali-kali.

Akibat terlalu bingit pekikan gadis kecil itu, Khairul membuat keputusan untuk mengikat tangan Fatihah pada besi katil. Habis pakaiannya dicarik rakus.

Khairul menjadi semakin kasar, nafsunya membesar dan tak dapat ditahan Fatihah. Keseronokan seks yang bermula tika gadis ini berusia 17 tahun menjadi satu mimpi ngeri. Tak ubah seperti satu penyeksaan, jeritan kesakitan Fatihah memberikan Khairul kepuasan. Hingga tubuh gadis itu lunyai dikerjakan.

Setelah nafsunya dipenuhi, barulah Khairul akan membuka tali ikatan. Dia tahu sahaja tisu kemaluan Fatihah telah pun terkoyak. Namun, itu tidak mengendahkan syaitan bertopengkan manusia ini. Kekejaman Khairul mengheret Fatihah ke klinik dalam keadaan separuh sedar tak dihalang sesiapa. Bahkan Fatihah sendiri sudah lemah di situ.

Permintaan Khairul dituruti doktor klinik privasi. Dijahit kembali apa yang tercarik. Perbuatannya melayan Fatihah tak ubah seakan haiwan peliharaan. Jika sakit, diberikan ubat. Pabila sembuh, dikurung kembali.

"Apa agaknya azab yang Allah nak bagi pada aku?" bisik hati kecil Khairul Iddin. Suasana penjara ini membuatkan hati yang penuh dosa banyak mengenangkan kesilapan lalu.

Khairul tahu dia terlalu zalim pada Fatihah. Kemudian, dilepaskan kekejaman ke atas suami bekas teman wanitanya. Hingga melibatkan kes rogol pada dua orang gadis yang tidak bersalah.

Apakah diri itu masih dikira sebagai seorang manusia?

Dia sendiri tidak tahu. Dipeluk lutut rapat ke dada. Wajah disembamkan seketika.

28 tahun hidup di atas muka bumi, penuh dengan perkara sia-sia. Sudah lama bibir tidak menyebut satu nama, terlalu leka dengan nikmat dunia.

"Mak teh," bisik Khairul Iddin.

Memorinya bersama-sama Mak Teh dibawa pergi seiring masa yang berlalu. Hingga saat ini, ia datang kembali memberikan sebuah kebahagiaan yang pernah dirasai indah suatu ketika dahulu.

Khairul tahu perbuatannya salah. Tipu daya yang dibuat demi membawa Fatihah kembali ke pangkuan tidak akan memberikannya kebahagiaan. Episod membalas dendam pun tidak juga menghadirkan rasa bahagia. Maka, apa yang harus dilakukan?

Belakang kepala bersandar ke dinding batu.

***

Akta 574, merogol.

Matahari menunjukkan wajah sinarnya. Terasa badan melekit-lekit bertemankan peluh di badan. Di sini tiada kipas.

Yakin Dato Muhsin sedang mengusahakan sesuatu buat melepaskan Khairul daripada tuduhan merogol. Tidak hairan juga tuduhan merogol tersebut dapat dipatahkan kerana kuasa berada di pihak mereka bukannya di pihak mangsa.

Tidak berselipar, Khairul berjalan mengikuti pihak polis. Baju ungu tersarung di tubuh.

Peluh hangat Khairul bagaikan terbawa pergi di saat menapak ke sebuah bilik di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Dengan tidak semena-mena petugas di situ menanggalkan pakaiannya. Dia berusaha menghalang namun kedua-dua tangan digari pula ke belakang.

Dalam keadaan tidak berpakaian, Khairul dibawa menghadap enam orang anggota polis. Setiap seorang berwajah bengis. Dijeling sahaja tahanan reman mereka.

Dia pernah mengikat tangan Fatihah, kini tangannya digari. Dia pernah menyeksa Fatihah, hari ini pembalasannya tiba.

Sungguh dingin udara hembusan pendingin hawa. Bulu roma Khairul pun berdiri tegak, kulitnya terasa sejuk.

"Aku tak buat apa-apa," jawab Khairul. Mana mungkin mahu mengaku atas tuduhan rogol itu. Tidak fasal kelak syarikat bapanya menerima tempias buruk. Khairul ialah antara pemegang saham terbesar syarikat selepas Dato Muhsin. Syarikat pelancongan itu kini diuruskan Khairul secara mutlak setelah pelantikan beberapa tahun yang lalu.

Khairul berdiri tegak, wajahnya beku. Walaupun ditelanjangkan, dia masih berani hendak bersua muka keenam-enam mereka. Pintu bilik pada ketika itu terkatup rapat.

"Tuan pengurus syarikat, tak nak mengaku ya?" Nada sindiran seorang pegawai polis menerpa.

"Tak," balas Khairul tidak gentar sedikit pun.

Sesi soal siasat bermula agak perlahan. Setiap kali mereka menyoal, setiap itulah Khairul menjawab dan menafikan pertuduhan.

Keadaan semakin tegang tika suara mereka naik menengking disusuli pukulan pada perut kekar Khairul Iddin.

DUSH

Tiga kali buku lima menghentam abdomen Khairul di tempat yang sama, disambut tawaran petugas lain. Hampir terjatuh Khairul saat itu. Hadir pula seorang pegawai polis ke belakangnya dan mengunci pergerakan buat dia kekal berdiri.

"Kau tunggu aku dapat keluar nanti..." hambur Khairul yang sudah bengang. Nafasnya beralun kencang.

Ayat Khairul diajuk sahaja, menjadi bahan lawak mereka pada pagi itu. Terbahak-bahak mempersendakan tahanan reman yang tidak berbaju berkenaan. Hati Khairul kian sakit.

"Bodoh," panggil seorang pegawai berkulit gelap.

"Kau yang bodoh," balas Khairul. Senyuman sinis terpamer di wajah. Apalah sangat tumbukan sebentar tadi.

Memang anak Dato Muhsin ini menempah nahas. Kesabaran polis itu dicalari Khairul dengan jayanya.

DUSH

Kepalan penumbuk dituju ke muka. Bibir  Khairul pecah. Darah dapat dirasai bercampur liur sendiri. Selang beberapa saat, tubuh Khairul dihumban ke lantai dengan kasar. Tersembam lelaki itu dalam keadaan tangan tergari ke belakang.

Kaki pula hinggap pada badan Khairul. Sasaran utama mereka adalah di bahagian abdomen. Sudahnya perut Khairul menahan sakit pukulan. Habis berlebam dan berdebu sekelip mata akibat dikerjakan tidak henti.

Itu semua dapat ditanggung Khairul.

Dicaci, dihina dan dipukul selama satu jam tanpa simpati.

Silap hari bulan, nasib Khairul akan berakhir di atas katil hospital. Bahkan lebih teruk berbanding keadaan Mahfuz.

Bahagian alat sulit Khairul sengaja disepak seorang petugas lelaki. Dia melepaskan geram yang teramat.

Diam tidak berkutik Khairul memejam mata kesakitan. Geraham bertemu sesama sendiri di dalam rongga mulut. Dunianya sepi seketika.

Kudrat menipis. Mata pun berkelip lemah.

"Bagi dia minum air," arah seorang pegawai. Setibanya satu botol air mineral dibuka penutup.

Mereka membantu Khairul duduk di atas lantai. Air itu disua, moga tidaklah Khairul terus ke alam separuh sedar. Lelehan air minuman  berlalu ke rahang dan dada. Setitis pun tidak diteguk Khairul Iddin. Satu cupak air membasuh wajah, memberi sedikit kesegaran dalam keperitan.

Nafas dalam ditarik.

"Bawa dia masuk sel balik."

Sayup kedengaran suara sang pegawai polis. Tubuh Khairul disarungkan baju dan seluar sebelum dipapah dua orang petugas.

***

"Ayah tak ada duit nak bayar khidmat guaman," ujar Haji Daud. Senyuman tuanya menipis. Rasa sakit peristiwa gelap Alya dirasai pada hati mereka sekeluarga.

Anak gadisnya telah dirogol oleh seorang  lelaki di tempat kerja. Aduan polis langsung dibuat, namun kes ini menjadi kian sukar. Suspek kes rogol Alya ialah orang berada yang punya pangkat dan harta. Mampukah mereka untuk memenangi jika sekadar mengambil peguam tidak berpengalaman?

"Tak apa, ayah. Alya tak nak fikir apa-apa... Alya cuma nak rehat. Penat." Tawar hati seorang gadis, riak wajahnya tenang. Perlahan-lahan merebahkan badan ke tilam.

Keputusan DNA Khairul Iddin dijumpai pada tisu kemaluan Alya semasa laporan polis dibuat. Pertuduhan kuat ini berjaya membawa lelaki itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu penyiasatan.

"Rehatlah, sayang," kata Haji Daud. Ubun-ubun Alya diusap kasih.

Nasi sudah menjadi bubur. Anak gadis rumah itu ditebuk oleh seorang lelaki durjana yang tidak akan sesekali dimaafkan Haji Daud. Jika bersua muka dengan Khairul Iddin, akan dikerjakan hingga puas hatinya.

Perkataan mengandung jauh daripada kamus hidup Alya. Badannya hanya terkejut, trauma dirogol Khairul. Hingga ke hari itu lebih memilih duduk berseorangan di kamar tidur. Terkadang Haji Daud akan datang menjenguknya sebegini.

Hendak beria tangisi pun tidak berguna pada hemat Alya. Ini barangkali balasan Allah ke atas dirinya yang telah berzina bersama bekas teman lelaki sewaktu bercinta ketika dahulu. Balasan langsung ini menyentak jiwa perempuan Alya. Berani sungguh menyerahkan permata kepada lelaki di belakang pengetahuan Haji Daud. Allah pula menguji dengan kehadiran lelaki asing yang meragut daranya sekali lagi. Rasa bersalah menyucuk setiap kali wajah tua sang ayah menerpa.

Tubuh kurusnya dipeluk sendiri. Berat badan kian menyusut. Sentuhan pada rusuk muda akan membawa terus ke lekukan tulang belulang.

"Dah makan tengah hari?" soal lelaki tua yang tak jemu memeriksa keselesaanya.

Alya mengangguk dan menyimpulkan senyuman. "Dah, ayah. Ayah pergi la rehat juga. Seharian kan dah keluar pasal uruskan kes Alya."

Nafas dalam ditarik Haji Daud. Selagi mana kudrat masih ada, akan dijaga anaknya sehabis baik. Tak mahu kejadian sama berulang sekali lagi. "Alya... Tak payah kerja dah. Alya duduk je dekat rumah, biar ayah yang jaga Alya."

Alya, seorang jururawat muda di sebuah hospital swasta. Sejak kejadian itu, dia tidak menyarung uniform. Malah terasa jijik mahu memandang pakaian yang pernah disentuh Khairul Iddin.

Tubuh ayahnya didakap lembut. Kelopak mata diturunkan. Biar bibir melafaz berjuta kata terima kasih dan maaf. "Terima kasih. Alya minta maaf sebab susahkan ayah..."

"Tak, sayang. Alya memang amanah ayah."

Ada satu hidupan baharu menyubur dalam rahim gadis yang telah dinodai Khairul ini. Empunya badan tidak lagi menyedari, apatah lagi orang sekeliling. Waktu akan menunjukkan kehadiran si kecil yang teristimewa.

***
votexkomen
***

✨ 8 tahun kemudian. play la lagu dekat YouTube tu best.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro