🌼C 36 🌼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Ha-hakim jan-janji kat ab-abang yang hakim akan bu-bunuh keturunan li-lia"
Dan nafasnya terhenti...

◽END FLASHBACK◽

Wajah lily ku pandang dengan perasaan campur baur.

Patutkah aku benci dia?
Atau bersimpati?

"Liya, kalau saya cakap ni awak jangan marah.. "
Sebut lily sambil memandangku dengan linangan air mata.

Disebabkan hatiku terasa sakit, aku hanya membalas dengan anggukan kecil.

"Anak yang saya kandungkan selama ni.. Bukan anak akim. Tapi anak Hakim.. "

Membulat mata aku mendengar pengakuan yang baru sahaja keluar dari mulut Lily.

Sampai begitu sekali Lily tipu aku?

"Yes, masa awak tanya Akim tentang kandungan saya di bumbung sekolah, saya dengar segalanya. Akim cakap yang anak dalam kandungan saya ni, anak dia bukan? Dia cakap macam tu sebab dia nak jaga maruah Hakim. Kalau dia bagi tahu yang Hakim yang buat saya mengandung, mungkin awak dalam bahaya. Dia sanggup gadai maruah dia demi adik beradiknya dan demi awak. "

Jiwaku terasa dipijak-pijak.
Hatiku terasa kosong, kosong yang memedihkan jiwa.

"Saya buat macam ni sebab saya perlukan duit. Hakim umpan saya dengan duit. Saya sanggup rosakan kesucian saya demi duit dan arak. Akim bayar saya dengan bayaran tinggi liya.. Tak cukup dengan tu, hakim upah saya dengan pelbagai jenis arak yang mahal dan... dia upah saya dengan kepuasan nafsu batin saya. Maafkan saya liya..  "

Pengakuan lily kali ni membuatkan ku merengus kasar.

"Sampai macam tu sekali kau tipu aku Lily? kau buat semua ni demi benda² haram tu? Dasar perempuan murahan!  ”
Tiba² darahku terasa seperti mengelegak. Tak sangka lily mempergunakan kebaikan aku untuk kesenangan dia?

Kurang ajar

"Aku tak sangka kau sorok hati busuk kau dengan wajah tak berdosa? Kau sanggup jatuhkan aku demi kesenangan kau? Dan kau sanggup pecah belahkan adik beradik orang lain demi arak? Haha dasar berhati syaitan!"
Kerusi yang ku duduk tadi ku ambil dan baling ketepi, aku tak mampu menahan kemarahan yang membuak buak.

"Maafkan saya liya, saya dah insaf. Saya janji, saya takkan ulangi lagi"
Sebut lily sambil mengusap air mata yang gugur menagih simpati.

Dahiku, ku picit sedikit memikirkan segala kejahatan aku terhadap akim. Dalam tak sedar, aku juga berhati syaitan.

"Liya, Akim sakit. Dia memang perlukan awak. Saya tahu hal ni semasa saya tengok akim pengsan dengan ubat berterabur di atas lantai, tapi atas dasar hakim dan duit,  saya abaikan  dia yang tengah lemah menyembah lantai.. "

Dengar  sahaja penjelasan yang baru sahaja keluar dari mulut lily,  membuatkan hatiku mula gelisah.

Laju aku berlari keluar dari bilik rawatan lily dan menuju ke kerusi yang aku akim duduk tadi.

Namun kerusi itu langsung tidak berpenghuni. Bayang akim, anna dan farhan langsung tidak kelihatan.

Aku mula rasa tak sedap hati.

Doktor yang berbaju biru, ku  panggil pelahan sambil menapak laju kearahnya.

"Doc, doc ada nampak tak tiga orang yang duduk kat sini tadi? "
Soalku sambil mengelap peluh di dahi.

"Ya saya ada nampak, saya pun baru lepas dalam keadaan kecemasan. Kecemasan serangan jantung. Sorang lelaki yang duduk kat sini, terkena 'heart attack' dan serangan panik. Dan malangnya.."

"Apa yang berlaku doc? "
Soalku cemas sambil memegang bahu doktor perempuan yang berada di hadapanku.

" Dia dah meninggal dunia... "

Jelas doktor perempuan itu lalu menapak pergi.

Aku jatuh terduduk. Mataku membulat kerana tidak percaya apa yang berlaku.

Tak sangka, dalam hari yang sama, aku kehilangan dua insan yang aku sayang.

Anak lily dan Akim.

Aku pun tak sedar sejak bila perasaan sayang terhadap akim muncul. Sungguh tidak dijangkakan.

"Akim!! "
Jeritku lalu melepaskan esakan yang cukup kuat.

Aku mengesat air mata kasar, lalu bangkit mencari Anna dan Farhan yang menghilang.

Dah beberapa kali aku pusing kawasan sama, mencari Anna dan farhan.

Lif naik dan turun banyak kali.

Akhirnya aku jatuh terduduk kerana kelelahan.

Hiks.. Hiks...

Esakan sungguh sayu mula menerjah masuk kedalam gegendang telinga aku.

Aku mula mencari arah suara yang menghasilkan esakan.

Suara tu.  Aku kenal sangat.

Suara Anna...

Laju aku bangkit dan berlari kearah suara esakan.

Beberapa saat kemudian, maka terpancarlah wajah Anna yang sedang menangis di hadapan pintu rawatan dengan farhan di sisi yang sedang memujuk.

"A-anna apa dah berlaku? Ma-maafkan akak anna"
Tubuh Anna ku tarik dan memeluk erat. Laju lengan Anna memaut pinggangku dan melepaskan esakan yang makin menjadi jadi.

"Ab-abang ak-akim"
Sebut Anna dengan esakan yang melampau.

"Shhh Anna, akak dah ta-tahu apa yang berlaku dan apa yang betul dan salah. Akak minta maaf sangat². Akak tahu akak teruk.. "
Dan akhirnya aku turut mengeluarkan cecair jernih yang mula membasahi pipi.

Anna hanya diam dan terus menangis.

"Farhan, maafkan aku"
Sebutku sambil memandang farhan yang berwajah sedikit berkerut.

Farhan hanya merespon dengan anggukan kecil.

▪▪▪

"Anna dah solat? "
Soalku sambil memandang  Anna yang sedang termenung di bangku taman permainan mini yang terdapat di hospital.

Anna hanya mengeleng pelahan.
Barang² akim yang di dalam pelukkanya, dipandang dengan pandangan sayu.

"Anna tak boleh lalui semua ni akak... Abang akim ialah satu²nya abang yang Anna percaya.. "
Sebut anna tanpa nada.

"Anna, akak tahu, anna kuat. Abang akim dah tak perlu tanggung lagi kesakitan yang dia hadapi.... dan akak minta maaf.. "
Sebutku sambil mengusap belakang Anna pelahan.

"Anna tak pernah salahkan akak.. Anna tahu, akak pun mangsa keadaan.. "
Sebut anna dengan pandangan kosong.

Aku hanya diam membisu. Aku dah tak tahu apa yang aku patut cakap.

"Dah la akak, anna nak solat. Akak pegangla handphone dan barang abang akim ni. "
Sebut Anna lalu meletakan barang² akim keatas ribaku, lalu menapak pergi.

Handphone insan yang dah kembali kepada ilahi ku pandang dgn hati remuk.

"Kenapa aku ni jahil sangat sampai tak sedar kebaikan akim selama ni? "

Handphone akim yang tidak 'berpassword' ku buka.

Maka terpancarlah wallpaper wajahku yang sedang menulis.

Ni mesti gambar kat cafe haritu.

Bibirku tercalit segaris senyuman hambar.

Sempat lagi dia ambik.

Jariku mula menekan satu butang yang berbentuk segi empat tepat. 

Iaitu 'gallery'

Aplikasi gallery ku buka  secara spontan. Aku  tak pasti kenapa aku bukak gallery akim.

Maka terpaparlah gambar dan video akim.

Hatiku mula terasa getaran yang sungguh merentap jiwa.

Penuh gambar dan video Insan yang selalu menjagaku. Akim, yang dah pergi menghadap ilahi.

Video yang berada di baris terakhir ku tekan pelahan.

Ya Allah apa yang aku tengok ni

"Hyee ni video saya saja nak berlakon..  Saya nak berlakon yang saya acah² tengah videocall dengan insan yang tercinta, iaitu amani dahlia”

Ya allah akim..

"Hi wahai chagiku liya. Chagi jaga diri tau. Jangan lupakan saya. Sebab insan yang hidup pasti mati bukan? Aehehh.. Saya bukan nak merapu chagi, saya cuma teringin nak belai chagi, peluk peluk chagi, cium chagi.. Ehhh haram² hahaha"

Tanpa sedar air mataku kembali menitis.

"Chagi².. Chagi nak tahu tak apa maksud chagi? Mesti laa kesayangan comel saya ni nak tahukan? "
Sebut akim sambil berlakon acah mencubit pipiku.

"Chagi ni maksud dia ikan kesayangan.. Serius ni tak tipu.. Hahahahha takde la chagi.. Jangan buat muka muncung macam tu.. Kang saya tarik pipi.. Hehehe. Takdelah chagi, maksud chagi tu ialah sayang. Haa jadi chagi ni seolah-olah panggilan sayang untuk awak. Baru limited haa! Kan kan? Heheh haa dah senyum tu, suka la tuu"

Akim ni macam tahu aku tengah senyum. Tapi senyuman ni dah kosong.

Senyuman yang membuatkan hatiku sakit.

"Bye chagi, muahh"

Maka video berduradi 2 minit itu telah sampai ke penghujung.

Kejapnya aku rasa..
Rasa belum puas menatap insan yang dah pergi.

Sekali lagi video berwajah akim ku tekan.

Akim...

"Haaa! Hari ni, akim nak pergi study math dengan liya! Ummm tak sabarnyaaa. Mesti Liya menyampah kan? Hahahaha takpe, akim nak buat jugak.. Hehehe, tapi mesti tak best, sebab lily nak ikut. Kalau tak bawak lily, mesti liya dalam bahaya.. Umm kalau bawa pula, akim pula dalam bahaya. Tapi takpe, yang penting liya happy hue hue"

Ya Allah akim.. Kenapa kau terlalu baik?

Kau terlalu baik untuk insan yang tak pernah hargai kau akim

"Akim, aku rindu kau"
Akhirnya kata²  yang dah lama terbuku di hati terucap.

Video ketiga ku tekan dengan getaran di hati.

"Hi! Harini...





⬜◽▪▪◽⬜

Stay  tunggu update yaaaa!

Jangan selesa lagii, ade lagi misteri tak terjawab hue hue

Maafla kalau ade ayat pelik sebab mata tengah penat wuwuwuwuw

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro