🌼C 32 🌼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


◽AKIM POV◽

Anak kunci di tangan ku pandang lama. Betul ke perkara aku buat ni?

Aku menarik nafas panjang, hatiku tak habis² gelisah kerana lama tidak memandang gadis yang aku cintai. Yes Liya, aku sangat cintakan dia.

Memandangkan liya tidur di rumah aku, maka terpaksa lah aku kena menetap di hotel.

Aku tak nak buat dia stress pandang muka aku setiap hari.

Aku percaya, dengan cara ni mungkin liya akan berubah pandangan terhadapku.

▪FLASH BACK▪

"Abang akim, nah kunci"
Hulur adik kesayangan ku Anna sambil mengigit bibirnya.

Kunci itu ku ambil dengan hati gelisah.

"Anna rasa, kotak pemberian arwah kak lia membantu ke dalam situasi ni? "
Soalku tanpa nada.

"Anna tak pasti abang Akim..ni pun anna bagi tahu farhan, dia suruh check. "
Balas Anna bernada risau.

"Abang rasa bersalah sebab geledah privasi orang lain"
Balasku sambil mengalih pandangan memandang bulan.

"Abang akim, ni bukan masalah ganggu privasi orang lain tau, hal ni mustahak"
Sebut Anna bernada serius.

"Hum.. Abang harap, Liya tak ambil hati tentang hal ni. Sebab perasaan benci dia terhadap abang terlalu dalam.. "
Aku menarik nafas panjang. Sungguh berat kali ni dugaan ya Allah.

Laju Anna membuka tangan dan memeluk ku dengan kemas dan berkata

"Abang Akim, anna percaya yang kotak tu membantu tentang hal ni.. Anna yakin.. Anna yakin sangat.. "
Hoodieku mula dibasahi dengan air matanya yang hangat.

Pinggang kecil adiku, ku paut membalas pelukan.

"Kalau sekali lagi hati abang akim dilukakan, Anna tak teragak agak bunuh orang tu"
Sebut Anna lagi dengan bernada dingin lalu melepaskan pelukan.

"Haish Anna ni, tak baik tau! ”
Balasku lalu mengusap cecair jernih yang membasahi pipi Anna.

"Abang akim tahu tak, yang abang akim ni sakit?!  Why abang akim suka sangat pertahankan orang yang sia² kan pergorbanan abang Akim?! "
Sebut Anna dengan Nada agak tinggi.

Pipi adiku, ku pegang lalu mencium dahinya beberapa kali.

"Andainya ni ciuman terakhir abang, abang harap anna redha dengan ketentuan Allah.. "
Sebutku lalu mengukirkan segaris senyuman.

"That why i love you abang akim, abang akim terlalu baik.. "
Balas Anna lalu menyandarkan kepalanya kedadaku.

"Anna ingat tau, jangan bagi kantoi.. "
Sebutku lalu mengusap kepala Anna lembut.

"Baik abang akim, Anna dah ada salinan kunci rumah kak Liya.. "
Sebut Anna sambil mengelap air mata.

"Aduhai.. Kenapa sedih² ni? "
Soal farhan yang entah dari mana sambil mennyalakan sebatang rokok.

"Abang ni la, suka buat orang risau! "
Balas Anna sambil memukul dadaku beberapa kali.

Aku hanya ketawa kecil.

"Akim, kau kena ingat, jangan alihkan apa² barang di rumah liya, nanti dia tengok takut terkantoi"
Sebut farhan sambil menghembuskan asap rokok.

"Baik.. "

Tanpa sedar, ada yang memerhati...

"Hehehe"

▪END FLASH BACK▪

Mangga pagar liya, ku pengang kemas. Aku menarik nafas panjang lalu menyumbat kunci kedalam mulut mangga.

Baru sahaja aku mula melangkah masuk, tiba² pinggangku dipaut oleh seseorang.

Laju aku menolak pelukan dan berpusing belakang.

Lily?

"Lily? Buat apa kat sini? "
Soalku bernada keliru lalu menutup pagar kembali.

"Lily datang nak lawat liya, liya ada kat rumah? "
Soal lily sambil menjenguk kedalam rumah liya yang kosong.

"Dia takde.. "
Balasku jujur.

"Oloo.. Kalau macam tu, jom pegi shopping! Abang kan dah janji nak bawak sayang pergi beli baju baby.. "
Sebit lily sambil mengusap perutnya yang makin berisi.

"Stop panggil saya abang. Saya tak suka"
Balasku jujur. 

"Ala hari tu awak suruh saya panggil awak abang.. Emm sedih la cenni"
Sebut lily lalu memuncungkan bibirnya.


"Tu hari tu, bukan sekarang or hari ni.. "
Memory aku memanja dengan lily mula bermain di fikiran. Huu geli!

"Haishh.. Kalau centu jom beli baju baby.. Emmmm"
Sebut lily bernada gedik, habis jiran² liya memandangku dengan pandangan aneh.

Nak tak nak aku terpaksa ikut, kalau tak makin meroyan minah senget ni.

"Awak boleh tak jangan pakai seluar koyak²? Dah macam orang gila saya tengok. Awak tu dah la pregnent, tak manis tahu tak? Kalau baby terikut nanti canne? ”
Sebutku lalu memandang seluar lily yang konon trending. Tah mengandung ke tak minah ni

"Halah awak ni, suka hati saya la nak pakai apa. Dah² jom"
Laju dia mengheret lenganku menuju kearah kereta milikku.

"Pakai tudung, cantik sikit"

"Haishh diam lah! ”

Haih, rancangan nak tahu isi kotak pemberian arwah kak lia musnah.

Kereta skyline milikku mula memecut laju.

"Awak boleh tak tukar seluar tu? Koyak sana koyak situ. Hodoh tahu? ”
Soalku dengan mata tumpu ke arah jalan.

"Haish.. Awak sebuk sangat ni kenapa? "
Balas lily sambil mengusap perutnya pelahan.

"If you love me, please tukar seluar tu"
Sebutku lalu mengawal pergerakan kereta menuju ke rumah lily.

"Haish dia ni, nasib sayang! Ye la bakal wife awak ni tukar.. "
Balas lily dengan nada merajuk.

Bakal wife konon, nak muntah aku.

Bakal wife ke bakal ahli neraka?

Haishh boleh tahan mulut aku ni..

"Macam mana? Okey?cantikkan saya ni? ”
Soal lily sambil membuat gaya ala² model.

"Liya lagi cantik"
Balasku bernada pelahan.

"Apa awak cakap? "
Sebut lily sambil mencekak pinggang.

"Saya cakap awak cantik.. "
Bohongku sambil mengaru dagu. Halah bukan cantik pun.

"Awww thank you baby"
Sebut lily sambil menghayunkan handbagnya.

Kalau putus, jangan mintak aku belanja.

◽◽◽

Nombor farhan menjadi mangsa jariku.

"Hello farhan.. "

"Waalaikummussalam, ha apa akim? ”
Balas farhan dari dalam talian.

"Err Assalamualaikum, maaf farhan, aku tak dapat nak masuk rumah liya hari ni"
Kekok pula aku dengan farhan ni, sempat lagi dia kenakan aku.

"Kenapa tak dapat? "
Soalnya bernada serius. 

"Lily, dia ajak aku pergi shopping. Aku terpaksa ikut. Kalau tak, makin teruk dia melalak depan rumah liya tu. Habis semua jiran pandang kita orang. "
Balasku jujur.

"Aku rasa ada yang tak kena dengan lily tu. "
Sebut farhan serius.

"Tak kena? "
Soalku pula.

"Bagi butiran latar belakang lily kat aku. Biar aku uruskan. "
Arah farhan.

"Ok"
Balasku lalu mematikan panggilan.

Aplikasi whatapps ku tekan, lalu contact farhan menjadi mangsa jariku.

Perkara tentang lily semua aku voicekan kepada farhan. Aku bukan rajin sangat nak tulis ni.

Handphone ku letak disisi, aku menghela nafas panjang. Hatiku juga rasakan yang lily ni pelik.

Macam mana dia mengandung?
Kenapa aku tak ingat apa apa?

Aku tahu, ni kerja siapa.

Dasar perempuan murahan.

Handphone yang berada disisiku, kini elok berada di dalam gengamanku.

Nombor Anna menjadi arah picitan jariku.

Aku kena bagi tahu Anna. Yang rancangan hari ni musnah..

◽◽◽

◽LIYA POV◽

Baju² yang elok terusun di dalam bag membuatkan aku tersenyum.

"Ummm tak sabarnya nak bau rumah akuuu! "
Gumamku sendiri. Rindu pulak pada rumah sewaku. Sape tak rindu, banyak kenangan kot.

Tok tok tok

"Oit.. Kemas apa tuuu? "
Soal Anna sambil menutup pintu bilik kembali. Laju dia mengambil tempat disisi ku.

"Kemas baju wahai Anna, akak kan nak balik esok. So yeayy tak sabar! Anna nak ikut balik rumah sewa akak or nak tinggal kat sini? "
Sebutku sambil menzip bagasi, lalu letakan ditepi.

"Mesti la nak ikut akak! Tapi... "
Balas Anna sambil mengulung rambutnya yang sedikit basah akibat baru mandi.

"Tapi?"
Kenapa dengan Anna ni? Dia tak suka ke?

"Boleh tak akak stay sini lagi beberapa hari? Bukan apa, anna rindu lagi kat bilik Anna tu. Emm bolehkan? "
Soal Anna dengan nada bersalah.

Kenapa Anna ni?  Macam pelik je alasan.

"Hemm iya la.. Ni sebagai ganjaran Anna jaga akak kat hospital hari tu tau"
sebutku ceria lalu memegang  kedua dua belah telapak tangan  Anna.

"Yeayyy! Sayang akak! "
Laju Anna memelukku dan leraikanya.

"Tapi, kalau akak tidur sini lama lagi... Akim? "
Soalku sambil menyelit rambutku di celah telinga. Eh kenapa aku risau pasal dia pula ni? Ah lantak la. Terkeluar soalan macam tu, nak buat macam mana.

"Abang akim dia tidur hotel je.. "
Balas Anna ringkas.

"Hotel? Jadi dia kena bayar bil² hotel yang mahal, samata mata untuk biarkan akak tidur sini? Ya Allah.. "
Eh kenapa aku nak kesian ni? Bersyukur apa dia tak de kat rumah ni. Tak payah hadap muka dia 24 jam.

"Err.. Abang akim ade kerja la akak.. Err heheh"
Balas Anna sedikit gagap.

Dia tipu aku ke?  Eshh tak mungkin..

"Oh hahaha, ok takpe la Anna pegi la tidur, dah lewat ni. "
Sebutku lalu memandang jam dinding.

"Ok akak.goodnight."

Baru sahaja Anna mahu melangkah keluar...

Tok tok tok...













See next chap tau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro