🔮C 39🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kita jumpa dia esok"

◽▪◽▪

◽LIYA POV◽

Mata yang terasa berat ku paksa buka, memandang sekeliling yang kelihatan suram dan malap. Cahaya hanya dibekalkan dengan cahaya matahari yang menembusi celah-celah kayu reput.

"Huuhhh"

Aku mengeluh panjang,

"Kenapa aku masih hidup? Aku ni layak mati je"

Anak mataku beralih ke arah pahaku yang dijahit Hakim semalam.

Semuanya dalam keadaan baik. Pahaku dibalut dengan cermat sekali.

Aku bukan bersyukur.
Malah aku benci perbuatan itu.

Dia patut tinggalkan lukaku dimakan ulat.

Tangan yang terikat di belakang badanku, ku cuba lepaskan ikatan. Ikatanya terlalu kemas sehingga aku hampir tidak merasa deria sentuhan tanganku.

Kebas
Lenguh
Sakit
Semua terkumpul sekali.

Sungguh siksa.

"Tchhh"

Gagal.

Aku memejam mata kembali setelah mendengar derapan kaki yang mendekati.

Tahu sangat, tu Hakim

Pap!

Berterabur nasi goreng yang masih panas terkena wajahku.

"Hahaha.... Kesian"

Nasi-nasi yang panas itu menghiasi wajahku di pagi hari.

"Arghhhh"

Kulitku terasa agak pedih.
Tergamak dia baling nasi panas pada wajahku?

Memang berhati syaitan!

"Ha makan la nasi atas lantai tu. "
Sebut Hakim lalu duduk bersila di depanku.

Bungkusan nasinya yang masih elok, dibuka.

Maka masuklah aroma nasi ayam berempah kedalam rongga hidungku.

"Pehal tak jilat nasi goreng atas lantai tu? Kau suruh aku suap? Memang tak la tak la tangan aku nak masuk ke dalam mulut busuk kau tu.. "
Sebut Hakim sambil menyuapkan nasi ayam berempah kedalam mulutnya.

Sedikitpun perasaan bersalah tidak tercalit di dalam hatinya.

Dasar pyscho!

Soalan yang keluar dari mulut akim, ku endahkan.

Dia suruh aku jilat nasi atas lantai?

Memang taklah!

"Halah kau ni. Kau tu dah la perempuan menumpang kasih orang, murah, hodoh. Kau memang layak makan nasi atas lantai tu."
Sebutnya sekali lagi sambil membaling tulang ayam ke wajahku.

"Tchhh"

"Ohh sebelum aku lupa, ni phone akim kan?
Soalnya sambil menunjukan handphone berjenama samsung kepadaku.

Aku tidak membalas soalanya dan hanya menoleh ke kiri.

"Halah kau tak jawab pun aku dah tahu ni phone budak tu"
Sebut Hakim lagi sambil menekan-nekan phone milik akim.

"Dah tahu, pehal tanya? Bo*oh ek? "
Balasku spontan tanpa memandang wajahnya yang sedang merengus geram.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku! Kau pehal ha sayang sangat kat budak bo*oh tu?! "
Jerkah Hakim sambil membaling bungkusan nasinya ke wajahku.

"Dia tak bo*oh, kau yang bo*oh sebab pukul perempuan, pemikiran cetek. Sedangkan dalam islam melarang menyakiti perempuan. Kau pulak? Tak takut dosa? "
Soalku sambil tersenyum hina ke arahnya.

"Kau jangan nak main hukum hakam dengan aku. Kau ingat kau suci sangat!? "

Buk!

Tendangan cukup kuat menyinggah di bahgian perutku dan tak lupa juga bahgian yang dijahitnya semalam dipijak-pijak beberapa kali.

Sakit.
Sungguh sakit.

"Akibat kurang ajar dengan aku! "
Sebutnya sambil mencengkam pipiku dengan cukup kuat.

Pipiku di tamparnya beberapa kali, diikuti dengan tumbukan yang agak kuat.

Cecair merah yang mengalir dari celah bibirku, ku biarkan terus menitis.

Tanpa sedar, bibirku tercalit satu senyuman puas.

"Hahahah.. Puas hati aku... Main lagi dosa, pahala dengan aku. Dasar kotor belagak suci! "
Hina hakim sambil matanya mula fokus pada skrin handphone akim yang sedikit retak.

Beberapa detik kemudian dia tersenyum aneh.

"Kau nak tengok bende bo*oh? "
Soalnya sambil mengangkat handphone akim aras bahunya.

Aku hanya diam dan tak menjawab. Wajah dia pun aku tak pandang.

"Cuba kau tengok video ni... "
Sebut hakim sambil menghalakan skrin handphone akim ke arah mataku.

"Ya Allah"

Laju aku memejam mata serapat mungkin.

"Kau tak payah fitnah akim la! Kau ingat aku ni bod*h sangat ke ha!? "
Jerkahku tanpa memandang video yang tidak bermoral.

"Ahahah.. Bijak jugak kau.. Tapi kau pasti ni bukan akim?
Sebut hakim lalu menayangkan skrin handphone mendekati mataku sekali lagi.

"Kau tak payah tayang dosa la dengan aku! "
Jeritku lalu menolak handphone di tanganya dengan kepalaku.

"Hishhh kau ni memang kurang ajar laaa.. Kau ni memang tak serik ek? "
Sebutnya dingin.

"Aku takkan berhenti melawan sampai akim hidup kembali! "
Aku tak sedar apa yang baru keluar dari mulutku. Hal itu mustahil, sangat mustahil.

"Apa kau merepek ni betina? Kau suruh mayat akim yang pucat dan membusuk datang selamatkan kau? Kau dah g*la? "
Soalnya dengan wajah bingung 'plus' jijik.

Tanpa sedar, bibirku mengukirkan senyuman yang aku sendiri tak paham.

"Dah la kau. Aku rasa otak kau ni dah gi*a"
Sebut Hakim lalu menyepak kepalaku sehingga kepalaku terhentak pada lantai.

Telapak kasutnya yang kotor diletaknya atas kepalaku.

"Kau ingat sikit.. Akim dah mampos! M. A. M. P. O. S mampos! "
Sebutnya sekali lagi lalu menyepak muka ku dan berlalu pergi.

"Aku nak makan pun tak tenang la si*l!! "
Jerit Hakim dari jauh melepas amarah.

Hari demi hari,
Minggu berganti minggu,

Siksaan makin lama makin teruk.

Aku dah penat....
Dah penat..

Tetapi aku redha,
Sebab semua ni berlaku angkara aku sendiri.

Air mata mula menitis mengimbau kembali kenangan manis bersama Akim, Anna dan arwah kak lia.

Aku rindu semua tu. Lebih² lagi insan yang aku cintai.

"Muhammad Akim Danieal "
Sebutku pelahan dengan deraian air mata.

Akim tak rindu aku ke?
Dia taknak jenguk aku ke?
Dia dah lupakan aku?

Satu demi satu soalan mustahil untuk orang yang dah mati akan lakukan bermain di minda ku.

"Akim tak nak isterikan aku ke? "
Senyuman hambar mula tercalit. Sungguh mengarut.

"pisttt pisttt"

Pelahan aku mengangkat kepala memandang celahan kayu reput yang hanya disinari dengan cahaya bulan penuh.

"Ada orang panggil aku ke? "

"Psttt pstttt"
Makin kuat suara tak dikenali menerjah gegendang telingaku.

"Si-siapa tu? "
Soalku lemah dek kerana tubuhku kekurangan tenaga dan terasa sakit di segenap bahgian tubuh.

Allah je tahu betapa siksanya.

"Ni saya.. Akim.. "
Bayangan lelaki berhoodie putih mula memasuki kornea mataku.
Namun wajahnya belum cukup jelas untuk pastikan itu benar² jelmaan akim.

"Ak-akim? Aw-awak datang?.. "
Sebutku lemah dan cuba untuk bangkit.

"Yes² ni saya.. Shhh awak kena diam nanti Hakim tahu.. "
Telapak tanganya yang sedikit kasar menyentuh bahuku pelahan

"Ak-akim awak kan dah ma-mati.. Aw-awak datang sebab nak bawa saya pergi ber-bersama awak? Sa-saya nak. Saya dah tak rela macam ni"
Sebutku lalu bersandar pada dadanya dan melepaskan tangisan rindu yang tak terucap.

"Yes, saya nak bawa awak pergi tapi tolong senyap sikit nanti Hakim dengar"
Bisik Akim lalu mengusap kepalaku lembut.

Ya Allah aku harap ni bukan mimpi kerana aku benar² mahu pergi ke alam lain bersama akim.

Aku memang dah tak mampu hadap semua ni.

Kemudian tangan berurat Akim mula beralih kearah tanganku yang diikat selama berminggu-minggu.

"Sabar ya chagi.. "
Sebutnya pelahan.

Kata²nya aku hanya membalas dengan tangisan yang makin menjadi jadi.

Setelah ikatan terurai Akim menolak bahuku pelahan supaya wajahku menghadap wajahnya.

"Chagi, chagi boleh lari tak? "
Soalnya sambil memeriksa kakiku yang penuh dengan kesan torehan.

Aku mengeleng pelahan.

"ok macam ni, chagi naik atas belakang Akim, cepat chagi"
Sebutnya lalu mengheret tubuh lemahku naik keatas belakangnya.

"Ak-akim.. Kenapa tak tarik terus nyawa saya da-dan kita pergi ke alam lain ber-bersama? "
Sebutku lemah sambil menyandarkan kepala ke bahu lebarnya.

"Apa awak merepek ni chagi? Awak tak sayang saya ke yang awak nak mintak mati sangat tu? "
Soal Akim sambil memegang tanganku dengan kemas kemudian mulakan langkah senyap.

"Ak-akim? ”

⬜◽▪▪◽⬜

Maaf if mengarut aaaaa dan HAMBAR

Sorry ayat berbelit sebab otak el tengah berserabut wuwuwu

Sorry for late update tu "(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro