2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KETUKAN pintu yang kuat datangnya dari luar bilik mengejutkan Tan Sri Azzam dan Puan Sri Daria yang sedang tidur. Masing-masing menayangkan riak wajah pelik tatkala jeritan Mak Milah kedengaran.

"Tan Sri! Puan Sri!" Suara Mak Milah kedengaran lagi.

Tan Sri Azzam dan Puan Sri Daria memandang sesama sendiri sebelum mereka berdua turun dari katil dan menuju ke pintu. Tombol pintu itu dipulas oleh Tan Sri Azzam bersama Puan Sri Daria di belakang suaminya.

"Tan Sri!" Nada Mak Milah kedengaran lega tatkala wajah kedua orang majikannya itu kelihatan.

"Ada apa ni, Kak Milah? Kenapa nampak risau sangat?" Soal Tan Sri Azzam pelik.

"Ya Kak Milah. Kenapa ni?" Puan Sri Daria turut menyoal sama.

"Ayreen, Tan Sri, Puan Sri! Ayreen!" Mak Milah mengunjukkan jarinya ke bawah bersama bibir yang tidak henti menyebut nama Ayreen.

Tan Sri Azzam dan Puan Sri Daria mengerutkan dahi bersama tatapan mata yang memandang satu sama lain.

"Uwek! Uwek!" Ayreen memuntahkan segala isi perutnya di hadapan pintu tanpa henti manakala Yara di belakang pula berkali-kali menepuk belakang badan temannya itu.

"Ayreen! Kenapa ni?" Puan Sri Daria yang baru sahaja tiba di bawah bersama Tan Sri Azzam dan Mak Milah di belakang terus menerpa ke arah anak gadisnya. Wajah pucat Ayreen itu dipandangnya risau.

"Ayreen muntah tak henti dari tadi, aunty. Yara pun tak tahu kenapa." Beritahu Yara turut dengan nada cemas.

"Macam mana boleh jadi macamni, Yara? Korang berdua pergi mana tadi?" Tan Sri Azzam pula bersuara, ingin tahu. Melihatkan tubuh anak gadisnya yang sudah lembik di atas riba isterinya buatkan dia berasa tidak tentu arah.

"Yara tak tahu, uncle. Tadi kami cuma pergi makan dekat food festival tu lepastu tiba-tiba Ayreen cakap perut dia sakit. Then masa on the way balik tu Ayreen cakap dia nak muntah dan sampai sekarang pun dia tak berhenti muntah." Yara menjelaskan kronologi apa yang telah berlaku kepada Tan Sri Azzam bersama kepala yang tergeleng beserta wajah serba risau.

"I rasa dia food poisoning, D! Kita kena panggilkan Doktor!"Ujar Puan Sri Daria yakin.

"Mak Milah, tolong telefon Doktor Chu. Cepat ya!" Arah Tan Sri Azzam.

"Baik, Tan Sri." Mak Milah akur sebelum bayang wanita itu hilang ke dapur.

"Sabar sekejap tau, sayang. I dah call doktor. Everything will be fine!" Puan Sri Daria mengusap-usap pipi Ayreen yang semakin pucat itu manakala Tan Sri Azzam pula menghela nafasnya lemah.









STETOSKOP dicabut kembali daripada telinga dan dililitkan ke leher. Tubuh kini dipusingkan ke tepi sebelum wajah Tan Sri Azzam menjadi tatapan mata.

"Macam mana dengan keadaan anak I, doktor? Is there anything serious?" Tan Sri Azzam mula bersuara.

"Jangan risau, Tan Sri. Anak you dalam keadaan baik-baik sahaja. Nothing serious in this case. It seems that your daughter might have eaten something that her stomach couldn't digest. Other than that, everything is fine." Doktor Chu akhiri ayatnya dengan senyuman.

Tan Sri Azzam angguk kepalanya faham beserta senyuman tawar di bibirnya. "Thank you, doctor. I minta maaf sebab dah ganggu masa tidur you pagi-pagi macamni." Ujar Tan Sri Azzam dengan nada yang bersalah.

"It's not a big deal, Tan Sri. Dah kerja I kan?" Wanita itu hanya menggeleng kepalanya tanda tidak mengapa.

"Thank you again, doctor." Puan Sri Daria yang berada di hujung katil itu turut mengucapkan terima kasih dan Doktor Chu sekadar tersenyum.

"I dah sediakan ubat-ubatan yang anak you berdua perlu ambil. Please follow the prescribed schedule before taking the medication, alright?" Tan Sri Azzam dan Puan Sri Daria mengangguk faham.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, I balik dulu." Doktor Chu segera mengemaskan segala barangannya dan bersedia untuk beransur pergi.

"Alright. Mari I temankan you." Tan Sri Azzam segera mengiringi Doktor Chu untuk pergi sebelum dia memberikan bahasa isyarat kepada Puan Sri Daria.

Puan Sri Daria yang memahaminya sekadar menghela nafasnya faham lalu bergerak mendekati susuk tubuh Ayreen yang sudah tertidur setelah diberikan air secukupnya tadi.

Kerusi meja solek yang berada di tepi katil itu dilabuhkan duduk sebelum tangan anak gadisnya itu digenggam. Ada helaan nafas yang terlepas di bibir Puan Sri Daria melihatkan wajah pucat anak gadisnya tika itu.

"Get well soon and have a good rest, baby." Bisik Puan Daria lembut bersama ciuman yang didaratkan di belakang tangan Ayreen.







BEG galas kini diletakkan di atas pondok bersama tubuhnya yang turut didaratkan sama di situ. Nafas mengah bersama dada yang turun naik cuba ditenangkan sebaik mungkin.

"Ai sedara, nampak betul muka letih tu," tegur Firash tatkala dia turut sama melabuhkan punggung bersebelahan Kaer. Topi yang berada di atas kepala dicabut beserta beg galasnya.

"Mana tak letihnya kalau dari tadi buat kerja tak berhenti." Balas Kaer bersama mata yang mengerling Firash di sebelah.

Firash ketawa mendengar balasan temannya itu. Nak perli dialah tu!

"Alah kau macam tak biasa. Dah 2 bulan kot kerja dengan aku dekat sini. Takkanlah tak masak lagi dengan perangai aku?" Firash menyengih di hujung kata.

"Hmh. Dah masak sangat sampai hanguslah orang kata." Perli Kaer lagi tetapi Firash hanya tertawa lepas. Tahu sangat yang Kaer cuma bergurau.

"Eh, Tan Sri semalam tu apa cerita? Dia ada cakap apa-apa ke dekat abah kau?" Firash duduk bersila di atas pondok. Tuala yang berada di leher ditariknya perlahan.

"Ada tu ada tapi tadi pagi abah cakap harini dia tak dapat nak datang sebab anak perempuan dia sakit. Keracunan makanan." Jawab Kaer tenang. Kepala didongakkan ke atas langit yang membiru cantik.

"Aiseh, ada anak perempuan! Mesti cantik orangnya," komen Firash yakin.

"Mana kau tahu cantik? Pernah tengok ke?" Soal Kaer sengaja.

"Memanglah tak pernah tengok, sedara. Tapi selalunya anak Tan Sri ni semuanya ada gaya. Yelah, orang berduit kan?" Balas Firash.

Kaer yang mendengar kekal diam tanpa ada niat ingin menyampuk.

"Tapi itulah, selalunya anak orang berada ni banyak songeh sikit, Dhaf. Apa orang kata tu? Diva? Berlagak? Lebih kurang macam itulah." Sambung Firash lagi. Wajahnya juga berkerut seribu.

Terhambur tawa Kaer dibuatnya apabila mendengar bebelan Firash tika itu. Kenapa nada Firash itu kedengaran seperti ada masalah personal dengan anak orang berada ni?

"Mana kau tahu semua ni? Kau pernah bercinta dengan anak orang berada ke apa?" Soal Kaer bersama tawa yang masih bersisa.

"Bercinta tu tak pernahlah tapi isteri Hazmi dulu kan anak orang berada juga? Walaupun bukan anak Tan Sri tapi dia punya tahap banyak songeh tu fuh! Rasa macam nak potong jari aje." Terang Firash bersungguh-sungguh.

"Sebab itulah abang Dhaf dengan abang Fir kena cari perempuan kampung untuk buat jadi isteri. Tak adalah sikap mengada-ngada macam bini abang Haz tu."

Suara lunak yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka itu buatkan Kaer dan Firash sama-sama membuang pandang ke suatu arah. Terlihat Irra sedang berjalan ke arah mereka berdua bersama senyuman di bibirnya.

"Eh Irra. Awal report duty harini." Firash terlebih dahulu menegur bersama mata yang mengerling ke arah Kaer.

"Mestilah abang Fir! Harini kedai tak ramai pelanggan sangat jadi mak bagi Irra keluar sekejap." Balas Irra yang masih tersenyum itu. "By the way, harini Irra bawak soto. Irra sendiri yang masak.  Sedap tau." Sambung Irra bersama tangan yang naik menonjolkan mangkuk tingkat.

"Uish, soto. Makanan favorite abang Dhaf." Firash sengaja menekankan perkara 'Abang Dhaf' itu bersama mata yang sekali lagi mengerling ke arah Kaer.

Kaer yang menyedari tingkah temannya itu sekadar mendiamkan diri. Senyuman cuba diukirkan sebaik mungkin di hadapan Irra bersama tangan yang mencapai mangkuk tingkat tersebut.

"Terima kasih, Irra. Buat susah-susah Irra je hantar sampai ke sini." Ucap Kaer ikhlas. Wajah Irra yang masih tersenyum itu dipandangnya.

"Tak susah manalah, abang. Lagipun haritu Irra ada dengar abang cakap dengan mak yang abang teringin nak makan soto jadi Irra buatkanlah untuk abang." Balas Irra malu-malu. Matanya begitu bercahaya tatkala tatapan mata mereka bertembung.

Firash berdehem kuat melihatkan tingkah Irra yang kelihatan begitu gedik di matanya. "Untuk Abang Dhaf jeke? Abang Fir tak ada?" Sengaja Firash menyoal.

Irra terdiam sejenak lalu tawa hambar terhambur dari bibirnya. "Untuk Abang Fir sekalilah. Irra masak banyak. Nanti kongsilah."

"Itulah yang abang nak dengar! Terima kasih, Irra." Firash segera menarik mangkuk tingkat yang berada di sebelah Kaer itu buatkan wajah Irra berubah sejenak sebelum dia kembali tersenyum tatkala Kaer memandang ke arahnya.

"Firash ni memang macamni. Lapar sangat gayanya." Kaer senyum.

"Tak apa. Irra faham." Irra tersenyum hambar bersama jari-jemari yang dimainkan sesama sendiri.

Dahi Kaer berkerut sedikit melihatkan tingkah anak gadis Cik Irma itu.

"Irra ada nak cakap apa-apa ke dengan abang?" Soal Kaer.

Irra telan liur. Nampak sangatkah tingkah dia tadi?

"Tak ada apa pun, abang." Irra ukir sengih. Jari-jemari kian memerah akibat dimainkan tanpa henti. "Irra cuma.." Ayat itu tergantung sejenak.

"Cuma..?" Kaer angkat keningnya.

"Cuma.." Irra telan liur. "Irra cuma nak cakap..."

"Cakap..?"

"Irra cuma nak cakap selamat bekerja! Ya! Selamat bekerja!" Irra angguk kepalanya berkali-kali manakala Kaer pula sudah mengerutkan dahi.

"Itu je?" Soal Kaer pelik.

"Haah. Itu je." Irra angguk lagi. Air liurnya cuba ditelan payah bersama kepala yang sengaja dipalingkan ke kiri. Dia yakin wajahnya kini sedang memerah dek rasa malu.

Itulah kau, Irra! Gedik sangat nak cakap kan?

"Tak apalah, abang. Irra rasa Irra kena balik kedai sekarang. Mak mesti dah cari." Irra segera mengalih topik. Senyuman kekok ditayang di hadapan Kaer.

"Hmm, okeylah. Hati-hati jalan tu ya." Pesan Kaer prihatin.

"Baik, abang. Abang pun jangan lupa makan soto tu tau. Irra balik dulu. Assalamualaikum!" Irra segera bergerak pergi meninggalkan Kaer yang masih dihuni rasa pelik.

Salam Irra itu dibalasnya perlahan lalu kepala ditoleh ke tepi. Tingkah Firash yang sedang asyik makan itu dipandangnya.

Firash yang terasa seperti diperhati segera mengangkat wajahnya lalu ada sengihan yang terbit di bibirnya. "Jemput makan, sedara."

Kepala Kaer tergeleng kecil bersama ketawa kecil. "Makanlah. Aku nak sambung buat kerja." Topi miliknya diletakkan di atas kepala.

"Taknak makan dulu ke, Dhaf? Sedap ni," ajak Firash bersungguh. Bekas berisi soto itu diangkat di hadapan temannya itu.

"Kau habiskanlah. Aku tak lapar." Kaer geleng kepalanya sebelum dia berjalan menuju ke sawah padi bersama beg yang digalas di belakang.

"Terima kasih, Dhaf! Sayang kau lebih!" Jerit Firash dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.







TANGAN kini disapukan ke wajah sehingga ke belakang leher usai selesai berdoa. Hembusan nafas dilepaskan sebelum Kaer bangkit bersama tangan yang mencapai sejadah.

Tok! Tok! Tok!

"Dhaf, boleh abah masuk?" Kedengaran suara Dahlan usai ketukan pada pintu biliknya.

"Masuklah, bah." Ujar Kaer sambil melipat sejadah.

Pintu dikuak dari luar perlahan sebelum Dahlan melangkah masuk ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya tatkala pandangan matanya dan Kaer bertembung.

"Abah ganggu ke?" Soal Dahlan sebaik sahaja dia labuhkan punggung di atas katil.

"Eh, tak adalah. Dhaf baru sudah solat je ni." Kaer geleng kepalanya lalu dia turut labuhkan duduk di sebelah Dahlan.

"Ada apa abah cari Dhaf?" Soal Kaer tatkala Dahlan memandang ke arahnya.

"Tak ada. Tadi Tok Ketua ada telefon abah. Dia minta abah tanyakan pada Dhaf kalau-kalau Dhaf boleh tolong sumbang tenaga kerja hujung minggu nanti. Ada yang nak sewakan dewan komuniti kita tu. Kenduri kahwin." Terang Dahlan panjang lebar.

"Hari apa tu, abah?" Tanya Kaer inginkan kepastian.

"Jumaat. Sebab Sabtu majlisnya." Beritahu Dahlan lagi.

"Dhaf rasa Jumaat Dhaf tak ada buat apa-apa. InsyaAllah boleh." Kaer angguk-angguk kepalanya tanda setuju.

"Nanti Dhaf cubalah tanyakan Fir sekali. Lagi ramai lagi bagus." Cadang Dahlan.

"Hmh. Nanti Dhaf tanyakan. Risau juga kalau-kalau Firash ada hal lain." Selalunya hujung-hujung minggu Firash memang sibuk dengan keluarganya jadi dia kena tanyakan dahulu.

"Tak apa. Tanya dulu. Kalau dia setuju nanti Dhaf bagitahu abah, abah bagitahu Tok Ketua."

Kaer angguk kepalanya mendengarkan ujaran Dahlan. Songkok yang berada di atas kepala kini dicabut lalu pandangannya kembali dihalakan kepada abah di sebelah.

"Eh, Dhaf baru perasan! Harini abah tak ke surau?" Patutlah rasa pelik semacam. Selalunya masa-masa sebegini abah belum balik lagi.

"Harini badan abah rasa tak sedap sikit. Itu yang solat dekat rumah je." Dahlan senyum. Biasalah badan orang tua.

"Abah sakit ke? Dah telan ubat?" Soal Kaer bernada risau.

"Dah tadi. Tak ada apa rasanya. Nanti abah rehat baiklah ni." Dahlan kini mula bangun dari duduknya.

"Ya, abah memang kena banyak rehat. Cuaca sekarang tak tentu dekat luar. Banyakkan minum air masak sama. Jangan asyik kopi je." Di akhir kata, sempat Kaer mengusik Dahlan.

Dahlan ketawa. "Baik, doktor. Saya menurut perintah."

Kali ini Kaer pula ketawa apabila abah gelarkan dia doktor.

"Abah masuk bilik dulula ya? Nak berehat." Dahlan meminta diri.

"Baik, abah. Kalau ada apa-apa panggil aje Dhaf." Pesan Kaer manakala Dahlan hanya mampu tersenyum sebelum dia menuju ke biliknya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro