BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ZAYYAD cuba untuk mengalihkan kaki kanannya.

Selimut putih sudah hilang entah ke mana. Habis dicampakkan bersama-sama bantal ke lantai sesaat yang lalu.

Tempat asing ini meresahkan jiwa dalam lautan keliru.

Dia meringis kesakitan.

Kakinya tidak mampu dibengkokkan pada mana-mana darjah. Kekal lurus dan memberat bak batu sahaja. Niat asal hendak turun daripada katil terbantut.

"Kenapa ni?!" bengangnya pada kaki sendiri. Pandangan meliar ke sekitar tanpa arah tujuan. Sekejap retina biru itu melihat pintu, kemudian dilihat tingkap yang tidak jauh dari katil.

Ini bukan tempatnya.

Zayyad menggenggam penumbuk kanan serta mencabut branula pada kekura tangan dengan sekali tarikan. Darah merah pekat pun menitis.

Kedegilannya untuk lari dari tempat itu makin membuak. Bilik asing seluas beberapa kaki ini, perkara pertama yang dilihatnya apabila mencelikkan mata tadi.

Lalu Zayyad memaksa diri mengalihkan kedua-dua batang kakinya turun ke bahu katil. Baru sahaja menapak langkah pertama, langsung badan lelaki itu jatuh mencium lantai bilik hospital. Berdetum bunyi hantukan kepala pada jubin marmar. Tempurung lututnya tidak kejap bagi menyokong apa-apa pergerakan pun.

Raungan kesakitan Zayyad memecah keheningan pagi.

Kaki kanannnya benar-benar sakit.

"Zayyad!" Adkayra segera mendapatkan tubuh pesakit di atas lantai itu. Bahu Zayyad dialihkan menghadapnya. Betapa rancak jantung berdegup. Mata hitam gadis itu terhenti pada ruas dahi yang telah lebam kemerahan.

"Kenapa tak tekan butang kalau nak pergi mana-mana?" Dia sedikit geram melihat keadaan Zayyad sebegini. Bercampur dengan kerisauan, Adkayra melaungkan nama seorang jururawat yang seingatnya berada tidak jauh dari bilik 24 ini.

"Lepaslah," marah Zayyad. Badan Adkayra ditolaknya menjauh tidak semena-mena.

"Jangan sentuh aku," kata Zayyad lagi. Cerlungan mata birunya menikam pandangan terkejut Adkayra.

Adkayra tersentak pada tindak balas Zayyad pagi itu. "Zayyad, ni saya... Adkayra."

"I dont know you."

Balasan lelaki berkenaan yang melayannya seperti orang asing mengelukan lidah. Adkayra tidak tahu mahu memberi respons apa sedangkan mereka baru sahaja makan malam bersama-sama. Mood Zayyad yang gembira menikmati hirisan roti dan sup ayam lenyap serta-merta. Hari ini Zayyad seakan-akan melihatnya buat kali pertama.

"Zayyad..."

Tidak lama kemudian, seorang jururawat lelaki muncul ke suasana kekok antara mereka berdua. "Kenapa ni?"

Gadis itu bangkit perlahan-lahan. "Pesakit jatuh. Suddenly jadi uncooperative padahal semalam okay je... Hm, Doktor Luqman ada ke hari ni?"

"Dia akan ward round jam 10 pagi. Kayra, pergi panggil lagi seorang nurse lelaki." Ryan merendahkan diri ke aras yang sama dengan Zayyad. Melihat pada tubuh badan tegap pesakit itu, dia tidak mampu untuk memapahnya seorang diri. Apatah lagi Zayyad sudah hilang kemampuan untuk berjalan buat sementara waktu.

Adkayra akur dan segera bergegas ke kaunter jururawat di sayap koridor tingkat empat.

"Apa semua ni?" soal Zayyad. "Aku dekat mana?"

"Tuan Zayyad, kita ada di hospital. Tuan baru sedar dari koma semalam. Jom kita naik ke katil balik, okay?" Ryan sedang kebimbangan andai kata kes pesakit jatuh ini sampai ke pihak atasan. Seluruh petugas tingkat empat bakal dipersoalkan bahkan digantung kerja. Nak-nak lagi Yusuf Zayyad ialah anak orang kenamaan.

"Hospital? Koma?" Zayyad tidak mengerti. Kepalanya menggeleng perlahan.

Setiba seorang lagi jururawat lelaki, tubuh Zayyad dipapah naik ke katil. Mereka menaikkan kaki lelaki itu penuh berhati-hati.

"Kenapa kaki tak boleh nak bergerak?" Matanya melihat hujung katil. Tak dinafikan, dia cuba menggerakkan kaki kanannya beberapa kali dalam diam.

Ryan menyinsing seluar Zayyad hingga ke paras lutut. "Tuan undergone operation reconstruction ligament lutut kanan.. Ligament tuan tengah stiff. Setahun kot tak bergerak...Dan... peha kanan tuan dah kecut, muscle atrophy yang agak ketara."

10 jahitan tersemat pada sekitar tempurung lutut.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Zayyad agak terkejut. Lebih-lebih lagi apabila membandingkan saiz peha kanan dan kirinya. Ukur lilit peha kanan langsung tidak menyamai peha kiri bahkan lebih kecil seperti tiada apa-apa otot.

"Saya tak pasti Doktor Luqman buat apa... Tapi kebiasaannya kalau nak sambung ligament yang terputus, doktor akan ambil sendi dari peha. In return, peha akan mengecut. Kan, Kayra?"

Di hujung bingkai pintu, Adkayra yang memerhati menapak ke dalam kamar. Dia mengangguk pada penyataan Ryan.

Ryan memberi isyarat hendak kembali ke stesen tempatnya bekerja andai kata tiada lagi keperluan tuk dia berada di situ. Segalanya diserahkan pada Adkayra, gadis jururawat yang paling mengenali Yusuf Zayyad.

"Zayyad." Jeda. "Nama awak Zayyad."

Zayyad mengerutkan kening.

"Saya Adkayra, staff nurse," katanya lagi. "Ada apa-apa yang awak nak beritahu saya? Saya cuba bantu. "

Keterangan jururawat lelaki tadi menyuntik rasa logik pada fikiran Zayyad. Dia tidak rasa ingin bertindak melulu. Keadaan dirinya yang seperti tidak sihat pasti ada cerita di sebalik. "Kaki tak boleh bergerak. Dada rasa susah nak bernafas."

"Jangan risau. Sepatutnya hari ni physiotherapist akan datang dan mula aktiviti physio. Awak akan boleh berjalan perlahan-lahan." Gadis bertudung litup itu berdiri tegak di penjuru katil pesakit. Dia cuba merahsiakan soal tragedi kebakaran walhal kesan kebakaran itu ada pada Zayyad. Paru-parunya amat terkesan hingga ke saat itu. Tidak seefisyen dahulu bagi menghirup udara pernafasan akibat dipenuhi asap kebakaran tahun lalu. Ada kala, Zayyad akan berasa sesak nafas apatah lagi waktu tidur.

"Zayyad," panggil Adkayra. "Apa yang awak ingat sekarang ni?"

"Tak pasti. " Zayyad menekur kesan jahitan kakinya. "Tak tahu... Kenapa ada dekat sini..."

***

SEKEPING kad pengenalan biru ditiliknya lama. Lima minit berlalu sepi. Bahagian hadapan kad itu ditenung Yusuf Zayyad.

Begitu jugalah apa yang tertera. Namanya, Yusuf Zayyad.

Alamat kediaman.

Nombor kad pengenalan.

Usai bertemu physiotherapist, Adkayra menolak Zayyad keluar daripada kepungan dinding kamar. Udara segar di taman hijau tingkat empat menerpa rongga pernafasan mereka berdua. Walaupun berada di atas bangunan, tetap tersedia taman privasi sebegini buat pesakit beriadah.

"Berapa umur saya sekarang ni?" soal Zayyad.

"35 tahun."

"Mak ayah saya ada lagi?"

Tolakan gadis itu dihentikan tatkala tiba di sebuah bangku rotan. Adkayra melabuhkan punggung sambil melihat awan senja. "Ada."

"Saya ada adik-beradik?"

"Tak. Awak anak tunggal."

"Kenapa dari pagi sampai ke petang, mak ayah saya tak datang?" Zayyad lebih tenang pada petang ini. Doktor Luqman juga telah menerangkan kondisinya dan prosedur perubatan apa yang telah dilalui. Maka syak wasangka bahawa dia di tangan orang jahat telah dihapuskan. Dia di sini bersama orang baik-baik sahaja.

"Sejujurnya saya tak tahu status hubungan awak dan parents awak. It's been a while since you worked with Polis Diraja Malaysia, Zayyad. I don't know how to explain about this... Tapi, kita dah kahwin Zayyad."

"Kahwin?" Zayyad menaikkan wajahnya yang tadi tertunduk.

"Ya." Adkayra membalas pandangan lelaki di hadapannya.

"Sebab tu setiap masa saya akan jaga awak. Saya tak izinkan orang lain sentuh awak dalam keadaan macam ni." Wajah Zayyad yang kemas adalah salah satu daripada usahanya bagi memastikan apabila Zayyad bangkit melihat cermin suatu hari nanti, dia tidak akan terkejut. Tiada jambang ataupun kumis tersisa. Rambutnya juga kemas dan rapi. Tidak sia-sia usaha Adkayra, akhirnya Zayyad bangkit bernyawa.

"Saya tak ingat pula saya dah kahwin." Zayyad mengeluh pula. Tangannya disilangkan ke badan. Di sebalik lengan baju kanan, ada kesan terbakar yang masih belum disedarinya. Tiada sakit yang dirasai, hanya parut kulit melepuh berbaki.

"Kita nikah dekat Thailand tahun lepas."

"Kita nikah dekat Thailand tahun lepas? So funny... Sounds like a made up story. I am a police officer kot."

Adkayra pun ketawa kecil. "Apa je yang awak ingat Zayyad? You better ask your old self kenapa buat semua tu. "

Zayyad mengangkat kedua-kedua bahu tidak tahu. "Susah nak terima semua ni. Apa lagi nak terima yang saya dah kahwin. Hopefully you understand me."

Kerusi roda Zayyad dipalingkan menghadapnya. "Saya tak akan paksa awak terima saya dalam hidup awak. Kita boleh stay sebagai kawan... Sampai awak bersedia. Okay?"

"That's much better."

Bunyi kesesakan trafik dari jalan sayup-sayup mengisi hening petang. Lelaki bermata biru itu melontarkan jauh pandangannya ke hadapan menembusi bangunan-bangunan pencakar langit yang terhidang.

Wajahnya tidak melukis apa-apa. Hatinya tidak berasa. Sedih atau gembira, kedua-duanya tiada. Di sebalik hati itu, tersembunyi suatu rasa. Masih misteri, yang membuatkan dia merasakan ada sesuatu pelru dilakukan.

Hilang ingatan ini umpama satu batu besar bagi seorang inspektor di bahagian jabatan siasatan jenayah. Zayyad menongkat dahinya. Tidak sengaja terpegang kesan lebam pagi tadi, lalu dia menarik balik tangannya dan meluruskan leher.

"Zayyad."

"Ya."

"Kita baru makan sama-sama semalam. Tapi pagi tadi awak dah lupakan saya.. Lupakan segalanya. Saya takut esok pun awak akan jadi macam tu lagi." Kerisauan di hati disampaikan jua.

"Saya sendiri pun tak tahu." Ringkas Zayyad membalas. Jika ada orang yang mampu mengembalikan ingatannya, dia sanggup membayar orang itu.

Pada ketika perkara itu terjadi sekali lagi, Adkayra ialah orang yang akan bersedih kerana dia benar-benar mahu Zayyad mengingatinya. "Let's say kalau terjadi lagi... Awak mengamuk lagi sebab ingat kami semua orang jahat..."

"Banyak sangat benda nak kena ingat. Ada buku nota tak? Awak tulis la apa-apa dalam tu supaya saya ingat kalau hilang ingatan lagi. Jadi sebelum mengamuk, kalau ada buku tu..."

"Pandainya awak Zayyad! Sekejap, saya ada buku nota kecil." Bibir delima Adkayra mengoyak seraya jari runcingnya terkapai-kapai mencari sesatu di dalam poket baju.

"Kalau ada gambar passport setiap orang lagi bagus. Stapler dekat buku tu berserta biodata dorang... apa hubungan dengan saya. Maybe... Gonna works." Ada sedikit kepercayaan bertapak buat Adkayra. Zayyad serahkan memorinya untuk dipulihkan wanita itu bulat-bulat. Hingga ke saat ini, dia tidak merasakan ancaman daripada mana-mana orang termasuklah Adkayra yang mengecop dia sebagai suami.

"Awak takut lupakan saya ke?" sakat Adkayra. Sebuah buku nota diserahkan pada tangan Zayyad bersama-sama sebatang pen dakwat basah.

"Nope. Saya takut saya lupa siapa musuh sebenar saya. Siapa yang berpihak dengan saya..." Buku itu diselaknya. Inspektor polis itu mula menulis tarikh, hari dan waktu.

Selasa, 6.30 petang.
Zayyad Yusuf, 35 tahun. Inspektor polis. Hospital tempat selamat, tak ada musuh di sini.

"Okay, Zayyad. Nanti kalau awak lupa, ia akan membantu."

"What's your name again?"

"Adkayra," jawab gadis itu laju.

"Adkayra... nurse yang jaga waktu koma... claim jadi isteri tapi tak pasti lagi. Status, kawan." Satu per satu Zayyad mencatat di muka surat kedua.

Jururawat itu memecahkan tawa. Hatinya benar-benar digeletek dengan telatah Zayyad.

"That's what I feel. Jadi saya tulis dulu. No hard feelings ya?"

"No. Kita kawan. It's okay. Nanti bila awak dah ready nak jadi suami saya, kita boleh mulakan segalanya balik. Kita akan pergi dating dan lain-lain."

Zayyad memberi isyarat tangan tanda 'OK'.

***
vote x komen
***

upcoming episodes:
"Yad, aku gay. Kau okay ke?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro