6| McDonald

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi tolakan pintu membuatkan Doktor Aisyah berlagak seperti biasa. Dia membetulkan posisinya di kerusi.

"Assalamualaikum." Wajah Salman menyapanya setelah pintu dikuak luas. Ahmad berada dalam dukungan pemuda itu seperti biasa. Kanak-kanak itu sedang memakai baju baru nampaknya. Jumper pants dan baju tshirt seakan-akan bercorak pakaian seragam juruterbang. Boleh tahan pandai juga Salman ni pilih baju kanak-kanak.

"Waalaikumsalam. Wah, dah pakai baju baru," tegur Doktor Aisyah.

"Haha, a ah," sengih Salman. Dia mengambil tempat duduk di kerusi. Ahmad hanya mendiamkan diri di atas ribanya dengan sebotol botol susu. Jenis formula susu ini pun atas cadangan doktor Aisyah. Nak harapkan Salman, nanti dia beli je mana-mana susu kalau promoter di situ promosikan. Doktor Aisyah jugalah yang memesan semalam supaya membeli susu jenis ini buat Ahmad.

"Encik Salman duduk dengan siapa dekat rumah?" soal doktor itu. Dia agak kagum dengan cara penjagaan Ahmad. Rambut pun sudah disikat rapi.

"Saya duduk dengan kawan-kawan. Rumah kongsi." Salman jadi teragak-agak untuk menjawab. Dia tahu, persekitaran itu tidak sesuai untuk kanak-kanak.

"Kawan-kawan encik tahu tak tentang Ahmad ni?"

"Yang lain tahu je. Cuma Zack la yang tolong saya itu ini. Yang lain tahu buat hal sendiri je."

"Zack?"

"Ya, kawan saya. Zack tu lah yang tengah tunggu dekat luar dalam kereta. Dia ada dekat depan klinik."

" I see... " Doktor Aisyah menggangguk kecil. Cukup lah dia bertanya buat masa ini, takut pula Salman jadi tak selesa dengan sikapnya. Sekarang-kurangnya dia tahu mereka ada tempat berteduh.

Salman melakukan rutinnya. Dia meletakkan Ahmad di atas katil sambil melabuhkan punggung di sebelah kanak-kanak itu. Ahmad yang masih dengan botol susunya menyandarkan badan pada Salman.

"Luka Ahmad dah nak kering. Nanti tak yah la datang klinik dah," ujar Doktor Aisyah sambil membelek luka di kaki kanak-kanak itu.

"Kalau dia jalan, sakit tak?" Soal Doktor itu pula.

"Setakat ni saya tak pernah biar dia berjalan lagi. Selalunya saya dukung dia je ke mana-mana." Salman memerhatikan perbuatan Doktor Aisyah.

"Amboi, asyik dukung je. Penat la ayah, " sakat doktor Aisyah. "Encik Salman dah boleh bagi dia jalan ni."

Berjalan? Baru dia teringat sesuatu. Kelmarin dia lupa untuk belikan Ahmad sepasang kasut. Hari ni dia akan sibuk dengan kerjanya. Bila masa pula dia akan ke kedai untuk membeli belah lagi.

"Kalau Encik Salman nak cari pakaian untuk Ahmad ni lagi, saya ada banyak baju budak-budak dekat rumah. Lagipun budak-budak kan cepat besar... Jadi Encik Salman tak payah lah nak beli sangat baju untuk dia. Nanti tahu-tahu tak muat dah."

"Em, doktor. Dah nak siap, kan? Saya nak minta diri cepat sebab nak pergi kerja sekejap lagi."

"Tak siap lagi." Pipi doktor Aisyah mula berona merah mengenangkan dia terlalu ramah dengan lelaki asing itu. Bibir bawahnya diketap perlahan.

"Encik kerja apa?" Kain kasa baharu dilekatkan pada betis Ahmad. Siap pun. Hari ini, Ahmad tak banyak menangis kerana sibuk dengan botol susunya. Doktor Aisyah tersenyum senang.

"Kerja sendiri. Biasa-biasa je, boleh la buat makan minum dan beli baju Ahmad sehelai dua," dalih Salman. Kalau terlepas cakap ni, tak pasal-pasal tercetus masalah lain pula.

"Nanti bila-bila boleh datang rumah saya. Saya ada la juga pakaian untuk Ahmad ni. Baju, seluar, kasut dan macam-macam lagi." Doktor Aisyah berlalu ke mejanya kembali untuk mengambil stetoskop.

Benarlah ada bunyi murmur dari jantung Ahmad. Salah satu tanda jantung berlubang.

" Macam ni Encik Salman, saya dah hubungi pakar kanak-kanak untuk rujuk kes jantung Ahmad ni. Tapi sebelum tu saya kena diagnos dulu keadaan jantung Ahmad. Kita akan buat pemeriksaan echocardiograph hari ni, mungkin ambil masa lunch hour encik sikit."

Salman melihat waktu di jam dinding bilik doktor Aisyah. Matanya terpejam seketika.

" Okay, boleh."

* * *

Satu tumbukan menyinggah ke wajah Salman sehingga dia hampir terjatuh namun sempat bertahan pada papan pool. Gigi gerahamnya terketap kuat di dalam mulut. Rasa geramnya tertahan dengan itu.

"Mana Zack?" soal Mat Shah.

"Dia jumpa klien," ringkas Salman menjawab setelah kembali berdiri tegak. Bibirnya yang pecah tidak diendahkan.

Lelaki lewat 40-an itu terangguk sendiri. Aduan pelanggannya tentang keterlewatan Salman telah sampai ke telinganya. Dia memandang wajah Salman itu.

" Kenapa kau lembap buat kerja sejak akhir-akhir ni?! Kau nak berapa ramai pelanggan aku lari sebab kau? Hari ni seorang, esok lusa?" Terjegil mata lelaki itu menikam anak mata Salman. Sedikit pun Salman tidak gerun dengan cerlungan itu. Wajahnya beriak biasa. Dia tak mampu melawan kerana itu ketuanya.

Pernah sekali jari kelingking Salman dipatahkan Mat Shah kerana tuduhan dia menyonglap beberapa ribu duit padahal itu hanyalah fitnah oleh tokan dadah yang lain.

" Aku tak tahu apa masalah kau dan aku tak nak ambil tahu. Hujung minggu ni kau tahu kan ada pelanggan penting? " Mat Shah semakin mendekati wajah Salman.

" Tahu, " Salman mengangguk.

"Sekali lagi aku dapat aduan, tahulah nasib kau." Desiran suaranya berlalu bersebelahan telinga tokan dadah itu. Kemudian, lelaki itu memaniskan wajah dan memegang kedua-dua belah bahu Salman. Dia membetulkan tshirt anak buahnya yang sedikit kedut.

"Kalau kau nak apa-apa, boleh minta dekat aku." Mat Shah menupuk kedua-dua belah bahu Salman dengan 'mesra'.

Silap sedikit pun boleh menempah padah. Tuduhan palsu atau benar, kedua-duanya akan meletakkan diri di bawah kaki Mat Shah. Salman melihat ke sekeliling. Langkahnya di bawa keluar dari bilik ketuanya.

Suasana restoran itu sudah menjadi kebiasaan bagi Salman. Mungkin dahulu dia teruja melihat arak mahal yang dihidangkan Naufal, sekarang ini terasa semua itu biasa. Kelihatan Naufal sedang berjalan ke arahnya dengan sebuah senyuman.

"Bro, kenapa bibir kau?" sapanya mesra seperti biasa.

Pertanyaan itu berlalu sepi. Salman berjalan terus ke pintu keluar dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.

Telefon pintarnya dibawa keluar. Satu mesej daripada Zack terpampang.

Zack hensem

Kau ada dekat mana? Aku dah settle ni.

Jemput aku dekat McDonald.

McDonald yang mana?

Yang kita drive thru semalam.

Oh,oki dokie.

"Sejak bila nama Zack bertukar dalam contact aku ni?" Salman tersenyum nipis. Ada-ada je Zack ni.

Kereta Honda Accord sedang diguna pakai Zack untuk pergi berjumpa klien mereka yang agak jauh. Salman hanya meneruskan langkah untuk ke tempat dimana dia meninggalkan Ahmad tadi. Harapnya Ahmad masih di situ dan tak lari ke mana-mana.

Dia melintas beberapa jalan dan mengambil shortcut yang hanya boleh dilalui pejalan kaki. Perit di hujung bibirnya terasa saat dia menjilat bibirnya yang kering. Rasa hanyir darah di hujung lidahnya.

Seketika, tibalah dia di sebuah restoran makanan segera. Di dalamnya penuh dengan pelanggan yang sedang beratur di kaunter pesanan. Lelaki lewat 20-an itu menapak ke bahagian taman mini di dalam bangunan restoran itu.

Bibirnya yang pecah itu mengoyak senyuman. Keberadaan tubuh kecil yang sedang membelakanginya membuatkan dia berasa lega. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam kawasan berkarpet hijau. Sekeliling taman mini itu terdapat pagar setinggi aras pinggangnya.

Bahu kanak-kanak lelaki yang sedang duduk di atas patung kuda mainan disentuhnya lembut. Terus kanak-kanak itu menoleh ke belakang. Baju putihnya terlampau comot dengan aiskrim coklat.

Salman tertawa halus. Kon aiskrim masih kejap di tangan Ahmad meskipun isinya sudah hampir semua tertumpah. Itu tak termasuk dengan wajah kanak-kanak itu yang comot habis seluruh pipi dan lehernya.

"Ayah!" Ahmad teruja melihat Salman. Mata hittamnya bersinar-sinar melihat lelaki bergelar ayah itu.

"Bagusnya adik ni..." bisik Salman. Dia tidak menyangka Ahmad akan patuh arahannya sedangkan sudah dua jam berlalu sejak dia tinggalkan kanak-kanak itu di situ. Sedikit pun Ahmad tidak berganjak daripada kuda tunggangannya. Walhal di hadapan Ahmad terbentang papan gelonsor, buaian dan pelbagai permainan yang berwarna-warni. Namun, semua itu tak menggoyahkan Ahmad bagi terus menanti Salman di atas kuda mainan.

"Ayah pegi ane? (Ayah pergi mana?)," soal Ahmad polos. Bajunya ditanggalkan Salman lalu tubuh kecil itu diawangan ke udara. Beberapa pasang mata memandang mereka berdua sekadar ingin melihat siapa ibu bapa yang sanggup meninggalkan anak mereka seorang diri di taman permainan mini itu.

"Ayah jumpa kawan sekejap. Ais krim tu nak makan lagi ke?" kening Salman terjongket sebelah.

"Adik cimpan untuk ayah." Tangan kecil itu menyuakan kon aiskrim kepada Salman. Hanya kon yang tinggal, hati Salman terhibur. Dia menghabiskan keseluruhan kon aiskrim itu dengan beberapa suapan.

Ahmad menepuk tangan gembira melihat pemberiannya disambut Salman. Pelik betul lelaki yang dianggap ayah itu boleh menghabiskan secepat itu sedangkan dia berjam-jam ingin menghabiskan aiskrim yang akhirnya cair di tangan sendiri.

Salman membawa kanak-kanak lelaki itu ke singki restoran dan meletakkan Ahmad duduk di pinggir singki marmar hitam itu. Dia mengesat wajah Ahmad yang comot dengan telapak tangannya yang kasar. Pipi, leher, bibir semuanya dibilas dengan air lalu dikeringkan dengan tisu yang disediakan di sisi. Senyuman nipisnya tak pernah lekang melihat wajah ceria Ahmad. Terasa seperti dirinya yang lama cuba memegang hati kembali.

Dielus pipi itu perlahan. Wajah Ahmad yang sedang telus memandangnya seakan mula bertukar kepada wajah yang amat dirindui. Dia menyentuh batang hidung dan bibir kecil kanak-kanak itu dengan mata yang tidak berkelip.

"Raihan..." bisik Salman. Dibetulkan pula untaian rambut Ahmad. Rindunya dia pada kanak-kanak yang pernah dalam jagaannya.

Perlahan-lahan bibir lelaki itu berlabuh pada dahi Ahmad. Kanak-kanak itu terdiam di situ. Tubuh kecilnya tiba-tiba dipeluk Salman. Ceruk leher Ahmad menjadi tempat Salman melepaskan rindunya yang sudah lama ketandusan. Matanya berkaca tanpa sedar.

Saat dia meleraikan dakapan itu, butir mutiara telah mengalir menuruni pipinya.

"Ayah nangis te?" Ahmad memerhatikan wajah Salman dengan sedikit keresahan. "Adik kan ada?"

Salman pantas mengesat air matanya.

***

"Hebat do kau ni. Macam mana kau bagi budak ni tidur?" Zack kagum melihat Ahmad terlentang di tengah-tengah katil apabila dia pulang dari kedai runcit. Padahal sebelum dia keluar, budak itu buat perangai menangis tak henti. Rasa bingit telinga dengan tangisan anak itu. Dia berlabuh di birai katil sambil memerhatikan Salman yang baru sudah bersiram.

"Biasa la tu budak-budak. Selalunya kalau dah bagi mandi, bagi minum susu... Nanti dia tidurlah. Kadang-kadang memang dorang buat perangai sampai mengamuk," ujarnya sambil menyisir rambut di hadapan cermin bilik mereka.

"Kau ni gaya bercakap macam dah anak bini. Kau pernah ada anak ke?" Zack berlalu ke beg galasnya lalu diambil sepapan ubat. Dia kembali ke atas katil dan mengeluarkan pula ubat yang baru dibelinya tadi. Keningnya mula berkerut melihat kedua-dua papan ubat itu.

" Kau beli apa tu? " Salman yang tidak berbaju mendarat di sebelah rakan baiknya perlahan-lahan. Takut dia tergerakkan katil hingga berombak dan mengejutkan Ahmad.

"Paracetamol... Aku sakit gigi."

"Lagi satu tu?" Sepapan lagi ubat di tangan Zack menarik perhatiannya. Ubat itu bertukar tangan apabila Salman meminta.

"Em... Entahlah. Ni ubat yang doktor bagi hari tu lepas dia cabut gigi aku." Zack menggaru pelipisnya yang tidak gatal. "Kau rasa aku patut makan yang mana?"

"Main rasa-rasa pulak... Gigi kau kenapa sebenarnya?"

"Gigi aku berlubang..." Zack sedikit sedih mengenangkan giginya yang telah berlubang besar. Tangannya naik mengusap pipi kanan. Kadang-kadang nak tidur pun jadi sukar kerana gusinya asyik berdenyut.

"Oh..." Salman menggeliat kecil dan membawa tangannya sebagai alas kepala ketika berbaring di sebelah Ahmad. Botol susu anak jagaannya itu dialihkan ke meja kecil. "Kalau berlubang, ambil paracetamol je. Amoxycilin tu antibiotik untuk cegah bakteria."

"Kau rasa gigi aku ni boleh diselamatkan tak? Aku asyik sakit memanjang je ni. Nak tidur pun susah, " keluh Zack. Agak terkejut juga Salman arif perihal ubat-ubatan.

"Boleh, sama ada kena tampalan macam biasa atau rawatan akar. Nak tentukan tampalan atau rawatan akar kena tengok status gigi tu. Hidup lagi ke tak. Kalau hidup, sakit yang kalau buang stimulus, sakit hilang. So kalau yang ni cukup sekadar tampal. Kalau mati atau radang akar gigi yang tak boleh nak disembuhkan, sakit yang lama even after remove stimulus. Yang ni perlukan rawatan akar."

Sekali lagi Zack menggaru kening sendiri. Sepatah pun dia tak faham penjelasan sahabatnya. Terasa asing semua istilah itu di gengedang telinga. "Sejak kau berkawan dengan doktor tu makin bijak kau ye. "

Salman ketawa kecil. "Selama ni aku bodoh ke?"

"Bodoh juga la kadang-kadang."

"Hahaha. Bodoh-bodoh aku pun, muka ni yang selamatkan kau kalau ada masalah."

Zack turut tertawa seiring Salman. Dia bergerak ke sisi katil yang bertentangan dengan Salman. Tubuh kecil Ahmad menjadi pembahagi antara mereka berdua.

"Bibir kau tu Mat Shah buat ke?" Soalan Zack membuatkan Salman terdetik untuk memegang hujung bibirnya yang pecah.

"Salah aku. Aku sibuk uruskan budak ni sampai batalkan perjumpaan dengan pelanggan." Dia tak dapat tangguh pemeriksaan kesihatan Ahmad siang tadi di klinik doktor Aisyah. Di matanya, kesihatan Ahmad lebih penting.

"Betul ke budak ni sakit jantung?" Siling bilik menjadi menungan Zack.

"Siang tadi... Doktor Aisyah diagnos Ahmad. Betullah jantung dia berlubang."

"Aduan polis pula macam mana?"

"Aku... Aku tak buat lagi. "

***
Stay tune untuk tahu kisah Salman, Zack & Ahmad! Save dalam RL dan library untuk dapat notifikasi.

vote x comment

***

Teaser

"Ketika kita lemah, marah, down, frustrated, tertekan, kecewa... Bila masuk majlis ilmu, lepas tu kita akan keluar dengan hati yang tenang. Hebat, kan?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro