🔮C 40🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ak-akim? ”

"Hahahaa bo*oh.. "
Sebut akim selamba dan secara tiba-tiba dan dia mencampakku dari terus memeluk belakangnya.

"Ak-akim kenapa ni? "
Soalku sambil mengosok punggungku yang terasa sakit akibat terhentak kuat.

Kakinya menolak kepalaku pelahan sehingga kepalaku rapat pada tanah.

"Bod*h tu simpan. Kau tahu kan aku dah mati? Kau ingat aku akan hidup balik?  Sorry no sis"
Jawab akim sambil kakinya memijak mijak kepalaku bagaikan kepala aku ni batu.

"Ak.. Akim.. "

"Sorry sis you will die"

Clack,

Sepucuk pistol hitam mula di acukan kearahku setelah picunya ditarik.

"Akim.. Kau pembelot? "
Soalku lemah.

"Kau ni tak habis² muak aku! ”
Balasnya sambil mendekatkan pistol kearah mataku.

Aku terdiam kaku.
Kehilangan kata²

"Okey dalam kiraan 1... ”

"2... "

"3.... "

BAMMMMMM!

Ya Allah ya Tuhan ku!

"Opahhh! "
Jeritku sekuat hati.

"Kau pehal memekak malam² buta?  Bo*oh ek?  Tak de adab? "
Soal Hakim sambil menarik rambutku dengan kuat.

Terpancar wajah Hakim yang berpeluh di hadapanku.

Aku cuba mengerakkan tangan.

Tanganku masih kemas terikat.

Adakah tadi mimpi?

Syukur jika ianya mimpi...

Sebab aku tahu.. Akim bukanlah pembelot.

Kan?

"hakim. Kau Hakim kan?! "
Soalku nyaring.

"Kau diam lah!  Aku sibuk kutip durian kat belakang.  kau pulak memekak kat sini? Aku nak jual durian ni kat bandar. Jadi aku kene bertolak malam ni. Kau berlapar la ya dalam 3 hari. Kalau lapar makan daun kering tu.. "
Sebut Hakim lalu melepaskan tanganya dari terus menarik rambutku.

"Ka-kau kan dah kaya.. Buat apa ju-jual durian? "
Soalku lemah.

"Astu kau ingat orang kaya ni duit dia tak habis la? Duduk diam pun duit bergolek kat kaki? Bo*oh tu simpan di hari tua.. "
Balas Hakim sambil mengelap peluhnya dengan kain berwarna biru muda.

Setepek aku kena.
Soalan aku pun macam budak tadika.

Padan muka diri sendiri.

"Ok aku blah dulu. Selamat mampos.. "
Sebutnya lalu menapak pergi.

🍂🍂🍂

Hari ini ialah hari kedua Hakim meninggalkan aku di rumah buruk ini bersendirian.

Lapar?
Daun kering ialah menjadi santapanku.

Dahaga?
Tahan...siksa bukan?

Bibir keringku mengukir senyuman setelah melihat bulan cantik bersinar dari celahah-celah atap reput.

Perutku yang terasa lapar,sedikit terubat setelah melihat ciptaan Tuhan yang cukup sempurna.

"Psttt"
Pelahan suara memasuki gegendang telingaku.

"Sia-siapa tu?"
Soalku lemah.

"Ni,aku. Farhan"
Sentuhan lembut terasa di pengelangan tanganku setelah empunya suara menyahut.

"Hiks...farhan..."
Dengar sahaja nama farhan,laju aku menitiskan air mata. Hari ini mungkin hari terakhir aku teriksa.

"Shhh senyap liya"
Arah farhan lalu membaling tali  yang menjadi penghiasan lenganku selama berminggu-minggu.

Aku cuba menahan air mata dari terus menitis dengan esakkan melampau

"Liya awak boleh jalan?”
Soal farhan sambil mengambil dedaun kering di atas kepalaku. Lengan sasanya cuba mengangkat tubuh kecil ku yang makin mengurus.

Aku mengeleng pelahan. Aku bukan tak boleh berjalan,tetapi kaki ku terasa sakit dan berdenyut-denyut akibat siksaan sebelum ini.

Pelahan farhan menarik bahuku  dan memapahku pelahan.

"Liya,awak jalan senyap²,jangan keluarkan sebarang suara. Lepas saya letak awak kat pokok besar sebelah sana,awak cuba berjalan perlahan menuju ke arah Anna yang sedang menunggu di sana. Awak jangan risau, skuad khas dari team saya sedang mengawasi kawasan ni"
Arah farhan sambil memapah aku menuju kearah pokok besar yang rendang.

"Awak nak pergi mana?"
Soalku bernada keliru.

"Saya dan akim mahu menangkap Hakim di dalam semak sana dan kawasan rumah,harap awak ikut arahan"
Balas farhan serius

"Akim?”
Maybe nama ahli skuad khas yang dia cakap tadi.

Farhan mengangguk pelahan sambil memerhati kawasan sekeliling.

"Tapi Hakim tak ada,dia pergi ke bandar"
Ujarku lagi.

"Jangan risau,kami kesan location handphone hakim berdekatan kawasan sini"
Balas farhan lalu menyandarkan aku pada sebatang pokok besar yang dimaksudnya tadi.

"Awak cuba jalan pelahan menuju ke arah anna sebelah sana"
Sebut farhan sambil menunjuk ke arah kananku dan kornea mataku menangkap imej Anna yang sedang melambai-lambai dari kejauhan.

Rindunya aku dengan tubuh yang melambai-lambai  itu. Sungguh rindu.

"If awak tak boleh jalan atau dalam masaalah,awak panggil saya dengan walkie talkie ni" sebut farhan lalu menghulurkan walkie talkie kepadaku.

Aku mengangguk pelahan.

Farhan mengusap kepalaku beberapa kali dengan senyuman lalu menapak laju meninggalkan aku sendirian.

Aku menarik nafas panjang.

Aku mula merapatkan lututku pada tanah dan cuba merangkak pelahan di sebalik rumput panjang dan menuju kearah Anna secara senyap².

Hanya beberapa langkah lagi aku akan sampai kearah anna,namun kolar bajuku terasa ditarik kasar sehingga aku berdiri secara paksa.

"Korang ingat aku bo*oh?!”
Pap benda sejuk mula menyinggah di bawah daguku iaitu sepucuk pistol.

"Akak!”
Laju Anna berlari mendekatiku dengan wajah terkejut.

"Kau dasar adik pembelot!!”
Jerit Hakim nyaring yang hampir memecahkan gegendang telingaku.

"Abang! Apa abang buat ni?! Abang tahukan yang kak liya tidak bersalah?!”
Jerit Anna dengan wajah yang mula memerah menahan amarah.

"Ya aku tahu! Tapi dia yang patut bertanggungjawab atas kesalahan kakak dia!”
Balas hakim pula dengan tanpa perasaan bersalah.

"Turunkan senjata anda!"
Suara garau mula bergema di setiap kawasan dan kawasan hutan yang sepi mula riuh dengan ketibaan skuad khas yang mula mengepung.

"HAHAHAHAH kalau korang tak nak setan ni mampos, korang letakkan senjata sekarang!”
Jerit Hakim lalu merapatkan pistol  pada daguku.

Skuad khas mula memandang satu sama lain.

"Aku cakap letakkk!"
Jerkah Hakim lagi.

Kelibat farhan dan seorang lelaki dengan senapang mula timbul dari celah² skuad khas.

Farhan mula membuat isyarat rahsia.

Skuad khas secara serta merta meletakan senapang ketanah.

"Sekarang skuad aku dah jatuhkan senjata. Kini gilaran kau lepaskan mangsa"
Sebut farhan berwajah serius.

"HAHAHAHAH tak seronok lah tkde korbankan?"
Balas Hakim selamba.

Pipiku diusap lembut dengan sepucuk pistol.

"Lepaskan mangsa sekarang!”
Jerit jejaka berbadan tegap di sebelah farhan bersuara garau.

"Hahahah ok² aku lepaskan mangsa,tetapi biarkan ade pertumpahan darah malam ni.."
Balas Hakim sambil menjilat pipiku pelahan.

Bau petai!

"Siapa nak ganti nyawa syaitan ni?”
Soal hakim sambil menunjal kepalaku beberapa kali.

Tanpa gugup,Anna mengangkat tangan sambil tersenyum.

Terbeliak mataku memandang Anna yang sedang tersenyum.

"Anna jangan!”.
Aku dah tak sanggup melihat insan yang aku sayang pergi demi aku. Aku dah tak sanggup...

"Dasar adik bo*oh"
Sebut Hakim sambil tersenyum senget.

"Abang yang bod*h sebab jatuhkan sesama umat islam..menghukum orang yang tidak bersalah..."
Balas Anna tanpa sedikitpun perasaan gentar.

"Hahah kau tak payah cakap hal agama la dengan aku...kau ingat kau tu alim sangat ke? Solat pun tak cukup.."
Soal Hakim bernada hina.

"Haha tak mengapa,sekurang-kurangnya adik bod*h abang ni bukan pemakan darah daging sendiri. Kalau adik mati malam ni, sekurang-kurangnya mati syahid...kan?”
Sebut Anna dengan langkahnya makin mendekati kearah aku dan Hakim.

"Anna jangan...akak merayuu..."
Sebutku dengan air mata yang mula membasahi pipi.

"Akak tak perlu risau..insyallah kita bertemu di syurga.."
Sebut Anna dengan langkah yang makin mendekat.

"Anna...jangan... tolong.."
Rayuku lagi

"hahahah seronok juga drama malam ni.."
Sebut Hakim lalu menolakku jatuh ketanah dan menarik lengan Anna secara kasar  masuk kedalam dakapanya.

Pistol diacukan tepat kearah dahi Anna.

"Dasar adik bo*oh"
Ucap Hakim sambil tersenyum.

Laju lenganku memaut kaki hakim dan mula merayu.

"Hakim..lepaskan Anna aku merayuuu..Hakimmm"
Betis hakim menjadi mangsa pelukan ketatku. Kaki hakim ku cium beberapa kali.

"Akak,akak jangan merayu pada binatang macam ni"
Sebut Anna sambil memandangku dengan ekor matanya.

"Kau panggil aku binatang!? Kau memang menempah maut la Anna! Aku tembak kang!”
Sebut Hakim lalu menendang aku dari memeluk kakinya,dan mula mencekik Anna.

"Tem-tembak la bang..tembak!”
Jerit Anna dengan berani.

"Okey sebab kau mintak maka.....

POMMM!


...

Hambar dimana ii sahaja ༎ຶ‿༎ຶ


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro