🔑 C 16🔑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu bilik rawatan di tolak kuat.

"ANNA!”
Akim yang entah dari mana, tiba tiba menerjah bilik rawatan dengan wajah risau. Penuh manik peluh menghiasi wajahnya.

"Anna! Kenapa ambik kak liya lambat sangat? See what happen! "
Sebut akim dengan marah sambil mengoncang bahu anna.  Geram.

Jelas terpancar wajah anna dalam kornea mata aku  yang dia sedang menahan air mata daripada luruh.

Oleh kerana aku duduk di atas kerusi, kaki ku yang baik² sahaja ku angkat tinggi lalu menendang bahu akim dengan kuat.

Akim terdorong agak jauh kerana tendanganku cukup kuat.

"Kau pehal ha?! Boleh tak kau hentikan rancangan mahu cederakan orang?!  Kau sedar tak ni klinik?! Tempat awam?  Kau nak masuk lokap?! "
Marahku sambil menjegilkan mata kearahnya. Ikutkan hati memang aku nak sumbat dia kedalam lokap. Tapi aku tak sanggup.

Kenapa?
Entahlah aku pun tak tahu...

"Liya.. Awak okey?  Awak betul² okey?”
Sebut akim sambil mendekatiku. Sesekali tanganya mengosok bahu sendiri dek kerana tendangan mautku.

"Kau ada matakan? Kau tak payah acah² care la akim... Jijik tahu tak?  J - i - j - i - k... Jijik! "
Sebutku dengan menekankan ton suara semasa mengeja jijik. Benar... Aku memang jijik memandangnya.

"Kak liya... Abang akim-"

"Shhhhh.. Stop anna.. Akak dah bosan dengan jejaka bernama akim danieal. Dasar dua personaliti! "
Kata² jahatku mula terhambur keluar. Aku tidak mampu bertahan dengan jejaka bernama akim ni. Dasar psycho!

"Kak liya.. Abang akim tak da-”

"Shhhhh! ”
Sekali lagi aku memotong kata² anna. Buat masa ni aku tidak mahu sebarang penjelasan. Aku tak mahu!

Aku bangkit pelahan dari kerusi lalu menapak pergi dengan terhincut-hincut dek kerana kaki terseliuh.

"Chagi.. Meh saya bantu.. "
Pelawa akim lalu memegang bahuku untuk membantu.

"Tak payah! ”
Jerkahku lalu menolak akim kasar. Suka suki dia je nak tolong aku. Dasar PELAKON tak berbayar! Tunjuk BAIK konon!

"Kak liya.. Meh anna tolong hantarkan kak liya balik.. "
Pelawa anna pula sambil membantu aku untuk berjalan.

Pelawaan anna ku terima baik. Kalau aku tolak.. Aku nak balik ngan sape?

Teksi?
Maaf aku takde duit.

"Anna.. Jaga kak liya elok²... Nanti abang checkout hospital lusa, abang datang melawat. "
Sebut akim lembut sambil tersenyum manis.

"Baik ab-”

"Tak payah setan. Aku tak perlukan kau.. "
Mulutku lancar mengalirkan kata² hina terhadap akim. Dah nak buat macam mana? Aku benci dia. Kot.

"Emm.. Jaga diri tau chagi.. Anna.. Jaga kak liya lek lok.. Jangan tinggal dia bersendirian... Tau.. "
Pesan akim lagi. Matanya berkaca kaca. Mungkin dia nak tayangkan air mata palsu..

Eeeyuu.

"Baik... Anna ak-”

"No chagi la si*l.. Aku geli.. Tau tak geli?  Berambus kau dari sini. Buat semak  dalam mata aku je.."
Kata² anna ku potong laju. Mulutku sekali lagi menghamburkan kata² jahat. Akim ku halau bagaikan klinik ni kepunyaan aku.

"Liya... Sa-”

"Kau berambus syaiton bertopeng manusia. Ke kau nak aku tendang kau baru nak keluar?  Aku cakap keluar, keluar la! "
Jerkahku kuat. Habis isi klinik memandangku dengan mulut membisu.

"Ja.. Jaga diri.. "
Sebut akim dengan air mata ditubir lalu keluar dari klinik.

"Puas hati aku”
Baru sahaja aku mahu melangkah keluar, tiba² seorang kanak² lelaki menarik bajuku.

"Akak.. Akak tak baik cakap macam tu kat suami akak.. "
Sebut budak lelaki itu dalam lingkungan 5 tahun sambil membuat wajah sedih.

"Kau diam budak sebelum aku cili mulut kau"
Balasku lalu menolak tangan budak itu dari terus memegang bajuku.

"Haish kak liya.. Jom balik.. "
Sebut anna lalu mengheret aku keluar. Kalau tak, lunyai budak tu ditumbuk aku.

Hish!

Tok tok tok
Pintu bilikku diketuk tanpa irama.

"Kak liya... Anna ada bawa su-”

"Letak je kat luar tu"
Kataku dingin. Entah kali keberapa harini aku memotong kata² anna.

"Kak liya... Kak liya janji keluar makan tau.. "
Sebut anna dari luar bilikku.

"Aku puasa"
Bohongku. Tak mahu la aku makan makanan yang dikirim akim. K - O -T -O -R. Kotor!

"Tapi akak tak sahur pun.. "
Sebut anna lagi.

"Diam dan sila berambus"
Balasku. Kesian anna menjadi mangsa aku lepas amarah. Aku harap dia faham keadaan aku sekarang.

Maafkan akak anna...

🔗🔗🔗

5 hari berlalu. Akim yang sentiasa datang ke rumah, ku palau sepalaunya. Aku benci dia! Segala layanan baik dia ku balas jahat. Ada aku kesah dia buat baik?

Dasar pyscho!

Jam dinding menunjukan tepat 2.00 tengah hari. Tv yang menayangkan lagu didi ku pandang kosong.

"Haih... Didi.. Maafkan liya.. Liya takde mood.. "
Sebutku sendirian sambil memandang didi yang sedang rancak bernyanyi.

"Pak beruang pak beruang, nak pergi mana? "
Anna yang entah dari mana tiba ² datang mendekati sofa yang aku duduk. Laju kepalanya diletakan di atas riba ku.

"Akak... Anna ada buat salah ke? Sampai akak tarik muka masam? ”
Tanya anna dengan matanya memandang aku tepat.

"Takde.. Akak cuma tertekan. "
Balasku tanpa memandang wajahnya. Rasa bersalah pulak nak pandang dia.

"Tertekan dengan abang akim? ”
Tanya anna dengan matanya masih memandangku. Janggal la pula. Haish.

" anna nak tengok cerita apa? Jom tonton sama²"
Aku cuba menukar topik. Tak mahu la aku  bercakap tentang mamat pyscho tu.

"Akak ni sama la dengan arwah.. "

Terkejut aku mendengar kata² anna. Arwah?  Arwah siapa?

"Arwah? Arwah siapa? ”
Tanyaku lalu memandang wajah anna dengan wajah terkejut.

"Anna suka tengok cerita atomen"
Balas anna lalu matanya memandang skrin tv.

"Anna.. Akak serius.. Arwah siapa? "
Tanya ku sambil mengangkat anna supaya bangun dari ribaku. Bahu anna ku pegang kemas.

"Arwah... Arwah yang paling... Baik.. "
Sebut anna sambil tersenyum. Matanya mula berkaca.

"Siapa? "
Sekarang aku bingung. Arwah siapa yang baik? Yang sama macam aku?  Opah aku?  Takkan la. Kakak aku?  Kak lia? Mustahil.

"Dia.. "

Tok tok...

Pintu rumahku tiba² diketuk.

Haish potong line laa.

"Auuu yeah.. Pizza anna pesan da sampai! Jap anna nak pegi ambik. "
Sebut anna teruja lalu meninggalkan aku yang terlopong ini.

Takgune punya delivery. Haih masa ni la nak datang.

Sokeh janji perut aku kenyang.

"Okeh.. Ni dia pizza. "
Sebut anna lalu mengambil tempat duduk dengan tanganya ligat membuka kotak pizza yang diodernya.


"Anna... Arwah siapa? ”
Tanyaku lalu menyumbat pizza kedalam mulut. Topik tadi ku bawa kembali.

"Arwah.. Bekas girlfriend abang anna.. "
Jawab anna sambil tersenyum hambar.

"Akim? "
Tanyaku. Anna ada abang sorang je kan?  Eh silap² anna ada dua abang. Yang satu lagi tu meninggal. Kan? Kesalah?

"Haha.. Anna suka layanan arwah tu. Dia baik.. Lembut... Abang sulung anna memang sayang gila kat dia. Tapi tu la jodoh tak panjang."
Sebut anna lagi.

"Kenapa? What happen? ”
Tanyaku dengan penuh minat.

"Abang anna curang.. Jadi... Em... Huh.. "
Anna mengeluh panjang. Terpancar wajah anna yang bercelaru.

"Jadi? "
Aku tak sabar nak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Macam dalam drama lak.

"Mati.. "
Sambung anna

"Mati? Siapa yang mati?"

"Abang.. Dan...























〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰🕊〰〰

See next chap ye!
Lobiu!





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro