7| Tenang

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Macam mana kalau Ahmad ni terjaga? Apa aku nak buat?" Zack terus menggelabah apabila Salman ingin meninggalkan Ahmad dengannya di dalam kereta.

"Kalau dia nak susu, kau bancuh la. Susu ada dalam beg, air panas pula kau cari je dekat mana-mana 7Eleven." Pesan Salman.

"Er.. Kalau dia tak nak susu?" Zack masih terpinga-pinga. Dia ni dah la tak pernah jaga budak-budak. Mahunya si Ahmad ni mengamuk sebab takde Salman depan mata macam mana?

"Kau buat la apa-apa. Bawa dia pergi jalan-jalan dekat taman ke. Yang pasti aku nak kau bawa dia jauh dari area ni." Hatinya cukup risau kalau kanak-kanak itu terserempak dengan Mat Shah. Dia yakin Mat Shah akan mengamuk kalau melihat mereka masih bersama-sama dengan kanak-kanak itu.

"Okay-okay."

"Nanti aku call kau kalau dah settle." Salman menapak ke luar sambil mencempung Ahmad yang sedang tidur. Dia membuka pula pintu belakang lalu membaringkan Ahmad di situ. Rambut Ahmad diusap perlahan sebelum senyumannya terukir. Ahmad terlena sejak tadi kerana didodoi Salman. Tepuk-tepuk sikit, lenalah budak kecil tu.

"Man, hati-hati."

"Yang petang ni punya aku tak kisah sangat. Tapi kalau yang malam ni, aku perlukan kau untuk teman aku sekali. Aku tak percayakan dorang." Salman menutup pintu kereta. Dalam beg galasnya terdapat 10 paket heroin pure yang perlu diedarkan kepada pembeli. Kalau 5 gram heroin pun sudah cukup untuk menyabitkan dia dengan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta , inikan pula 500 gram!

Zack menggangguk faham.

Ketagihan heroin lebih hebat berbanding jenis dadah yang lain. Jika terlibat dengan ketagihan ini, gian akan sukar untuk diubati. Salman pula hanya melakukan kerja itu sekadar ingin mencari kehidupan yang mewah. Dia dan Zack tidak pernah terfikir untuk mencuba najis dadah itu.

Kelibat Salman mula menghilang disebalik orang ramai.

* * *

Seorang gadis bertudung selempang masuk ke dalam ruangan bilik itu dengan senyuman di wajah. Beg sandang di bahunya diturunkan ke riba setelah dia berlabuh di kerusi yang bertentangan dengan sahabat baiknya.

Segala barangan di atas meja itu disentuh dengan jemarinya yang runcing apabila kehadirannya tak diendahkan.

"Najla, jangan sentuh stetoskop tu," akhirnya Doktor Aisyah bersuara. Satu fail pesakit yang leka dibeleknya tadi dikatup lalu pandangannya kini berada pada gadis kacukan di hadapannya. Jam sudah menunjukkan enam petang, sepatutnya shift dia telah berakhir.

Najla cepat-cepat meletakkan stetoskop itu kerana takut dimarahi. "Nak pergi tak majlis malam ni?"

"Malam ni belajar apa?"

"Belajar sirah nabawiyyah."

Doktor Aisyah berfikir sejenak. "Tapi aku penatlah hari ni. Esok-esok la aku pergi."

Mood dingin Aisyah menghairankan Najla. Dia cuba membaca disebalik kaca mata hazel rakan baiknya. Ternyata ada sesuatu yang menganggu doktor muda itu.

"Lelaki tu kacau lagi ke?" tebak Najla.

"Ya." Satu keluhan terbit di bibir Aisyah. Dia menongkat dagu sambil memandang Najla. "Dia datang sini tadi sebab nak ajak aku lunch."

Najla mengerti betapa Aisyah serabut asyik dikacau lelaki itu sejak akhir-akhir ini. Senyuman manisnya masih terukir seperti biasa. Dia memegang kekura tangan rakannya.

"Ketika kita lemah, marah, down, frustrated, tertekan, kecewa... Bila masuk majlis ilmu, lepas tu kita akan keluar dengan hati yang tenang. Hebat, kan?"

"Hm..." Aisyah menggumam perlahan.

"Jom la pergi majlis ilmu. Kau dah lama tak pergi, kan? Abaikan je si Fadzli tu. Buang masa je fikir dia."

Hati Aisyah bagai terpujuk sedikit. Dia kembali memaniskan wajah dan bingkas berdiri. Kadang-kadang dia hairan dengan Najla. Kerjanya hanya menjadi pelayan di sebuah restoran makanan, tetapi hidupnya sentiasa tenang seperti tiada ombak yang membadai.

Lengannya dirangkul Najla ketika mereka sudah melangkah keluar klinik itu. Bibir Najla menyanyi kecil atau lebih tepat itu alunan qasidah yang indah untuk didengar.

"Macam mana dengan pesakit kecil tu?"

Aisyah berkerut. "Ahmad ke?"

"Yela," tali pinggang keselamatan dipakai Najla yang berada di sebelah tempat duduk pemandu.

"Nanti aku akan tolong dia refer ke hospital besar. Jantung dia memang betul-betul berlubang. Aku kesian juga dengan Salman. Dia kan kerja biasa-biasa je. Kos rawatan nanti dah tentu mahal." Kereta Myvi putih itu berhenti di hentian lampu isyarat.

"Mungkin kita boleh hulur duit nanti untuk lelaki tu," cadang Najla. Gajinya mungkin tak banyak, tapi dia ikhlas ingin membantu orang yang kesusahan.

"Itupun kalau dia nak terima. Kadang-kadang lelaki ni ego, dorang takkan mudah terima bantuan."

"Hahah. Kau ni... Macam kenal sangat ayah Ahmad tu."

"Aku rasa aku kenal dia."

Ketawa Najla berhenti. Dia sedikit terkejut. "Bila masa pula kau kenal dia?"

"Dia... Dia senior aku masa dekat universiti." Aisyah memegang stereng kereta dengan sebelah tangannya. Telefon pintar di hadapannya dicapai dan diserahkan pada Najla.

Najla masih tidak mengerti maksud Aisyah. Dia terpinga-pinga dengan telefon pintar Aisyah di tangan.

" Buka galeri. Tengok folder screenshoot."

Gadis itu turuti sahaja. Jarinya menekan ikon galeri. Banyak gambar di situ dan gambar terkini menampilkan figura seorang lelaki berkulit sawo matang yang sedang tersenyum manis. Kening Najla bertaut seketika. Dia hanya pernah terlihat kelibat Salman sekali sahaja ketika singgah di klinik itu. Raut wajah di dalam telefon itu mempunyai iras seakan Salman.

"Gambar yang kau tengok tu, dia lah. Salman Firash," Aisyah tersenyum nipis kerana hampir melupakan senior sendiri ketika di sekolah perubatan. Lapan tahun berlalu, wajah Salman banyak juga berubah. Gambar itu dijumpai hasil pencarian di laman Facebook. Baik mana-mana akaun sosial, Salman sudah lama tak aktif. Bagaikan empunya diri sudah mati.

"Sebelum kita mulakan perbincangan, aku nak kenalkan diri aku dulu. Aku Firash, pelajar pergigian tahun satu." Lelaki itu mengambil marker dan menulis beberapa butir huruf pada tag nama. Kertas keras itu dipinkan pada bajunya. 'Ash.'

Aisyah terkejut dengan cubitan kecil rakan di sebelahnya. "Tengoklah nama yang kau tulis atas tag nama kau tu. Lebih kurang macam nama dia je?"

Terus gadis itu melihat tag nama di tudungnya. Aisyah, maka singkatan yang ditulis tadi ialah Aisy.

Ash dan Aisy.

"Kau rapat dengan dia?"

Aisyah tersenyum sambil menggeleng. "Dia senior aku. Umur aku sekarang ni 27 tahun. Umur dia pula mesti 28 tahun."

"Maksudnya dia ambil perubatan juga dulu?"

"Dia pelajar pergigian." Gambar di paparan telefon pintar itu dipandang sepi. Kehilangan Salman dari kulliyah agak menimbulkan tanda tanya bagi dirinya. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Salman Firash dibuang dari sistem, ada juga yang kata dia berhenti sendiri. Segalanya memang samar-samar. Tak siapa yang tahu asbab yang sebenar.

"Kuat juga jodoh kau dengan dia sampai jarak lapan tahun pun boleh berjumpa lagi," seloroh Najla.

"Tapi aku bukannya rapat sangat dengan dia."

Mata Najla mula bersinar-sinar apabila terlihat masjid dari jauh. "Yeay, dah nak sampai masjid. Nanti kita murojaah sama-sama nak? Tapi lepas Maghrib nanti kita pergi makan dulu dekat restoran aku."

"Boleh sangat-sangat. Kau pula, macam mana dengan mamat yang suka usha kau masa kau kerja tu?"

"Oh, dia. Dia tak datang dua tiga hari dah. Biarlah dia. Aku tak suka sangat kalau dia datang semata-mata nak tengok aku. Rasa tak selesa." Najla teringatkan sesuatu. Lelaki itu.

Seketika, tibalah dua orang gadis itu di perkarangan sebuah masjid. Keberadaan bangunan itu di tengah-tengah bandar memudahkan sesiapa sahaja untuk berurusan di situ. Menjadi kebiasaan untuk Aisyah dan Najla bertemu di kelas fardhu ain. Pertemuan pertama mereka pun di kelas itu juga. Jika tidak kerana dia terdetik untuk hadiri kelas agama pada tahun lepas, mungkin dia takkan berjumpa dengan gadis berdarah siam di sebelahnya ini.

Sebuah buku nota dan pen dibawa bersama sebelum pintu kereta dikunci. Najla memandang Aisyah dengan senyuman manisnya hingga gadis bermata hazel itu turut tersenyum sekali.

Orang yang mengajak kita ke majlis ilmu untuk belajar ilmu agama supaya amal ibadah kamu diterima oleh Allah, itu tanda bukti dan kasih sayangnya kerana Allah kepada kamu.

* * *

"Ayah!" Ahmad terjerit kecil apabila Salman membuka pintu kereta.

"Kau buat apa sampai budak ni menangis?" Salman memandang Zack. Mata Ahmad sudah sembap akibat menangis tidak henti.

"Dia nak kau." Zack tersengih seperti kerang busuk.

"Sebelum aku tumbuk muka kau, baik kau simpan pistol kau ni. Ingat ni mainan ke?" Sepucuk pistol sedang berada di tangan Ahmad. Pegangannya masih kejap pada pistol itu walaupun Zack cuba mengambilnya.

"Dia menangis tadi. Lagi pun aku dah pasang lock," balas Zack dengan wajah yang bersalah. Dia tak bermaksud nak bahayakan nyawa kanak-kanak itu.

"Aku tak tahu lah kalau kau ada anak, apa jadi." Tubuh Ahmad diangkat Salman lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah pemandu. Ahmad diletakkan di atas ribanya. Kanak-kanak itu masih tertarik dengan pistol milik Zack meskipun Salman sudah berada di depan mata.

"Bagi ayah." Salman menghulurkan tangan kepada Ahmad. Ahmad jadi teragak-agak untuk menyerahkannya kerana masih belum puas bermain. Namun, dia terpaksa akur juga apabila mata Salman menikam tepat pada anak matanya. Dia jadi takut dengan jelingan itu.

Kanak-kanak itu mula tersebek-sebek ingin menangis akibat jelingan Salman. Namun, Salman segera mengusap wajahnya.

"Adik nak susu?" Soal Salman lembut. Botol susu kanak-kanak itu telah kosong di atas dash board kereta.

"Tak nak." Ahmad masih dengan perasaan takutnya. Riak wajahnya membuatkan Salman tersenyum nipis lalu dia dibawa ke dalam pelukan Salman.

Saat berada dalam hangat lelaki itu, Ahmad terdiam. Perasaan takutnya hilang begitu sahaja. Dia berasa senang dengan pelukan lelaki bergelar ayah itu.

"Jom," ujar Salman secara tiba-tiba.

"Pergi mana? Rumah?" Zack memandang Salman.

"Aku kena serahkan Ahmad ni pada siapa-siapa untuk malam ni. Kita kan sibuk. Kau ada idea?" Salman jadi buntu. Nak harapkan Ain, Ain masih berada di kolej. Dia tak mahu mengganggu pembelajaran buah hatinya itu.

"Doktor Aisyah?"

"Aku tak rapat lah dengan doktor tu. Segan." Salman mengetap bibir seketika. Doktor Aisyah? Dah la doktor tu banyak tanya. Tangannya masih mengusap belakang Ahmad.

"Kau try je la. Asalkan ada orang jaga Ahmad ni. Nak harapkan siapa lagi? Awek Siam aku?"

"Awek siam kau ya? Menarik juga idea tu." Salman tertawa sendiri mengenangkan Zack yang kerjanya melencong ke restoran makanan Siam itu. Alih-alih nama perempuan yang dia suka pun dia tak tahu.

"Ah, tak payah merepek. Kau nak jatuhkan air muka aku?" Kereta itu masih tak bergerak kerana destinasi belum lagi ditentukan.

Salman menghela nafasnya. Dia tak punyai sesiapa di sini untuk diharapkan. "Kalau aku minta pertolongan doktor Aisyah... Mesti dia akan ingat yang aku ni tak boleh diharapkan. Nak jaga seorang budak pun kena minta tolong orang lain. Nampaklah yang aku ni tak sesuai untuk jaga Ahmad."

"Kau je yang fikir macam tu. Budak Aisyah tu tak cakap pun macam tu."

"Yela, entah-entah dia ingat aku menganggur je selama ni."

+6018-3681009


Susu yang doktor suruh beli tu pun dia okay je minum. Takde pun muntah. Jadi sesuai la kot untuk badan dia.

Kalau ada apa-apa lagi, tanya je saya :)

Doktor, boleh tak saya nak minta tengokkan Ahmad. Saya kerja malam ni. Nanti lepas habis kerja saya ambil balik.

Boleh je. Nak saya ambil dia dekat mana? Awak tengah dekat luar ke?

"Tak baik tau kau buruk sangka dekat doktor ni. Tengok tu, laju je dia reply mesej kau. Bapak ah kau tak save nombor dia? " Zack turut melihat paparan skrin telefon milik Salman.

Ahmad cuba mencapai telefon milik Salman namun pantas dijarakkan. Salman berkerut melihat anak jagaannya. Mungkin dia terlupa sesuatu sebagai seorang bapa. Anak-anak seusia itu juga sedang belajar dengan apa disekelilingnya. Mereka suka bermain dan perlukan permainan untuk tumbesaran di usia itu.

"Adik nak mainan ke?" Salman tersenyum. Anggukkan kecil Ahmad mengiyakan soalannya. Dia menepuk peha kanak-kanak lelaki itu perlahan.

"Nanti ayah beli esok. Adik jangan main barang ayah. Ni bukan mainan," sambung Salman.

"So? Kita tinggalkan budak ni dengan doktor tu."

Salman mengeluh sebelum meraup rambutnya ke belakang. Dia cuma percayakan Doktor Aisyah kalau ditanya untuk tinggalkan kanak-kanak itu di mana.

* * *

Teaser

"Aku tak okay, Zack. A-Aku dah kata aku tak nak bawa kereta..."

* * *

Terima kasih kerana membaca buku kerdil ini yg baru nak bernafas :) Next chapter will be unlocked with 600 reads.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro