💮C5💮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Akim.... Mana kau... "
Mata aku tak henti henti mencari bayang akim. Aku hampir berputus asa.

"Adik maniss"
Sedang elok aku berjalan hilang semangat, tiba² suara yang geli untuk didengar berkumandang dalam telinga aku. Laju aku menoleh ke arah suara itu.

Aku mendapati seorang lelaki india sedang melambai lambai kearah aku untuk masuk kedalam kedainya. Disebabkan aku baik, aku tak nak lukakan hati dia, jadi aku melangkah menuju ke kedainya.

"Adik manis... Mahu sushi ka? Sushi ini banyakk sedap"
Kata pakcik india itu sambil mencium jari jemarinya ala ala chef.

"Takpe.. Saya tak nak"
Jawab ku ringkas dan bergerak setapak untuk pergi.

"Ayoo adik manis. Ini sushi dapat menyemangatkan kamu. Beli beli.. "
Kata si india tu eh i mean pak cik india tu sambil menayangkan gigi yang rongak tengah.

Erk.

"Takpe tak nak.. "
Jawabku lalu berpaling ke arah kedai sebelah. Iaitu kedai 'cotton candy'
Senyuman ku ukir selebar mungkin. Itu akim! Yang sedang beratur bersama kanak² lain untuk membeli 'cotton candy'.

"Terima kasih pakcik!  Lobiu! "
Ujarku lalu berlari ke arah akim.

"Ayoyo. Banyak seram ini budak.. "
Aku dengar apa si india tu cakap tapi aku pekakan telinga sebab aku dah jumpa akim!

Laju aku berlari ke arahnya yang sedang beratur dengan teruja.

"Akim²! "
Panggilku ceria.

"Lawa awak senyum. Saya ingat awak rongak sebab tu awak tak senyum"
Sebut akim sambil tersenyum comel. Terus mati senyuman ku tadi.

"Kau pehal ha?! Lama gile aku cari kau. Aku ingat kau dah pupus"
Kata ku jujur.

"Oh ade je dalam hati awak.. "
Sebut akim lalu mengeyetkan mata ke arah aku.

"Kau sakit mate ke?  And stop menganjing dengan aku.. "
Kataku dingin.

"Olo comelnye.. Awak risau pasal saya.. "
Kata akim sambil mencucuk pipinya dengan jari telunjuk.

"Hotak ko. Aku lempang baru tau"
Kataku sambil menunjukan telapak tanganku kearah akim

"Ehh pak cik dan mak cik ni asyik gado.. Tengok la beratur pun da tak betol. Pakcik!  Sekarang giliran pak cik! "
Seorang kanak² lelaki menegur kami dengan bernada marah.

"Bapak kurang ajar!  Kau panggil aku makcik?! "
Kataku dengan marah.

"Adik.. Maafkan pakcik tau.. Isteri pakcik ni. Garang sikit. Ok adik bole beli dahulu.. "
Kata akim dengan lembut lalu keluar dari barisan.

Panas telinga aku apabila mendengar perkataan 'isteri'

"Woi gi*a kau aku isteri kau?!  Eiii"
Sebutku geram. Kalau bole nak je aku sepak kepala mamat ni sampai berterabur. Eii

"Hehe.. Maaf.. Awak nak apa cari saya? "
Tanya akim sambil mengosok belakang kepalanya.

"Kau terhutang budi ngan aku kan? "
Tanyaku dingin.

"Ye chagi.. Nape? "
Tanya akim sambil tersenyum comel.

"Eee.. Ape chagi²?  Aku tak faham. "
Tanyaku pula. Sumpah aneh plus jijik.

"Takde ape la.. Hihihi.. "
Balas akim sambil menutup wajahnya dengan sebelah tanganya.

"Jangan gedik bole tak? Aku nak kau hantar aku pegi apartment jay... Sekarang"
Kataku sambil berpeluk tubuh.

"Err...ok "
Balas akim ringkas.

"Kenapa kau macam tak nak je ni"
Tanyaku dengan hairan. Sejurus aku menyebut apartmen jay, air mukanya berubah.

"Nak². Ok jom.. "
Kata akim lalu mengheret tanganku pergi.

"Esh!  Jijik! "
Kataku lalu menarik kembali tanganku.

"Hehe"

🔗🔗🔗

〰apartmen jay〰

"Awak nak buat apa kat apartmen ni? "
Tanya akim dengan wajahnya sedikit masam.

"Suka hati aku la.. "
Jawab aku dengan senyuman dibibir. Haish sambutan hari lahir dah tak lamaaa

"Emm bole saya ikut? "
Tanya akim sambil  melihat aku dengan pandangan tajam.

"Ei kau ni... Nasib baik hari ni aku baik, kau boleh ikut but jangan kacau aku. "
Kata ku sambil menekan butang lif dan menapak masuk ke dalam perut lif.

"Baik.. "
Sebut akim lalu dia menekan butang lif dan pintu lif mula tertutup.

Semasa di dalam lif, aku lihat wajah akim cukup risau, dia juga meraba raba hoodienya seolah olah memeriksa sesuatu.

Apabila pintu lif mula terbuka, akim kelihatan sedikit tersenyum seolah olah barang yang dicarinya tadi telah ditemui.


"Kakak.... "
Panggil ku penuh ceria. Benar kata kakak, bumbung apartmen yang mewah ni takde la mewah. Penuh dengan tahi burung je

"Kakak... Ooo... Kakak.. "
Panggilku lagi dengan mata melilau lilau mencari bayang kakaku.

" Liya, awak pasti kakak awak suruh awak datang sini? "
Tanya akim dengan wajah serius.

"Pastilaa.. Ni kan apartemen jay.. "
Kataku dengan masih mencari bayang kakaku lia.

"Liya! "
Bunyi suara kakakku dari arah pintu lif yang kami keluar tadi. Kakaku kelihatan serabai seperti hantu kak limah.

"Eh kakak! ”
Kataku ceria lalu laju berlari ke arah kakak dan memeluknya.
Entah mengapa, wajah kakakku kelihatan masam dan matanya tajam memehati wajah akim.

Akim hanya mengerutkan dahinya

"Liya, kenapa bawa dia ke sini? "
Tanya kakakku dengan bernada serius. Laju kakaku mengheret tanganku untuk menjauhi akim.

"Kenapa kakak panggil liya datang tempat macam ni? "
Tanyaku dengan senyuman palsu.

"Liya mari duduk sini"
Arah kakakku lalu mengheret tanganku untuk duduk.

"Kotor la kakak.. "
Sebutku. Penuh dengan tahi burung siot.

"Diam! "
Jerkah kakakku. Aku tersentak.

"Kakak... Da la berlakon... Liya takut laa... "
Sebutku masih lagi dengan senyuman yang dibuat buat.

"Liya, tengok kotak ni"
Sebut kakakku sambil menunjukan sebuah kotak berwarna pink yang dipegangnya dari tadi.

"Kotak apa ni kakak? "
Tanyaku sambil melihat kotak berwarna pink itu yang masih dipegang oleh kakak.

"Kotak ni... Ialah kotak kebenaran."
Sebut kakakku lalu menghulurkan kotak itu kepadaku.

"Kotak kebenaran? Haha"
Kataku lalu jari jemari ku mencari jalan untuk membuka kotak itu.

"Jangan bukak! "
Jerkah kakakku lagi. Kini kakaku bangkit dan menuju ke hujung atap.

"Kakak?"
Panggil ku keliru. Aku agak terkejut dengan jerkahan kakak dan tangisannya secara tiba².

Akim yang hanya memerhati dari tadi berjalan laju menuju ke arahku.

"Awak ok liya? "
Soalan akim aku biarkan tergangtung sepi.

Aku berjalan perlahan menuju ke arah kakaku.

"Kakak... Kenapa ni? "
Tanyaku sambil mendekati kakaku dengan pelahan.

"liya! Akak tak berniat nak tinggalkan liya! Akak cuma tidak bole harungi ni semua! Akak dah penat! "
Jerit kakaku sambil mengundur kebelakang dan dengan air mata yang mencurah.

"Tak sanggup harungi apa? "
Tanyaku sambil berjalan laju mendekati kakaku. Akim mengikuti langkah aku.

"Jangan dekat! "
Secara automatik langkah ku terhenti.

"Hakim! Ni semua bukan salah aku! Bukan salah aku! "
Jerit kakaku kepada akim

"Hakim? "
Soalku keliru.

"Liya... Kakak mintak maaf. "
Sebut kakaku dan langkah terakhirnya melepasi hujung atap.

"Kakak!!!!"
Jerit ku sekuat mungkin lalu berlari menuju kearah kakakku.

Satu persatu....
Aku nampak.......
Cara kakak jatuh.....
Dari bangunan 80 tingkat......

Jantung aku terasa seperti terhenti. Apabila kakaku jatuh menyembam tanah, semuanya terburai keluar... Darah mengalir dengan banyak. Jeritan orang awam berkumandang.

Kakak.. Sampai hati tinggalkan liya..

Mataku yang menyaksikan kematian kakaku membuatkan kaki ku mula longlai. Mataku berpinar pinar. Akhirnya aku terjatuh kesisi.
Kotak yang dipegangku tadi jatuh menghempas lantai.

"Iiya.. Liya... "
Sayup² kendengaran akim memanggil namaku sambil menampar nampar pipiku.

Kakak... Liya tak kuat..
Akhirnya semuanya gelap.

🔗🔗🔗

"Liya... Tolong kakak... "
"Tolong kakak,  liya... "
"Liyaaa... Tolong kakak.. "
"Liya! "

Huh huh
Tercungap cungap aku bernafas. Mataku memandang sekeliling. Yes aku di hospital. Aku memandang ke sisi kananku. Aku dapati akim sedang lena tidur di sebelahku.

Memori kematian kakaku terimbas kembali. Kakaku menyebut nama hakim bukan? Siapa dia? Penuh persoalan di dalam benaku.

Akim yang sedang lena, ku pukul dengan telapak tanganku yang gojes ini. Terpelanting si akim. Kerana terkejut.

"Akim! Aku nak ic kau!  Aku nak ic kau! "
Kataku sambil mengoncang bahu si akim.

"Lek² chagi.. "
Sebut akim dengan mata yang masih mengantuk sambil meraba raba hoodie putihnya. Eh kejap. Hoodie putih? Bukanya hitam?.

Akim mengeluarkan dompetnya lalu ic ditarik keluar dan dihulur kepadaku.
Laju aku merampas ic ditangan akim.

Pelahan nama akim ku baca.

"Akim danieal aziq... "
Jelas sekali akim si alien ini akim, bukan hakim. Jadi siapa hakim?

Sesekali mataku melihat wajah pada ic akim. Buruk siak! Macam ayam hilang gigi aku tengok. Disebabkan mood aku tak berapa nak ada, jadi aku tak gelak. Selamat kau akim

"Nah"
Ku hulur kembali ic akim dengan dingin.

Akim mencapai ic yang dihulurku tadi lalu disisipkan di telinga kirinya. Selamba je muka dia. Akim seolah olah mahu menunjukkan wajah hodohnya kepada orang ramai.

"Wei... Kau tak malu ke tunjuk muka kau dalam ic tu? "
Tanyaku selamba.

"Tak.. Kenapa chagi? "
Tanya akim pula dengan senyuman comel.

"Muka kau hodoh dalam ic tu"
Kataku lagi.

"Oh ye ke? Saya tak perasan"
Sebut akim, lalu mengambil icnya tdi dan mula menilik.

"Wow hensem"
Kata akim lagi dengan senyuman bangga.

Dia alien ke?
Disebabkan aku yang gojes ni takde mood so aku malas nak gelak.

"Akim.. Berapa lama aku kat hospital ni? "
Tanyaku sambil melihat jarum yang elok terlekat di tangan kiri aku.

"5 bulan setengah"
Jawab akim sambil menyimpan ic kedalam dompetnya.

Terbeliak mata aku.

"Wei serius laaa"
Sebutku tak percaya.

"Iye chagi"
Balas akim selamba.

Aku terdiam. Lama gila aku dalam hospital.

"Ahahah takde la... 2 hari je"

Pang!!!
Jug air di sebelah aku selamat menyengah di kepala si setan akim ni.

"Haa... Gurau bod*h agi.. Kan da kene"
Kataku geram.

"Adududu... Sorry chagi... Sorry... "
Sebut akim sambil tersenyum dan mengosok kepalanya yang terkena cepukkan maut ku tadi..

"Chagi² aku lempang sekali lagi kang"
Kataku dingin. Makin geram aku dengan mamat alien ni.

"Hehehe"

"By the way... Sape nak bayar bil hospital ni? "
Tanyaku bernada standard. Takut jugak, sebab aku mana duit nak bayar.

"Takpe... Saya dah bayar. "
Kata akim selamba.

"Em.. "

"Oh lupa.. Doc kata, kalau awak dah sedar, awak da bole balik"
Kata akim lagi sambil tersenyum bunny.

Serius hodoh dia senyum macam tu

"Em"

"Dan tak lupa juga, barang² awak dah simpan.. Dan awak perlu pergi umah saya jap"
Sebut akim dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

"Wat ape pegi umah kau? "
Tanyaku dingin.

"Ceriakan awak... "
Balas akim masih lagi tersenyum.

🔗🔗🔗

"Liya tengok ni!  Hensem tak saya selfie macam ni? "
Tanya akim sambil menunjukan gambarnya kepadaku.

"Bila kau selfie ni? "
Tanyaku bernada biasa.

"Tadi masa tolong chagi angkat barang. "
Jawab akim jujur.

"Sempat lagi ye kau. "
Kataku dengan sedikit tersenyum.

"Eheks biasa... Saya ada send gambar ni kat awak.. "
Sebut akim lagi sambil meneliti gambarnya.

"Ehh wait² canne kau dapat nombor aku? "
Tanyaku dengan nada agak marah.

"Kan awak pengsan.. Astu doktor mintak nombor waris sebab nak memaklumkan keadaan awak. Then dalam contact awak ade dua je nombor iaitu kakak awak dan kawan awak intan. So sebab doc nak nombor waris,  saya bagi nombor intan dan nombor saya. So saya ambik kesempatan ambik nombor awak. Lagipun phone awak takde password. "
Terang akim dengan panjang lebar.

"Ish! "

"Daa jom naik kereta. "
Kata akim sambil tersenyum. Maka kereta skyline memecut laju dan megah






















"Ish! Tak guna! "

✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰✴〰

Hambarrudin ada?
Da penat saya halau.
Huhuhu

Vote?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro