🌼 C 28 🌼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(Liya house)

Lepishhhhh

Akhirnya tanganku melepaskan tamparan kepada orang yang tepat.

Puas hati aku.

Walaupun tamparan aku cukup kuat, namun tamparanku langsung tidak melunturkan senyuman Akim.

"Kau buat apa datang sini? Nak susahkan aku?  Tak payah laaa.. Dah baik kau balik dari penyapu ni singgah kedalam hati hitam kau tu"
Sebutku sambil memegang sebatang penyapu berwarna pink lalu diajukan kepadanya.

"Saya datang ni sebab nak jemput awak dan anna pergi rumah saya.. Kan hari ni ada majlis makan² untuk anna. Saya nak buat yang terbaik hari ni.. "
Sebut akim sambil mengosok pipinya beberapa kali. Mesti pedih.

"Tak payah buat yang terbaik kalau pura pura.. Buat semak mata je"
Balasku selamba tanpa memandang wajahnya.

"Hei chagi.. Kenapa tak siap² lagi? Majlis start pukul 3:00 sekarang dah pukul 2:15. Anna kata nak pergi awal sikit dengan chagi "
Sebut akim sambil menanggalkan kasut.

"Chagi anak gajah kau.. Apa chagi² buat semak telinga kau tahu? Kau buang kasut ni nak buat apa? Nak suruh aku bagi kat anjing "
Balasku sambil bersilangan tangan.

"Laa.. Nak masuk la chagi.. Takkan tetamu nak duduk luar kot.. "
Sebut akim sambil tersenyum manis

"Siapa suruh kau masuk? Duduk jelah kat luar. Lepak dengan anjing jiran tu,memang kena dengan kau.. Sama² anji- "
Baru sahaja aku mahu menghabiskan ayat aku, tiba² Anna menepuk bahuku dari belakang.

"Haih akak.. Nape tak siap lagi? ”
Sebut anna sambil tersenyum manis.

"Eh anna pun kenapa tak siap lagi ni.. "
Balasku pula. Aku hairan kenapa anna pakai seluar track dengan T-shirt je? Takkan la anak orang kaya pakai macam ni time majlis.

"Baju yang anna tempah ada kat rumah abang akim.. Jadi anna tukar baju kat situlah.. Akak pulak? "
Soal anna lagi.

"Akak takde baju yang sesuai untuk pergi majlis orang kaya ni.. Tu tak siap lagi ahhah.. "
Sebut sambil menjerling ke arah akim. Saja je aku nak sakitkan hati dia.

"Bagus la macam tu! Akak boleh pakai baju anna yang kat rumah tuu.. Baru la gempak"
Sebut anna sambil memegang jari jemariku dengan senyuman manis.

Akim pula menjadi tunggul mendengar perbualan kami.

"Ehh segan la akak.. Lagi pun muat ke? "
Sebutku acah malu. Sebenarnya aku tak nak pergi pun majlis ni sebab ada akim, tapi demi anna aku sanggup.

"Segan apanya kak? Akak tu dah banyak tolong anna.. Bagi anna tinggal kat rumah akak, secara percuma lak tu. Lagipun badan kita sama saiz je kak.. "
Sebut anna sambil memandang ke arah abangnya.

"Ha ye tu anna.. Jomlah liya,anna "
Sebut akim lalu menapak ke arah kereta skyline hitam.

"Jom akak! "
Sebut anna teruja.

"Eh kejap akak nak tutup tv dan nak ambik kunci rumah.. "
Balasku pula.

"Halah.. Anna dah tutup tv.. Ni kunci.. "

✴✳

"Ya Allah Anna... Ni  baju majlis biasa² ke baju tunang?! ”

Mengucap panjang aku setelah melihat keadaan ku di dalam cermin besar di dalam bilik anna.

"Alah akak.. Sekali sekala.. Ahahha jom akak turun bawah ambik gambar."
Balas anna lalu mengheret aku keluar bilik.

Perasaan tidak selesa mula menguasai diriku, tuan rumah bagi pinjam baju yang terlampau mahal kepadaku, padahal anna pakai baju serba simple sahaja.

"Akakk senyum!  Cepat². "
Sebut Anna sambil mengangkat camera iphone ke arahku.

Perasaan kekok mula menyelubungi jiwaku.

"Wahhh cantik! Nanti anna pergi photo shop, anna nak letak gambar ni dalam frame. "
Sebut anna sambil melihat gambarku di dalam phonenya.

"Err.. Anna jomlah masuk dalam.. Akak kekok laaa.. "
Sebutku sambil mencuit lengan anna beberapa kali.

"Alah kakak ni.. Ha iya lah.. Anna baru nak ambik gambar anna, cedih aaa ceni.. "
Balas anna sambil mencebik.

"Kita ambik gambar kat dalam laaa.. "
Sebut ku lalu mengheret anna masuk kedalam. Aku tak selesa tengok beberapa pembantu rumah pandang aku sambil tersenyum.. Ye aku tahu aku cantik, tapi jangan la pandang.

"1,2,3 say cheese.. "

Gambar anna yang berada di atas sofa cukup menawan. Pandai jugak aku ambil gambar orang. Ofcouse ni liya laa..


Gambar anna di dalam gallery phone, ku pandang sambil menarik muncung.

"Anna tak aci laa.. Baju akak macam baju tuan rumah pulak.. Jom laa tukarr.. "
Perasaan aku terhadap baju yang mahal ini masih tidak berubah. Aku terasa aku tak layak pakai baju ni.

"Akak ni.. Jangan ah centu.. Cubit kang.. "
Sebut anna sambil menarik muka masam.

"Ha ye laaa.. "

...

Seorang demi seorang tetamu datang kerumah akim, namun kelibat lily langsung ku tidak nampak. Dia datang ke tak?

"Ah aduh.. "

Kedengaran suara dari belakangku, laju aku menoleh.

"Ak.. Akim? "

Dia manusia atau lukisan? Ya ampun handsomenya! Ehh tak handsome tak handsome. Baju dia pakai sama warna dengan aku. Menyampah!.

"Haih chagi.. Tak pergi makan ke? "
Soal akim sambil mengosok bahunya kerana baru sahaja terlanggar almari.

"Kau siapa nak tanya aku? "
Balasku dingin.

"Saya akim danieal.. Bakal suami awak. "
Balas akim selamba.

Pftt what the heck?

"Kau pehal? Kau jangan buat aku marah"
Sebutku cuba mengawal ton suara.

"Kan chagi tanya tadi. "
Balas akim pula.

"Eiii kau niii"
Baru sahaja aku mahu mencubit perutnya, tiba² pasangan suami isteri yang agak berumur berhenti di hadapan aku dan akim.

"Ya Allah.. Secocoknyaa.. Dah kawin? "
Sebut datin yang berbaju biru di hadapanku.

"Tak² kami ni bakal kawin... Hahaha"
Jawab akim sambil tersenyum megah.

What?
What?
What?!

Akim ni kena rasuk  ke apa?!

"Oh ehhehe.. Aunty dan uncle, pergi la makan dulu tau.. Jamu selera.. Ahhah"
Sebutku sambil tersenyum manis dilemparkan. Aku saje nak mengelak. Akim pun! Memanaskan keadaan je.

"Hahahah.. Bakal pasangan ni pun pergi la makan.. "
Sebut datin itu lalu mencubit pipiku lembut dan menapak pergi. 

Fuh selamat.

"Kau pehal ha setan?  Saja je kan nak kenakan aku"
Sebutku lalu mememulas perut akim sekuat yang boleh.

"Aaa aduh duh"

Tangan aku terus berhenti dari memulas perut akim setelah nampak kelibat lily berjubah di pintu utama.

"Ehhh lily.. Nape lewat sampai.. "
Tegurku sambil membuat muka sedih.

"Ahhaha tunggu teksi tadi.. Sebab tu lambat.. "
Balas lily sambil tersenyum manis.

"Ehh sayang.. Kenapa lewat.. "
Sebut Akim yang tiba² muncul dari belakangku. Laju tanganya memaut pinggang lily.

Mamat ni pehal pulak ni? Kena rasuk ke apa?

"Lily tunggu teksi tadi.. Ehehe.. "
Sebut lily sambil memintal hujung rambutnya.

"Baby papa.. Baby papa mesti laparkan? Jom papa bawak baby pegi meja makan. "
Sebut akim sambil membongkokkan dirinya seolah-olah sedang bercakap dengan bayi dalam kandungan.

"Baby papa.. Papa sayang sangat kat anak papa sorang ni.. Sorry tau papa takda sebelah mommy dan baby sebelum ni.. "
Sebut akim lagi lalu mengusap perut lily pelahan.

Mamat ni buang tabiat ke apa?

"Sayang.. Jom makan.. Abang bawak sayang pergi makan kat meja sana.. Jom sayang.. "
Sebut Akim sambil menunjuk  ke arah meja yang agak mewah terletak di tepi kolam.

"Oppa-"
Baru sahaja lily mahu bersuara, laju akim memotong.

"Shh bukan oppa.. Tapi abang.. "
Sebut akim lalu mengusap pipi lily pelahan dan berlalu pergi.

Naik merah pipi lily kerana malu.

Akim ni dah kenapa? Panggil lily sayang, bahasakan diri tu papa dan abang. Adakah ini semua angkara almari yang akim langgar tadi? Risau.

Malas aku mahu ambil tahu, aku mula menyusun langkah menuju ke dapur untuk menolong apa yang patut.

Mataku tak habis² mencari bayang Anna. Mana anna ni?

"Emm.. Awak.. Awak ada nampak tak cik anna?"
Tanyaku kepada bibik yang sibuk membersihkan dapur.

"Cik jangan panggil saya awak.. Nanti tuan marah, panggil je saya bibik. Tadi Saya nampak cik anna pergi ke arah sana  "
Balas bibik yang agak berusia kepadaku sambil menujuk ke arah bilik stor belakang dapur.

"Eh maaf², dan terima kasih. "
Poyo la akim ni.. Panggil bibik 'awak' pun nak marah. Laju aku menapak menuju ke arah lokasi yang disebut oleh bibik tadi.

"Abang..wajib ke kena buat centu? Anna tak sanggup lah.. "
Kedengaran suara anna sedang berbual dengan seseorang. Aku mengambil keputusan untuk mengintip.

Terpancar wajah anna dan akim ke dalam kornea mataku. Kedua dua adik beradik itu berwajah serius.

"Buat jelah.. Kau degil pehal ha budak? "
Balas akim dengan suara garang.

Sekarang aku dah tahu, macam ni sebenarnya layanan akim terhadap Anna, maksudnya selama ni Akim berlakon je layan anna dengan baik depan aku.

Dasar!

"Kenapa abang ni? Kenapa abang nak pijak maruah keluarga kita?! Abang tak takut lokap ke?! "
Balas anna dengan suara agak keras.

"Peduli apa aku? Aku tak takut la setakat jeriji besi! Aku lebih takut dendam aku tak berbalas! ”
Sebut akim dengan suara agak tinggi.

"Kenapa dengan abang ni? Ni bukan abang yang Anna kenal selama ni..  "
Balas anna dengan air mata mula bertakung.

"Lantak kau lah budak.. Aku tetap dengan pendirian aku. Aku tetap nak kau tolak lily masuk kedalam kolam. "
Sebut akim sambil bersilangan tangan.

"Abang ni dah gila ke apa? Abang nak Anna masuk lokap sebab perbuatan terkutuk abang?! "
Suara anna naik senoktah.

"Yes sebab kau sangatlah menyusahkan. "
Sebut akim sambil tersenyum bangga.

"Abang! "
Akhirnya air mata anna jatuh menghiasi pipi.

"Kalau kau tak sanggup tolak lily masuk kedalam kolam, aku akan letak racun kedalam air minuman lily dan liya. Kau pilih kau nak yang mana.. "
sebut akim sambil membetulkan tali lehernya.

Aku tersentak. Kenapa dia sanggup nak meracuni aku? Kurang ajar.

"Abang! Kalau abang tak takut dengan jeriji besi sekali pun! , abang takut lah kepada Allah!Allah Yang maha berkuasa! "
Sebut anna dengan ton suara meninggi.

Lepisshhh!

Tamparan kuat akim selamat menyinggah pipi anna.

Aku menekup mulut kerana terkejut.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku!  Muktamad! Kau kena tolak lily masuk kedalam kolam! Kalau tak-

"Kalau tak apa?..


.
.
.
.
.
.

See next chap!
Maaf ayat berbelit sebab tibe idea membuak buak

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro