Pemenang Pertandingan Cerpen Aku & Malaysia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dua tiga bunga api,
Melakar hebat mencipta kenangan,
Berakhir sudah penantian ini,
Siapakah dia pemenang pertandingan.

Terima kasih kepada para peserta yang sudi menyertai Pertandingan Menulis Cerpen bertemakan Aku & Malaysia. Genre yang berbentuk bebas, pasti kalian sukar untuk menentukan gaya penceritaan yang diingini. Hahaha! *gelak jahat

Tahniah diucapkan kerana anda berjaya mencabar diri untuk menulis cerpen. Bukan diugut kan? Kan? Kan?

Terima kasih juga kepada para pembuang undi yang sudi menabur undi pada cerpen-cerpen pilihan anda. Kalian sangat hebat!

Ada TIGA KATEGORI yang dipertandingkan seperti yang telah dinyatakan dalam poster. Namun, salah seorang pihak penaja misteri terbuka hati nuraninya untuk menaja lagi hadiah. Hadiah apa? Jeng... jeng... jeng...


Hadiah bagi KATEGORI PILIHAN PENAJA MEWAH berupa,

Wang tunai bernilai RM100 
dan
 senaskhah novel berjudul Taranum Lelaki Rambut Perang
karya Usako Princessz

Pemenangnya ialah,

Merdeka yang Tetap Dijajah 
karya Adelyn BananaAdelyn_ 



Hadiah bagi KATEGORI PILIHAN JURI + UNDIAN TERBANYAK berupa,

senaskhah novel berjudul Di Kala Bulan Bermain Biola
karya Wan Nor Azriq

Pemenangnya ialah,

Impian Aqil
karya A. Fya Afxya-



Hadiah bagi KATEGORI PILIHAN PENAJA MISTERI berupa,

Scrapbook Kit

Pemenangnya ialah,

Pandemik

karya Nur Aiman



Hadiah bagi KATEGORI UNDIAN TERBANYAK berupa,

senaskhah novel berjudul Dheo's
karya Anjell

Pemenangnya ialah,

Antara Dua Benua
karya Ummi ummi2746 



Hadiah bagi KATEGORI PILIHAN TAMBAHAN PENAJA MISTERI berupa,

Illustration Diary Book

Pemenangnya ialah,

Hargai Malaysiaku
karya Adib Hakimi AdibHakimi06


Tahniah diucapkan kepada para pemenang! 
Yang tidak menang itu, sesungguhnya markah kalian sangat sedikit beza dengan sang pemenang. 

Terima kasih beberapa orang penaja yang sudi menaja hadiah yang sangat menarik! 

Kepada para pemenang, penganjur akan serang anda. Jalan lari. 

Semoga dengan adanya pertandingan seperti ini, dapat membantu penulis-penulis untuk menjadi lebih berani dalam menterjemahkan angan-angan dalam bentuk penulisan. 

Terima kasih!

***Segala keputusan yang diumumkan adalah muktamad.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro