💮C4💮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Haish....bosanya asyik cerita hantu.. "
Sebutku sambil memuncungkan mulut. Dah macam itik. Senaye aku bukan bosan tengok citer hantu, tapi aku takut. Ahaks

Butang remote ku tekan laju. Nombor 611 menjadi mangsa ibu jari ku.

"Haaa! Ni baru betolll... "
Kataku sambil tersenyum manis. Lagu didi and friend berkumandang ceria. Korang pe tau, didi cerita kegemaran aku tau!

"Semut berkawad satu satu, huraaaa hureyyy... Semut berkawad dua dua huraaa hureyyy... "
Tengah syok aku menyanyi lagu kegemaran aku dan baru sahaja mahu menari, suara tapak kaki kakaku membatalkann niat ku untuk menari dan bernyayi bersama didi.
Senyuman ku ukir selebar mungkin dan langkahku menuju kearah kakaku.

"Kakak.. "
Sebutku ceria dengan senyuman kambing dibibirku.

"Em"
Balas kakaku ringkas.

"Kakak nak pergi mana dengan kotak tu.. "
Tanyaku dengan gediknya selepas melihat sebuah kotak pink dalam pelukkan kakaku.
Yes aku tahu, tu mesti untuk aku.. Eheks.

"Nanti jumpa kat bumbung apartmen jay tau.. "
Sebut kakaku sambil menyorokan kotak itu di belakangnya. Kakak memang tak pandai menyorokkan sesuatu.

"Nak wat apa kat bumbung apartmen mewah tu akak? "
Tanyaku sahaja nak mencungkil rahsia. Walaupun aku dah tahu untuk sambutan hari lahir aku. Mesti dia bawa maskot didi.

"Mewah tapi atas tu takde apa² yang mewah"
Balas kakaku sambil menapak menuju ke pintu utama untuk keluar.

"Heheh... "
Balasku gedik. Yep aku tahu kalau tempat tu mewah.. Mesti bumbung dia mewah jugak kan? Kalau tak mewah kenapa dia tak sambut birthday aku kat bumbung apartmen biasa² je kan kan?

"Tak sabar.. "
Sebutku lagi.

"Kakak tunggu tau... Datang pada tepat masanya nanti... "
Sebut kakaku sambil memegang sebelah pipinya yang lebam.

"Kenapa dengan pipi kakak senaye? "
Tanyaku dan Senyumanku terus mati.

"Akak jatuh terlanggar kelapa... "
Jawab kakaku ringkas.

"Huk.. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAH! "
Aku gelak kalah itik gelak. Kuat giler. Aku boleh bayangkan cara kakaku langgar kelapa dan jatuh. Berdekah aku gelak. Tapi...
Biasanya kalau aku gelak mesti kakak aku luku kepala aku. Ni tak.. Dia hanya gelak kecil je. Sopan nak mampos. Demam agaknya.

"Jangan lupa... "
Sebut kakaku lalu pergi meninggalkan aku yang gojes ni bersendirian.

"baik captain! "
Sebut lalu acah² polis gituw.

Taksabar...

🔗🔗🔗

Dengan cerianya aku melompat masuk kedalam bilik aku, almari arwah² jam ku buka dan teros senyuman manisku ukirkan.

"Haih para² jam.. Kamu sungguh berbakti kepadaku.. "
Sebutku lalu mencapai beberapa jam loceng di dalam almari itu.

"Jam.. Kenapa masa itu emas ek? "
Tanyaku kepada jam didi di dalam gengamanku.

"Ultramen.. Kenapa pakai baju ketat? Seksi tau.. "
Sebutku lagi. Entah mengapa mood aku baik je hari ni.

Jam² tadi ku baling kembali kedalam almari dan aku pergi mempersiapkan diri. Aku nak pergi mall semata mata untuk jam loceng baru.

Pakaian serba hitam ku pakai dan shawl aku di sempurnakan dengan 'cap' turut warna hitam. Walaupun serba hitam macam jembalang, tapi tak mengapa aku suka.


Pelahan aku berjalan menuruni anak tangga. Tv yang masih terbuka dengan cerita kartun ku pandang lama.

"Nak layan cartoon ke nak beli jam? "
Aku ibarat dilema dengan cerita kartun doremon.

"Esh... Tak bole tak bole.. Aku kene cepat nak jumpa kakak pula... "
Kataku lalu remote dicapai dan butang off menjadi mangsa jari telunjuk aku yang terlebih gojes ni.

Dengan berat hati aku meninggalkan cerita doremon dan kasut fila ku sarungkan ke kaki.

Maka bermula la perjalanan aku untuk ke mall. Dengan teksi. Huhuhu...

🔗🔗🔗

"Aku nak beli jam apa ni ek?  Herm... "
Mataku ligat melihat jam² loceng kartun di atas rak. Di tangan kiri ku jam berbentuk lipas dan jam di tangan kananku berbentuk badak air..

"Arghh rambang mata! "
Dengan kusyuk aku mencari jam loceng pilihan hati, tiba tiba sesuatu mengacau kententeraman aku.

"Hisk hisk.... Huhhuhuuuu.. "
Bunyi tangisan yang kedengaran terlalu sayu itu membuatkan aku berhenti daripada mencari jam. Kepala aku menoleh ke kanan rak jam. Aku mendapati di hujung rak ada seorang yang sedang duduk dan mukanya ditutup dengan hoodie hitam oversized. Telapak tangannya menutup wajahnya. Aku yakin bahwa itu ialah jejaka. Kerana aku baik, aku menapak ke arahnya.

"Erm... Wei.. Kenapa nangis kat sini.. "
Tanyaku dengan lembut. Aku taknak la jerkah sebab takut makin teruk tangisanya.

Jejaka itu tidak menjawab. Hanya dengan tangisan sayunya sahaja.

"Kau.. Kau takde rumah ke nangis kat sini? "
Ok aku jujur, aku tak reti memujuk. Aku tak pasti apa kejadah mamat ni di mall dan di hujung rak jam loceng. Mesti tak de rumah la kan? Tapi entah mengapa jejaka ini kelihatan fimilar dalam mata aku. Meskipun aku tidak nampak wajahnya.

Jejaka itu masih tidak menjawab.

"Lantak kau la.. "
Sebut ku dan mengambil keputusan untuk pergi dari situ.

Baru sahaja aku nak pergi, hujung shawl aku di tariknya mamat tak guna ni. Jatuh terduduk aku.

"Wei kau pehal ha?! "
Kataku dengan cuba mengawal ton suara aku. Taknak la hal ni jadi besar kan?

"Kau nak apa ha?! "
Sebut ku lagi sambil menarik shawl aku yang berada di dalam gengamanya.

Jejak itu masih diam dan masih tidak menunjukan wajahnya.

"Aku blah laa"
Kataku lalu bangkit, dan sekali lagi shawl gojes ku ditarik. Dua kali sakit.

"Woi kau pehal! "
Aku dah tak dapat kawal kemarahanku dan tangan kanan ku menarik tanganya. Maka muka jejaka itu terserlah masuk kedalam rentina mata aku.

"Kau?"
Yes. Jejaka itu ialah akim.

"Kau pehal ha nangis kat sini? Kau gadai rumah ke nak beli kereta skyline tu?"
Tanyaku kerana tiba² benakku mengingati kereta mahal itu.

Laju akim mengeleng.

"Dahtu pehal kau nangis kat sini? Tiada rumah or bilik tempat kau nak nangis? "
Soalku lagi.

Sekali lagi mamat itu mengeleng.

"Kau ade mulut tak ni nak jawab soalan aku ni? Dari tadi senyap. "
Ayat pedasku mula keluar dari bibir mengodaku. Aish geram tau!

"Abang saya mati kene bunuh.... "
Jawab akim dan sekali lagi tanganya menutup wajahnya.

aku terdiam. Teringat dekat arwah opah. Opah mati sebab kene tikam dengan perompak. Huh..

"Takpe.. Aku faham.. "
Sebutku lalu bahu akim ku usap pelahan bagi menenangkan dia.

"Ok aku pegi dulu. "
Kataku lalu bangkit.. Dan kali ketiga shawl aku ditarik.

"Sakit la alien! "
Sebutku sambil mengosok bontotku yang berdenyut denyut akibat terjatuh.

"Ceriakan aku please.. "
Sebut akim sambil mengesat air matanya.

"Tak nak.. "
Jawabku dingin

"Please.. "

"Tak nak... "

"Please... "

"Taknak.. "

"Please... "

"Aku kate tak nak.. Tak nak la kan! "
Sebutku dengan marah. Apa kejadahnya aku kene pujuk dia?

"Abang saya baru mati tau... Tolong ceriakan saya"
Sebut akim sambil membuat muka sedih tahap nenek mati kucing.

Rasa bersalah pulak aku kalau tolak.. Haih.

"Ha yela... "
Jawabku dengan wajah masam.

"Huraa hureyy.. "
Sebut akim lalu bangkit dan mengheret tangan aku dan keluar dari kedai jam loceng itu. Maka! Terbatalla rancangan aku untuk membeli jam loceng.

🔗🔗🔗

Makin panas aku tengok si akim ni. Dia sedih ke tak sedih senaye? Bergelas gelas air dia minum. Ceria semacam pulak tu.

"Kau ni sedih tak senaye? "
Tanya aku dengan mengerutkan dahi.

"Saya sedih.. Lepas tengok awak, saya jadi happy"
Jawab akim sambil menghirup air latte yang keenam.

"Stop menganjing. Aku tak suka. "
Sebutku lalu menjeling.

"Awak.. Minum tak air latte awak tu? "
Tanya akim sambil memuncungkan bibirnya kearah gelas aku yang masih penuh diisi dengan air latte.

"Tak aku tak minat. "
Jawabku ringkas.

"Saya nak bole? "
Tanya akim sambil membuat puppy eyes.

Erk.. Serius ke mamat ni?

"Kau ambik jela.. "
Jawab ku ringkas.

"Terima kasih chagiya! "
Sebut akim lalu menarik gelas latteku.

"Mende kau chagi chagi?  Aku cepuk kang! "
Kataku sambil menayangkan tapak tangan aku kewajahnya.

"Comel"
Katanya sambil tersenyum.

"Eiiii... Lantak ah!  Aku blah dulu! "
Sebutku lalu menapak untuk pergi.

"Awak tunggu! "
Panggil akim sambil berdiri, dan dia berjaya menghentikan langkahku.

"Pe lagi kau nak ha alien? "
Tanyaku dingin.

"Saya nak balas jasa awak liya.. "
Kata akim sambil tersenyum manis.

"Ah malas ah.. "
Jawab ku lalu berpusing dan pergi dari memandang akim. Dia memanggil manggil namaku, tetapi aku hanya memekakan telinga aku. Bak kata pepatah, malas layan.

🔗🔗🔗

Elok je aku berjalan mahu menuju ke kedai tadi. Tiba² ku merasakan bahu kiri aku di langgar. Aku berpaling ke arah insan bertuah melanggar bahu gojes aku ni, aku mendapati lelaki dengan hoodie pink hello kitty yang melanggar aku.

"Woi buta ke?! "
Marah ku lalu mengosok baju aku yang sedikit berdenyut. Gosokan aku automatik terhenti kerana aku mendapati ada sehelai kertas  berwarna pink elok tertampal di bahu ku. Aku mengambil kertas itu lalu dibaca pelahan.

You will die in my hand loser!
#HDR

"Bapak buruk tulisan!.. "
Makiku lalu berpaling kembali kearah jejaka berhoodie pink tadi, tetapi malang jejaka itu telah lesap dari pandangan aku.

Jantungku agak berdebar. Apa salah aku sampai main ugut² macam ni?  Takkan la pakcik cina penjual telur tu?

Aku mengumpal kertas itu laluku simpan kedalam beg duit ku. Aku cuba menyedapkan hati aku dengan berpura pura seperti tiada apa yang berlaku.

Baru sahaja aku menjejak kaki mahu masuk kedalam kedai jam loceng, tiba² satu mall blackout.

Bang!
Aku mula kaku. Aku dengar bunyi tembakan!

Aahh aaaaaah!
Keadaan dah menjadi huru hara. Entah mengapa kaki ku kaku untuk berlari keluar dari mall.

"Kami polis! Berhenti sekarang! "

Keringat mula membasahi dahi. Suara polis itu seolah olah berada di belakang aku.

Bang! Argh!
Jantung aku terhenti seketika. Entah mengapa mata aku mengalirkan air mata. Aku takut.

Ting
Blackout berakhir. Pelahan aku menoleh kebelakang. Aku rasa hampir pengsan. Seorang polis lingkungan 40an terbaring kaku di depan aku dengan kesan tembakan di kepala.

Aku kaku. Air mata aku laju turun membasahi pipi. Siapa yang nak ancam aku?  Apa salah aku?  Pelbagai soalan terbit di dalam kepala aku.

"Dik.. "
Tersentak aku dari mengelamun. Seorang polis perempuan menegur aku dengan wajah risau.

"Kamu ok? "
Tanya polis itu sambil memegang tanganku.

"Sa-Saya ok"
Jawabku gagap.

Polis wanita itu hanya tersenyum. Aku perlahan berundur dan pergi dari situ. Kaki aku terasa lemah, aku rasa sangat takut. Aku mengambil keputusan untuk mencari akim dan dia boleh membalas jasa aku. Laju aku berlari menuju kearah lif untuk menuju ke kedai kami minum tadi.

"Akim.. "
Sebut ku pelahan. Aku memandang ke arah meja yang aku dan akim makan tadi. Malang, akim tiada di situ. Hanya tinggal gelas yang kami minum tadi yang disusun tinggi di meja itu.

"Huh.. Sempat lagi dia susun? "
Sebut ku sambil melihat gelas yang disusun tinggi oleh akim. Comel.. Eh? Tenang sikit hati aku melihat gelagat aneh akim. Tapi masih belum cukup tenang, aku perlu mencari akim!

✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰

Macam mana?  Kawan saya si hambar ruddin ada?

Serius susah nak halau dia tuh!

Vote?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro