Hargai Malaysiaku

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Penulis: Adib Hakimi adibhakimi06 

Pada pagi Sabtu yang sejuk dan dingin. Kebanyakan pelajar harian yang berada di rumah kini mungkin sedang lena diulit mimpi ataupun mungkin ada yang sedang beribadah sebagai tanda rendahnya darjat mereka selaku hamba Allah yang hina.

Tidak seperti mereka yang di rumah, pelajar-pelajar asrama akan diatur oleh jadual yang agak padat agar mereka mempunyai aktiviti untuk dilakukan setiap masa. Pada pagi itu, tepat jam 5.45 pagi, para pelajar sudah bangun untuk menunaikan kewajipan mereka selaku seorang Muslim. Usai solat subuh, mereka mengalunkan ayat-ayat suci untuk mengisi masa yang terluang. Tidak terkecuali juga, terdapat segelintir pelajar yang mensia-siakan waktu terluang ini dengan bersembang kosong dan tidur. Mungkin akibat tidur lewat pada malam semalam. Aku dan rakanku Naim sedang berzikir dengan penuh khusyuk sebagai tanda kami sentiasa memerlukan bantuan Allah yang Maha Besar.

Beberapa minit kemudian, Ustaz Shahidan selaku guru yang telah diberi mandat oleh tuan pengetua dipersilakan oleh Abang Hafiz selaku imam untuk solat jemaah pagi ini untuk menyampaikan tazkirah pendek kepada anak pelajar sekalian.

"Baiklah semua, masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Marilah kita mulakan tazkirah kita pagi ini dengan bacaan Al-Fatihah dan doa penerang hati," ujar Abang Hafiz bersemangat meskipun di pagi hari.

Usai membaca doa, Abang Hafiz menyerahkan pembesar suara kepada Ustaz Shahidan untuk menyampaikan tazkirahnya yang bertajuk 'Hargai Malaysiaku'. Memandangkan 31 Ogos makin menghapiri, itulah topik yang dirasakan sangat bernas untuk disampaikan. Tazkirah pendek itu sempat diselitkan dengan beberapa pesanan yang agak bernas oleh Ustaz Shahidan.

"Selaku umat Islam, kita hendaklah menghargai jasa pejuang-pejuang tanah air kita terdahulu. Cuba kamu bayangkan jika tiadanya mereka. Adakah kita akan lahir di dunia ini dengan aman? Yang menyedihkan lagi, adakah kita sempat untuk bersama dengan ibu bapa kita? Saya masih ingat lagi cerita yang ayah saya ceritakan sewaktu dia masih hidup masa saya kecil dahulu. Ada ibu-ibu yang tidak sempat melahirkan seorang anak kerana penindasan penjajah ke atas Tanah Melayu." Cerita Ustaz Shahidan dengan nada suara yang sedikit sebak.

Walaupun suara Ustaz Shahidan agak besar, namun dia pandai dalam mengawal intonasi suaranya sehinggakan ada pelajar yang tersentuh. Sebab itulah dia selalu dipanggil untuk menyampaikan tazkirah atau ceramah berkaitan pemulihan akhlak.

"Cuba kamu bayangkan, disaat kaum wanita sedang bertarung nyawa dalam melahirkan seorang anak. Di saat itu juga kamu ditindas. Belum lagi kita lihat dengan anak-anak yang tidak dapat dikuburkan kerana penjajah. Kamu semua tahu tak? Perempuan yang melahirkan anak ni, sakit dia ibarat 20 tulang rusuk dipatahkan seremtak? Bertapa besarnya pengorbanan ibu kita dalam melahirkan kita. Elok dah bsar panjang, kita pula menyusahkan ibu bapa kita. Saya nak tanya kamu semua. Pernah tak rasa tulang 20 batang tulang kamu dipatahkan. Kita ni anak-anak sekalian, nak cabut kuku kita dari isi pun kita tak sanggup," cerita Ustaz Shahidan dengan nada sebak. Sengaja dia mengubah intonasinya agar mereka dapat menginsafi kesalahan mereka terhadap ibu bapa mereka.

Beberapa pelajar baik lelaki atau perempuan sudah tidak tahan dengan tazkirah yang disampaikan. Empangan air mata yang ditahan sejak tadi pecah juga penangan tazkirah Ustaz Shahidan. Walaupun cuma satu bulan tidak balik ke rumah. Itu sudah cukup untuk membuatkan mereka menangis terkenangkan kenangan manis mereka bersama keluarga mereka di rumah.

Disebalik tangisan tersebut, terselit dua orang pelajar yang sedang tidur. Tidak langsung mereka peka dengan tazkirah yang disampaikan. Mereka berdua merupakan kacang hantu yang membuat onar di sekolah, Faizal dan Syukri. Mereka sentiasa mempunyai idea-idea nakal untuk membuat oanr.

Pernah sekali kecoh satu asrama kerana mereka menutup suis utama di bilik kawalan. Habis satu sekolah gelap-gelita. Mereka berdua juga sudah banyak kali dihukum namun perangai mereka tetap tidak berubah. Ustaz Shahidan bukan tidak sedar dengan kelakuan mereka tetapi Ustaz Shahidan bertindak untuk berdiam diri. Dibimbangi mencemarkan aib pelajarnya itu.

"Baiklah semua, kini tamatlah sudah tazkirah kita di pagi ini. Saya harap anda semua mengambil berat akan nasihat yang disampaikan oleh ustaz kita tadi," ucap Abang Hafiz. Bohonglah dia tidak rindukan keluarganya di rumah. Sumpah dia sangat-sangat sebak dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz yang sangat dihormatinya itu.

"Kepada ahli kelab seni, anda diminta untuk tunggu sebentar sebelum pulang ke asrama. Ada sedikit kerja untuk kamu semua," ucap Abang Hafiz sebelum pelajar-pelajar lain dibenarkan pulang ke dorm masing-masing.

Tidak terlepas dengan beberapa keluhan yang meluncur keluar dari mulut pelajar putera dan puteri. Mereka dikehendaki menunggu beberapa minit sehingga keadaan betul-betul sunyi.

"Assalamualaikum semua, baiklah. Disebabkan hari kemerdekaan kian menghampiri. Saya ingin mengajak 10 orang sahaja untuk melukis mural di perkarangan tapak perhimpunan sekolah kita. Sebelum saya menyambung pengumuman ini, saya ingin tahu dahulu siapa yang betul-betul mahu sertai. Kepada sesiapa yang kurang berminat dipersilakan pulang ke dorm masing-masing. Pelajar tingkatan tiga amatlah dialu-alukan memandangkan abang-abang kamu tingkatan lima tidak dapat menyertai kerana sibuk dengan urusan pelajaran," ujar Abang Hafiz sopan.

Serentak dengan itu, beberapa pelajar mula bersurai sehinggalah tinggal 11 orang sahaja. Walaupun lebih seorang pelajar namun dia tidak kisah kerana penyertaan sangat-sangat dialukan.

"Baiklah. Kepada pelajar yang tinggal sekarang ni. Nanti saya akan serahakan kunci kepada Adi. Nanti Adi akan membuka stor seni dan kamu ambil apa yang patut. Saya akan tunggu di tapak perhimpunan tepat jam 9.00 pagi nanti," umum Abang Hafiz muktamad.

Semua yang berada di situ mengangguk faham dan bersurai. Aku mengambil kunci yang dicampakkan Abang Hafiz dan pulang ke dorm dahulu. Aku nak lelapkan mata buat sementara waktu sebelum memulakan aktivit melukis mural. Memandangkan masih ada satu jam sebelum pukul 9.00 pagi.

Bangun dari tidur aku meregangkan sendi-sendi yang kendur akibat tidur tadi. aku melilau mencari di mana Naim berada. Setahunya, Naim kata dia nak pergi sekali tadi, hatinya bermonolog. Aku turun dari katil dan menuju ke tandas untuk membasahkan tekat. Sempat lagi aku singgah di mesin air untuk membeli satu tin minuman. Tekaknya terasa kering apabila bangun dari tidur tadi.

Sebaik dia masuk sahaja ke dalam dormnya, dia melihat Naim sedang terlentang di atas katil.

"Engkau pergi mana tadi," soal aku mengambil tempat di sebelah katilnya.

"Tadi Abang Hafiz panggil. Dia suruh aku buka stor dulu. Tu lah kau. Tidur mati," omel Naim.

"Macam tu ke. Maaflah. Berapa minit lagi masa kita ada ni?" soal aku gelabah.

"15 minit lagi. Abang Hafiz sengaja nak buka awal. Dah jomlah. Pergi awal tak ada masalah sangat," ajak Naim.

Kami keluar dari dorm dan menuju ke stor alatan seni. Setelah mengambil semua kelengkapan, kami berdua terus menuju ke perkarangan tapak perhimpuanan. Hanya kami berdua yang baru sampai. Beberapa minit menunggu barulah semua orang sampai. Itu pun masih ada dua tiga orang yang lambat.

"Assalamualaikum semua. Ada yang terlajak tidur ya? Hehehe.. tak apa. Janji kamu semua dah tunaikan amanah kamu sebagai pelukis untuk melukis mural harini. Terima kasih saya ucapkan," Abang Hafiz memulakan mukadimah.

Setelah itu, semua pelukis mural mengambil alatan-alatan untuk melukis mural. Pelajar-pelajar mula melukis dengan penuh tekun dan khusyuk. Sambil-sambil itu juga mereka bergurau senda untuk memeriahkan suasana yang kelabu. Sedang aku dan Naim bersembang, kami terlihat Faizal dan Syukri yang sedang bersiar-siar di padang mereka berdua memandang aku dan Naim dengan pandangan yang mengancam.

Faizal membuatkan gaya tangan seperti sedang memotong lehernya sendiri. Faham dengan reaksi begitu, aku dan Naim terus sahaja mengalihkan pandangan dari susuk tubuh mereka berdua. Jika tidak mahu mencari masalah, lebih baik jangan buat mereka marah.

"Apa kena lah dengan dua orang kacang hantu tu.kita tengok je pun. Boleh pulak dia buat gaya nak bunuh orang," omel aku.

"Tak ada apalah tu. Jangan bersangka buruk dengan diaorang sangat. Mereka berdua bukannya jahat tapi nakal sahaja," pesan Naim. Kata-kata itulah yang diucapkan Ustaz Shahidan ketika mereka membuat onar. Dia faham, selagi seseorang itu cinta akan Allah dan Rasul. Inshaallah dia akan diberi hidayah oleh Allah.

"Lagipun dia tak pernah tinggal solat," pesan Naim lagi. Walaupun dia selalu diusik oleh mereka berdua, mereka tak pernah lagi mengugut dia ataupun aku. Mungkin itu menyebabkan Naim yakin Faizal dan Syukri masih dalam jalan yan betul.

Mural tersebut mengambil masa selama enam jam untuk disiapkan dengan keluasan dinding seluas 25 meter per segi. Walaupun mereka mengambil masa yang agak lama untuk siapkan mural tersebut, namun mereka semua termasuk Abang Hafiz sangat berpuas hati dengan hasil tersebut. Segala elemen yang dirancang sebelum ini dapat direalisasikan.

"Alhamdulillah. Nampak bagus sangat mural yang kamu semua buat harini. Tak sangak berbakat juga pelajar-pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Baling ni."

Mereka semua menghela nafas lega. Mereka semua menuju ke tandas untuk menghilangkan cat-cat minyak yang melata pada tangan, kaki, malah ada juga yang terkena sampai ke rambut. Nasib malang bagi siapa yang kena di rambut tu. Memang kena gunting ja la jawabnya.

Selesai membersihkan diri dari kotoran cat. Mereka mengambil wudhu untuk menunaikan solat Zohor. Mereka akui mereka terlambat sedikit untuk menunaikan solat Zohor kali ini agak lewat. Namun mereka mempunyai alasan tertentu.

Solat Zohor kali ini pua diimamkan oleh Ustaz Shahidan sendiri kerana beliau juga bersama-sama kami dalam melukis mural tadi. Bacaan wirid dan zikir yang sangat merdu oleh Ustaz Shahidan mampu dikatakan sangat baik. Sehinggakan aku pun hampir terbuai.

Makan tengahhari juga agak lewat hari ini buat kami semua. Namun kami tidak kisah. Lebih baik siapkan tugasan dahulu kerana tugas yang bertangguh, beban yang berpanjangan. Sekurang-kurangnya, tugas mereka hari ini sudah berakhir dan boleh berehat sepuas-puasnya malam ni.

Keesokan harinya, aku dan Naim bangun awal seperti biasa. Memang menjadi rutin kami untuk mengejutkan pelajar-pelajar lain. Semoga perbuatan mereka ini dikira sebagai ibadah.

"Bangunlah wahai makhluk-makhluk sekalian." Aku mengoncang sederhana kuat tubuh badan ahli-ahli dormku yang masih lena diulit mimpi sambil berseloroh. Tambahan pula pagi tersebut sejuk dia lain macam. Memang lebih mencabarlah untuk mengejutkan ahli dorm yang lain.

Pagi-pagi itu mereka menguk air agar system peyahtinjaan mereka luas. Para pelajar mula berpusu-pusu menuju ke bilik air dan ada juga yang bercermin melihat muka yang penuh dengan air liur basi. Beginilah kehidupan di asrama. Pagi-pagi lagi sudah meriah dengan suasana yang sangat riang dan ceria.

Selesai menunaikan tanggungjawab selaku seorang muslim, aku mula bergegas ke dewan makan bersama sahabatku Naim. Pagi itu kami dihidangkan dengan nasi lemak. Memang sukalah aku. Tambahan pula nasi lemak jarang kami dapat. Hidangan yang berlemak disulam dengan rasa pedas dan sedikit masin itu sedikit sebanyak mampu menaikkan aura para pelajar untuk memulakan hari dengan baik.

Selesai menghabiskan hidangan yang diambil, aku mencapai dua biji pisang dan satunya aku hulurkan kepada Naim.

"Terima kasih," ucapnya ringkas.

Kami menyarung selipar dan bergegas untuk menuju ke pekarangan tapak perhimpunan. Tidak sabar rasanya untuk melihat hasil mural kami sendiri. Inilah kali pertama aku melukis mural sejak lahir. Bukannya aku tidak berbakat, tetapi aku sendiri yang tidak mendapat tawaran dari mana-mana pihak.

Sewaktu kami tiba di sana, kami terpempan dengan kehadiran dua orang kacang hantu. Ya, mereka ialah Faizal dan Syukri. Mereka telah mencacatkan Mural yang telah kami siapkan semalam. Beberapa kawasan telah dikikis oleh mereka namun 90 peratus masih elok. Hanya sebahagian kecil.

"Apa kau buat ni?" soal kami hairan.

"Maaf! Maaf! Kami tak sengaja terkikis. Niatnya tadi nak nipiskan cat je," jelas Faizal dengan nada sedikit kesal.

"Tak, masalahnya sekarang ni kau dah cacatkan mural kami. Engkau tahu tak penat kami bertungkus lumus nak buat benda ni?" marahku. Aku memang tidak suka apabila hasil usahaku diusik.

Nasib mereka bertambah buruk apabila Abang Hafiz berada di situ.

"Assalaamualaikum semua. Kenapa ni?" soal Abang Hafiz mesra. Walaupun dia sudah Nampak apa yang Faizal dan Syukri buat tadi namun dia masih bertanya.

"Dua orang kacang hantu ni bang. Boleh pula dia rosakkan mural kita. Orang bertungkus-lumus selama enam jam untuk menghasilkan mural ni. Diaorang beberapa minit je cacatkan," bidas aku tak puas hati. Dalam pada masa yang sama, Naim memujuk aku untuk banyak bersabar. Mereka masih belum tahu adakah benar mereka yang buat

"Apa kata kita bagi mereka yang cerita," saran Abang Hafiz tenang sambil tersenyum.

Faizal dan Syukri tersenyum.

"Sebenarnya memang cat yang ada dekat sini dah pudar. Jadi kami pergi la ke stor seni untuk mengambil cat minyak dan cat balik bila kami cat balik, dia jadi pekat sangat pulak. Jadi kami cuba kikis balik. Itu je," jelas Faizal.

"Nampak? Kita janganlah terlalu berburuk sangka ya. Takut nanti jadi fitnah," pesan Abang Hafiz prihatin.

Mereka semua kini mengangguk tanda setuju dan aku pun meminta maaf dan berjanji agar tidak mudah bersangka buruk.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro