Antara Dua Benua

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Penulis: Ummi ummi2746

AKU mengenakan pakaian dengan berkemeja biru dan berseluar jeans. Sebenarnya aku ada janji temu dengan seseorang.

Aku laju mengorak langkah keluar rumah dan menuju ke arah kereta yang diparkir elok bersama kereta yang lain. Maklumlah duduk apartment. Mahu beli rumah di sini, aku rasa tidak perlu memandangkan aku bukan tinggal di sini untuk selamanya.

Aku menetap di Turki ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Tetapi, aku tidak tahu bila aku akan pulang ke tanah air. Masuk sahaja ke dalam kereta, aku terus memulakan perjalananku menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh si dia.

Sebaik saja aku tiba di salah sebuah restoran di bandar Istanbul ini, mata aku terus tertancap pada seseorang yang sedang menggamit tangannya ke arahku. Dia memakai blouse biru dan berseluar. Tudung yang terlilit elok di kepalanya pula berwarna biru cair. Bakal bidadari aku. Eh?

"How long have you been waiting, my angel?" soal aku lembut seraya melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Around half an hour ..." Terbuntang luas mata aku. Terkejut. Setengah jam? Lama tu. Rasa serba salah mula menghurung diri.

"Üzgünüm meleğim. (Maaf, bidadariku.)" Memandangkan aku menetap di sini selama tiga tahun, aku boleh bertutur dalam bahasa Turki walaupun tidak begitu fasih.

"Hiçbir şey. (Tidak mengapa.)" Dasya Tihani hanya tersenyum manis. Aku sudah agak bahawa wanita yang sedang tersenyum manis di hadapanku ini sudah matang. Tidak merajuk dengan hal-hal yang remeh.

"Jom makan!" Perut aku tiba-tiba bergendang kuat apabila melihat makanan yang sudah dipesan oleh Dasya Tihani. Perfect!

"Jom!" sahut Dasya Tihani ceria. Dia juga boleh berbicara dalam bahasa melayu. Tetapi sedikit pelat. Aku suka mendengar Dasya Tihani bercakap bahasa melayu.

"Rizhan, lepas kita makan ni saya nak beritahu awak sesuatu." Kata-kata Dasya Tihani membuatkan pergerakan tangan aku terhenti. Muka Dasya Tihani aku pandang. Macam serius saja.

"Apa?"

"Kita makan dulu, ya?" Aku hanya menganggukkan kepala.

Selesai saja kami makan, aku terus memandang Dasya dengan raut wajah yang tertanya-tanya.

"Awak nak beritahu apa tadi?" tanya aku.

"Jumpa abi saya." Aku tersentak. Serta merta aku panggung wajah memandang dia.

"S ... saya rasa dua tahun tu sudah cukup untuk kita kenal dan dalami hati masing-masing. Jadi ... abi minta saya untuk kenalkan awak pada dia." Dia meneruskan kata-katanya apabila melihat aku diam tidak berkutik.

"Awak marah ke?" tanya dia. Aku terus menggelengkan kepala. Aku sudah lama bersedia untuk berjumpa dengan kedua orang tua wanita dihadapanku ini.

"Bila?" Aku bertanya. Jelas terpancar sinar gembira mengerlip di matanya. Melihat wanita kesayanganku tersenyum gembira membuatkan aku dapat menghalau debaran yang memukul dada.

"Esok boleh?" Serentak itu aku menganggukkan kepala. Tanda bersetuju.

"Evet canım. (Boleh, sayangku)." Dia tersenyum manis memandang aku. Aku sayang dia, Ya Allah.

*****

SEBUAH rumah bak istana yang tersergam gah di hadapanku di pandang lama. Perasaan berkecamuk melanda hatiku. Rasa mahu pulang kembali ke rumah. Tidak sanggup untuk berjumpa dengan orang tua Dasya. Argh!

Tidak boleh. Aku lelaki. Lelaki harus berani. Demi dia, aku sanggup! Cewah Rizhan. Suara hati aku berbisik.

Setelah berjaya menenangkan diri beberapa minit, aku mengorak langkah sehinggalah berhenti di hadapan pintu rumah itu. Nervous!

"Rizhan, mari masuk," tegur Dasya tatkala melihat aku berdiri tegak di depan pintu rumhanya. Dia mengajak aku masuk ke dalam rumahnya. Aku mengangguk seraya melepaskan kasut yang dipakai.

Masuk sahaja ke dalam rumah Dasya, mata aku terus meneroka hiasan dalaman rumah itu. Cantik, elegan, kemas.

"Awak duduk dulu, saya pergi panggil abi dengan umi sekejap." Suara Dasya menyentakkan aku. Aku menganggukkan kepala sebelum melabuhkan lunggung di atas sofa yang berada di tepi aku.

Abi dia garang tak? Apa aku nak cakap dengan abi dia nanti? Abi dia marah ke kalau tahu aku bercinta dengan anak dia? Nahh, banyak persoalan yang berlegar-legar dalam kepala aku.

Sedang sibuk mengelamun sendiri, satu suara garau yang memberi salam menyentuh sistem pendengaranku. Aku menoleh.

Kelihatan satu pasangan berjalan menuju ke arahku. Dasya turut bersama mereka. Ini mesti ibu bapa Dasya. Segak betul abi dia. Umi dia pun cantik. Patutlah bakal bidadari aku manis saja orangnya.

"Waalaikumusalam." Laju sahaja aku berdiri dan bersalam dengan Tuan Arcelio iaitu abi Dasya. Arcelio bermaksud bangsawan syurga. Dia tersenyum saja memandang aku.

"Silakan duduk," kata Tuan Arcelio. Orang tua Dasya tidak fasih berbahasa melayu. Jadi kami berkomunikasi dalam bahasa Turki. Aku kembali melabuhkan punggung di atas sofa tadi.

"Tuan, apa khabar?" Aduh kekok betul. Aku tak tahu nak mulakan perbualan macam mana.

"Alhamdulillah, sihat. Apa nama kamu?" Tuan Arcelio bertanya.

"Rizhan Khalish, tuan." Tuan Arcelio mengangguk. Macam kena temuduga jadi askar pula!

"Kamu berasal dari sini, kan?" tebak Tuan Arcelio. Aku menggeleng. Sejurus aku menggeleng, raut wajah Tuan Arcelio terus berubah.

"Saya berasal dari Malaysia." Tanpa mengetahui apa-apa, aku menjawab tenang.

"Malaysia?" Tuan Arcelio terus mencari wajah anak perempuannya iaitu Dasya Tihani. Mereka saling berpandangan. Raut wajah Tuan Arcelio tegang sekali. Berbeza pula dengan wajah Dasya yang kelihatan seperti takut-takut akan pandangan abinya. Kenapa?

"Iya, kenapa tuan?" Aku bertanya. Mencurigakan. Kenapa kalau aku orang Malaysia?

"Kamu betul-betul cintakan putri saya?"

"I ... iya. Saya cintakan Dasya." Aduh, kenapa tergagap pula aku ni? Buat malu saja!

"Kamu mahu berkahwin dengan putri saya?" Tuan Arcelio bertanya lagi. Aku pula mengangguk laju.

"Saya nak halalkan dia." Kataku yakin. Mata aku teralih pada Dasya Tihani. Dia senyum.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat. Kamu perlu menjadi warganegara sini." Tuan Arcelio berkata tegas. Aku terpempan. Tukar warganegara?

"M ... maksud tuan?"

*****

AKU keluar dari rumah mewah tersebut. Kecewa. Ya, aku kecewa. Nampaknya jodoh aku bukan dengan perempuan yang bernama Dasya Tihani.

Dalam perjalanan untuk masuk ke dalam kereta, terasa tangan aku ditarik dari arah belakang. Aku menoleh ke belakang memandang gerangan yang menarik tangan aku. Dasya Tihani.

"A ... awak. Awak tak sayang saya ke?" Mata bulat yang berkaca-kaca itu memandang aku. Aku mengeluh kecil.

"Maafkan saya, my angel. Saya tak boleh turuti apa yang abi awak minta." Sungguh aku terasa mahu mengelap air mata yang mengalir di pipi bidadari di hadapanku ini.

"Kita boleh bincang lagi kan, Rizhan? Saya tak nak awak tinggalkan saya. Saya sayang awak, Riz ..." luah Dasya. Kolam mata aku terasa panas. Kenapa kisah kami jadi begini? Ini bukan apa yang aku impikan. Ya Allah, kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini.

"Anggap saja kita tak ada jodoh, bidadariku. Saya sayang awak. Saya cinta awak. Assalamualaikum." Aku terus berlalu pergi dari situ tanpa menghiraukan panggilan Dasya yang memanggil-manggil namaku. Aku tidak menoleh. Aku takut, aku tidak kuat.

Aku terus meluncur laju keluar dari perkarangan rumah Dasya sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Aku tidak fokus memandu. Permintaan Tuan Arcelio benar-benar tidak masuk akal. Tidak mungkin aku sanggup untuk menukar menjadi warganegara Turki semata-mata untuk kahwin dengan putrinya, Dasya Tihani.

Benar, aku sayang dan cintakan Dasya. Tetapi rasa sayang dan cinta aku terhadap tanah air sendiri melebihi perasaanku terhadap Dasya. Di mana pun aku berada, tanah air tetap tersemat di hati.

Aku akan pulang ke tanah air esok. Aku tidak boleh terus tinggal di sini. Di sini terlalu banyak kenangan antara aku dan Dasya. Setitis air mata aku yang mengalir, aku biarkan sahaja.

Biarlah masa yang menentukan semuanya, sayang ...

*****

"RIZHAN Khalish!" Aduhh, masak aku kalini. Aku menoleh memandang papa yang berdiri dengan bercekak pinggang di ruang tamu. Baru mahu memijak anak tangga pertama, papa sudah panggil. Sengihan di beri untuk papa.

"Err, kenapa pa?" Aku bertanya.

"Mari sini!"

"Riz nak mandi pa. Badan dah melekit ni. Busuk." Aku cuba mengelat dengan memberi alasan itu. Tapi kalini papa tidak terpedaya dengan kata-kata aku.

"I said come here." Nah kau, kalau papa cakap omputeh tu memang aku kena turutlah. Marah betul tu.

Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah papa. Sepanjang tiga bulan aku berada di Malaysia, jarang sekali aku nampak papa serius begini.

"Ada apa, pa?"

"Esok jangan keluar. Ada orang nak datang rumah." Aku memandang papa pelik. Aik, aku ingatkan papa nak marah aku sebab tidak masuk office hari ini.

"Siapa?"

"Rahsia." Sepatah perkataan yang keluar dari mulut papa membuatkan muka aku berkerut.

"Amboi pa, pandai rahsia-rahsia eh, sekarang?" Aku dan papa tergelak kecil sebelum papa meminta diri untuk tidur memandangkan sudah larut malam.

Aku termenung sendiri. Siapa ya akan datang esok sampai aku kena ada sekali?

*****

SEDARI tadi aku hanya berdiam diri melihat kedatangan 'tetamu' kami. Hanya papa sahaja yang rancak berbual dengan mereka. Sungguh aku tidak sangka mereka menjejakkan kaki di sini. Aku ...

"Riz!" Sergahan papa menyentakkan aku. Aku bagaikan tersedar dari dunia sendiri.

"Ha, ye pa?"

"Kamu kenapa?" Satu persatu wajah yang berada di hadapanku dipandang. Tuan Arcelio, Puan Begum Cemile dan akhir sekali wajah yang paling aku rindu. Dasya Tihani. Aku menggelengkan kepala. Mereka semua tersenyum tipis.

"Dato' Haris pasti sudah tahu tujuan kami datang sini, kan?" Papa mengangguk perlahan dengan bibir setia tersenyum. Tujuan apa?

"Kami datang mahu meminang kamu, Rizhan."

Apa? meminang aku?

"S ... saya tak salah dengar, kan?" Mereka semua menggeleng sambil tersenyum. Hampir saja aku tersenyum gembira, tiba-tiba terimbau kembali permintaan Tuan Arcelio yang perlu dituruti jika mahu mengahwini Dasya.

"Saya tak terima." Tuan Arcelio dan yang lain terkejut. Terutama sekali Dasya.

"Tapi kenapa?" Puan Begum Cemile bersuara.

"Saya tak nak tukar warganegara." Aku berterus terang. Cinta boleh dicari tapi negara hanya satu.

"Tak perlu. Kamu boleh berkahwin dengan putri saya." Dahi aku berkerut. Apa sebab Tuan Arcelio mengubah fikiran?

"Saya sayangkan putri saya. Saya tak sanggup tengok dia berkurung dalam bilik sepanjang hari. Tidak makan, tidak minum. Jika putri saya gembira, saya turut gembira." Terang Tuan Arcelio. Aku terkejut besar. Sampai begitu sekali ya? Aku memandang Dasya, dia hanya tunduk menekur lantai.

"Boleh saya bercakap dengan Dasya?" Mereka mengangguk. Aku segera memberi isyarat mata kepada Dasya supaya mengikuti aku. Kami berdua berjalan meninggalkan ruang tamu.

Aku dan Dasya berbicara berhampiran dengan kolam renang di rumah aku.

"Betul ke apa yang abi awak beritahu tadi?" Aku bersuara setelah seminit kami berdiam diri. Kalau aku tidak memulakan dahulu, sampai ke sudah tiada yang bercakap.

"Yang mana satu?" soal Dasya polos. Baru bersuara. Aku rindu. Sudah lama tidak mendengar mulut kecil itu berceloteh.

"Awak berkurung sepanjang hari. Tak makan dan tak minum." Dasya mengangguk. Aku melepaskan keluhan.

"Kenapa awak buat macam tu?" Aku bertanya. Tegas. Dasya lebih memilih untuk mendiamkan diri.

"My angel ..." panggil aku lembut. Dasya mendongak memandang aku, kelihatan matanya sudah basah dengan cecair jernih yang mengalir. Sungguh Dasya rindu akan panggilan itu. My angel ...

"Saya tak boleh. Saya sayangkan awak, Rizhan. Lepas awak pergi dari rumah saya, saya mula cari awak. Saya hubungi kawan-kawan awak. Saya pergi rumah awak, tapi awak dah tak ada. Awak tak ada, Rizhan! Saya sedih sangat ..." Luluh hati aku mendengar luahan Dasya. Ya allah sampai begini sekali ya penangannya?

"Don't cry. I already here. In front of you. Right?" pujukku. Dasya mengelap sisa air mata dengan hujung lengan bajunya. Hingus ditarik.

"Can I ask you something?" Dasya mengangguk.

"Kenapa abi awak tak benarkan awak berkahwin dengan orang luar? Maksud saya selain daripada orang Turki."

Dasya memandangku lama sebelum bersuara. "Abi saya tegas. Dia keturunan pejuang Turki terdahulu. Jadi, dia mahukan keturunannya semua berdarah Turki," terang Dasya.

Jeda.

"Saya faham kenapa awak tolak saya dulu. Kalau saya di tempat awak, saya pun akan berbuat begitu. Sebagaimana abi saya mempertahankan tanah airnya, awak juga begitu." Dasya senyum manis.

"Aku membalas senyuman Dasya. Menantikan ayat seterusnya dari bakal bidadariku.

"Saya dapat lihat betapa awak sayangkan bumi Malaysia. Baru sehari saya menjejakkan kaki ke sini, saya sudah mula sayangkan negara ini. Lagipun ... Malaysiakan bakal jadi rumah kedua saya." Dasya ketawa kecil. Terpancar riak bahagia di wajahnya.

Tawa aku terhambur jua. "Betul tu!" Dagu Dasya cuba kusentuh tetapi cepat sahaja ditepis. Aish, tangan ini derhaka denganku!

"Aip, no no no!" Matanya dijegilkan ke arahku. Aku tersengih.

"Awak terima ya?" Wajah comel di hadapanku dipandang.

Aku mengangguk dengan mata terpejam seketika.

Aku mengeluarkan kotak baldu berwarna merah dari kocek seluarku. Kemudian, sebelah lutut menyembah ke lantai. Cincin. Cincin ini yang aku sentiasa bawa ke mana-mana. Dan siapa sangka ini hari yang sesuai.

Dasya memerhati dengan senyuman. Seperti mengetahui apa yang akan kulakukan.

"Saya sudi!" kata Dasya kuat. Aku ketawa besar melihat karenah bakal isteriku ini. Comel.

Aku bahagia!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro