🌼C 27🌼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hello? "
Sebutku sambil memandang lily yang tengah tersenyum memandang baju bayi.

"Hello akak.. Ni anna ni.. Anna guna nombor baru.. "
Kedengaran suara anna di dalam panggilan. Suaranya agak tengelam timbul, mungkin dia berada di tempat awam kerana kedengaran agak bising.

"Anna kat mana ni? "
Soalku

"Anna ade kat rumah kenapa akak? "
Laju anna menjawab soalanku.

Kat rumah? Kenapa riuh semacam?
Macam pelik je anna ni.

"Ada tetamu ke kat rumah?"
Soalku bernada keliru.

"Ehh tak de orang.. Kenapa akak? "
Jawab anna diikuti dengan soalan.

"Takde ape la.. Ni kenapa call? "
Soalku lagi.

"Akak jemput la kak lily datang rumah.. Lusa.. Sebab anna niat nak buat makan² sikit sempena anna nak exam. Boleh? "
Sebut anna dengan nada agak teruja.

"Rumah akak atau rumah abang anna? "
Soalku pula.

"Niat nak buat kat rumah abang akim . Sebab ramai orang kenal rumah abang akim..jadi senang la tetamu nak datang.. Tak sesat.. "
Jawab anna senada.

"Oh ok.. Nanti akak bagi tahu kak lily yea.. "
Balasku dengan senyuman ringkas diukir.

"Yeayy akak pun datang tauuu! "
Sebut anna pula.

"Jadi anna nak tidur rumah abang anna ke malam ni? "
Soalku. Bukan apa, aku takut duk rumah sesorang,sunyi.. Tambah² lagi waktu malam.. Fuhh

"Ehh tak la.. Anna duk rumah akak jee.. Lagipun majlis tu buat petang. 3:00 petang camtu.. Makanan bibik yang buatkan. Jadi kita just pergi awal sikit dan sambut tetamu.. Bolehkan? "
Terang anna dengan jelas.

"Oh boleh.. "
Jawabku ringkas.

"Okehh sayang akak! "

Dan talian diputuskan.

Aku mengeluh panjang.haih, beberapa hari ni aku tak cukup tidur.. Penat sangat. Huh..

"Iiya! "
Suara lily memanggilku mengejutkan aku dari lamunan.

"Kenapa lily? "
Sebutku sambil tersenyum. Gembira pula aku tengok lily ni.. Dia okey je kandungkan anak tak sah taraf. Dia tak de niat pun mahu gugurkan. Malah dia mempertahankan. Aku bangga dengan dia. Tak mudah melenting.

"Liyaa jom pergi sana.. Nak makan burger.. Baby dalam perut ni mengidam ha.. "
Sebut lily manja sambil mengusap perutnya yang kempis.

Sabarlah lily.. Aku faham perasaan kau mengandung anak tak sah taraf tanpa akim di sisi.. Sumpah.. Aku bangga dengan kau.

"Ehh jom la jom.. Alololo.. Baby aunty nak makan burger ye.. Ok jom.. Aunty belanja.. "
Sebutku sambil mengusap perut lily.. Seronok juga layan orang mengandung ni. Semua benda jadi comel.

Macam mana la aku nanti.. Mesti mengidam nak makan kerusi kan?

Ehh jauh pulak aku fikir.

"Yeayyy.. Jom baby.. Aunty liya nak belanja.. Jomm"
Sebut lily bersemangat lalu mengheret aku ke cafe.

...

"Uuu sedapnya burger! "
Sebut lily teruja sambil mengelap sisa sos yang berada di tepi bibirnya.

"Haishh.. Makan slow².. Jangan gelojoh kang tercekik.. "
Sebutku sambil tersenyum ceria.

Lily hanya membalas kata² ku dengan gelak ketawa.

Sedang elok aku menyedut air cola, tiba² mataku tertarik ke arah kedai pakaian bayi yang kami pergi tadi. Jelas imej akim sedang memeluk wanita mengandung kedalam kornea mata aku.

Terbeliak mata aku.

"Astafirullahhalazim.. "
Sebutku sambil menekup mulut kerana terkejut.

"Kenapa liya? "
Soal lily sambil menguyah burger yang ketiga.

"Tak de apalah.. Air ni sedap sangat... "
Aku tak mahu hati lily hancur setelah tahu akim bermain dengan perempuan lain. Yang mengandung pula tu!

Dah berapa ramai perempuan yang akim telah rosakan hingga mengandung?
Tak sangka keji sungguh jejaka bernama akim ini.

Mataku peka melihat telatah akim dengan seorang perempuan yang aku tidak nampak rupa parasnya kerana memakai mask dan berkaca mata hitam.

Akim memeluk gadis itu, mencium gadis itu.. Ya Allah apa yang aku tengok ni?

Kotornya perlakuan akim.
Kalau boleh nak je aku tumbuk akim sampai lunyai. Dasar lelaki tak bermaruah!

Anna cakap akim si abangnya belum kawin. Kalau belum kawin, bermakna wanita yang dipeluk dan diciumnya juga mengandungkan anak tidak saf taraf?

Astafirullah.

Lily.. Aku harap kau kuat harungi dugaan ini.

"Iily.. Jom balik.. "
Sebutku kerana entah mengapa hatiku terasa panas memandang gelagat akim dengan gadis mengandung itu.

"Ala.. Nak tambah burger lagii.. "
Sebut lily dengan nada sedih.

Nak tak nak aku hanya mengangguk kerana aku mahu bahgiakan lily dengan cara aku.

Cara aku sendiri...

Aku membuka topik perbualan untuk mengelakan hatiku terasa panas melihat gelagak tidak bermoral di hadapanku ini.

"Lily.. dah berapa bulan baby dalam perut tu? "
Soalku sambil mengelap bibir dengan tisu.

"Dua nak masuk tiga.. "
Jawab lily sambil menyumbat french fries kedalam mulutnya.

"Ouhh.. Nak letak nama apa kat baby? "
Soalku lagi, walaupun mataku masih kusyuk memandang gelagat akim dengan wanita hamil itu.

"Kalau lelaki.. Lily nak letak nama akim.. Macam nama papa dia.. Akim danieal.. Walaupun akim tak nak anak ni, tapi saya tetap nak namakan baby ni dengan nama dia"
Jawab lily sambil tersenyum.

Allahu,Tabahnya hati mu lily. Tubir mataku mula terasa panas.

"Ke.. Kenapa tak nak letak nama lain? "
Soalku lagi, kini pandanganku memandang lily yang tengah kusyuk makan.

"Sebab lily yakin.. Lily yakin yang ni akim akan bertanggungjawab.. Kalau dia tak nak bertanggungjawab, lily tetap namakan baby ni akim danieal.. Sebab hati lily ni just ada akim.. Takde orang lain.. "
Jawab lily dengan senyuman hambar.

Ya Allah.. Aku tak kuat nak dengar semua ni. Kuat sungguh hatimu lily. Sedar tak sedar air mataku mengalir. Laju ku tepis air mata kerana tak mahu lily perasan.

"Ka.. Kalau perempuan? "
Soalku lagi. Aku tak kuat nak dengar penerangan tentang nama anak lelaki lagi. Aku tak sanggup.

"Nak namakan dia nur ilyani dahlia. "
Sebut lily lalu memandang ku sekilas kemudian sambung makan.

Astafirullahhalazim.. Nama arwah kakak sulung ku.. Kak lia.. Apa maksud semua ni ya Allah. Aku benar² tak kuat.

Aku hanya mengangguk sambil menahan air mata dari mengalir.

"Lawakan nama tu?"
Soal lily sambil memotong daging burger.

"Ha.. Ha ah lawa sangat... Kalau twin? "
Soalku lagi. Entah mengapa aku tanya soalan ini.

"Kalau perempuan sama perempuan nak letak nama nur ilyani dahlia dengan nur amani dahliya. Nama awak.. Hahaha saya suka nama tu"
Jawab lily lalu memandangku dengan mulut mengunyah.

"Kalau lelaki sama lelaki? "
Soalku sambil cuba mengukir senyuman ceria walaupun hatiku menangis teringat kenangan manis dengan arwah kak lia.

"Muhammad akim danieal dengan muhammad hakim danial. "
Sebut lily sambil tersenyum senget.

"Sayang betul awak kat akim.. "
Sebutku pelahan.

"Ye.. Saya sayang sangat kat dia.. Walaupun dia dah rosakan saya.. Tapi saya gembira.. Benih akim yang berada dalam rahim saya ni membuatkan hidup saya lebih bermakna.. Sebab tu saya sayang sangat baby ni.. "
Sebut lily lalu mengusap perutnya sambil tersenyum.

Tabah.. Tabah sungguh hati gadis di depanku ini. Tanpa sedar, cecair hangat mula membasahi pipiku.

"Liya.. Awak nangis? "
Soal lily sambil memandangku.

Laju aku mengesat air mata.

"Eh takde lah.. Mata masuk habuk.. "
Bohongku lalu tersenyum.

"Oh ya sebelum saya terlupa.. Anna ajak awak pergi rumah akim lusa.. Ada buat makan² sikit.. "
Sebut ku sambil mengelap sisa air mata dengan tisu.

"Buat makan²? "
Soal lily sambil mengerutkan keningnya sedikit.

"Anna.. dia nak exam.. Jadi dia buat makan² atas dasar tu la.. "
Terangku jujur.

"Ohhhh tak sabar.. Baby².. Mesti baby tak sabarkan jumpa papa dan aunty anna.. Ibu pun tak sabar tau.. Ibu nak sangat papa akim usap perut ibu.. Usap baby.. Mesti baby seronok kan? "
Balas lily sambil memandang perutnya sambil mengusap pelahan.

Ya allah.. Lily..

"Ok dah la baby.. Jom balik.. "
Sebut lily lalu bangkit dengan senyuman dibibir.

🔗🔗🔗

Ting tong..

Loceng rumahku berbunyi.

"Hishh.. Sape pulak kacau ni.. Aduhh potong betula.. "
Sebut ku lalu menapak malas untuk membuka pintu. Nak tengok didi pun tak tenang.

Kreakk..

Pintu ku buka sedikit.

Terpancar wajah akim yang tersenyum ceria di hadapan ku.

Lepshhhhh!

.
.
.
.
.
.

See next chap!
Vote?
Sorry hambar

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro