🌼C 33🌼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tok tok tok... 

Aku mengangkat kepala memandang pintu.

Anna tanpa bersuara laju menapak kearah pintu dan membukanya.

Terpancar wajah pembantu rumah bersama handphone di tangan.

Iphone yang berwarna hitam dihulurkan dengan kasar kedada Anna. Jelingan maut sempat lagi dilemparkan kepadaku sebelum menapak pergi. 

Dia ni dah kenapa? Orang gaji ke bos?

Anna hanya menarik senyuman nipis.

"Akak, kak lily call.. "
Sebut Anna ringkas lalu menghulurkan handphone ke arahku. Punggungnya mula berlabuh disisi katil.

"Assalamualaikum, lily nak apa ni call memalam?.. "
Soalku sambil menaikan 'volume'

"Liya! Esok saya nak jumpa awak tau! Jumpa di rumah anna dalam pukul 3 macam tu. Sambil tu saya nak jumpa bakal husband saya, akim"
Sebut lily dengan nada ceria. Pedih telinga aku dengar suara dia memenuhi ruang bilik.

Aku memandang wajah Anna yang berkerut. Dia tak suka lily jadi kakak ipar dia ke? Ok apa. Lily tu baik, cantik dan penyayang. Kan? Sape yang tak suka.

"Ha bole² tapi Anna cakap, Akim tak ada kat rumah ni beberapa hari. Sebab ada kerja. "
Balasku jujur.

"Halah, saya paksa mesti dia nak datang. Dia kan sayang sangat kat bakal wife dia ni"
Sebut lily dengan bangga.

Aku hanya ketawa kecil. Yakin sangat si Lily ni. Anna tu tak payah cakaplah, muka tu masam tahap cuka.

"Ehh tak jadi la pukul tiga, sebab lily kan pregnent, lily pergi check up baby dalam pukul 3 macam tu, balik mesti nak rehat² dulu.  Perut pun dan membulat dan memberat."
Terang lily datar.

"Jadi nak jumpa pukul berapa? "
Soalku.

"8 malam la. Senang. "
Jawab lily dari dalam panggilan.

"Ok"

Talian diputuskan.

"Ha Anna, kenapa muka masam ni?tak suka kak lily ke?  "
Sebut ku sambil menghulur kembali handphone milik rumah Anna.

Battery aku mati, sebab tu lily call guna nombor rumah Anna. Mesti akim yang bagi ni.

"Eh mana ada kak. Anna suka la kak lily. Dahla baik, cantik.. "
sebut Anna lalu memandang ke arah lain.

"Ha tu la.. Untung Anna nak dapat kakak ipar macam tu"
Sebutku sambil tersenyum manis.

"Errr.. Anna nak balik bilik dulu lah.. Bye kakakku sayang.. "
Sebut Anna lalu beredar.

Dan akhirnya aku diulik alam mimpi.

⬜AKIM POV⬜

Pagar rumah liya,ku tolak pelahan. Aku harap kali ni tiada lagi gangguan syaitan bernama lily. Tetapi aku kena cepat. Si lily nak datang pula kat rumah aku. Konon nak jumpa liya.

Berterima kasih atas bantuan Anna untuk menghalang liya dari balik kesini. Kalau tak, kantoi la aku.

"Ingat pesan aku, kalau lily bagi kau or lily dan Anna makanan, jangan terima. Kau buang makanan tu.. "
Terngiang-ngiang suara Farhan di dalam kepalaku. Kenapa agaknya ek?

Laju aku menapak ke arah pintu utama liya. Kunciku masukan kedalam mulut tombol pintu lalu memulas pelahan.

Hummm wanginya bau rumah bakal isteriku. Setiap ruang udara liya, dipenuhi oleh wangian lavender. Aku menarik senyuman.  Untung aku bakal dapat isteri macam liya.

Eh merapu pulak.

Liya bukan suka aku pun. Huhu sendu.

Tanggaku daki dengan berhati-hati. Aku tak mahu sedikitpun kesan yang tertinggal yang menyebabkan liya tahu aku datang kerumahnya.

Tombol pintu bilik liya ku pulas pelahan.
Masuk sahaja bilik liya, terus mataku menangkap imej kotak di atas almari.

Laju aku menapak ke arah Almari dan mencapai kotak pemberian arwah kak lia.

Kotak yang  berada di tapak tanganku, cukup mendebarkan jantungku.

Aku harap, kotak ni membantu.

Aku mula duduk bersila di atas lantai bilik liya. Kotak di tanganku, ku letak pelahan di atas lantai.

Secara pelahan  dan cermat aku membuka penutup kotak Pemberian arwah kak lia.

Akhirnya,air mataku menitis.

"Ya Allah.. "

⬜LIYA POV⬜

Air sirap yang disediakan oleh pembantu rumah yang sombong, ku hirup sedikit.

Fuhh masin! Salah letak ke apa ni?

"Err bibik. Bibik salah letak ke apa ni? Masin"
Soalku lembut.

Pembantu rumah yang menghulurkan handphone semalam, memandangku dengan pandangan tajam.

"Kau siapa nak tegur aku? "
Soal pembantu rumah yang dalam lingkungan 30 an di depanku.

"Err.. Saya liya. Saya kawan Anna. "
Balasku selamba. Err jawapan aku lurus sangat ke?

"Hahaha.. Dahlah hodoh, bodoh, menumpang kasih orang pula tu. Menyusahkan"
Sebut pembantu rumah itu lalu merampas air sirap yang berada di tanganku dengan kasar.

Habis tumpah.

"Eshh kau ni! Menyusahkan aku la. Kan dah tumpah tu! ”
Jerkah pembantu rumah itu sambil menunjukan air sirap yang membasahi lantai.

"Eh, memang kerja awak bukan bab² cuci rumah ni?halah tumpah sikit je kot, bukan banyak. Lagipun air ni tumpah sebab awak.  ”
Balasku dengan nada cuba bersabar. Apa tak kene dengan dia ni?

"Masaalahnya, kau ke bayar gaji aku?  duit pun takde. Ada hati nak arah² orang. Aku kerja dengan tuan rumah ni. Bukan kau! "
Balasnya dengan angkuh. Jari telunjuknya yang pendek, di ajukan ke mukaku.

Aku menarik nafas panjang. Terasa darahku mengelegak menahan amarah.

"Kau ni-

"Eh bibik, kenapa tak lap ni? "
Soal Anna yang entah dari mana dengan gaun yang indah dan cantik. Elok Anna berdiri sambil mengangkat kain gaunnya sedikit, untuk mengelakan dari terkena air sirap.

"Errr. Maaf cik Anna. Cik liya yang tumpahkan, nanti saya ambilkan mop. Cik Anna duduk la dulu. "
Sebut pembantu rumah tadi dengan senyuman manis lalu menapak pergi.

"Akak liya ni, kenapa comel sangat?. Besar² pun tumpahkan air? Comel sungguh. "
Sebut Anna lalu berlabuh di kerusi hadapanku

Aku hanya membalas soalan Anna dengan senyuman palsu. Dasar maid tak guna.

"Eh Anna. Pakai baju cantik² ni, nak pergi mana? Jumpa putera kayangan ker? "
Soalku sambil memandang baju mewahnya. Tanganku menyentuh hujung baju Anna dengan lembut.

Fuhh mesti mahal ni.

Laju Anna bangkit dari kerusi dan berdiri ala² model, di depan ku


"Ahhaha saje, Anna terjumpa baju kawin arwah bonda Anna. Saja nak try. Rupa²nya muat. Haahahha. Boleh berangan menjadi puteri kayangan"
Balas Anna dengan ceria dengan melakonkan watak seorang model.

Anna². Comel je. Untung Akim dapat adik yang lucu macam ni.

"Akak nak try baju tunang arwah bonda? "
Soal Anna dengan wajah yang teruja.

"Ehhh tak nak la, akak tengah tunggu kak lily ni. Dia kan nak datang pasni. "
Jelasku jujur.

"Umm.. Takpe la, nanti tau.. "
Balas Anna dengan nada kurang semangat.

"Ye sayang"
Balasku lembut.

"Aaaaaa akak panggil Anna sayang! Begini rupanya rasa ada kakak. Best! Sayang akak! "
Sebut Anna lalu memelukku erat.

"Ehh Anna nak tukar baju la. Nanti rosak pula baju arwah bonda ni. "
Sebut Anna sambil melepaskan pelukan.

"Ha ye la Anna.. "
Balas ku ringkas

▪▪▪

Tepat 8 malam lily sampai ke rumah Anna dengan seplastik makanan.

Laju dia berjalan memelukku.

"Wahh perut dah nampak la.. "
sebutku teruja lalu mengusap perut lily yang sedikit kedepan.

"Hahaha, mesti la liya, baby dalam kandungan mesti la membesar. Lainlah kalau tak mengandung. "
Jawab lily sambil menepuk bahuku beberapa kali.

"Hahaha. Haa bawa apa tu! "
Sebutku ceria lalu mencapai plastik yang dihulurnya.

"Anna beli sup mushroom... Mestila kena bawa pencuci mulut untuk bakal adik iparkan? "
Sebut lily sambil memandang Anna yang sedang membetulkan skaf rambut.

Anna hanya membalas soalan lily dengan ketawa kecil.

"Kak lily, jom la masuk, alang² kak lily dah bawakan sup mushroom untuk Anna, boleh la mengemuk malam ni. Hahaha jom akak! ”
Sebut Anna lalu melangkah kearah lily dan mengheret lily masuk kedalam rumah.

Getah yang berada di plastik mushroom, merosakan mood aku. Orang yang jual ni nak suruh orang makan ke tak? Kemain lagi ketat dia simpul getah. Dah la gunting tak ada. Haih nasib.

"Meh lily bukakan.. "
Sebut lily lalu mengambil plastik sup mushroom yang berada di tanganku.

"Ha dah siap"

Erk lajunya!
Tiba rasa tebal pulak.

Sup yang dihulurkan oleh Lily disambut baik olehku dan terus menuangkan sup itu kedalam mangkuk kaca.

"Ha bibik, jom la join sekali"
Pelawa Anna sambil mengangkat mangkuk sup mushroom.

"Takpe la Anna. Tak ada selera"
Balas bibik yang menfitnah aku tadi lalu mengangkat dulang dan pergi.

sempat lagi dia menghadiahkan jelingan kepadaku.

Dia ni dah kenapa?
Berdendam dengan aku ke?
Ye aku tahu aku lawa dan femes dari dia.. Tak yah ah cemburu.

Aku menceduk sesudu sup mushroom lalu menarik wajah gembira.

Fuhh lama tak makan.

"Bismillah"


Pranggggg!!!







Jeng jeng jeng jengggggg

INI DIAAA SI FARHAN!


sejujurnya la tak kenal dia.. But jumpa dia dalam printers. Terus rasa wow. Sesuai.

Lee jeno bukan?
Kesalah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro