🔑C 17🔑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang dan... "

"Dan sape? "
Tanyaku dengan tidak sabar.

"Abang dan jantung dia "
Jawab anna lalu mengembungkan pipinya menahan tawa.

Erk

"Apa anna ni... Buat lawak lak! Hambar tau! ”
Sebutku lalu memukul bahunya pelahan. Aku tahu, anna sengaja tak mahu buka cerita.

"Ahahha.. Kan kalau mati, jantung turut mati. Hahahahah"
Anna mula meloyar buruk.

Muka buruk ku tayangkan.
Berdekah si anna ketawa.
Seram gak suara dia gelak.

"Anna.. Nak tanya olee.. "
Tanyaku sambil menyuap sekali lagi pizza kedalam mulut.

"Ha tanya la"
Jawab anna tanpa fokus kearahku.

"Apa nama girlfriend abang sulung anna? ”
Saja aku mengorek rahsia. Mana tahu abang dia couple dengan nenek aku. Tak gitu?

"Uhuk.. Uhuk uhuk! "
Soalan aku membuatkan anna tersedak. Laju aku mengosok belakang anna untuk melegakan tersedaknya.

"Hish akak ni.. Tersedak anna."
Tisu yang diberi percuma oleh pihak pizza,dicapai lalu anna mengelap bibirnya yang agak comot.

"Eheheh.. Sabar ek ya ukhti"
Sebutku sambil menahan tawa.

"Ha iyo laa kak... "
Balas anna sambil memuncung manja.

"Cepat laa.. Nama girlfriend abang sulung  apa? "
Tanyaku dengan tidak sabar.

"Nama girlfriend abang ialah... "

Pranggg!

Baru sahaja anna mahu menyebut nama girlfriend arwah abang sulungnya, tiba² gambar kakaku jatuh dari meja.

Pecah berderai!

"Alamak.. Canne bole jadi nii.. "
Laju aku bangkit dan mencapai plastik pizza, lalu mengutip kaca pelahan. Tak mahu anna terpijak,kalau tak, mahunya abang pysconya sembelih aku.

Selesai mengutip kaca, aku memandang wajah anna yang beku. Dia hanya diam seribu bahasa. Langsung tidak bergerak.

"Anna?"
Panggilku pelahan.

Namun tiada sebarang sahutan. Matanya hanya membulat dan terdiam kaku.

"Anna?”
Pelahan aku menyentuh bahu anna.

Terjungkit bahunya terkejut. 'Slow' je kot aku sentuh.

"Anna.. Kenapa ni? ”
Tanyaku dengan dahi berkerut. Risau jugak aku. Tibe je kaku.

"Er tak de pape. Takde pape.. "
Sebut anna lalu menyuapkan kembali pizza kedalam mulutnya dan senyuman paksa ditayangnya.

Apa kena dengan budak ni?
Lain semacam.

Plastik yang dipenuhi kaca ku letak kedalam tong sampah ruang tamu. Gambar arwah kakaku, ku letakan di atas meja.

Kemudian aku menuju ke singki untuk mencuci tangan. Dalam benakku tak habis² berfikir. Macam mana frame tu boleh jatuh.

Kucing?
Kucing kakak aku dah hilang.
Haish.

Selesai aku mencuci tangan, aku menuju  ke arah anna yang sedang menjamah selera.

Aku kembali duduk sebelah anna. Pizza ku capai lalu menyuapkan kedalam mulut. Anak mataku memandang anna yang sedang leka memandang gambar wajah arwah kak lia.

Anna kenal ke kak lia?

"Anna?"
Panggilku.

Laju anna meletakan kembali gambar arwah kak lia di atas meja.

"Apa kak?"
Balas anna sambil tersenyum palsu.

"Kenal ke arwah kak lia? Kakak kepada akak. "
Tanyaku. Keliru jugak, sebab aku perasan, mata anna berkaca semasa memandang gambar arwah.

Laju anna mengeleng.

"Ingatkan kenal.. "

Anna tipu aku ke?

🔗🔗🔗

Bantal didi ku peluk kemas. Sesekali mataku memandang ke atas almari. Atas almari baju ku terdapat sebuah kotak pink yang diberi arwah kakaku, sebelum kematianya.

Kotak itu langsung aku tak buka. Sakit hati 'plus’ kecewa menghalangku untuk membuka kotak itu.

Aku perasan
Sejak arwah kakak aku mati, macam² benda buruk berlaku kat aku.

Kenapa?

Sedang elok pikiran ku melambung jauh, tiba² handphoneku berdering.

Laju aku mencapai dan membaca nama di screen.

nama 'MAMAT PYSCHO' jelas terpapar di skrin.

Akim. Hem..

Aku mengeluh panjang.

Butang aplikasi whatapps ku tekan malas.
Contact akim ku buka.

Mesej yang dihantarnya ku baca pelahan

Aku tersenyum sendiri.

Banyak gak aku bluetick dia. Oleh kerana rasa kesian, aku berniat untuk membalas mesejnya. Dengan tak ikhlas.

👤MAMAT PYSCHO
Onine

Assalamualaikum
Awak sihat liya?

Em. Pehal kau?

Saya rindu awak..

Hotak dia rindu.
Cakap je la kau rindu
Darah aku.

😢sampai
Hati

Lantak kau

Amani dahliya..
Saya mintak maaf..

suka suki dia nak mintak maaf? Memang tak la aku nak maafkan. Mesej yang dihantar akim itu, aku hadiahkan bluetick.

Handphone yang tidak bersalah ku hempas kuat. Hish, otak aku berserabut!

Ting!

Handphone ku berdering lagi. Aku memandang kembali skrin yang kelihatan sedikit retak.

Nama 'NICK' terpapar di screen.
Sekali lagi apps whatapps ku tekan.

👤NICK
Online

Salam. Liya. Nak
Cakap sikit boleh?

Pe?

Ni bukan salah dia.

kau pehal tibe?

Akim. ni tentang akim.

oh.. Mamat tu
Bayar kau ke?
Sampai nak backup
Dia bagai?

tak².. Dia baik.
Tak macam yg awak
Sangka.

Kau tak kenal dia lagi
Nick.

bagi masa
Akim terangkan
Please..

Kini nick pula menerima hadiah bluetick dari aku.
Aku tahu, Mamat pyscho tu yang bayar nick. Kalau tak pun, nick terhutang budi kat akim. Hish..

Pikiranku yang berserabut menjadi makin berserabut. Butang off ku tekan pada skrin handphone. Maka tiada lagi gangguan lepas ni.

Bantal didi yang ku peluk, ku pandang lama.

"Didi.. Kenapa semua ni berlaku tak liya? ”
Sebutku pelahan lalu memeluk didi dengan kemas. Mataku pejam rapat. Aku cuba untuk tidur.

Tetapi susah.
Ku paksa mataku untuk sentiasa tertutup.

Dan akhirnya aku terlelap.

Daun yang ditiup angin, jatuh dengan lemah gemalai menyembah tanah. Tiupan angin yang sejuk, ku hayati. Aku leka dengan keindahan alam.

"Liya... "

Sayup² kedengaran suara lembut memanggilku. Tapi suara tu langsung tidak asing bagiku.

"Liya... "
Laju aku menoleh memandang sebelah kananku.

"Opah!"
Tangisan mula menghiasi wajahku. Laju aku berlari memeluk tubuh tua di hadapanku.

"Opah! Kenapa opah tinggal liya... Opah... "
Tangisku makin menjadi jadi apabila tubuh  tua itu membalas pelukkan ku.

"Opah tak pergi mana sayang. Opah ada je dengan liya.. "
Lembut tangan tua itu mengusap kepalaku.

"Opah.. Hidup liya berserabut opah... Tak de sape yang ada dengan liya... Yang sayang liya... "
Aduku dengan esakkan yang melampau.

"Ada.. Ada liya cucuku.. Ramai.. Ramai sangat.. "
Balas opah dengan tanganya tidak henti² mengusapku.

"Siapa opah?.. ”
Tanyaku lalu memandang mata opah sayu.

"Yang kamu kecewakan... "
Balas opah lalu tersenyum manis.

"Liya kecewakan? ”
Aku bingung dengan jawapan opah. Siapa?

"Yang kamu sayang... "
Sebut tubuh tua itu lagi.

"Opah? "
Cahaya mula menyinari sekeliling. Opah yang elok menjadi pepejal, pelahan lahan menjadi abu.

"Opah? ”

"Yang kamu suka... "
Suara yang makin pelahan menerjah telingaku.

"Opah? "

"Opah!!! ”

Sekelip mata kawasan berubah menjadi gelap dan suram.

"Opah? ”
Panggilku lagi.

"Liya... "
Bukan suara opah yang menyahut, tetapi suara lain.

"Siapa tu? "
Tanyaku. Aku bingung. Aku kat mana ni?
Kawasan sangat luas, namun satu cahaya pun tiada.

Aku mula berlari dengan tidak tentu arah. Semua tempat aku pergi. Namun tempat sama yang aku temui.

Tiba² satu cahaya menerangi kawasan yang gelap ini. Satu figura membentuk di sebalik cahaya.

"Akim? "

Betul. Tu memang akim. Akim yang entah dari mana, tiba tiba berlari kearahku. Laju dia datang memelukku.

Argh!
Sakit!

"Kak liya.. "

"Kak liya.... "

"Kak liya! "

Terangkat bahu aku kerana terkejut.
Manik² peluh menghiasi dahiku.

"Akak kenapa tidur terjerit jerit ni? Terkejut anna.. "
Kata anna dengan rambut yang serabai sambil memuncung kearahku.

Tidur? Maknanya aku mimpi je la tadi?  Apa maksud mimpi tu?

"Akak mimpi seram ke? Nak anna temankan? "
Pelawa anna sambil mengosok matanya yang mempunyai sisa mengantuk.

"Tak.. Tak apa.. "
Tolaku lembut.

"Pasti ni? "

"Iyaaaa.. "

Anna hanya mengangguk lalu keluar dari bilikku.

Handphone yang dimatikan tadi, ku hidupkan kembali.

Beberapa saat kemudian, sesuatu membuatkan aku terkejut.

"What?! ”



〰〰〰〰〰〰〰🕊〰〰〰〰〰〰〰

See next chap tau❤

Kalau sudi vote la✨

Sorry kalau tadi keluar noti update tapi
Takde chapter ni.

Sebab sy delete.

Tiba part ni tak complete

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro