Malaysia Boleh!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Penulis: Kai KaiRyuu06

Bunyi penggera di telefon nyaring kedengaran. Satu badan di atas katil itu bergerak perlahan. Tangannya menutup mulut yang menguap lalu dia menggeliat meregangkan otot badannya. Dia mengusap perlahan matanya. Dia melihat telefon atas meja kecil di samping katilnya. Dia mencapai telefon tersebut lalu mematikan penggera.

Jam menunjukkan pukul 6.05 pagi. Lelaki itu bangun menukar posisi tidurnya kepada duduk sambil kakinya menyentuh lantai. Dia melihat kalendar di dinding. Hari ini sudah masuk 25 Ogos. Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Hari Kemerdekaan akan tiba.

Lelaki itu bangun daripada katil. Dia berjalan mengambil tualanya lalu terus ke bilik air untuk mandi. Setelah 10 minit berada dalam bilik air, dia akhirnya keluar. Dia sudah mengambil wuduk siap-siap tadi. Dia mengenakan pakaian yang biasa sahaja lalu terus solat.

Sebaik sahaja habis berdoa, dia mengambil telefonnya. Dia turun ke bawah untuk bersarapan pagi. Terlihat seorang wanita yang telah ditelan usia berada di meja makan.

"Selamat pagi ibu," sapa lelaki itu. Dia duduk di salah satu kerusi. Dia meletakkan telefonnya di atas meja berdekatan dengannya.

"Selamat pagi, Shah. Mari makan," ajak sang ibu, Puan Aminah. Dia menghulurkan roti dan jem kepada Shah. Shah mengambil roti dan jem itu.

Shah mengambil sekeping roti lalu disapukan dengan jem coklat. Dia mengambil sekeping lagi roti lalu ditindan. Dia menyuapkan roti ke dalam mulutnya. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Dia melihat nama pemanggil. Shah bangun daripada kerusinya. Dia berjalan ke ruang tamu.

'Dah kenapa tu, jauh betul nak angkat call. Girlfriend ke?' Puan Aminah sambung makan tidak mahu mengganggu anaknya.

Shah duduk di atas salah satu sofa. Dia mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum," sapa pemanggil di hujung talian terlebih dulu.

"Waalaikumussalam, ada apa ni Fizul?" balas Shah dengan pertanyaan.

"Tak ada apa, saja telefon kau. Tanya khabar," kata Fizul di hujung talian sambil tersenyum.

"Macam la aku ni tak kenal kau. Ada benda sebenarnya kan?" Shah menyoal lagi. Dia kenal sangat dengan Fizul ni. Tak pernah si Fizul telefon hanya untuk bertanya khabar.

"Kau ni, macam tahu-tahu saja. Datang rumah aku sekejap lagi boleh?" tanya Fizul tersengih kerang busuk.

Walaupun Shah tidak dapat melihat muka Fizul, dia masih dapat membayangkan bagaimana rupa kerang busuknya.

"Nak buat apa?" tanya Shah kembali.

"Ada la. Jangan lupa datang, aku tunggu kau pukul 10." Balas Fizul di hujung talian.

"Yalah. Aku nak makan ni, bye."

"Okey, jangan lupa da..." Shah terus mengakhiri panggilan. Dia terus pergi ke meja makan untuk meneruskan sarapan paginya yang tergendala tadi.

"Siapa call tadi?" tanya Puan Aminah ingin tahu.

"Fizul," balas Shah ringkas. Dia menyuap roti ke mulutnya.

"Ibu ingatkan kekasih hati kamu yang call tadi."

Shah yang sedang makan roti tadi tersedak. Cepat-cepat dia mengambil segelas air untuk minum. Kedengaran dia batuk akibat tersedak tadi. Dia mengelap bibirnya.

"Apalah ibu ni, Shah mana ada girlfriend." Shah mengambil sekeping roti lagi lalu disapukan dengan jem. Dia menyuap roti tersebut ke mulutnya.

"Ada apa Fizul call tadi?" tanya Puan Aminah. Dia juga menyuap roti ke mulutnya.

"Dia ajak pergi rumah dia sekejap lagi," balas Shah.

"Jangan lupa pakai pelitup muka," pesan Puan Aminah.

Dengan bencana Covid-19 yang melanda, dia risau jika keluarganya keluar rumah. Walaupun keluarga mereka sudah lengkap divaksin, kerisauan tetap bermain di hati.

Jam di dinding menunjukkan pukul 9.50 pagi. Shah mengambil telefon dan pelitup muka. Dia memakai pelitup muka tersebut. Dia keluar dari biliknya. Dia mahu ke rumah Fizul, seperti yang dijanjikan. Shah menggunakan motosikal miliknya. Motosikal tersebut laju bergerak atas jalan.

Setelah sampai, Shah meletakkan motornya di hadapan rumah Fizul. Shah memberi salam. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh, Shah! Dah sampai dah, marilah masuk. Fizul ada dekat dalam," ajak Puan Sarah. Mama kepada Fizul. Shah hanya tersenyum sebagai balasan. Shah masuk ke dalam rumah banglo besar itu.

Shah duduk di atas sofa yang empuk. Shah meletakkan kedua telapak tangannya ke lutut. Masih menunggu Fizul. 'Mana Fizul ni, suruh aku datang lepas tu biar aku sorang-sorang.'

"Shah!" panggil Fizul yang sedang berdiri di atas anak tangga ketiga. Shah hanya melambai sebagai balasan. "Marilah sini," ajak Fizul.

Shah berdiri. Dia berjalan ke arah Fizul. Mereka berjalan masuk ke dalam bilik Fizul. Fizul berjalan ke arah katil lalu dia duduk di atas katilnya yang empuk itu. Manakala Shah masih berdiri, segan.

"Kau tercegat dekat situ dah kenapa? Marilah duduk," ajak Fizul. Shah berjalan perlahan ke arah katil. Dia duduk di sebelah Fizul.

"Ada apa sebenarnya kau suruh aku datang ni?" tanya Shah.

"Aku nak ajak kau teman aku pergi kedai sebenarnya. Boleh?" balas Fizul.

"Kau nak beli apa?" tanya Shah lagi.

"Nak beli baranglah. Nak hias rumah, Hari Kemerdekaan kan dah nak dekat." Fizul mengambil telefon di belakangnya. Dia menekan game di telefonnya. Begitu juga dengan Shah. Mereka bermain Mobile Legends.

"Okey," balas Shah ringkas.

"Kau tak nak hias rumah kau?" tanya Fizul. Matanya masih tertumpu di skrin telefon. Tangannya pula lincah bergerak.

"Hias rumah? Malaslah aku. Dahlah tahun ni tak sama dengan tahun-tahun sebelum ni." Sejak pandemik Covid-19 berlaku, ramai orang tidak keluar rumah. Semuanya berkurung sahaja untuk mengelakkan terkena penyakit berjangkit yang sangat bahaya ini.

"Suka hati engkau la, yang penting kau ikut aku nanti."

"Yalah. Pukul 12 aku nak balik. Aku nak pergi rumah atuk aku nanti," kata Shah.

"Okey," balas Fizul ringkas. Mereka meneruskan perlawanan mereka.

Tanpa mereka sedar, dua jam sudah berlalu. Shah melihat jam di dinding. Dia berdiri daripada katil. Dia mengutip beberapa plastik coklat dan jajan yang dimakannya tadi bersama Fizul lalu dibuang ke tong sampah. Rumah orang kena jaga kebersihan.

"Kau nak balik dah ke?" tanya Fizul sebaik sahaja perasan Shah sedang mengutip sampah.

"Ya, dah pukul 12 lebih ni." Fizul mengerling ke arah jam dinding sekilas.

"Kalau macam tu, okeylah. Jumpa petang nanti," kata Fizul. Dia membiarkan Shah keluar dari bilik seorang diri.

Shah berjalan melalui ruang tamu. Kelihatan Puan Sarah sedang menonton televisyen.

"Eh, Shah. Dah nak balik ke?" tanya Puan Sarah sebaik sahaja perasan yang Shah berjalan di situ.

"Ya mak cik. Saya balik dulu," balas Shah.

"Yalah. Hati-hati," pesan Puan Sarah. Shah hanya membalas dengan senyuman manis.

Shah terus berjalan keluar dari rumah itu. Dia menunggang motosikalnya lalu laju bergerak di atas jalan raya.

|•••••••|

Shah berjalan keluar dari bilik air. Azan telah berkumandang bermaksud telah masuk waktu Zohor. Shah memakai pakaian yang lengkap dan membentangkan sejadah. Dia menunaikan solat Zohor, dimana itu perkara wajib dalam agama Islam.

Setelah selesai solat, Shah melipat sejadah dan turun ke dapur untuk makan. Kelihatan Puan Aminah juga berada di dapur. Dia sedang mencuci pinggan mangkuk. Shah menarik salah satu kerusi. Kedengaran bunyi gesekan antara kaki kerusi dan lantai. Puan Aminah melihat kebelakang.

"Shah, kamu nak makan ke?" tanya Puan Aminah.

"Nak," jawab Shah ringkas.

Puan Aminah berjalan mengambil pinggan. Dia pergi ke meja makan. Dia menyedok nasi lalu diberikan kepada Shah. Shah mengambil huluran itu. Dia mengambil lauk, lalu dia menyuapkan ke mulutnya.

"Kamu nak pergi mana-mana ke lepas ni?" tanya Puan Aminah.

Shah menghabiskan makan dalam mulutnya sebelum menjawab. "Ada. Nak pergi rumah atuk."

"Nanti kamu kirim salam ibu ya." Shah hanya mengangguk sebagai balasan.

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Shah masuk ke dalam biliknya untuk mengambil kunci motosikal dan dompet. Dia keluar dari biliknya. Dia berjalan melalui ruang tamu. Ibunya yang sedang menonton televisyen memandang Shah.

"Nak pergi dah?" tanya Puan Aminah.

"Ya ibu," balas Shah. Dia berjalan menghampiri Puan Aminah lalu bersalam.

"Hati-hati. Jangan lupa kirim salam dekat atuk kamu," pesan Puan Aminah.

"Baik ibu." Shah berjalan keluar dari rumah. Dia menunggang motosikal. Motosikalnya laju bergerak menuju ke rumah atuknya.

Setelah hampir 15 minit di atas jalan raya, Shah pun sampai ke tempat yang dituju. Dia memarkir motosikalnya di hadapan rumah atuknya di bawah sebuah pokok kayu yang agak rendang.

"Assalamualaikum." Shah memberi salam sebaik sahaja dia betul-betul berada di hadapan rumah itu. Setelah beberapa minit, barulah ada sahutan dari dalam.

"Waalaikumussalam." Kedengaran satu suara wanita yang menjawab salam. Pintu dibuka dari dalam. Muncul seorang wanita yang telah ditelan usia dari sebalik pintu.

"Nenek!" jerit Shah tetapi tidak terlalu kuat. Dia memeluk neneknya.

"Shah. Kamu buat apa di sini? Sorang saja ke?" tanya neneknya.

"Saja datang sini nak melawat atuk dengan nenek. Mana atuk?" tanya Shah pula.

"Atuk kamu pergi kedai tadi. Sekejap lagi baliklah tu," kata neneknya.

Neneknya mengajak Shah masuk ke dalam. Shah membuka kasutnya lalu dia berjalan masuk ke dalam rumah beriringan dengan neneknya. Dia duduk di atas sofa yang empuk. Begitu juga dengan neneknya. Tiba-tiba kedengaran bunyi motor di luar rumah.

"Tu atuk kamu dah balik." Shah berjalan membuka pintu. Dia melihat atuknya sedang berjalan.

"Atuk!" panggil Shah.

"Eh, kamu rupanya! Atuk ingatkan motosikal siapa tadi," kata atuknya. Shah berjalan menuju ke arah atuknya. Dia bersalam dengan atuknya. "Dah lama kamu sampai?" tanya atuknya.

"Taklah, baru sampai." Mereka masuk ke dalam rumah. Mereka duduk di ruang tamu, menonton televisyen.

Shah mengambil telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi Instagram. Dia melihat gambar yang baru dia post beberapa hari yang lalu. 570 ribu like. Ya, Shah agak terkenal. Dia membalas beberapa komen sebelum menutup telefon semula.

"Ibu dengan abah kamu apa cerita?" tanya atuknya memulakan bicara.

"Macam tulah, ibu ada dekat rumah. Abah pula kerja," balas Shah. "Oh, ya! Ibu ada kirim salam tadi," kata Shah sebaik sahaja dia teringat akan pesanan ibunya tadi. Atuk dan neneknya menjawab salam.

"Mari kita duduk dekat luar, dekat pangkin bawah pokok tu." Atuknya mengajak setelah lama mereka duduk berbual dan bergelak tawa di situ. Bosan agaknya.

"Jom," balas Shah ringkas.

"Pergilah dulu, nanti nenek pergi. Nenek nak ambil rojak," kata neneknya.

"Bagus juga idea tu," lantas atuknya berkata.

"Amboi atuk, cepat ya."

"Mestilah."

Mereka keluar dari rumah menuju ke pangkin. Manakala nenek pula masuk ke dapur untuk memotong beberapa jenis buah.

"Kamu ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" tanya atuk.

"Shah nak teman kawan Shah beli barang nanti," balas Shah.

"Barang apa?" tanya atuknya lagi.

"Entahlah dia, nak beli barang untuk hias rumah. Hari Kemerdekaan kan dah nak dekat," balas Shah.

Kelihatan nenek sedang berjalan menuju ke arah mereka dengan dulang di tangannya. Nenek meletakkan dulang tersebut. Dia juga duduk di atas pangkin.

"Nanti kamu tolong belikan bendera untuk atuk sekali," pinta atuknya.

"Atuk pun nak hias rumah ke?" tanya Shah pula.

"Yalah, kamu tak nak hias ke?"

"Buat apa? Lagi pun, tahun ni bukan macam tahun-tahun lepas. Lainlah sebelum ni, meriah! Tapi sekarang semua berkurung," kata Shah.

"Janganlah macam tu. Walau apapun yang terjadi, kita kenalah hias rumah. Ini salah satu cara kita untuk menghargai tokoh-tokoh negara zaman dahulu. Tanpa mereka, tak tahulah apa yang akan terjadi. Mungkin negara kita masih dijajah?"

"Betul tu. Dan sekarang, kita pula yang kena jadi pahlawan. Pahlawan untuk melawan virus yang sedang menular ni. Dengan cara meraikan Hari Kemerdekaan ini mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada negara? Kepada para barisan hadapan yang bermati-matian berkorban demi negara," sambung neneknya pula.

Sejak itu, Shah sedar yang melakukan perkara-perkara kecil ini mungkin dapat membantu negara, dapat memberi semangat kepada negara, dapat berjuang untuk negara.

|••••••••••|

"Mana Shah ni, dah pukul 5.30 ni. Lambat betullah dia ni," gumam Fizul sendiri. Sesekali dia melihat ke arah jam tangannya.

Kedengaran bunyi motosikal dari jauh. Motosikal itu berhenti betul-betul di hadapannya. Fizul menarik muka masam.

"Lambatlah kau ni," kata Fizul.

"Maaflah, aku lewat sikit."

"Sikit kau kata? Kau lewat 30 minit," kata Fizul sambil buat muka.

"Yalah, cepatlah. Nanti lewat," kata Shah pula.

"Pergi dengan kereta aku," ajak Fizul.

"Kenapa?" tanya Shah pelik.

"Dah tu takkan kau nak aku naik motor sekali dengan kau?" balas Fizul.

"Apa salahnya?" tanya Shah dengan selamba sambil mengangkat kedua keningnya.

"Cepatlah!" gesa Fizul. Shah hanya ketawa melihat gelagat Fizul.

Mereka memulakan perjalan mereka ke kedai. Banyak barang yang mereka beli. Bendera kecil, bendera besar dan lain-lain. Setelah hampir sejam mereka membeli barang, mereka akhirnya pulang ke rumah Fizul.

"Aku balik dulu," kata Shah.

"Bye!"

|•••••••••••|

Hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia telah tiba. Hari dimana Malaysia telah merdeka daripada penjajah. Walau apapun yang terjadi, kita tetap perlu meraikan Hari Kemerdekaan sebagai tanda menghargai tokoh-tokoh terdahulu.

Dan juga untuk memberikan semangat kepada rakyat Malaysia untuk terus berjuang melawan wabak demi negara. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Malaysia prihatin, Malaysia boleh menang! Kita jaga kita!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro