🌼C 37🌼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hi! Harini saya nak buat checkup kat hospital! Tentang penyakit saya ni la um... Sebenarnya nak ajak awak chagi, tapi chagi marah² pulak kat kantin tadi.. Takpe, akim faham.. Hehehe. Chagi.. I love you, muah.. Eh Astafirullah haram. Eh takpe, saya akan halalkan awak!  "

Niat dia terhadap aku, niat yang sungguh mulia. Tapi aku...

Sia-siakanya

Jahatkan aku?

"Ok test² aku terima nikahnya nur amani dahlia binti khairul aziz dengan mas kawin 2 juta tunai. Hehehehe 2 juta sekali bagi. Hahahah mane nak cari. "

Hatiku terasa tidak kuat untuk teruskan menonton video yang lain.

Hati aku tak kuat untuk semua ni.

Air mata di pipiku biarkan mengalir mengikut hati yang retak.

Ya Allah aku menyesal.

Handphone akim ku peluk dengan kemas. Aku memeluk seolah olah aku memeluk Akim.

Pap

Bahuku disapa lembut oleh farhan.

Air mataku usap lalu berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Err, hei farhan"
Sapaku lembut.

Farhan hanya membalas dengan segaris senyuman.

Pandangan ku mula jatuh ke arah kotak yang di pegang oleh farhan.

Aku kenal kotak tu. Kotak pemberian arwah kak lia. Dia nak buat apa dengan kotak tu? Curi?

"Farhan, kenapa awak ambik kotak saya? Dan macam mana awak boleh ambik? "
Soalku sambil memandang farhan yang tersenyum.

"Ni kotak pemberian kakak awak bukan? Kenapa awak tak nak bukak kotak ni? "
Soal farhan sambil meletakkan kotak itu keatas ribaku.

"Maaf ni privasi"
Balasku senada. Bukan privasi, aku tak tahu nak jawab apa. Nak jawab sebab benci kakak?

Memang tak la. Nampak sangat macam adik derhaka.

Walaupun hakikatnya ya.

"Awak tahu tak liya? Kalau sejak dari dulu lagi awak bukak kotak ni, mungkin awak dan akim dah hidup bahgia"
Sebut farhan sambil melihat selipar jepunya yang yang berwarna biru.

"Ap-apa maksud awak? Macam mana awak ambik kotak ni? "
Soalku bertubi-tubi. Makin hairan aku dengan Farhan ni.

"Saya suruh akim ambik kotak ni kat rumah awak"
Balas farhan sambil memandang kedalam mataku.

Aku mula berasa takut kerana matanya kelihatan agak tajam.

"Apa kelayakan  atau hak awak nak suruh orang masuk dalam rumah orang sesuka hati?”
Aku mula rasa tidak selesa. Kenapa farhan ni? Risau aku.

"Ouh hahaha, maaf lupa saya nak cakap. Saya ni bukanlah pizza boy sebenarnya. Saya ni ialah penyiasat upahan Anna dan Akim untuk selesaikan kes Hakim"

Oh  wait,
what?
Berdebar pulak aku.

Berdebar, tapi hati aku tetap ada Akim

"Haha, maaflah saya hanya menjalankan tugas untuk menyara hidup bakal isteri saya. "
Balas akim sambil mengusap kepalanya.

"Bakal isteri? "
Dengan Anna ke mamat ni sangkut? Wow 'unexpected'

"Yes, yang tengah baca ni bakal isteri sayalah"
Balasnya dengan senyuman lelaki tulen. Macho. 

How sweet.

"Awak ada niat yang bagus"
Balasku dengan senyuman sipu. Erk terasa single.

"Hehehe niat yang ikhlas. Anyway, bukaklah kotak tu"
Sebut farhan sambil mengigit bawah bibirnya. Malu mungkin.

Kotak yang berada di atas ribaku, ku buka pelahan.

Maka terpancarlah gambar² arwah kak lia dengan  arwah hafiz.

Wah sungguh gembira dan ceria.

Satu demi satu polaroid ditanganku, ku pandang dengan senyuman dibibir.

Bekas darah dipolaroid langsung tidak menganggu senyumanku.

Sungguh bahgianya kakakku dahulu sebelum pengkianatan menjelma.

Setelah seluruh gambar arwah kak lia menjadi tatapan aku, akhirnya mataku memandang kembali kedalam kotak. Terdapat sepucuk surat yang agak comot dengan beberapa titisan darah.

Surat yang ditulis oleh arwah kak lia ku baca baca pelahan.

Nur amani dahliya adikku,

Kakak nak minta maaf sangat² kat adik. Kakak tak berniat nak tinggalkan adik sendirian atas muka bumi yang kejam ni, tapi kakak dah tak sanggup hadap semua ni dik. Kerjaya kakak, maruah kakak... Semua dah musnah dik. Semuanya musnah. Kakak mintak maaf sangat sebab tak jaga adik sehingga hujung nyawa adik. Adik, kakak mengandung anak haram dik. Kakak tak boleh tanggung semua ni.

Ya Allah apa yang aku baca ni?
Kakak aku tanggung beban yang seberat ini?

Seorang diri?

Maafkan liya kerana bencikan kak liya

Kakak tahu, mesti adik benci kakak kan? Maafkan kakak. Adik kena ingat, lelaki yang bernama Hakim, adik kepada bekas teman lelaki kakak hafiz, bertekad nak bunuh adik. Lari liya. Nyawa kamu dalam bahaya. Tetapi percayakan kakak,  Adik lelaki hafiz yang bernama akim akan selamatkan adik. Dia ada jumpa kakak di mall. Dia faham situasi kakak kerana atas penjelasan adik perempuannya Anna. Kakak dah amanahkan dia jaga adik, memandangkan dia pun suka kat adik. Maafkan kakak adik. Kakak kena pergi dari dunia ni.

Assalamualaikum.
2/2/20◻◻

Air mataku kembali menitis. Kalaulah aku baca surat ni daripada dulu lagi, mesti akim tak mati kan?

Kalau aku tak ikut kata hati, mesti akim masih hidupkan?

Aku menyesal.

Air mata yang mengalir aku biarkan mengalir sehingga tangisanku makin menjadi-jadi.

"Kalau awak menangis, takkan ubah apa²liya, berhentilah menangis. Saya akan selesaikan kes Hakim sehingga Hakim di bawa masuk ke dalam lokap. Dia disyaki menjadi perog*l bersiri dan dituduh cuba untuk membunuh. "
Sebut farhan sambil mengambil surat yang berada di tanganku dan menyimpanya kembali ke dalam kotak.

"Saya men-menyesal"
Sebutku sebak.

"Takda guna menyesal dengan perkara yang dah lepas. Dahla saya nak pergi lawat akim. Awak nak ikut? "
Sebut farhan sambil menghulurkan tangan kepadaku.

"Aw-awak pergi la dulu. Sa-saya akan menyusul. "
Sejujurnya aku tak sanggup untuk lawat akim di bilik mayat. Aku tak cukup kuat untuk hadap semua tu.

Melihat wajahnya yang kaku dan pucat tanpa roh?

Aku tak kuat untuk semua tu.

"Ok saya pergi dulu, asalamualaikum"
Sebut Farhan lalu menapak pergi bersama kotak pemberian arwah kak lia di tanganya.  Mungkin untuk dijadikan bukti.

Meja yang berada di taman menjadi tempat aku melepaskan tangisan yang membuatkan dadaku sesak.

Pap pap

Bahuku disapa dengan kasar.
Laju aku mendongak memandang siapa yang menyentuh bahuku.

"Akim? "
Sebutku dengan pandangan yang kabur dek kerana terhalang dengan sinaran matahari.

"Sleep well bit*h"
Sebut jejaka yang ku sangka Akim sebelum dia menekup mulutku dengan kain berwarna biru.

Aku langsung tidak melawan kerana hatiku terlalu retak sehingga aku rela mengorbankan nyawaku.

Dan pandanganku mula gelap.

◽◽◽

Aku cuba mengosok mataku yang terasa berat, namun tanganku langsung tidak bergerak seolah-olah tanganku diikat.

Dengan pandangan yang kabur aku meneliti setiap pelusuk bilik.

Buruk
Gelap
Kotor
Berdebu

Hanya itu perkataan yang boleh aku terangkan tentang bilik ini.

”Aku kat mana ni? ”

"Ouhh dah bangun babyboo? Eh i mean chagi? ”
Sebut jejaka yang wajahnya tidak berapa jelas dek kerana kawasan yang agak malap.

"Ka-kau siapa? "
Soalku hambar.

"Hahahaha ni aku la chagi.. "
Jejaka itu mendekatkan wajahnya ke wajahku.

Akim?

"Ak-akim? ”
Tanganku yang terikat kucuba untuk melepaskan untuk mengusap wajah yang aku rindu. Namun aku gagal.

"Ah? Hahaahah funny"
Balasnya sambil mengusap pipiku pelahan.

Dia semakin mendekatkan wajahnya ke wajahku dan akhirnya pipiku menjadi mangsa jilatan lidahnya.

Pipiku dijilat beberapa kali sehingga aku tersedar bahawa di lehernya mempunyai tahi lalat.

Tahi lalat?

Ni bukan Akim tapi Hakim!

Laju aku menolaknya dari terus menjilat pipiku mengunakan kepalaku.

"Kau bukan Akim tapi kau Hakim! "
Jeritku sambil cuba mengelap pipiku yang dibasahi air liur dengan bahu.

"Alaaa dah tahu ke? Baru nak layan nafsu emm.. "
Balas Hakim sambil mencebik.

"Kau tak takut dosa ke ha syaitan! "
Jerkahku dengan penuh perasaan benci. Kalau bukan sebab Hakim menyamar, Akim takkan mati.

"Ummm canne ek nak cakap? Tak. Aku tak takut dengan dosa. Aku lebih takut kalau tak sempat rosakkan kau. Ok macam ni lah, kalau kau tak nak layan nafsu aku, aku akan paksa kau layan nafsu aku sampai kau hanyut dengan godaan aku.. "
Balas Hakim sambil menanggalkan tali pinggang yang terbelit di pinggangnya.

"Hakim!  Kenapa kau sanggup buat macam nih! "
Aku tak rela kesucianku diragut dengan makhluk yang gila nafsu!

"Bapak clicher ayat kau"




                               
⬜◽▪▪◽⬜

Sorry kalau hambar

Liya selamat ke tak ek?


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro