Impian Aqil

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Penulis: A.Fya 

Seorang pelajar lelaki yang lengkap berpakaian sekolah termenung dihadapan basikalnya. Bunyi bising kenderaan tidak menghalangnya dari duduk di tepi jalan ditemani oleh bunyi kicauan burung dan asap kenderaan yang lalu-lalang.

"Aqil Harraz!" jeritan seseorang mematikan lamunan Aqil.

Aqil terus berdiri dan mengibas seluar yang sudahpun dipenuhi debu tanah. Wajah gerangan yang menjerit tadi dipandang dengan penuh tanda tanya.

"Kau ni degil betul. Kalau kau ikut aku pergi sekolah naik kereta tadi, mesti kau tak tersadai dekat tepi jalan ni," ujar lelaki itu lagi.

Aqil tersenyum senget. "Bukan macamtu, Faiq. Aku tak nak susahkan kau je," ujar Aqil.

"Tak menyusahkan pon, Aqil. Dari kau naik basikal tua ni, baik kau naik kereta dengan aku. Lagi cepat. Lagipun bukan aku yang bawa kereta, ayah aku yang bawa. Basikal kau ni, kau buang jela. Nanti aku bagi yang baru," ujar Faiq.

Aqil terdiam. Basikal bewarna koko yang rantainya sudahpun terjatuh dipandang lama. Basikal itu sudahpun menemani Aqil selama hampir tujuh tahun. Kemana sahaja Aqil mahu pergi, mesti dia akan menaiki basikal itu. Jikalau jarak jauh sahaja dia akan menaiki kenderaan yang lain.

"Kau taukan aku ni nak....."

Belum sempat Aqil menghabiskan ayatnya, Faiq sudah terlebih dahulu memotong.

"Ye aku tau cita-cita kau nak jadi atlet basikal Malaysia. Tapi agak-agaklah kalau kau nak berlatih naik basikal ni pun. Bahaya kau tau," ujar Faiq panjang.

"Alah aku tak pernah cedera sebab basikal pun. Basikal ni dah lama dengan aku. Sayang pula aku nak buang," ujar Aqil.

Pergerakan Faiq terhenti. Tangannya dialihkan dari memegang rantai basikal sahabatnya itu. Sejenak dia memegang tangannya yang sudah berwarna hitam. Laju sahaja Faiq mengeluh berat.

"Nak cedera dulu baru kau nak menyesal ke? Dengarlah cakap aku. Kalau nak berlatih pun, janganlah dekat jalan raya. Berlatihla tempat yang selamat sikit. Basikal ni, dah tak sesuai dah nak bawa berlatih. Elok kau jadikan besi buruk je. Aku tampar karang baru kau tahu langit tinggi ke rendah," ujar Faiq.

Perlahan-lahan Aqil menganggukkan kepalanya tanda setuju. Memang benar basikal itu sudah terlampau tua untuk dibawa berlatih. Tetapi apa yang boleh dia lakukan? Aqil tidak mempunyai basikal lain selain basikal tua itu.

"Dah elok dah rantai basikal kau ni. Kau nak tunggang ke?" tanya Faiq.

Tanpa menjawab, Aqil terus berlari ke arah basikalnya. Aqil terus duduk di atas basikal itu dan menunggang ke sekolah tanpa berkata apa-apa.

Faiq menggeleng kepalanya perlahan lalu memasuki perut kereta merah itu kembali dan meneruskan perjalanan.

Lima minit kemudian, Faiq sampai diperkarangan sekolah. Seketika Faiq melihat jarum jam di tangan kanannya. Jarum jam pendek sudahpun menunjuk ke arah 7 manakala jarum panjang pula menunjuk kearah 6.

Faiq mengerutkan dahinya tatkala melihat tapak perhimpunan yang lenggang dengan pelajar. Selalunya waktu begitu mereka pasti sudah memulakan perhimpunan pagi.

"Faiq! Faiq Adlan!" jerit seseorang dari kanan Faid.

Seketika Faiq mengerutkan dahinya tatkala melihat sahabatnya, Aqil yang berlari laju ke arahnya sambil memegang sekeping kertas.

"Mana semua orang?" tanya Faiq laju.

"Oh, perhimpunan dibatalkan. Jadi, semua pelajar dah masuk kelas," jawab Aqil.

Faiq menganggukkan kepalanya sedikit tanda paham. Dia terus memandang kertas didalam genggaman sahabatnya itu.

"Tengok ni!" Aqil menjerit teruja sambil menghulurkan kertas yang dipegangnya tadi.

"Pertandingan lumba basikal sempena bulan kemerdekaan?" tanya Faiq sambil mengerutkan dahinya.

Aqil laju menganggukkan kepalanya beberapa kali. Senyuman lebar terukir dibibirnya.

"Daftarla," sepatah Faiq berkata sambil menghulur kembali poster berkenaan.

Senyuman Aqil mati tatkala melihat sahabatnya itu tidak langsung memberi reaksi teruja seperti yang diharapkan.

"Bukan macamtu. Aku sebe..."

"Sebenarnya kau nak pinjam basikal aku, kan? Aqil, kau ambik je. Tak payah pinjam. Basikal tu memang untuk kau. Basikal tu ada dekat rumah aku pun sebab kau tolak dulu," ujar Faiq seraya tersenyum.

Laju Aqil menggelengkan kepalanya. Belakang lehernya digosok perlahan.

"Mahal basikal tu...," ujar Aqil.

Faiq menepuk dahi sendiri. "Rezeki jangan ditolak," ujar Faiq.

Aqil mengeluh lalu menganggukkan kepalanya. "Aku pinjam je...," ujar Aqil.

Lambat-laun Faiq menganggukkan kepalanya. Jika Aqil sudah berkata sedemikian, dia tidak boleh lagi memaksa sahabatnya itu. Rakannya itu bukannya tidak mampu untuk membeli basikal baharu, namun acap kali Aqil menolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.

Petang itu, Aqil sudah berada di perkarangan sekolah seawal 5 petang. Seusai sahaja Aqil menunaikan solat Asar, dia langsung bergegas ke rumah Faiq dan meminjam basikalnya buat sementara waktu.

Aqil mahu memulakan latihan dengan lebih awal meskipun pertandingan itu akan berlangsung dua minggu lagi. Semangat Aqil semakin berkobar-kobar apabila mengetahui bahawa atlet basikal Malaysia, Dato' Muhammad Azizulhasni Bin Awang juga akan turut serta.

Namun, Dato' Azizul tidak menyertai perlumbaan itu. Beliau hanya menjadi jemputan yang akan merasmikan pertandingan lumba basikal tersebut.

Baru sahaja Aqil mahu memijak pedal basikalnya, dia dikejutkan dengan suara seseorang yang menyindir dirinya. Taulah Aqil bahawa orang itu adalah pelajar disekolahnya yang sangat suka merendah-rendahkan Aqil.

"Wau bakal atlet Malaysia nak berlatihla. Kau ingat kau boleh menang ke budak," ujar lelaki itu dengan menekankan ucapan 'bakal'.

Aqil menarik nafas dalam. Sedaya upaya dia cuba menahan sabar. Seketika Aqil menggelengkan kepalanya dan cuba untuk kembali fokus.

"Angan-angan kau sangat tinggi ye. Aku sarankan kau untuk give up sahaja. Malaysia tak pernah menang pingat emas Olimpik dan aku tak rasa akan menang pun," ujar lelaki itu lagi.

Terasa panas telinga Aqil mendengar ucapan lelaki itu. Dia mula turun dari basikalnya dan berjalan ke arah lelaki itu.

"Kau lahir di negara apa, Naim?" Aqil bertanya perlahan.

"Sabah."

"Kau tau ke tak Sabah tu dalam Malaysia? Kenapa kau kena cakap buruk tentang negara kelahiran kau?" tanya Aqil lagi.

"Aku bukan nak burukkan nama Malaysia. Aku cakap benda betul. Lagi satu, aku taulah Sabah tu dalam Malaysia! Kau ingat aku bodoh ke?" jerit Naim pula.

Aqil tersenyum. Lama-lama senyuman itu bertukar sinis.

"Aku tak cakap kau bodoh. Kau sendiri yang cakap. Tapi dengan perangai kau macamni, memang sesuailah perkataan tu dengan kau," ujar Aqil.

Naim menggenggam penumbuknya. Baru sahaja Naim mengangkat tangannya untuk memukul Aqil, tangannya itu sudah dipegang oleh seseorang terlebih dahulu.

"Dah bodoh lepastu nak pukul orang pula ke?" Faiq berkata. Terkejut dirinya apabila melihat Aqil yang sudah memulakan sesi bergaduh dengan musuhnya sebaik sahaja dia sampai disitu.

Niatnya hanya mahu menemani rakannya itu. Tapi tidak disangka akan dikejutkan dengan pergaduhan itu dahulu.

"Lepaslah!" Naim menjerit kuat.

Namun, Faiq masih mengetatkan pegangan tangannya pada tangan Naim. Bukannya dia mahu menghukum lelaki itu, dia hanya mahu menyedarkan Naim sahaja.

"Kau gila ka?!" Naim menjerit lagi.

"Kau yang gila sebab cakap macamtu dekat negara lahir kau. Kau sepatutnya beri semangat dekat atlet Malaysia. Bukannya merendahkan mereka!" ujar Aqil dengan nada yang tinggi.

"Suka hati akulah! Bukannya mereka dapat dengar apa yang aku cakap ni pun," ujar Naim lagi.

Langkah demi langkah Aqil berjalan merapati Naim. Tangannya diangkat bagi memukul Naim.

Buk!

Aqil memandang sahabatnya, Faiq yang baru sahaja melepaskan satu tumbukan kepada Naim. Melihat mulut Naim yang sedikit berdarah membuatkan Aqil memandang Faiq dengan pandangan risau.

"Berdarah bibir dia, Faiq," ujar Aqil. Dirinya cuba untuk menarik Faiq dari memukul Naim dengan lebih teruk lagi.

Faiq hanya menepis kasar tangan Aqil itu. Kolar baju Naim dipegang kuat.

"Aku tak pahamlah manusia jenis apa kau ni. Kalau fikiran semua orang macam kau, memang boleh hancur Malaysia dibuatnya. Sekarang kau blah!" jerit Faiq kuat.

Kalut Naim berlari dari situ sebaik sahaja Faiq melepaskan kolar bajunya.

"Faiq....," panggil Aqil perlahan.

"Jom berlatih," singkat Faiq membalas. Dia mula menunggang basikalnya semula meninggalkan Aqil sendiri.

Aqil hanya mampu menggeleng kepalanya melihat ketegasan rakannya itu. Apa boleh buat? Dah cedera dah anak orang tu.

Hari yang dinanti tiba. Aqil segak memakai baju jersi yang diberi oleh rakannya, Faiq. Katanya mahu sedondon. Sweet gitew....

"Fuh lawa baju aku bagi!" ujar Faiq dengan senyuman lebar.

Aqil tersenyum. Dia tidak mampu berkata apa-apa memandangkan dia terlalu gentar dan takut.

"Relax, Aqil. Kau mesti boleh menang punya. Kau kan bakal atlet Malaysia," ujar Faiq memberi semangat.

Aqil menganggukkan kepalanya. Dia seharusnya tidak berasa terlalu gentar kerana ianya mungkin akan menjejaskan tunganggannya selepas ini.

"Diminta semua peserta pertandingan lumba basikal bersedia di garisan permulaan kerana pertandingan akan dimulakan sebentar lagi," ujar seseorang melalui pembesar suara.

Mendengarkan pengumuman itu, Aqil laju memandang Faiq yang sudah terlebih dahulu memandang dirinya.

"Jom! Kita pasti menang!" Faiq menjerit teruja lalu menarik tangan Aqil untuk bergerak mengambil basikal mereka.

Nombor peserta di pin pada baju. Aqil bernombor 351 sementara Faiq pula bernombor 387.

Mereka berdua sudah pun berada digarisan permulaan menunggu saat untuk dilepaskan. Jantung Aqil pula mula berdegup kencang.

Bang!

Tembakan dilepaskan menandakan bahawa pertandingan sudahpun bermula. Aqil sudah bergerak laju dari awal meninggalkan Faiq dibelakang.

Kini, Aqil sudahpun berada ditangga ke empat. Garisan penamat semakin dekat begitu juga dengan tenaganya yang semakin berkurang.

Namun, matlamatnya adalah untuk menjuarai perlumbaan basikal itu. Di 200 meter terakhir, Aqil menarik nafas dalam dan mula mengayuh basikalnya laju memotong satu persatu penunggang dihadapannya.

Dan..... juara perlumbaan itu jatuh kepada Aqil Harraz!

Sebaik sahaja Aqil menamatkan perlumbaan, dia mula turun dari basikalnya dan melompat gembira. Rasanya seperti memenangi pingat emas olimpik pula...

"Kawan aku tu!" Faiq menjerit kuat dengan keaadan yang tercungap-cungap mencari nafas. Dia baru sahaja menamatkan perlumbaan dan berjaya mendapat tempat ke - 10.

Aqil terus belari menuju kearah sahabatnya. Tubuh sasa rakannya itu dipeluk erat. Dia terlampau gembira pada saat itu setelah berjaya mengalahkan lebih kurang 500+ peserta.

"Aku dah kata kau boleh!" Faiq menjerit kembali. Pelukan Aqil itu dibalas erat.

Mereka berdua melepaskan pelukan setelah mendengar bunyi tepukan kuat dari belakang Aqil. Dengan senyuman lebar, Aqil melihat gerangan yang menepuk.

Terlopong mulut Aqil dibuatnya setelah melihat gerangan itu.

"Da..Dato Azizul?" ujar Aqil gagap. Terus sahaja dia menutup mulutnya menggunakan kedua belah tangan tidak percaya.

Aqil tersenyum lebar setelah melihat Dato' Azizul menghulur tangannya untuk bersalaman.

Laju Aqil membalas salaman tersebut. Pastinya Aqil tidak akan membasuh tangan itu buat sementara waktu.

"Te..terima kasih...," ujar Aqil lagi.

Setelah itu, Aqil berbual panjang dengan Dato' Azizul. Banyak ucapan tahniah serta tips yang diberikan kepada Aqil.

Setelah beberapa ketika, Aqil dan Dato' Azizul berhenti berbual. Aqil menghantar pemergian Dato' Azizul dengan pandangan. Terasa kejap sangat pula berjumpa dengan atlet negara itu sedangkan hampir 20 minit juga Dato' Azizul berbual dengannya.

"Seronok nampak. Kesian aku lama tunggu kau," ujar Faiq. Raut mukanya jelas menunjukkan yang dirinya bosan menunggu Aqil menghabiskan perbualannya.

"Tampar aku," arah Aqil. Faiq mengerutkan dahinya pelik. Dah kenapa tiba-tiba suruh tampar ni.

"Tampar aku," sekali lagi Aqil mengarah.

Pang!

Tanpa menunggu masa yang lama, satu tamparan kuat diberi oleh Faiq dipipi kanan Aqil. Merah pipi kanan Aqil dibuatnya.

"Aduh! Aku rasa kau dah lama nak tampar aku ni," ujar Aqil sambil tangannya mengusap-ngusap pipi kanannya yang memerah.

Faiq tersengih. Tangannya menggosok belakang lehernya sendiri.

"Aqil! Cepat diorang panggil kau tu," Faiq menjerit memanggil Aqil. Melihat Aqil yang masih terpinga-pinga itu membuatkan Faiq mendesis geram. Terus sahaja lengan rakannya itu ditarik kuat.

"Johan pertandingan lumba basikal sempena bulan kemerdekaan jatuh kepada.... Aqil Harraz!"

Tepukan gemuruh diberikan kepada Aqil sementara Aqil pula tersipu malu mengambil hadiahnya di hadapan khalayak ramai.

"Aqil Harraz...," seseorang memanggil Aqil dari asyik menangkap gambar.

"Ye saya. Kenapa?" Aqil menjawab pelik.

"Mahu masuk ke sekolah sukan?"

Empat tahun kemudian, di Paris....

Aqil sudah bersiap sedia dengan basikalnya digarisan permulaan. Jantungnya berdegup kencang lagi-lagi apabila mendengar jeritan daripada penonton untuk dirinya.

Dia layak ke pusingan akhir bersama dengan lima pelumba yang lain. Kesemua pelumba itu bukan calang-calang orangnya. Masing-masing pernah memenangi pingat. Hanya Aqil yang masih baru dalam bidang tersebut.

Pertandingan dimulakan setelah pacer sudahpun bergerak kehadapan. Aqil menunggang basikalnya ke kedudukan yang kedua.

Di 200 meter yang terakhir, Aqil mula memecut. Suara pengulas sukan menjerit mula kedengaran di kaca televisyen.

"Aqil Harraz! Aqil Harraz! Aqil!! Emas buat Malaysia!!"

Aqil berjaya meraih emas dalam acara perlumbaan keirin. Sehabis perlumbaan dia terus mengambil bendera Jalur Gemilang dan dikibarnya.

Suara tepukan bergema di stadium tersebut. Suara jeritan namanya kedengaran disitu.

"Aku berjaya! Aku berjaya!" jerit Aqil. Tangannya masih memegang erat Jalur Gemilang itu.

"Aku dah banggakan rakyat Malaysia! Terima kasih semua," jerit Aqil lagi. Dia terus membongkokkan badannya sedikit di hadapan penonton Malaysia.

Air mata kegembiraan mengalir di pipinya. Jalur Gemilang di tangan di tatap lama. Impiannya untuk menyumbang pingat emas tercapai jua.

"Terima kasih Malaysia...."

"Aku bangga jadi anak Malaysia...."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro