5 | Masjid

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu rumah dikuak perlahan-lahan. Gadis itu melangkah dengan kerutan di wajah. Dia cuba mengingati sesuatu namun hampa. Ada bahagian yang hilang dan tak bercantum jua.

"Amboi, jauh termenung? " Sapa seorang wanita setengah abad.

"Eh, mak. Tak perasan pula. Assalamualaikum." Doktor Aisyah segera mendapatkan ibunya di sofa berangkai tiga. Di atas meja kopi, terhidang seteko teh untuk minum petang buat mereka sekeluarga.

Kekura tangan ibunya dikucup lalu dia menanggalkan pin selendang bagi melurutkan tudungnya sedikit. Rasa kesejukan penghawa dingin menyapa rambutnya membuatkan dia senang.

"Okay hari ni kerja?" Soal Puan Rokiah kepada anak perempuannya.

Doktor Aisyah mengangkat wajah. "Oh, okay je."

Mindanya masih melayang.

"Teringat apa dari tadi?"

Doktor Aisyah tersenyum nipis. Dia menggeleng seperti tiada apa-apa. "Aisyah macam pernah tengok muka pesakit Aisyah tadi. Tapi... Lupa dah dekat mana."

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki. Aisyah tahu yang Aisyah pernah jumpa dia sebelum ni. Tapi... Entahlah. Tak ingat," jujurnya.

"Sejak bila adik pandai menggatal ni?" Abang sulungnya mendekati mereka dengan tangan yang bersilang. Wajahnya turut curiga dengan perangai pelik adiknya.

"Mana ada menggatal. Just finding my old memories." Wajah curiga Mikhail membuatkan Aisyah menggeleng.

"Yelah tu..." Mikhail menghempaskan badannya bersebelahan Aisyah seraya menggeliat kecil. Dia yang baru pulang dari kerja sukarelanya berasa penat seharian membanting tulang.

"Mak, kita ada tak baju budak-budak dalam umur dua ke tiga tahun?" Aisyah memandang wajah ibunya.

"Takdelah Aisyah," jawab Puan Rokiah.

"Baju along masa kecil ke? Takde ke?"

Kali ini Mikhail pula yang nak hairan. "Along ni dah umur 30 tahun, kalau ada pun baju tu dah lama mereput."

"Yeke... Hm. Baru Aisyah ingat nak bagi dekat pesakit Aisyah. Kesian dia takde baju." Wajah kanak-kanak lelaki yang dibawa Salman berlegar-legar di fikirannya.

"Dia orang susah ke?" Mikhail bersila di atas sofa dan menghadap Aisyah. Dia memang suka hulurkan pada orang yang memerlukan. Perhatiannya tertarik dengan sendiri. "Along boleh cari baju budak kecil dengan kak Diana."

"Aisyah tak tahu nak cakap macam mana. Tapi siang tadi ada lelaki datang klinik Aisyah namanya Salman. Dia bawa budak umur dua tiga tahun yang luka dekat kaki. Salman kata dia terjumpa budak tu, mungkin budak sesat. Kesian sangat dia takde baju."

"Nanti along mesej kak Diana. Dia boleh tolong sebarkan bagi sesiapa yang nak sumbangkan baju."

"Kahwin je la dengan Kak Diana tu, long."

Mikhail ketawa mendengar usikan adiknya. "Nantilah... Sekarang ni kitorang tengah sibuk nak buat program bulan depan. Nanti bila tiba masa, along luahkanlah perasaan along dekat dia."

Program? Ada sesuatu yang cuba menerjah ke fikirannya. Sesuatu berkaitan program... Aisyah membawa anak rambutnya ke belakang telinga.

" Mak, Aisyah minta diri dulu nak masuk bilik," gadis bermata hazel itu meminta diri sopan sebelum berlalu ke biliknya yang luas dan bertema pastel.

Pintu bilik dikatupnya rapat. Selendang dibahunya dileraikan dan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor.

Dia jadi tak senang jika cuba mengingati sesuatu tetapi tak ketemu juga apa yang dicarinya. Fikirannya sedikit kusut.

Inilah masalah Aisyah Qomar.

Yang pasti, dia risaukan Ahmad, kanak-kanak itu. Entah macam mana dia dalam jagaan Salman. Salman pula masih lagi seorang lelaki asing pada matanya, latar belakang pemuda itu masih samar-samar.

* * *

Bunyi pancuran air mengisi benak apabila pili dibuka. Busa sabun mula meliputi tubuh kanak-kanak itu. Rambutnya juga disyampu agar wangi.

"Nanti lepas mandi ni kita pergi makan malam, okay?" Salman berhati-hati mengalirkan air pada tubuh kecil itu agar bahagian luka tidak terkena air dan sabun.

Ahmad hanya tersenyum riang. Dia menepuk-nepuk air di dalam baldi sambil ketawa kecil. Habis seluar jeans Salman terkena air itu.

" Jangan tepuk air tu, nanti basah baju ayah." Rasa kekok pula dengan panggilan ayah. Serius la dia dah jadi ayah sekarang ni?

Rasa rindu pula untuk melayan kanak-kanak.

Tubuh Ahmad dibilas segera. Tuala mandi yang tersangkut pada pintu tandas dicapai. Ahmad yang sudah dibaluti dengan tuala bersih didukung lalu Salman melangkah pula ke bahagian singki tandas masjid. Sejak pulang dari klinik, Salman dan Zack tidak terus ke rumah. Mereka melencong ke kompleks membeli belah untuk mendapatkan sepasang dua pakaian buat Ahmad.

Kringg

"Hello Zack, macam mana?" Telefon ditekupkan pada telinga.

Tangan Salman lincah mengelap rambut Ahmad. Dia perlu segera menyiapkan si kecil ini sebelum Zack menjemput mereka seusai menjual 'barang' mereka kepada pembeli. Malam ini, Zack perlu berurusan dengan klien-klien mereka seorang diri. Esok pula giliran Salman untuk bekerja. Kira cuti la malam ni sebab nak jaga anak. Dengan stock dadah sebanyak 5kg, makan masa sebulan juga untuk habis licin.

"Okay, aku on the way pergi tempat parking."

Telefon pintar dimasukkan kembali ke dalam poker seluar jeansnya. Salman menyapukan bedak bayi ke tubuh dan wajah kanak-kanak itu. Kemudian, pyjamas kartun dipakaikan pada Ahmad yang sedang duduk elok di singki.

Selesai sahaja membuat segalanya, baju kotor, bedak dan tuala di masukkan ke dalam beg yang juga baru dibeli Salman di kedai semata-mata untuk meletakkan barangan Ahmad. Beg itu segera digalas sebelum tubuh Ahmad dibawa ke dalam dakapan.

"Allah SWT mengangkat darjat orang beriman dan orang berilmu di antara kamu. Tiada perintah di dalam Al-quran untuk ditambahkan sesuatu melainkan ilmu. Nabi bersabda mafhumnya ilmu itu ilmu fardhu ain yakni ilmu agama..."

Langkah Salman berhenti di tangga masjid. Kepalanya tertoleh ke arah ruangan solat muslimin.

Beberapa orang jemaah lelaki sedang mendengar perkongsian kulliyah antara Maghrib dan Isyak. Dia ini pula sudah lapan tahun tidak tunaikan solat secara istiqomah. Hatinya hampir hilang sejak hari itu.

Orang kata buat jahat macam mana pun, janggan tinggalkan solat. Namun, Salman sendiri sudah lama tidak mencium sejadah dan bersujud. Permandangannya bertukar saat muazzin mula melaungkan iqamah. Jemaah-jemaah itu bingkas berdiri dan merapatkan saf.

Jam tangan yang melingkar di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 8.40 malam. 10 minit dia lambat-lambatkan langkah untuk menangkap isi ceramah tadi.

* * *

"Aku penat tunggu tau tak?" keluh Zack. Kepalanya yang sejak tadi bersandar pada stereng kereta diangkat.

"Sorry. Aku lama sikit sebab dengar ceramah tadi." Salman menarik tali pinggang keselamatan.

"Serius la kau ni? Serius la?" Zack sedikit terkejut. Dia melihat wajah kanak-kanak lelaki itu dan Salman silih berganti.

"Aku terdengar je. Rasa lama takde perasaan macam ni." Ahmad berada di atas riba Salman. Beg yang disandang tadi pula diletakkan di tempat duduk belakang. Dia tahu bahawa dia telah melintasi taman syurga tadi di mana para Malaikat membentangkan sayap. Keberkatan sepanjang detik di sana. Patutlah rasanya lain.

"Wowoooo.... Kau ni nak mati ke do buang tabiat macam ni. Selalunya orang nak sampai ajal je diberi Hidayah." Ngauman enjin kereta memecah suasana.

"Rasa lawak pula cakap macam ni. Tapi dah lama kan kita tak solat?"

"Sah kau demam. Kita buat dosa hari-hari, tiba-tiba perkataan solat terbit dari mulut kau? Lain macam. Kau tu tak layak pun nak masuk masjid tadi. Kita kotor. Sampai akhir hayat kita akan bergelumang dengan dosa ni. " Pacuan empat roda itu membelah jalan raya untuk ke destinasi yang seterusnya. Kereta hasil duit kongsi itulah yang menjadi kenderaan mereka berdua untuk ke mana-mana. Hanya mereka berdua sahaja, dengan ahli rumah yang lain pula Salman dan Zack tidak terlalu rapat.

"Entahlah, Zack. Aku cuma terlintas je. Hati manusia, kan? " Salman menongkat dagunya lalu melontarkan pandangan ke luar tingkap. Ahmad pula sudah tentu terpinga-pinga mendengar perbualan mereka. Dia tidak tahu menahu lagi tentang realiti dunia.

Zack yang menyedari perubahan suasana diselubungi rasa bersalah. Jarang untuk Salman yang dikenali berahi cakap perkara sebegitu. Cepat-cepat dia mencari topik bagi menebus keterlanjuran katanya. "Wangi, do. Kau beli sabun apa? Bau baby." Zack menghirup udara di dalam keretanya.

"Entah lah. Aku main ambil je dekat Watson tadi atas nasihat pekerja tu. Dia kata wangi, aku ambil je la. Bro, aku siap buat member card Watson kot." Salman tergelak halus. Tak pernah-pernah dia mejejakkan kaki ke Watson.

"Dahsyat kau ni." Zack turut ketawa.

"Ayah... Apar. (Lapar), " adu Ahmad. Dia mendongak memandang Salman dalam kegelapan malam. Permandangannya hanya diterangi lampu jalan yang silih berganti.

"Ya, kita pergi makan kejap lagi." Kepala Ahmad diusapnya lembut. Kanak-kanak itu akur lalu kembali menyandarkan kepalanya pada dada bidang Salman. Baju Salman dijadikan mainan buat seketika. Ditarik baju itu perlahan-lahan, kemudian dia melepaskan kembali. Perbuatan itu diulangi hinggalah matanya terlelap dengan sendiri.

Salman tersenyum. Kejap main tangan, lepas tu main baju pula. Ni mesti kes bosan, lagi pun kanak-kanak perlu diberi mainan juga untuk perkembangan otak.

"Man." Panggil Zack.

"Ya."

"Esok kita nak buat aduan polis ke?"

"Ye la. Mana tahu mak ayah Ahmad ni tengah mencari-cari lagi." Jawab Salman bersahaja.

"Kalau takde orang tuntut?"

"Kira jadi hak milik aku la." Itulah yang Salman masih fikirkan. Kalau benar tiada orang tuntut, bagaimana pula dia ingin memelihara kanak-kanak itu dengan baik sedangkan dia bukanlah orang baik.

Suasana rumah mereka pula agak menyedihkan untuk pembesaran Ahmad. Botol arak, rokok, perempuan yang entah siapa-siapa dibawa masuk ke dalam rumah. Layakkah Ahmad untuk tinggal di rumah sebegitu?

"Kita tengok je la esok macam mana. Eh, jap. Nak makan dekat mana ni?" Zack baru teringat. Nak makan mamak ke? Boleh tahan lapar perutnya sekarang ni.

"Lupa pula. Sekejap, aku nak call doktor tu."

"Kalau nak cari tempat makan, kena tanya google. Bukan tanya doktor," balas Zack. Pelik-pelik je perangai Salman ni sejak siang tadi. Dia siap pergi Watson dan kedai barangan kanak-kanak? Buang tabiat sungguh.

"Shh... " Salman memencilkan mata pada Zack.

Dengar saja suara di hujung talian, Salman segera memberi salam.

"Doktor, ni saya... Salman yang siang tadi tu. Saya ada benda nak tanya. Makanan apa yang Ahmad tak boleh makan? Dengan keadaan luka dan jantung dia sekarang ni, " soalnya.

"Nanti saya hantar senarai makanan yang Ahmad tak boleh makan. Kalau nak senang, bagi je dia minum susu dan makan nasi sup ayam."

Salman mematikan panggilan. Susu?

"So, nak makan dekat mana?"

"Kita pergi kedai masakan panas tu. Yang ada awek Siam."

"Jangan ambil awek tu, aku nak ngorat awek tu dulu." Zack awal-awal lagi sudah memberi amaran. Bahaya ni kalau Salman masuk line, dah la selama ni dia sanggup makan di kedai itu setiap hari-hari semata-mata untuk mendapatkan perhatian gadis Thailand itu.

"Tak nak aku. Taste aku lain la. Lagi pun, aku dah ada Ain." Salman mencebik. Cakap pasal Ain ni, dah lama pula tak berhubung dengan gadis itu sejak siang tadi.

Telefon pintar dikeluarkan Salman. Sebelah tangannya dijadikan penghadang agar Ahmad utuh dalam dakapannya manakala tangan yang lagi satu memegang gadget itu.

Nama Farah Ain dicari dalam kenalan whats app. Ternyata ada beberapa notifikasi mesej daripada gadis itu.

"Sorry la abang sibuk hari ni, nanti malam sikit abang reply mesej awak." Pesanan suara dihantar kepada buah hatinya.

"Member ada awek sekarang," sakat Zack.

"Tengok mukalah. Eh, macam mana tadi?"

"Kau nak tahu tak, hari ni saja kita dah berjaya jual dadah dekat 56 orang. Gila, kan? Selama ni lama juga nak kasi surut dengan polis yang tak habis-habis buat serbuan."

"Baguslah."

"Kaya kita weh."

Salman hanya tersenyum. Baguslah stok dadah mereka semakin berkurangan. Mungkin ini stok terakhir mereka.

* * *

Tubuh kecil itu dicempungnya. Botol susu masih berada pada pegangan Ahmad padahal matanya sudah lama terlelap selepas kekeyangan.

Salman menapak ke dalam rumah bersama-sama Zack .

"Mana dorang?" Soal Zack.

"Sekarang ni baru pukul 10 malam. Dorang ada dekat luar kot. Kejap lagi balik la tu." Jawab Salman sebelum menolak daun pintu bilik dengan bahunya.

Zack terlebih dahulu menghempaskan badan ke atas katil setelah menyalin pakaian. Wajah Zack terhias dengan senyuman sejak tadi, mentang-mentang awek Siam tu tanya perihal dahinya yang luka. Sampai ke sudah tersengih sorang-sorang.

Setelah membaringkan tubuh kecil itu di sebelah Zack, Salman mengambil pula botol susu yang dipegang Ahmad. Beg galas bercorak daun diletakkan di tepi katil. Tuala di dalamnya dikeluarkan Salman lalu disangkut pada penyangkut baju di penjuru pintu bilik.

"Awal lagi la nak tidur, " omel Zack.

"Baru pukul 12 malam. Dahi kau okay tak?" Salman segera mengambil tempat di sebelah Ahmad. Pakaiannya ditanggalkan sehinggalah hanya seluar pendek dan singlet hitam sahaja yang tersarung pada tubuh. Barulah selesa nak tidur.

"Kau baru nak tanya? Aku dah pandu kereta seharian, Baru kau nak tanya?"

"Sekurang-kurangnya aku tanya juga." Dia malas hendak melayan drama Zack. Kalau dah banyak cakap macam ni, maksudnya dahi kawannya itu pasti baik-baik sahaja. Pandangan Salman masih berada pada wajah kanak-kanak itu. Dia menongkat wajah dengan tangan kirinya.

"Man." Panggilan Zack menyedarkan Salman daripada lamunan.

Salman membalas pandangan Zack.

"Kau rasa betul ke apa kita buat ni? Aku tak sedap hati," soal rakan baiknya itu. Zack terduduk di birai katil setelah meleraikan sarung pistol blackhawk di pehanya. Sepucuk lagi pistol dikeluarkan dari poket seluar jeansnya. Yang kanan, glock 20. Yang kiri pula glock 17 hadiah dari Salman semperna hari lahirnya yang ke-25 tahun lepas.

"Insya Allah, betul."

"Aku risau kalau budak tu jadi apa-apa. Dia takde kaitan pun dengan masalah kita yang akan datang. Kau tahu, kita bukan buat pekerjaan biasa. Kita main dengan pistol, samseng, darah sana sini... "

"Relakslah. Aku ada. Aku boleh jaga dia dan aku akan jaga kau juga," balas Salman dengan senyuman di wajah.

* * *

Upcoming chapter ,

"

Kenapa kau lembap buat kerja sejak akhir-akhir ni?! Kau nak berapa ramai pelanggan aku lari sebab kau? Hari ni seorang, esok lusa?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro