🔮C 41🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Okey sebab kau mintak maka.....

POMMM!

Dan jantung aku berhenti berdetak sedetik.

Kenangan indah bersama Anna mula tertayang di mindaku.

Sebutir peluru laju menusuk dada Anna tanpa memberi sebarang ruang untuk bersedia.

Titisan demi titisan darah Anna membasahi wajahku yang hanya mampu diam membisu..

"Akak...semoga kita jum-jumpa kat sa-"

Gedebuk!

Mata kuyuku terbeliak memandang Anna dengan berlumuran darah.

Badan kecil Anna jatuh menghempap bumi dengan mata memandangku dan dengan bibir tersenyum.

Laju aku memeluk tubuh yang mula memucat di hadapanku dengan dihujani dengan air mata.

"Anna mengucap anna.. ja-jangan tinggalkann akak..."
Wajahku di hempapkan pada dada Anna yang dipenuhi darah. Dadaku mula menerima esakan yang kuat.

"Ashadu...ala..ila...ha illallah..."
Pelahan suara Anna menyentuh cuping telingaku sebelum tubuhnya ditinggali roh.

Buat selamanya....

"ANNA!!!"
Suara jeritan garau yang memanggil anna,ku endahkan dek kerana jiwa tak mampu terima pemergian gadis yang terasa seperti adik kandung sendiri.

Orang yang sentiasa dirindui mati depan mata...

Kerana kelalaian diri sendiri...

Sungguh pahit.

Hujan mula membasahi bumi,menangisi pemergian Anna yang tidak disangka.

"DASAR ABANG ANJI*GG!!!"

lepshhhhh!!!

Tamparan kuat yang menyinggah di pipi Hakim membuatkan ku sedikit tertarik untuk memandang siapa yang berani menampar hakim.

Si syaitan..

Lelaki bertubuh sasa tanpa baju dengan balutan rapi di dada.

"Ak...akim?.."
Mulutku menyebut nama insan yang telah lama ku tunggu.

"KAU MEMANG ANJI*G!!!!! ARGHHHH!"
Buat pertama kalinya aku memandang wajah Akim di dalam kemarahan..

Ini bukan mimpikan?

Skuad khas mula mengepung Hakim sebelum tanganya digari kemas.

"Aku berpuas hati..adik derhaka mati di depan mata..."
Ucap Hakim dengan senyuman dibibir.
Luka dicelah bibirnya di jilat

"KAU MEMANG MELAMPAU!"
Akim mula mengengam penumbuk dan laju mara ke arah Hakim.

Laju farhan menahan Akim yang sedang naik hantu.

"Kau marah macam mana pun anna dah takkan kembali!"
Jerkahan Farhan yang membuatkan amukan Akim berhenti serta merta.

Pandangan Akim mula jatuh ke arah Anna yang hanya mampu kaku dan dibasahi darah.

Lututnya mula lemah dan menghempap bumi yang basah.

"Anna..."
Pelahan dan lembut Akim memanggil adiknya yang kaku. Tangan anna yang pucat di usapnya pelahan dengan ciuman yang seperti tidak mahu berganjak dari tangan tanpa roh itu.

"Ab-abang janji, abang ak-akan beli ais cream kat Anna selalu...kan Anna janji dengan abang anna nak jadi saksi pernikahan abang dengan kak liya..Anna dah janji kan?"
Air mata jantan mula luruh menghiasi pipi.

Membulat mata aku memandang Akim yang muncul tanpa disangka dan janji yang mengejutkan.

"Ma-maaf tuan farhan,saya cuba halang akim dari datang kesini dengan keadaan belum sembuh. Tetapi dia degil."
Ucap seorang doktor berkaca mata dengan wajah kesal.

Farhan hanya mengangguk tanpa suara.
Mukanya hanya masam mencuka.

"Ak-akim?"
Sebutku seolah-olah tidak percaya insan yang ku sangka sudah tiada sedang pegun di hadapanku.

Akim hanya memandangku sekilas dengan berwajah masam.

Beberapa saat kemudian...

🚨NIII NOO NII NOOO 🚨

Ambulans mula kedengaran dari kejauhan.

Tubuh anna yang kaku diangkat pelahan dan diletakan di atas katil. Insan yang ku sayang telah dibawa pergi masuk kedalam perut ambulans...

Dan dunia....

Pinggang kecilku terasa di paut kemas.

Akim mengangkat tubuh kecilku yang lemah,tanpa memandang wajahku walaupun sedikit.

Wajahnya sedikitpun tidak tersenyum.

Hanya muka ketat akim menghiasi yang mataku.

Dia marah padaku?

Wajarlah jika akim marah,kerana semua ni berlaku kerana kelalaian aku..

Aku terima jika dia benci aku...

Tubuhku di letakan di atas kerusi di sebelah anna,lalu tinggalkan aku tanpa sebarang suara.

"Akim..."

Akibat terlalu mengikut perasaan sedih,aku mengheret lengan anna lalu memeluknya kemas sehingga sampai ke Hospital.

☔☔☔

"Amin....."
Surah Yassin berwarna hijau daun ku cium dengan deraian air mata. Jari kurusku memegang batu nisan yang dihiaskan dengan nama penuh Anna...

Nur Anna Qhalishya binti Datin Zubaidah

Air bunga mawar ku siramkan di atas kubur arwah Anna dengan perasaan yg bercampur baur.

Sedih
Gelisah
Kecewa
Marah
Menyesal
Semua bercampur aduk.

"Liya,jom balik"
Sebut farhan sambil memandangku dengan wajah ketat.

Kata² farhanku hiraukan dan hanya telapak tanganku yang merespon dengan mengusap tanah kubur Anna yang masih baru.

"Liya,awak menangis macam mana sekalipun,Anna dah takkan kembali.."
Sebut farhan lalu duduk bercangkung di sebelahku.

Wajah pucatku ditatapnya dalam.

"Sa-saya tak sangka Anna mati sebab saya.."
Sebutku dengan esakan halus.

Semua ni berlaku kerana aku...

"Bukan salah awak,kami semua tengok siapa yang membunuhnya."
Sebut farhan sambil membetulkan selendangku yang sedikit senget.

"Betul tu liya,bukan awak yang salah...Anna yang mintak semua ni.."
Balas akim yang datang entah dari mana sambil meletakan Yassin kedalam poket baju melayunya.

"Akim? Awak ma-masih hidup? Macam mana?"
Soalku sambil mengusap air mata yang tak mahu berhenti.

"Dahla,tak elok borak kat sini,biarkan Arwah Anna berada dalam keadaan yang tenang..."
Potong farhan lalu bangkit pelahan.

"Betul tu..jom.."
Sebut Akim lalu bantuku bangun dek kerana kakiku yang belum sembuh.

"Dah jangan nangis,Anna tak suka tengok awak menangis.."
Ucap Akim sambil tersenyum.

Laju aku mengelap pipiku dengan lengan baju.

Senyuman pahitku sedekahkan.

Perlahan tapak kakiku disusun keluar dari pagar kawasan perkuburan.

Kereta Hilux laju membelah jalan yang basah dek kerana hujan.

"Akim..awak hidup? Macam mana?"
Soalku sambil bermain dengan jari sendiri dek kerana jariku terasa gatal mahu menyentuh akim yang masih bukan halal untukku.

"Saya mana ada mati...Saya upah seorang doktor untuk memberi tahu awak bahawa saya dah mati. Bukan apa,saya nak bagi masa kat awak...saya fikir awak benci saya kerana fitnahan Lily dan saya fikir mesti awak benci kalau saya masih hidup.... Tapi ternyata salah, arwah Anna dan farhan cerita kat saya,yang awak menangis teruk."
Sebut akim sambil tersenyum

Muka ku mula memerah.
Alahai sampai hati kantoikan..

"Er..awak sebenarnya sakit apa?"
Soalku bernada malu.

"Saya ada masaalah komplikasi jantung. Saya perlu melakukan pembedahan. Dan saya ada masaalah tekanan perasaan yang berat,ia menyebabkan jantung saya melemah. Awak jangan risau,semuanya dalam keadaan baik sekarang.."
Jawab Akim jujur.

Ya Allah mesti aku yang memberinya tekanan dengan tuduhan tanpa periksa ku.

"Awak nak tahu tak...masa kat hospital, 5 hari lepas bedah, saya baru sedar dari pengsan. Masa saya tersedar tu , saya dengar Anna tengah berdoa selepas solat... Awak nak tahu dia doa apa?"
Soal akim dengan wajah tersenyum pahit.

"Ap-apa?"
Air mata dah bersedia untuk banjir.

"Dia doa,dia rela mati demi selamatkan awak. Dia doa dia nak mati kerana awak. Impian dia dah tercapai kan?"
Sebut akim lalu menutup wajahnya dengan kopiah putih.

"Ya Allah Anna..."
Air mata mula membanjiri pipiku.

"Dia nampak je saya sedar dari pengsan,dia terus minta saya tunaikan impian terakhir dia..."
Sebut Akim lalu wajah muramnya bertukar kepada senyum tersipu.

"Apa impian dia? Sa-saya sanggup tunaikan.."
Ucapku  sambil membetulkan selendang yang sedikit senget.

"Impianya ialah..."

Dub dap dup dap

Kenapa jantung ni berdebar semacam?

”kawini awak."
Sebut akim lalu memalingkan wajahnya menghadap tingkap.

Farhan hanya diam membisu dengan senyuman ringkas dibibir.

Sekali lagi pipiku memerah.

"Tak salahkan saya tunaikan impian terakhir dia?"
Soal akim lalu mengalih wajahnya dari tingkap lalu menatap dalam mataku.

"Buk-bukan tak nak,tap-tapi kita masih muda.."
Sebutku lalu mengalih wajah kearah tingkap yang dibasahi hujan.

Malu siot

"Muda² pun boleh kawin chagi..."
Ucap Akim sambil tersenyum gatal.

"Betul tu Liya, muda² pun boleh kawin hahah"
Potong farhan dengan ketawa mengejek.

"Farhan ni!..”
Sebutku bernada malu.

"Nur Amani Dahliya...sudikah awak menjadi isteri sah kepada saya?"

Dub dap dup dap

Degupan jantungku berdegup kencang hingga terdengar pada telingaku.

"Sudi!"
Tanpaku sedar,mulutku mengucapkan perkataan 'sudi' tanpa perasaan malu.

"Yeayyyy! Yahuuu"
Maka bersoraklah akim dan farhan sehingga orang yang menunggang motosikal memandang kami dengan wajah berkerut.

Baru la Akim dan Farhan berhenti bersorak.

"Haaaa tahu malu.."
Getusku di dalam hati.

☔☔

TOK TOK TOK

Muhammad Hakim Haikal dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa ikat jamin.

Aku mengukir senyuman bersyukur setelah segalanya mula berubah menjadi indah.

"Aku bantah,kenapa tak hukum gantung je?”

🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Heyooo last chapter akan menyusul!!!

If ade typo tegor noohhh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro