Bab 3 | Penat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                       Kereta yang dipandunya diparkirkan di sebelah kereta papanya di garaj.Enjin ditutupnya lalu melangkah keluar dari kereta menuju ke arah pintu rumah.Salam diberi sebelum kaki kanan melangkah masuk.

"Assalamualaikum"

Rumah banglo bertingkat 3 yang besar itu dirasakan sepi walaupun ada penghuni.Keluhan kecil meniti di bibirnya.Dia berharap sangat bahawa masalah ini akan selesai tapi dia salah malah makin teruk keadaannya.

Segera langkah dibawa menaiki tingkat 3 dimana biliknya dan bilik baju berada termasuk dengan bilik peribadinya sendiri dan ruang tamu.Semasa mendaki tangga menaiki biliknya matanya tertancap ke arah bilik kerja papanya yang bercahaya.Segera dia menuju ke sana.

Tok Tok Tok

Pintu bilik kerja papanya diketuk sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.Dilihat papanya telah terlelap di atas meja dengan fail yang berselerak.Terbit rasa kasihan melihat ayahnya itu.Dia tidak tahu ingin memihak kepada siapa dia buntu.Dia rungsing.Keluhan meniti lagi di bibir.Ya...boleh dikatakan setiap hari dia akan mengeluh.Bukannya dia tidak mahu menyelesaikan masalah tapi biarlah papa dan mamanya yang selesaikan.

"Papa bangunlah papa dah nak maghrib ni tak elok tidur waktu ni."bahu papanya ditolak perlahan.Papanya yang terlena itu tersedar apabila tidurnya diganggu.Dibuka matanya lalu dia meraup mukanya untuk menghilangkan kantuk yang masih tersisa.

"Allah...Hakimi bila balik ni tak dengar pun bunyi kereta."soalnya apabila melihat anaknya sudah berada di hadapannya.

"Macam mana nak dengar papa kalau papa tengah tidur"dibalasnya dengan ringkas.Jawapannya itu mengundang ketawa papanya."Hahaha betul la alahai biasalah dah tua ni lupa dah"papanya berkata.Keadaan kembali janggal semula.

"Huh...Hakimi marah papa lagi ka?Papa minta maaf sebab tak bagitahu Hakimi pasal..."kata katanya terhenti apabila anaknya mengangkat tangan menyuruh berhenti.

"Tak apalah bukan salah papa.Hakimi faham dahla maghrib dah ni jom la solat papa."Dia mengelak dari soalan yang ditanya papanya.Bukan ingin berkurang ajar tapi dia dah tak tahu nak cakap.Biarlah dia pendam sahaja apa yang dirasakannya sekarang.

Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan."Oklah,Hakimi jom berjemaah kamu jadi imam ye..."Hakimi tersenyum nipis lalu mengangguk.

........................


Kerusi disebelah Hakimi ditarik seseorang seraya melabuhkan punggung.Pelik juga Johan melihat rakan karibnya itu hanya berdiam diri sahaja sepanjang hari ini.Kebelakangan ini dia tengok Hakimi ini asyik termenung saja.

"Wei Hakimi kau ok tak ini?Pelik la aku tengok kau ni asyik termenung saja kerja kau ada masalah nak share ke bro?"bahunya ditepuk Johan mematikan lamunan.

"A'ah kau ke aku ingat siapa?Kau tanya apa tadi sorry aku tak dengar?"Kepalanya digaru tanda tidak bersalah."Adoi kau ni tak aku tanya kau kenapa asyik termenung je ada apa apa nak share masalah ke?"Johan mengulangkan semula soalan yang ditanya kepada Hakimi sebentar tadi.

Hakimi hanya menggelengkan kepalanya."Aku ok saja lah kau ni kenapa tetiba acah caring...geli pulak aku.Hahahhaahahh!!".Tak semena mena kepalanya disekeh kuat oleh Johan.Hakimi segera mengusap kepalanya.

"Bongok la kau ni aku bukan apa,kita kenal dari sekolah rendah jadi aku kenal kau macam mana sebabtu la aku tanya keadaan kau...kau jangan fikir benda lain pulak eh tak pasal pasal penumbuk aku ni melekat kat muka kau!"Johan mengugutnya sambil menayangkan penumbuknya ke arah Hakimi.

"Hmmm apa apa saja lah kau ini... Adham mana aku tak nampak dia pun?"ugutan yang diberikan kawannya dihiraukan."Tadi dia jumpa dengan Laila...lepastu dia pergi mana aku tak tau lah pulak."Johan memberitahu Hakimi.

Sedang asyik mereka berdua bersembang,Razif rakan sekelas memanggil Hakimi memberhentikan perbualan mereka.

"Woi Hakimi!!"

"Razif asal kau panggil aku kenapa?"Hakimi menyoal."Tu ada budak perempuan form 4 nak jumpa kau katanya ada benda penting nak bincang dengan abang Hakimi kita ni.Kau nak bincang apa dengan dia yang penting sangat tu...?"Razif membalas sambil tangannya membuat peace yang jari dilipat itu.

"Hish sibuk saja kau ni!Wei Johan aku jumpa kau dekat cafe sajalah"Johan hanya mengganguk.Hakimi segera berdiri menuju ke arah budak perempuan yang sedang menunggunya di taman sains berhadapan dengan kelas 5 Sa2 yang merupakan kelasnya.

.......................

"Hah kau ada apa nak jumpa aku ni sampai nak cari aku dekat kelas?"tanya Hakimi.Keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Abang Hakimi...saya...saya sebenarnya nak...nak"belum sempat budak perempuan itu menhabiskan kata katanya Hakimi mencelah.

"Kau ni dari tadi gagap2 asal...cakap sajalah apa yang kau nak bagitahu aku tu.Kau tau tak kau ni dah membazir masa aku!"marahnya.Hakimi cukup pantang apabila seseorang itu melambatkan masa bila bercakap dengannya.

"Maafkan saya,saya cuma nak bagitahu yang saya dah lama sukakan abang Hakimi sejak form 1 lagi.Kalau abang Hakimi sudi... saya nak minta abang Hakimi baca surat ini dan fikirkan pasal permintaan saya ini."balas gadis itu dengan nada suara yang agak mengharap sambil sekeping surat diberikan kepada Hakimi.

Hakimi yang mendengar kata kata gadis itu berdecit lalu tersenyum sinis.Tangan disilangkan ke arah dada.

"HAHAHA...kau buat lawak ke apa?Tapi takpa aku akan baca surat kau sekarang ni jadi kau tunggu sini jangan pergi mana mana!"arahnya tegas.

Surat yang dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul itu dibuka lalu dibaca.Tak semena-mena senyuman sinis terukir di bibirnya lalu dia ketawa.Gadis yang berada di hadapannya itu sudah memerah muka akibat malu dengan Hakimi yang mentertawakannya.

"Kau rasa nak tau tak apa yang aku akan buat bila aku selesai baca surat kau ini?"soal Hakimi kepada gadis yang ralit memandang bawah.

Kepala dianggukan gadis itu perlahan.Dagu gadis itu didongak oleh Hakimi dengan menggunakan satu jari lalu surat yang dipegangnya di koyak menjadi cebis cebisan di hadapan gadis itu.Gadis yang memandangnya itu sudah terkedu.

"Ni apa yang aku akan buat.Tak sedar diri kan kau ni budak biasiswa berlagak kaya pulak.Boleh pergi mampuslah."Kata Hakimi sesudah mengoyakkan surat itu lalu meninggalkan gadis itu terpinga terpinga seorang diri.Sebelum dia melangkah pergi dilihatnya gadis itu sedang menunduk mengutip kertas yang telah menjadi cebisan itu.

.....................

Rambut yang basah dikeringkan dahulu sebelum kaki melangkah turun ke dapur untuk makan.Dilihat Mak Ecah pembantu rumahnya sedang menghidangkan lauk yang dimasak di atas meja.

"Mak Ecah masak apa harini?"soal Hakimi sebelum pinggan diambil untuk mencedokkan nasi.

"Eh Hakimi Mak Ecah masak kari ayam dengan sayur bayam ja.Hakimi ok kan makan ni?"Balas Mak Ecah sambil tangannya sedang ligat menuangkan air sirap ke dalam gelas Hakimi.

"Apa tak oknya,Hakimi ok jelah makan ni favourite kut...emmm sedap tu."Kata Hakimi sambil lidahnya dibuat menjilat bibir.

"Ha bagusla Hakimi ni tak cerewat makan kalau tak Mak Ecah sumbat saja makanan dalam mulut Hakimi ni."Mak Ecah ketawa seusai berkata.

"Amboi beraninya Mak Ecah takut Hakimi."balas Hakimi lalu ketawa.

"Hish kamu ni Hakimi kalau Mak Ecah layan kamu sampai esok kerja Mak Ecah takkan siap.Dahla Hakimi makanla Mak Ecah nak solat."Hakimi mengganguk.

Sedang Hakimi makan,terdengar pintu utama dibuka oleh seseorang.Kepala dijengukkan sedikit untuk melihat siapa yang pulang.Kelihatan mamanya masuk ke dalam dengan beg tangan yang berjenama di tangan.Hakimi segera ke singki untuk membasuh pinggan dan tangan lalu menghayungkan alngkah ke arah mamanya yang ingin mendaki tanga.

"Mama baru balik?Mama pergi mana?Mama dah makan ke belum."Bertalu talu soalan yang ditanya Hakimi apabila melihat mamanya itu.

"Eh Hakimi ni mama balik pun sebab nak ambil barang yang tertinggal nanti mama pergi balik."balas mama Hakimi lalu menaiki tingkat 2 mengambil barang yang tertingal.

Usai mengambil barang,langkah diatur ke meja yang terletak beg dan handphone mamanya.Baru sahaja mamanya ingin keluar tindakannya terhenti apabila soalan terpacul keluar dari mulut Hakimi.

"Mama sampai bila kita nak macam ini?Hakimi dah penat la mama,Hakimi nak juga macam family yang lain bahagia saja,Hakimi nak juga macam orang lain bila balik ada parents yang sambut.Mama ini sebenarnya pergi mana?"

Soalan yang ditanya anak lelakinya membuatkannya terkelu.Nafas ditarik lalu dihembus sebelum dia menjawab pertanyaan anaknya atau lebih tepat luahan yang mungkin telah lama dipendam.

"Haih kamu ni kenapa Hakimi?Sebelum ini tak pernah cakap apa apa pun.Papa ada cakap apa apa dekat kamu ke sampai kamu kurang ajar dengan mama ni?"Hakimi menggeleng perlahan.

"Tak papa tak cakap apapun,Hakimi yang cakap.Mama selalu busy sampai tak ada masa untuk papa,untuk Hakimi.You know what sometime I think that does we ever have a relationship as a family.

"Hakimi stop!!Mama dahla penat sekarang inipun mama dah lambat sepatutnya sekarang mama dah jumpa dengan client jadi please stop all of this nonsense and forget it especially the last question you asked me!!"

"Sudah mama dah nak pergi.Kamu tu dah besar pandai sajalah jaga diri bukannya umur 5 tahun sampai mama kena ada selalu untuk jaga."usai berkata mamanya terus melangkah keluar.

Hakimi terduduk di sofa lalu meraup rambutnya kasar.Kepala dia serabut!!Argh!!Bantal mini yang terletak di sofa diggengam kasar.Dia penat.Apalah salahnya hingga dia tidak dapat merasakan kebahagiaan erti keluarga.

Hai readers...mcm biasa ye best vote...author rasa sebak pula bila dgr luahan hero kita ni walaupun author yg tulis😄.Kesian di takpa2 nanti kita buat dia happy plk.Bab ni kita buat pasal life hero je ya...Hope enjoy reading.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro