🌼C 26🌼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nak intip or tak payah?"
Pelbagai tindakan menari di dalam fikiranku.

Gelak ketawa yang dihasilkan oleh lily amat jelas masuk ke dalam gegendang telingaku.

Aku cuba berfikiran positif dan matang.

Patut ke aku intip?
Perlu ke?
Kot² dia dengan doktor tu kawan baik.
Doktor laki ke perempuan?
Tengah buat apa sampai gelak bagai.
Buat apa lama²?

Gelak ketawa manja lily makin kuat.

"Esh.. Tak patut aku intip.. Kacau orang tengah borak pula."
Aku mula menapak kebelakang untuk pergi.

"Eh kejap.. Dia borak dengan siapa? Dengar suara dia sorang je.. "
kepalaku kembali berpusing memandang langsir yang bergerak pelahan.

Perasaan ingin mengintip makin meninggi di dalam diriku.

Suara lily ketawa memang jelas, namun dia tengah ketawa dengan siapa?

"That not funny anymore emm.."
Suara lily sedang berbicara pula menerjah telingaku.

Aku tak sabar menunggu suara yang akan membalas percakapan lily.

Namun harapanku meleset.

"Dah la awak.. Lily keluar dulu tau.. Jumpa nanti. Bye sweetie"
Kata² lily membuatkan aku tersentak. Aku kena cepat² keluar.

Langkahku buka seluas mungkin, namun masih di dalam kadar senyap.

Pintu bilik rawatan ku buka sikit lalu keluar. Pintu yang terbuka itu ku tutup pelahan lalu kembali duduk di kerusi pelawat.

Aku mula berpura-pura tidur setelah nampak tombol pintu mula berpusing.

"Liya?”
Panggil lily pelahan.

Aku hanya memekakkan telinga agar lakonan tidurku berjaya.

"Iiya? "
Bahuku di tepuk pelahan oleh lily.
Tangan lily yang sedikit basah ku pengang. Mataku celik sedikit memandang lily yang sedang tersenyum.

"Eh lily.. Bila siap?"
Tanyaku berpura-pura tidak tahu. Sambil mengosok mata untuk menghasilkan lakonan yang berjaya.

"Baru je.. Sian liya sampai tertidur. Sorry tau lama.. "
Sebut lily lalu menarik skirt aras lututnya turun kebawah sedikit untuk betulkanya.

"Oh takpe².. Nak buat cane kan"
Sebutku lalu mengusap perut kempis lily pelahan.

"Sorry la liya.. Lily jumpa kawan lama.. Tak sangka pula doktor yang buat check up hari ni, kawan sekampung dulu. Tu lama sikit... Sorry tau. "
Sebut lily sambil memandang perutnya yang di sentuh oleh ku.

"Ohh patut la.. Ok jom balik.. "
Balasku lalu bangkit untuk pulang. Keadaan klinik yang sunyi tanpa pesakit lain membuatkan ku keliru.

Apa takde orang sakit ke hari ni?tak de Orang buat check up ke.. Takpe la abaikan. Bukan klinik aku pun.

"Mesti liya pelikkan kenapa klinik ni sunyi."
Sebut lily sambil tanganya sedang mengosok perut sendiri.

"Haha.. Mane tahu, liya fikir semua ni? "
Tanyaku sambil tergelak kecil. Hebat juga lily ni.

"Haha.. Klinik ni klinik baru. Jadi ni cawangan pertama. Jadi tak ramai sangat yang tahu. "
Sebut lily sambil tersenyum.

"Ooo"
Sekarang aku dah faham. Kenapa kosong semacam je.

🔗🔗

Sesudu demi sedudu bubur kacang masuk kedalam mulutku.

"Emmm anna sedapnyaaa bubur ni.. Anna beli kat mana? Akak nak beli lagi esok.. "
Sebut ku lalu menyenduk bubur kacang masuk ke dalam mangkuk ku yang kosong. Entah kali keberapa aku tambah bubur.

"Hahaha.. Sedap sangatkan akak.. Anna dah lama nak makan bubur ni.. Last makan tahun lepas."
Sebut anna sambil menyuapkan bubur kacang kedalam mulutnya. Mood dia hari ni kelihatan agak baik. Senyum je memanjang.

"Anna.. Anna beli kat mana? Esok akak nak beli.. Sedap sangat nii.. "
Sebutku sambil menepuk bahunya beberapa kali kerana tidak tahan dengan kesedapan.

"Errr ahhaah.. Sedapkan? "
Soal anna lalu meletakan mangkuk buburnya ke atas meja.

"Anna jangan la rahsia.. Akak nak beli esok... "
Sebut ku dengan nada merayu. Mangkuk buburku letak keriba.

"Bubur ni.. Abang akim yang buat.. "
sebut anna lalu mengangkat kembali mangkuknya dan sambung makan.

What?

Mangkuk bubur yang berada di ribaku, ku letak keatas meja. Tiba² bubur kacang itu jadi tidak sedap. Tawar.

"Makan la anna.. Akak dah kenyang.. Akak naik tidur dulu.. Good night..sweetie "
Sebutku lalu menapak pergi. Aku tidak sanggup menoleh melihat reaksi anna setelah aku menolak serta merta bubur kacang tersebut setelah  tahu yang akim masakan bubur. Bukan beli.

Mesti dia kecewa dengan aku.
Maaf anna.. Akak tak boleh..

Baru sahaja aku mahu menapak ke tangga pertama, handphoneku yang berada di sebelah anna berdering.

Alamak.. Nak tak nak aku kena toleh kearah anna.

"Akak.. Lily call.. "
Sebut anna lalu menunjukan handphone ku kearahku. Terpapar nama lily di skrin.

Anna hanya bermuka kaku, tidak berperasaan.

Aku menarik nafas panjang, lalu menapak menuju kearah anna yang tengah menghulurkan handphone kepadaku.

"Hello.. Nak apa lily? "
Soalku bernada datar.

"Liya.. Teman saya pergi beli baju baby.. Boleh? "
Soal lily dari dalam panggilan.

"Ha oke.. Bila tu? ”
Soalku lagi.

"Kita jumpa kat mall... Jam 3 petang esok... "
Sebut lily dengan nada agak ceria.

"Ok boleh"

Tit talian diputuskan. Aku mengeluh panjang. Kerana niat aku untuk tidur siang esok terbantut.

"Akak nak pergi mana? "
Soal anna sambil matanya fokus memandang tv.

"Akak nak pergi teman lily pergi beli baju baby.. Kenapa?"
Jawabku diikuti dengan soalan. Anna ni kenapa? Setiap kali aku cakap aku keluar dengan lily, wajahnya akan masam.

"Jangan.. "
sebut anna pelahan.

"Kenapa? "
Soalku lagi.

Anna hanya berdiam diri, kemudian dia mengambil mangkuk dan bawanya kedapur. Seolah olah anna mahu mengelak dari soalan aku.

Disebabkan aku mengantuk, aku mengambil keputusan untuk malas bertanya dan masuk tidur.

⚛ANNA POV⚛

Nombor abang kesayanganku akim,  menjadi mangsa jari runcingku.

Tit tit dan talian bersambung.

"Assalamualaikum abang.. Anna nak cakap benda ni"
Sebutku sambil tersenyum.

"Ahh uh aduh.. Ye.. Ade apa? "
Soal abangku dengan nada agak serak.

"Abang ni kenapa bunyi sakit je.. "
soalku sambil berkerut dahi.

"Haish takde ape lah.. Ni kenapa call? "
Jawab abangku dituruti  dengan soalan.

"Tentang rancangan kita"
Sebutku lalu mengigit kuku sedikit.

"Oh okey.. Bila nak start? "
Soal abangku bernada sedikit semangat.

"Seperti yang kita bincang di perpustakaan hari tu"
Balasku bernada ceria.

"Ouh hehehehe.. Tak sabar nak jatuhkan perempuan si*l tu.. "
Sebut abangku dengan ketawa penuh makna.

"Si*l la sangat padahal buah hati abangkan... Hahaha"
Balasku lalu mengawal ton suara, takut si liya bangun pula.

"Hahahah buah hati la sangat.. Menyampah.. Bukan ke anna yang sayang sangat kat dia?HAHAHA"
Balas abangku diikuti dengan suara hilaian  agak kuat.

"Esh abang ni.. Sakit telinga anna. Slow la sikit... Bila pulak anna suka betina tu? Anna menyamar je lah"
Balasku selamba.

"Adik abang ni memang terbaik laaa haha.. Dah la abang nak jumpa kawan abang.. "
Sebut abangku bernada selamba.

"Ayokk sape tu? Jangan buat bende tu bang.. "
Sebutku sambil menahan tawa.

"Ahahah haish takde lah.. Tak de mood harini.. Dah la abang pergi dulu.. "
Sebut abangku lalu mematikan talian

Ceh selamba je tamatkan talian.

🔗🔗

☢ LIYA POV☢

"Lily.. Nak beli baju yang mana? ”
Soalku sambil memegang baju bayi yang berwarna putih cream.

"Sebenarnya lily tak tahu lagi jantina baby.. So kita beli yang macam sesuai untuk kedua jantina.. Macam warna mint ni.. "
Sebut lily lalu menunjukan baju berwarna mint bercorak gajah.

"Kan comel jugak ni.. "
Baju bayi berwarna cream tadiku letak kembali.

Tengah kusyuk mencari baju dan sarung tangan baby, tiba² mataku tertarik kearah tiang di hujung kedai. Aku dapati ada dua orang yang mengintip kami. Seorang pakai baju ibu mengandung berkaca mata hitam dan seorang lagi memakai kemeja dan juga berkaca mata hitam. Yang aku pelik, kenapa asyik duk pandang² aku dan lily? Tahu la aku ni cantik.

Eh

Aku mengecilkan mata aku untuk meneka identiti yang mula menyorok di sebalik baju² bayi.

Siapa agaknya? Seorang lagi bermisai senget. Ade ke patut cukur misai senget? Sorang lagi pulak perut boyot kedepan. Mesti mengandung yang sedang menghintung hari untuk bersalin.

Yang tak faham, kenapa pandang semacam je? Baru sahaja aku membuka langkah untuk mendekati dua insan yang mencurigakan itu, tiba² lily menghentikan langkahku.

"Liya? Tengok apa tu? "
Sebut lily pelahan. Laju aku menoleh kearah lily yang berwajah bingung.

"Tak de ape²”
Balasku lalu berpaling kembali ke arah dua insan yang mencurigakan itu.

Aku dapati mereka berdua sedang berlari keluar dari kedai, mungkin mereka dah perasaan yang aku nampak dorang.

Yang tak tahanya boleh perempuan mengandung tu lari? Lucu tahu... Mesti anak dalam kandungan dia tu ingatkan gempa bumi.

Haih

Aku mula berfikiran positif. Mungkin mereka tak pandang, aku je yang perasan lebih.

Tit tit..

Handphoneku mula berdering. Siapa yang call pula ni?

"Hello? "



.
.
.
.
.

See next chap!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro